Saturday, 30 September 2017

[Video Satu Parti Tak Kuat, Tapi Empat Parti Bergabung Jadi Kuat Untuk Tumbangkan BN] 3 kemungkinan berlaku di Selangor dalam PRU14.

Ahad, 1 Oktober 2017

Image result for Foto pakatan harapan
Related image

3 kemungkinan berlaku di Selangor dalam PRU14


SERDANG, 29 SEPT: Analisa menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Selangor mampu meneruskan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis dan Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, kajian itu dibuat dengan mengambilkira kedudukan PAS (dan sekutu) yang mahu meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN Selangor.
Beliau memberikan 3 senario kedudukan kerusi yang boleh berlaku di Selangor dalam PRU14 akan datang. Rujuk jadual di bawah:
“Dalam senario pertama. Saya meletakkan jangkaan BN hilang 5% sokongan pengundi Malayu, tapi angka itu tidak realistik memandangkan pengundi di Selangor lebih ‘sofistikated’ dan menyedari bukan sahaja kesan GST tetapi juga isu urustadbir seperti 1MDB dan FELDA.
Menurutnya, HARAPAN dijangka menang 36 daripada 56 kerusi negeri meskipun kurang daripada 44 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13.
“Dalam keadaan ini, HARAPAN masih boleh membentuk kerajaan negeri di Selangor,” jelasnya.
Bagi senario kedua, beliau membuat jangkaan berlaku penurunan sebanyak 8% sokongan pengundi Melayu dan penurunan 3% pengundi bukan Melayu kepada BN.
Jika berlaku demikian, ‘Tsunami Melayu’ dengan skala yang lebih kecil akan berlaku dan HARAPAN dijangka memenangi 43 kerusi negeri – kurang satu kerusi berbanding PRU13.
Senario 3 pula mampu mencetuskan ‘Tsunami Melayu’ sekiranya sokongan pengundi Melayu kepada BN jatuh sehingga 10% manakala pengundi bukan Melayu pula mencatatkan penurunan 5%.
Beliau turut menjangkakan PAS akan mengalami kemerosotan berbanding PRU13.
“Saya menjangkakan sokongan pengundi Melayu kepada PAS akan mengalami kemerosotan sebanyak 15%, 20% dan 25% dalam PRU14.
“Ini bermakna jika PAS dapat 40%  undi Melayu dalam PRU13, dalam PRU14 pula ia akan berkurangan sebanyak 15%, 20% dan 25% masing-masing merujuk kepada scenario 1, 2 dan 3,” katanya.
Kedudukan PAS itu jelas Dr Kian Ming turut mengambil kira prestasi parti tersebut yang mengalami penurunan 10% dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Penelitian ini juga dibuat berdasarkan penyertaan BERSATU dalam HARAPAN, pengukuhan kepimpinan HARAPAN dan putusnya hubungan kerjasama PAS dan PKR. –Roketkini.com
Read More

[Video Tun M: 'Dedak' dalam hidung...mampus] Mahathir solat hajat untuk Anwar & Najib ke SPRM esok!

Ahad, 1 Oktober 2017

Mahathir solat hajat untuk Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Siapa yang mudah melupakan bagaimana mata kiri Anwar lebam selepas ditumbuk ketika ditahan polis.
Selepas dibicarakan Anwar dijatuhi hukuman penjara pada 1999, dan perdana menteri Malaysia ketika itu tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir.
Ia adalah detik mencetuskan reformasi dan bagi penyokong gerakan itu, Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar.
Malam ini Dr Mahathir - yang dipisahkan jarak kira-kira 50 kilometer dengan Anwar - berdiri bersama orang ramai mengadakan sembahyang hajat mendoakan pembebasan bekas ketua pembangkang tersebut dan menyelamatkan Malaysia.
Dr Mahathir hadir bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bandar Baru Bangi, manakala Anwar masih terpenjara di Sungai Buloh.
image: https://i.malaysiakini.com/1161/5d2c4be8f4da9c5b4cf770990606d701.jpeg
Selepas solat Isyak Dr Mahathir turut berpeluang memberikan 'tazkirah' kepada orang ramai yang memenuhi dewan sembahyang di majlis anjuran Akademi Ulum Munawwarah itu.
Pada usia 92 tahun bekas presiden Umno selama 22 tahun itu menghabiskan masa kira-kira 40 minit memberikan ucapannya.
Kata Dr Mahathir untuk membebaskan Anwar orang ramai tentu tidak boleh menyerbu Penjara Sungai Buloh. Sebaliknya kata beliau apa yang boleh dilakukan ialah menukar kerajaan sedia ada melalui pilihan raya.
"Kalau kita tukar kerajaan, kerajaan (yang baru) boleh ambil tindakan untuk membebaskan Anwar," katanya.
Kini menjadi salah satu watak terpenting dalam gerakan pembangkang Dr Mahathir kemudian mengkritik Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya melakukan pelbagai salah laku.
Untuk mengubah kerajaan katanya ia tidak boleh dilakukan dengan hanya berdoa.
Justeru kata Dr Mahathir penyokong pembangkang mesti bersatu padu dan berusaha.
"Setiap yang kita minta daripada Allah, kita kena usaha (untuk dapatkan).
"Kalau nak tunggu ia datang bergolek, datang melayang - itu memang tidak akan berlaku. Kita kena usaha," katanya.
Sebelum itu Dr Wan Azizah serta Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara Abdul Ghani Shamsuddin turut menyampaikan sedikit ucapan.
Malaysiakini.
Image result for Gambar najib

Najib ke SPRM esok

Datuk Seri Najib Razak dijadual muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok.
Bagaimanapun kemunculan itu tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan salah laku atau siasatan yang dibuat ke atas beliau, sebaliknya bertujuan untuk merasmikan bangunan baru agensi antirasuah berkenaan.
Perasmian itu juga dibuat sempena ulang tahun ke-50 SPRM yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Bangunan baru SPRM yang terletak di Precinct 7 Putrajaya itu bakal menjadi mercu tanda terkini di pusat pentadbiran negara.
Kemunculan perdana menteri itu juga berlaku ketika Pejabat Peguam Negara belum lagi menerima kertas siasatan daripada SPRM yang menyiasat dana dari SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta yang kemudian didapati berada dalam akaun persendirian beliau.
Najib juga diserang pengkritiknya berhubung dakwaan salah laku dana bernilai RM2.6 bilion dalam akaunnya.
Jabatan Keadilan AS sebelum ini sudah mengemukakan saman sivil di negara terbabit untuk merampas semula pelbagai aset yang didakwa diperolehi secara salah menggunakan dana 1MDB.
SPRM sudah menjalankan siasatan mengenai dana RM2.6 bilion serta RM42 juta itu. Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Pada 26 Januari 2016 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada asas untuk mengambil tindakan ke atas Najib berdasarkan kertas siasatan dikemukakan SPRM.
Namun 16 bulan kemudian - atau pada April tahun ini - Apandi memberitahu kenyataan beliau bahawa status NFA (no further action atau tiada tindakan lanjut) bukan bermakna kes terbabit ditutup.
Justeru beliau mengarahkan SPRM untuk memuktamadkan siasatan berkenaan yang dianggap "sudah agak lama".
Malaysiakini.
Read More

[Video Mat Sabu: Saya cukup geram dengan Tun M] KJ baik tak usah jadi menteri 'Makan Gaji Buta?' HAR HAR HAR.. kantoi lagi! Kenapa semua ini byk berlaku ketika Najib jadi PM?

Ahad, 1 Oktober 2017
Foto Suara Rakyat.
Mana nak sedar kalau sibuk cari publisiti jelajah satu negara dgn joget zumbanya bergaul berhimpit bersama bukan mahram di khalayak ramai...

TERKINI, KJ didapati bersalah dan diarah bayar RM150,000 oleh mahkamah kerana memfitnah DSAnwar Ibrahim ..

Inilah pe'el pemimpin Umno, bila dah byk buat dosa.. NAK CUCI DOSA ULANG ALIK BUAT UMRAH HAJI...

Foto Suara Rakyat.
HAR HAR HAR.. kantoi lagi !!!

3 MINGGU LEPAS.. Proton bermati-matian menafikan spekulasi Proton akan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari China.

TIBA-TIBA.. Proton sendiri melantik warganegara komunis-CHINA jadi CEO Proton yg baru..

TAHUKAN ANDA.. wpon DRB-Hicom masih memiliki majoriti saham 50.1 peratus di Proton, KENAPA PERLU LANTIK WARGA ASING CHINA MENGETUAI PROTON ??!.. Di mana katanya "Rakyat Didahulukan" ??!

NAMPAK TAK !!!.. Kenapa semua ini byk berlaku ketika Najib jadi PM ??!
Read More

[Video CUKUP KALI INI!~Jangan Biarkan Kerajaan BN Berbuat Sesuka Hati] Johor CONFIRM Pakatan Harapan & Kota terakhir UMNO/BN bakal hilang.

Sabtu, 30 September 2017

Kota terakhir UMNO/BN bakal hilang


Kubu terakhir UMNO adalah di Johor, dan kota pertahanan terakhir UMNO Johor adalah di Parlimen Johor Bahru.
Kerana itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Besar Johor, Datuk Khaled Nordin baru-baru ini secara terbuka telah memujuk Tan Sri Shahrir Samad agar menukar pendirian yang dibuatnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk tidak lagi mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru.
Kota yang telah hilang
Imej kerajaan kleptokrasi Najib sangat buruk hingga mereka tahu bahawa, tanpa imej Tan Sri Shahrir, Parlimen bandar seperti Johor Bahru, berkemungkinan besar akan hilang.
Imej dan integriti kerajaan Khaled Nordin juga sudah tidak dapat dipertahankan lagi apabila terbongkarnya skandal rasuah hartanah terbesar dalam sejarah negeri Johor. Tanpa Tan Sri Shahrir, kota terakhir UMNO ini akan hilang tak berganti.
Parlimen Alor Setar, Ipoh Barat dan Timur, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Kuantan, Parlimen Shah Alam, Parlimen Seremban, Parlimen Kota Melaka, Parlimen Bandar Kuching dan Parlimen Kota Kinabalu telah di’PH’kan. Hanya Parlimen Johor Bahru belum benar-benar diuji.
Jelas sekali Parlimen Johor Bahru akan menjadi kota pertahanan terakhir UMNO di negeri kelahirannya. UMNO kini dalam keadaan sangat terdesak untuk menjaga ‘air muka’ mereka setelah dua kali pilihan raya, gagal mengembalikan Selangor ke dakapan UMNO.
Tenatnya UMNO Johor semakin ketara apabila buat kali pertama dalam sejarah politik Johor moden, kerajaan Khaled Nordin yang menjadi kubu kukuh UMNO, hilang majoriti dua pertiga di dewan negeri.
Faktor Shahrir
Kemenangan Tan Sri Shahrir dalam beberapa PRU yang lalu, jelas menunjukkan kemenangan yang meyakinkan. Namun, nilai kemenangan itu semakin menipis, tahun demi tahun.
Dari PRU-11, beliau menang dengan majoriti besar iaitu 46,792 undi, tetapi pada PRU-12 kemenangan beliau semakin menipis menjadi 25,349, hilang hampir separuh undi.
Pada PRU-13 yang lalu, lebih separuh lagi undi ke atas beliau hilang dengan hanya mendapat majoriti 10,134. Jika disemak dengan perubahan jumlah pengundi baru, kesan-kesan GST dikalangan penduduk bandar. Anjakan konservatif antara 10-15 peratus undi itu boleh menghilangkan UMNO dari Parlimen Johor Bahru.
Di peringkat kerusi Parlimen Johor Bahru, harapan beliau agar MCA dapat membantu menambah undi, boleh dikatakan agak tipis. DUN Stulang kini telah dikuasai oleh DAP, dan boleh dikatakan DAP agak konsisten dalam mempertahankan pengaruhnya dalam kalangan pengundi. Maka, cabarannya bukan kepalang.
Di peringkat nasional, Tan Sri Shahrir adalah tokoh awal yang mempertahankan skandal 1MDB. Beliau mempertahankan salahlaku bosnya Najib Tun Razak dalam skandal yang cukup menjolok mata ini.
Hari ini beliau dilantik oleh Najib Tun Razak menjadi Pengerusi Felda. Satu kedudukan idaman ahli-ahli politik.
Namun, Felda pula pada ketika ini sedang menghadapi krisis terbesar sepanjang penubuhannya. Perpindahan Tan Sri Isa Samad yang kini sedang disiasat pihak berkuasa, menjelaskan lagi betapa teruknya masalah di Felda.
Hingga Tan Sri Shahrir mengambil alih, belum nampak tanda-tanda Felda akan pulih dari krisis kewangan dan pentadbirannya. Mungkinkah Shahrir Samad akan meneruskan legasi ‘pemberian wang’ agar hati para peneroka sejuk? Sama-sama kita lihat.
Shahrir, kad terakhir Najib di Johor
Percaturan Najib dan Khaled Nordin agar Tan Sri Shahrir Samad menukar pendiriannya untuk kembali bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru bagi pihak UMNO, boleh dikatakan perjudian yang berisiko tinggi.
Tan Sri Shahrir sememangnya berpengaruh dalam kalangan pengundi tegarnya, tetapi jika kita lihat apa yang berlaku ke atas mantan Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman di Gelang Patah pada PRU-13 yang lalu, ia boleh memberi sedikit keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk membuat kejutan kali kedua.
Jika Tan Sri Shahrir Samad menerima pujukan Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan Umno Johor ini, peluang bagi PH untuk mencipta sejarah, pastinya akan lebih cerah.
Kerana apa? Selain faktor politik semasa, percaturan ini jelas membuktikan bahawa UMNO di peringkat yang cemas dan terdesak hingga tiada lagi calon lain yang berwibawa, yang mampu mempertahankan kota terakhirnya. – Roketkini.com
*Mahdzir Ibrahim adalah Pengarah Pendidikan Politik Johor.
Read More

[Video Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal! Kok gitu?] Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia bungkus, projek apa pula bakal melingkup?

Sabtu, 30 September 2017

Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia bungkus, projek apa pula bakal melingkup?


Sudah masuk minggu kedua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ‘bungkus’ akibat isu pengurusan dalaman apabila kontrak pengendalinya Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) ditamatkan – dikatakan Mydin menjual barang lebih mahal dari pasaran.
Akibat penamatan kontrak itu, sebanyak 185 buah KR1M seluruh negara terpaksa tutup kedai sementara waktu sebelum KR1M 2.0 dilancarkan tahun ini kata menteri.
KR1M merupakan projek yang diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri Najib Razak dan dilancarkan pada Jun 2011, dua tahun selepas Najib memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan terdapat sekitar 250 barangan runcit dijual di KR1M.
Apabila KR1M ditutup dan proses pemulangan barang dijalankan, sudah tentu, ia akan melibatkan kos-kos tambahan seperti penyewaan terpaksa ditampung oleh kerajaan. Sudah tentulah juga kerajaan terpaksa pula menggagau duit lain untuk menanggung perbelanjaan itu.
Dan sudah tentu, kalaulah saya pengasas KR1M, saya akan rasa malu. Apa tidaknya, KR1M sebagai salah satu pesaing rangkaian kedai-kedai runcit seluruh Malaysia yang mendapat sokongan kerajaan sudah tutup kedai. Masa yang sama, rangkaian ‘kedai-kedai Aceh dan Bangladesh’ yang sedia ada terus maju.
Penutupan sementara KR1M tidak akan terhenti setakat ini. Ia juga bukalah hal antara Mydin dan KR1M semata-mata. Apa yang lebih penting, ia merupakan bukti kegagalan pengurusan produk-produk 1Malaysia Najib.
Persoalannya, adakah selepas ini produk-produk 1Malaysia yang lain seperti Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), skim Perumahan rakyat 1Malaysia (PR1MA), Program Susu 1Malaysia (PS1M); Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)  dan banyak lagi akan mengalami kegagalan?
Apa jadi dengan skim Menu Rakyat 1Malaysia yang digembar-gemburkan sebelum ini? Apa prestasinya, apa ceritanya?
Kita tidak mahu produk 1Malaysia yang kononnya mahu meringankan beban rakyat sekadar memenuhi keperluan penjenamaan semula BN – Najib.
Lebih menakutkan, gagasan 1Malaysia Najib yang didakwa sebagai pengukuh semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum negara ini terus dibayangi kegagalan. – Roketkini.com
Read More

[Video Tun Mahathir Mahu Rakyat Sedar Daripada Terus DiTipu Oleh Kerajaan BN] TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB? Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita?

Sabtu, 30 September 2017

TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB??

Selepas kunjungan Perdana Menteri, Najib Razak ke White House bertemu Donald Trump pada 12 September lalu, heboh diperkatakan kemudiannya bahawa Presiden Amerika itu akan melakukan kunjungan balas ke Malaysia, November ini.

Kunjungan itu dianggap sebagai mengesahkan lagi hubungan akrab Najib dengan Trump dan akan dipergunakan untuk manfaat pilihanraya, meskipun di sebaliknya DOJ terus melakukan siasatan jenayah dan mengemukakan saman sivil berkaitan  aset-aset yang dibeli menggunakan wang curi 1MDB.

Namun, berita ini tentunya mengecewakan Najib dan sekalian pengampu serta penyokongnya.

Trump, dalam jadual kunjungannya ke Asia pada 3 hingga 15 November depan hanya melawat Tokyo, Seoul, Beijing, Hanoi dan Manila, sebaliknya Kuala Lumpur dan Putrajaya terkecuali sebagai destinasi kunjungannya.

Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita?

Tidak mahukah beliau bertemu Najib yang sudah mencurahkan bantuan kira-kira RM100 bilion kepada Amerika?

Setelah berbilion-bilion dicurahkan untuk membodek Trump dengan hujah membantu mengukuhkan ekonomi Amerika, apa alasan sebenar beliau tidak singgah ke Malaysia?

Apakah Trump jenis manusia yang tidak mengenang budi dan mudah melupai  bantuan yang diberikan Najib?

Atau adakah keputusan itu kerana Trump kini mula mendengar kecaman pelbagai pihak di Amerika yang menasihatkannya agar menjauhi Najib yang dianggap sebagai "pemimpin crook" di peringkat dunia?

Sudahlah kunjungannya ke Amerika sebelum ini merupakan hanya kunjungan biasa, bukan lawatan rasmi sebagai ketua kerajaan, tiada jamuan rasmi, malah sarapan pagi pun ditanggung sendiri dan kereta juga kena diletakkan di basement atau bawah tanah, Trump dilihat sekali lagi menghampakan Najib kerana tidak datang ke Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam program lawatannya ke Asia.

Bilion-bilion yang dicurahkan nampaknya macam tidak bermakna apa-apa.

Apakah semua ini merupakan tanda-tanda buruk buat 1MDB di Amerika? (ShahbudinHusin 30/09/2017)
Read More

[Video Ceramah PAS Fastaqim 2.0 'disambar kilat' di Pantai Tok Jembal] Jualan akhbar Media Utama di M'sia terus merosot, BN bakal bermasalah, kata editor.

Sabtu, 30 September 2017

Jualan akhbar merosot, BN bakal bermasalah, kata editor
Media utama di Malaysia kini berdepan masalah besar apabila jualannya semakin merosot teruk saban tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September, 2017.

Jualan akhbar merosot, BN bakal bermasalah, kata editor

PERDANA Menteri Najib Razak dan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Putrajaya bakal berdepan masalah besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas satu daripada tiga tonggak utama senjata kempennya iaitu media semakin hilang pengaruhnya.
Wartawan kanan Abdul Jalil Ali, yang juga anggota dalam beberapa panel penasihat Putrajaya, berkata media utama di Malaysia kini benar-benar dalam masalah apabila jualannya semakin merosot teruk saban tahun.
Media adalah antara "3M" yang dianggap sebagai senjata dalam pilihan raya selain jentera (machinery) dan dana (money).
Penasihat Editorial Kumpulan Karangkraf itu berkata "pengamal media kini dalam keadaan tertekan" ekoran kejatuhan besar jualan akhbar sejak akhir-akhir ini.
"Bayangkan, dahulu jualan Sinar Harian kira-kira 130,000 naskhah sehari, kini tinggal hampir separuh sahaja.
"Akhbar lain lagi teruk," kata penasihat editorial akhbar Sinar Harian itu kepada The Malaysian Insight.
Jelas beliau, apabila media cetak yang dikawal oleh kerajaan tidak laku, maknanya kerajaan tidak dapat mempengaruhi pengundi dengan berkesan.
Putrajaya mengawal ketat kandungan berita melalui undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, manakala akhbar masih memerlukan permit penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 walaupun peruntukan lain seperti pembaharuan permit tahunan telah dilonggarkan beberapa tahun lalu.
Kajian Audit Bureau of Circulations (ABC), agensi yang memantau prestasi industri persuratkhabaran di Malaysia, bagi tahun berakhir Disember 2016 menunjukkan akhbar Harian Metro jatuh paling teruk iaitu sebanyak 62.5%. Edarannya pada hujung tahun 2012 ialah sebanyak 379,169 naskhah, jatuh sehingga 142,262 naskhah pada akhir tahun lalu.
Akhbar New Straits Times (NST) pula kedua merosot paling teruk, jatuh 41.6% kepada hanya 54,490 naskhah bagi setiap keluaran pada akhir tahun lalu berbanding 93,321 empat tahun sebelumnya.
Akhbar harian utama berbahasa Melayu juga mengalami nasib sama. Utusan Malaysia dan Berita Harian jatuh 30% dalam tempoh yang sama.
NST, Berita Harian dan Harian Metro dimiliki oleh Kumpulan Media Prima yang akrab dengan kerajaan BN. The Star pula dimiliki secara majoriti oleh parti MCA melalui badan pelaburannya, sementara Umno memiliki kira-kira 50% pegangan dalam Utusan Malaysia.



"Bagi saya kerajaan dalam masalah, bahkan Najib juga dalam masalah. Saya telah sebut hal ini dalam beberapa mesyuarat panel," katanya.
Menurut Jalil, kerajaan sekarang hanya boleh mengawal akhbar tetapi tidak lagi upaya mengawal berita yang disebarkan kepada orang ramai.
"Dahulu semasa zaman Dr Mahathir Mohamad, beliau berjaya kawal akhbar dan berita yang tidak disukai daripada tersebar.
"Tetapi sekarang kerajaan hanya boleh akhbar macam akhbar kami (Sinar Harian) tetapi mereka tidak boleh lagi sekat berita daripada tersebar.
"Itu sebab saya selalu kata kepada pihak kerajaan, anda tidak boleh sekat lagi berita pada zaman ini.
"Apa yang perlu dibuat ialah memberi penerangan dan menjawab segala berita (yang tidak disukai) dengan bijak," katanya.
Jalil juga berpendapat sebelum ini hanya akhbar alternatif sahaja yang boleh mencabar kewibawaan media arus perdana tetapi sekarang sudah ada media baru di Internet dan kemajuan teknologi pula membolehkan semua orang menyebarkan maklumat.
Jalil pernah memimpin beberapa penerbitan akhbar alternatif termasuk Watan pada tahun 1980-an, sebelum ia ditutup ketika Operasi Lalang pada 1987, dan Eksklusif, ketika era Reformasi selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan Umno.
"Dahulu kerajaan selalu kata, kami ini (media alternatif) sokong pembangkang. Tetapi sebenarnya tidak. Kami pengamal media bebas, yang bebas mengkritik dan memberikan pandangan.
"Kami hanya melaporkan apa yang tidak ada di media arus perdana pada ketika itu. Media itu pun dikawal sepenuhnya dulu oleh kerajaan.
"Tetapi kini kerajaan hanya boleh kawal akhbar tetapi tidak boleh mengawal berita daripada disebarkan melalui laman web dan sebagainya," kata Jalil.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak baru-baru ini mengakui bagaimana media sosial sudah jadi platform pilihan untuk berkomunikasi termasuk untuk kempen politik menuju PRU14, kerana sifatnya yang pantas serta kos yang rendah.
Laporan The Digital News Report 2017 baru-baru ini menyebut 51% daripada pengguna Internet di Malaysia menggunakan aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita atau berita.
Ia merupakan platform kedua popular dalam kalangan pengguna Internet di Malaysia selepas Facebook (58%), diikuti YouTube (26%), WeChat (13%) and Instagram (13%).
Najib, dalam sebuah ucapan pada April lalu, mengakui peranan penting akhbar dalam masyarakat yang bebas dan mengatakan pentadbirannya telah membuka ruang untuk media memainkan peranan demokrasinya.
Media di Malaysia juga katanya bebas mengkritik kerajaan, menteri dan pegawai pentadbirannya, kata Najib.
"Ada lebih daripada cukup kritikan yang tersebar. Dan kalau anda lihat media dalam talian dan media sosial, ia seperti zaman koboi," katanya, ketika berucap pada majlis Anugerah Media Asia WAN-IFRA ke-16 di Kuala Lumpur, pada 19 April lepas.
"Apa yang hendak saya katakan ialah kebebasan bersuara subur di Malaysia."– 29 September, 2017.
Zulkifli Sulong
he Malaysian Insight.
Read More

Friday, 29 September 2017

[Video Gelagat najib jadi bahan ketawa & Najib tertidur di MIC Annual Meeting!] Sokongan pengundi Melayu kepada BN semakin merosot – analisis

Sabtu, 30 September 2017

Sokongan pengundi Melayu kepada BN semakin merosot – analisis


SERDANG, 29 SEPT: Terdapat beberapa indikasi kuat menunjukkan pola sokongan pengundi Melayu khususnya kepada Barisan Nasional (BN) di Selangor akan terus mengalami penurunan berbanding pilihanraya lalu.
Penganalisis dan Pengarah Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, keadaan itu berlaku akibat kesan kenaikan kos sara hidup dan GST yang semakin dirasai bukan sahaja bagi penduduk di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar.
“Sokongan kepada Najib di kalangan orang Melayu dilihat lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
“Parti BERSATU yang diketuai Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin telah berjaya memberi laluan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menembusi kubu kuat UMNO yang mana sebelum ini gagal dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Persoalan utama sekarang bukan penurunan sokongan pengundi Melayu kepada BN, tetapi berapakah kadar penurunan itu katanya.
Dalam analisa terbarunya, beliau membuat jangkaan kemungkinan berlakunya tiga scenario selepas PRU14.
Bagi senario pertama, HARAPAN dijangka menang 36 daripada 56 kerusi negeri meskipun kurang daripada 44 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13 dan masih menerajui kerajaan Selangor.
Senario kedua menunjukkan berlakunya ‘Tsunami Melayu’ dengan skala kecil di mana HARAPAN dijangka memenangi 43 kerusi negeri – kurang satu kerusi berbanding PRU13.
Manakala scenario ketiga menunjukkan berlakunya ‘Tsunami Melayu’ sekiranya sokongan pengundi Melayu kepada BN jatuh sehingga 10% manakala pengundi bukan Melayu pula mencatatkan penurunan 5%. – Roketkini.com
Read More

[Video Tun Mahathir:Ada Raja Baru, Nama Dia Najib!] Pelancaran Pakatan Harapan Johor. Sambutan sangat hebat daripada bangsa Johor!

Sabtu, 30 September 2017

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.


Parti Amanah Negara telah menambah 10 foto baru — bersama Foo Choun Kian.
6 jam
Pelancaran Pakatan Harapan Johor. Sambutan sangat hebat daripada bangsa Johor!
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Read More

[Video Tun M Dedah!~Najib Yakin Boleh Beli Rakyat Dengan Duit 'CASH IS KING'] SIAPA PEMIMPIN PAS YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOSMETIK tetapi rugi? Adakah kali ini Pas mahu berdiam diri lagi!

Jumaat, 29 September 2017

Related image


SIAPA PEMIMPIN PAS YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOSMETIK?

Dalam tulisan terbaru oleh Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin di blognya yang melontarkan enam persoalan kepada sesiapa yang ada jawapan, salah satu pertanyaan beliau adalah berbunyi “Apakah benar duit yang KONONNYA dibagi oleh Najib/Umno kepada Pas digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?

Pertanyaan beliau itu tentu saja menimbulkan seribu persoalan, termasuk antaranya siapakah pemimpin Pas atau isteri atau kroni atau proksinya yang berniaga kosmetik  dan rugi itu?

Di waktu yang sama, lontaran pertanyaan itu juga akan segera mengingatkan kita mengenai saman berkaitan dana RM90 juta yang didakwa pernah diterima Pas itu.

Berikutan Sarawak Report yang mula-mula mendedahkan berhubung wang RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada Najib Razak, setelah sekian lama bertangguh, Pas akhirnya mengemukakan samannya terhadap portal tersebut di London.
Tetapi, susulan daripada itu, Husam Musa juga kemudiannya membuat pendedahan yang hampir sama kepada Pas, malah dengan terang-terang menyebut nama bank yang dikaitkan dengan dana yang didakwa diterimanya.

Meskipun pada mulanya Pas menyatakan akan mengemukakan saman terhadap Husam, malangnya sehingga sekarang masih tiada sebarang khabar berita mengenainya.

Apa jadi sebenarnya berkenaan saman tersebut dan kenapa ia terus senyap dan sunyi?

Jika saman boleh dibuat di London kepada Sarawak Report, kenapa Pas tidak berani menyaman Husam di negara sendiri?

Selain Husam yang pernah mendakwa Pas pernah menerima wang daripada UMNO atau Najib, seorang lain pemimpin Pakatan Harapan yang turut berbuat demikian ialah Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan.

Dalam pendedahannya, beliau secara terbuka menamakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai individu yang pernah menerima sejumlah wang berkaitan 1MDB daripada Najib yang dipercayainya untuk diberikan kepada Pas.

Selepas pendedahan itu dan mencabar Nasharuddin agar berani membuat akuan bersumpah menafikannya, bekas Timbalan Presiden Pas itu juga menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.
Namun demikian, sama seperti Pas yang mengancam mahu menyaman Husam, tetapi tidak menjadi kenyataan sehingga kini, ugutan saman Nasharuddin  kepada Rafizi masih lagi senyap tidak berbunyi apa-apa hinggalah detik ini.

Kiranya dakwaan Rafizi itu didapati tidak benar dan berupa fitnah, mengapakah Nasharuddin masih keberatan untuk mengambil tindakan undang-undang?

Pas mengancam mahu menyaman Husam pada Februari 2017, manakala Nasharuddin pula mengugut Rafizi pada April lalu, bermakna sudah beberapa bulan masa berlalu, tetapi janji masih lagi tinggal janji.

Pertanyaan terbaru A Kadir Jasin tidak lain menimbulkan persoalan, apakah beliau sebenarnya ada maklumat baru mengenai wang yang menjadi perbualan ramai yang dikatakan pernah diterima Pas itu?

Adakah kali ini Pas mahu berdiam diri lagi, walhal rasanya tidak ramai pemimpin Pas atau sesiapa yang ada kaitan rapat dengan mana-mana pemimpin Pas yang berniaga kosmetik ketika ini? 

Selain bisnes kosmetik, apakah mungkin macam-macam perkara lain akan terdedah lagi selepas ini? (ShahbudinHusin 29/09/2017)

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena