Saturday, 28 March 2015

118 kes tangkapan...'Membantutkan ruang demokrasi' dakwa KPRU

Ahad, 29 Mac 2015

118 kes tangkapan 

membantutkan ruang demokrasi

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin membangkitkan kebimbangan di mana ruang pendemokrasian di Malaysia terbuntut pada ketika rakyat bakal berdepan dengan bebanan baru cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Tanggal 27 Mac 2015, pada hari ke-46 Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia  Anwar Ibrahim dipenjarakan, pengumpulan maklumat oleh KPRU menunjukkan, sekurang-kurangnya sebanyak 118 kes penangkapan telah dilakukan oleh pihak polis pada tahun ini.

Jumlah 118 kes penangkapan tersebut melibatkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada ahli Parlimen, ahli dewan undangan negeri (ADUN), ahli politik oposisi, ahli akademik, peguam, aktivis, wartawan dan seumpamanya.

Mereka sama ada ditahan untuk siasatan, direman atau didakwa ke mahkamah. Pihak polis banyak menggunakan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman atau Kanun Keseksaan untuk tindakan polis dan tindakan mahkamah seterusnya.

KPRU: Senarai kes penangkapan sehingga 27 Mac 2015, hari ke-46 Anwar Ibrahim dipenjarakan


Dikeluarkan oleh 
Ooi Heng
Pengarah eksekutif KPRU

Pakai hitam
Mesej himpunan akan tertumpu kepada perbandingan keborosan dan kemewahan pentadbiran Najib Razak sedangkan kehidupan rakyat terus ditekan terutamanya kos sara hidup yang tinggi sempena pelaksanaan GST.

#KitaLawan juga akan terus mendesak agar  Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera dan seterusnya membebaskan Anwar Ibrahim.

Panduan peserta Himpunan boleh rujuk http://bit.ly/panduanhimpunan

Semua rakyat dijemput bersama-sama dengan anak muda.


Berdiam diri bukanlah satu pilihan.

Lagi ditekan, lagi #KitaLawan

26 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN

POSTED BY TUKAR TIUB

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena