KEDAI 'tajaan' KERAjaan M'sia lebih mahal ???
Kalau ikut kata menteri 'cap ayam' kene boikot kedai KR1M kerana 'DEGIL' nak turunkan harga..
KANTOI !!!.. Harga barang di KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (KR1M) lebih mahal.. TETAPI DAH LUMRAH di M'sia Cina tetap disalahkan...
Admin pergi sendiri ke Kedai Rakyat 1 M'sia utk mendapatkan bukti perbezaan harga tersebut.. TERBUKTI MAHAL !!!
Drpd pemimpin UMNO hinggalah dlm perniagaan pon NAK CEKIK DARAH DUIT RAKYAT !!!
Kalau ikut kata menteri 'cap ayam' kene boikot kedai KR1M kerana 'DEGIL' nak turunkan harga..
KANTOI !!!.. Harga barang di KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (KR1M) lebih mahal.. TETAPI DAH LUMRAH di M'sia Cina tetap disalahkan...
Admin pergi sendiri ke Kedai Rakyat 1 M'sia utk mendapatkan bukti perbezaan harga tersebut.. TERBUKTI MAHAL !!!
Drpd pemimpin UMNO hinggalah dlm perniagaan pon NAK CEKIK DARAH DUIT RAKYAT !!!
Polis masih belum rekod keterangan Ismail Sabri
Polis masih belum merekodkan keterangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kenyataannya berbaur perkauman di Facebook, berikutan jadual menteri itu yang terlalu sibuk. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Februari, 2015.
Walaupun laporan polis sudah dibuat terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, polis masih belum merekodkan keterangan menteri pertanian dan industri asas tani tersebut kerana jadualnya yang terlalu sibuk.
Ismail sepatutnya memberi keterangan semalam, berhubung kenyataannya menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang, bagaimanapun tiada sebarang keterangan direkodkan.
Menurut laporan Malaysiakini, jurucakap polis memberitahu, keterangan menteri tersebut akan direkodkan secepat mungkin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jadual menteri tersebut terlalu padat dan beliau perlu menghadiri mesyuarat Kabinet semalam.
Difahamkan, Ismail disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat.
Kontroversi tercetus selepas menteri itu menulis kenyataan di Facebooknya, membuat gesaan boikot itu dalam usaha menentang peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan membuat keuntungan ketika kerajaan sudah menurunkan harga runcit minyak.
Ismail juga menyebut tentang restoran kopitiam OldTown White Coffee, dimiliki OldTown Bhd, mengatakan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham memiliki saham di dalamnya.
Susulan kenyataan tersebut, pelbagai pihak mengecam dan membidas kenyataan beliau yang disifatkan berbau perkauman, termasuk parti komponen Barisan Nasional sendiri, MCA dan Gerakan.
Bagaimanapun, Ismail berdiri teguh dengan kenyataannya dan enggan meminta maaf apabila diberi amaran oleh Ngeh. – 5 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-masih-belum-rekod-keterangan-ismail-sabri#sthash.YAsdJQvY.dpuf
No comments:
Post a Comment