Pages

Thursday, 5 February 2015

[Video] 'Siapa Tuan Siapa Hamba'? Kazim Elias Dituduh Berbaur Rasis Perkauman..."Minum arak slamber rock saja"

Khamis, 5 Februari 2015







Kamu ingat depa Cina tu Warga Kelas ke-Dua? Hotak kamulah Kazim! Mereka ada hak bercakap sebagaimana diperuntukan dalam perlembagaan negara. Mereka bukan curi atau merampas tanah org Melayu.Orang Melayu jual tanah kepada mereka. Cina luar macam Jackie Chan pun boleh dapat pangkat Datuk macam kamu baru-baru ini, siapa kasi? Kenapa kamu tak protes dengan menolak anugerah pangkat Datuk itu? Bukan main kamu berselfie pula dengan Cina tu! Sengal betullah kamu Kazim!

Published on Feb 3, 2015
Inilah suntingan rakaman video ceramah Dato' Ustaz Kazim Elias berdurasi 2 minit 27 saat yang didakwa berbaur rasis atau perkauman dan mengaibkan kaum cina yang telah dilaporkan kepada pihak polis oleh Pengerusi Persatuan Cina di Kelantan, Pui Tiong Lam. Klik di sini untuk video penuh -https://www.youtube.com/watch?v=YjYle...

Baca berita seterusnya:

Video Datuk Ustaz Kazim Elias sedang memberi ceramah dalam satu majlis kira-kira lima tahun lalu ‘panas’ kembali apabila satu laporan polis dibuat terhadap penceramah bebas dan pengendali rancangan Kalau Dah Jodoh itu, hari ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam, di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Difahamkan, dalam laporan itu Tiong Lam mendakwa beliau menerima satu rakaman video menerusi whatsapp daripada seorang lelaki ‘Mr Gan’, yang menunjukkan Datuk Ustaz Kazim sedang memberi ceramah.

Antara lain, beliau mendakwa di dalam video itu Datuk Ustaz Kazim ada mengatakan orang Cina hanya tahu melepak di kedai-kedai minum dan mabuk secara terbuka tanpa menghiraukan orang ramai.

Beliau mendakwa ceramah Datuk Ustaz Kazim itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina dan mengatakan kaum Cina hanya menumpang di Malaysia.

Berikut adalah antara transkrip ceramah Datuk Ustaz Kazim yang menjadi isu ‘panas’.

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.

“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.

“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?

“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?

“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?

“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?

“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”

Laporan di atas itu datangnya dari IsmaWeb - http://www.ismaweb.net/2015/02/isu-ka...

YDPA bangsa Melayu... Sultan ² bangsa Melayu ..Perdana Menteri bangsa Melayu, Timbalan PM bangsa Melayu, majoriti Menteri ² bangsa Melayu... kebanyakkan Intitusi dan Jabatan Kerajaan baik persekutuan baik negeri dikuasai bangsa Melayu, Majoriti syarikat ² GLC dikterajui bangsa Melayu..

TETAPI

Bila barangan naik BANGSA CINA dipersalahkan ... mohon menteri ² Melayu UMNO muhasabah diri sendiri dan cari mekanisma untuk kawal harga dan turunkan harga barang, bukan main isu perkauman ... walaupun PM Najib cuba membodohkan mereka yang sedia bodoh mengatakan kenyataan menteri bukan dituju pada kaum Cina
HAKIKATNYA
TERANG LAGI BERSULUH KENYATAAN MENTERI ITU DUTUJU PADA KAUM CINA MALAH SIAP DENGAN MENYERU BOIKOT PERNIAGAAN YANG KONONNYA DIKUASAI ORANG CINA TERTENTU..
Lagi mahu spin ke Najib Razak???
Ingatkan facebookers jer suka spin PM pun tak kalah spinnya untuk membodohkan mereka yg sedia bodoh...
Kita orang melayu yang duk sokong depa...kita lupa bangsa kita yang duk jaga tengah laut.. bangsa kita yang duk tidur dalam hutan... puak- puak cina bukannya ada... HINDU ADA?... berapa kerat HINDU yang jadi askar ...?? PEROMPAK BANYAK.

Take Note: TIDAK RASIS LAGI KE TU? TIDAK MENGHINA LAGI KE TU?...

Wajar ke berkata begitu kepada bangsa lain yang sama-sama menjadi rakyat di negara yang kononnya negara berbilang kaum yang terbaik didunia?
Ayat ini... HINDU ADA?... berapa kerat HINDU yang jadi askar ...?? PEROMPAK BANYAK.
wajar ke???

No comments:

Post a Comment