Pages

Wednesday, 4 February 2015

Pembunuhan ALTANTUYA - PAS tidak hirau amaran...Masyarakat berhak mengetahuinya!

Khamis, 5 Februari 2015

PAS tidak hirau amaran, desak dedah motif pembunuhan Altantuya

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya tidak membangkitkan motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, PAS hari ini berkata, orang ramai berhak mengetahui kisah sebenar kes berprofil tinggi tersebut.

Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Khalid tersebut sebaliknya menimbulkan lagi kecurigaan orang ramai dalam kes pembunuhan model Mongolia itu. 

"Masyarakat berhak mengetahui perjalanan kes berprofil tinggi, apatah lagi ia membabitkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya pada satu sidang media pagi ini di ibu pejabat PAS. Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut berkata, mustahil 2 anggota polis, Korporal Sirul Azhar Umar dan bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri, membunuh Altantuya tanpa disuruh sesiapa.

"Saya berkeyakinan mereka (Sirul dan Azilah) buat (bunuh) hanya kerana menerima arahan," katanya. Beliau juga tertanya-tanya apakah hubungan antara kedua-dua pesalah dengan Altantuya walaupun sedia diketahui mereka tidak mengenali mangsa. "Si tertuduh iaitu Sirul dan Azilah yang dikatakan membunuh Altantunya itu apa pula hubungan mereka dengan si mati?" soalnya. Sementara itu, Mahfuz memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan konsulat Australia di Malaysia bagi mengetahui status Sirul yang ketika ini melarikan diri ke Australia. 
 Kedua-dua Sirul dan Azilah pada 13 Januari lalu diperintahkan menjalani hukuman yang dijatuhkan kepada mereka pada 2009, atas kesalahan membunuh model berusia 28 tahun itu pada 2006. Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan dibacakan dan berikutan itu, laporan berita mendedahkan dia ke Australia pada penghujung Oktober lalu. Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria memerintahkan kedua-duanya digantung sampai mati, mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013, berhubung tuduhan membunuh Altantuya, yang juga kekasih kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment