Pages

Thursday 11 September 2014

UPSR Bocor! SPRM - Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa?...

Khamis, 11 September 2014
SPRM: Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa ... Adakah ini suatu contoh terbaik?
Gambar: SPRM: Kebodohan, kecuaian tidak boleh didakwa ... Adakah ini suatu contoh terbaik??????
http://omakkau.blogspot.com/2014/09/sprm-kebodohan-kecuaian-tidak-boleh.html#axzz3Cz5NG71b

KUALA LUMPUR 10 Sept 2014. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.

Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.

Sebanyak 473,175 calon menduduki UPSR bermula semalam sehingga esok.

Berdasarkan jadual peperiksaan UPSR, kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2 dijalankan semalam manakala hari ini Matematik Kertas 1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.

Esok, peperiksaan bagi subjek Sains sebelum penangguhan, sepatutnya dijalankan dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi. Berjalan mengikut jadual esok ialah peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa Inggeris Kertas 2 serta Aptitud Tahun Enam.

Shah Alam 10hb Oktober 2013 .. Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.

"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.

Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu.

Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.

Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya.

"Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim.


Read more: http://omakkau.blogspot.com/2014/09/sprm-kebodohan-kecuaian-tidak-boleh.html#ixzz3D01aSRY2

No comments:

Post a Comment