118 kes tangkapan
Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin membangkitkan kebimbangan di mana ruang pendemokrasian di Malaysia terbuntut pada ketika rakyat bakal berdepan dengan bebanan baru cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.
Tanggal 27 Mac 2015, pada hari ke-46 Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Anwar Ibrahim dipenjarakan, pengumpulan maklumat oleh KPRU menunjukkan, sekurang- kurangnya sebanyak 118 kes penangkapan telah dilakukan oleh pihak polis pada tahun ini.
Jumlah 118 kes penangkapan tersebut melibatkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada ahli Parlimen, ahli dewan undangan negeri (ADUN), ahli politik oposisi, ahli akademik, peguam, aktivis, wartawan dan seumpamanya.
Mereka sama ada ditahan untuk siasatan, direman atau didakwa ke mahkamah. Pihak polis banyak menggunakan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman atau Kanun Keseksaan untuk tindakan polis dan tindakan mahkamah seterusnya.
KPRU: Senarai kes penangkapan sehingga 27 Mac 2015, hari ke- 46 Anwar Ibrahim dipenjarakan
Dikeluarkan oleh
Ooi Heng
Pengarah eksekutif KPRU
Pakai hitam
Mesej himpunan akan tertumpu kepada perbandingan keborosan dan kemewahan pentadbiran Najib Razak sedangkan kehidupan rakyat terus ditekan terutamanya kos sara hidup yang tinggi sempena pelaksanaan GST.
#KitaLawan juga akan terus mendesak agar Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera dan seterusnya membebaskan Anwar Ibrahim.
Panduan peserta Himpunan boleh rujuk http://bit.ly/panduanhimpunan
Semua rakyat dijemput bersama-sama dengan anak muda.
Berdiam diri bukanlah satu pilihan.
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan
26 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
POSTED BY TUKAR TIUB
No comments:
Post a Comment