Pages

Thursday, 5 February 2015

Anda sendiri nilaikanlah 'kureng cerdiknya' pemimpin UMNO bila nak selesaikan masalah negara...

Khamis, 5 Februari 2015

Inilah HAKIKAT SEBENAR bila mana 'kabinet dapur' Najib dipenuhi 'orang bodoh'. Saper kata.. Orang UMNO sendiri kata like emoticon

Anda sendiri nilaikanlah 'kurang cerdik' pemimpin2 UMNO bila nak selesaikan masalah negara...

INGAT & PESANAN Mahathir... "UMNO DIPENUHI ORANG2 BODOH"



Mahathir Kecam Kenyataan Ismail Sabri


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob kerana membuat kenyataan berbaur perkauman mengenai perniagaan kaum Cina, mengatakan harga barangan yang naik tiada kaitan dengan kumpulan etnik peniaga.

Bekas perdana menteri itu berkata, daripada memainkan isu perkauman, Menteri Perniagaan dan Industri Asas Tani itu sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya," katanya pada satu sidang media di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

"Mungkin dia tak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.
Dr Mahathir berkata, isunya bukan tentang Cina atau Melayu, kerana terdapat peniaga Melayu dan India juga yang tidak menurunkan harga barang jualan mereka.

"Ini bukan tentang Cina, Melayu atau sesiapa saja, ini tentang barangan, bukan sahaja yang dijual oleh orang Cina... India, Melayu juga menaikkan harga barang, mereka tak turunkan harga barang.

"Ini bukan tentang Cina atau Melayu, ini tentang harga minyak yang turun tetapi harga barang tidak turun." -TMI.
BLM.

No comments:

Post a Comment