Wednesday, 31 October 2018

[Video Heh, apa hebatnya Tok Pa? Tajuddin-tak nampak jasa dia pun] HASRAT TIDAK SAMPAI Hu, hu, huuu, Hadi, Mustafa dan Nordin tidak dibenarkan masuk berjumpa PM di Puterajaya? TUNGGU KAT LUAQ beb!

Khamis, 1 November 2018

Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH 
HASRAT TIDAK SAMPAI...
Kunjungan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Terengganu ke Puterajaya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, katanya diikut serta oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang. Selain Hadi, Mustapa Ali dan Nordin Salleh juga ikut sama.
Semasa Ahmad Yakob dan Shamusri Mokhtar berjumpa dengan Dr Mahathir, Abdul Hadi dan yang lain tidak dibenarkan masuk kerana mereka tidak ada autoriti. Jadi Hadi, Mustapa dan Nordin hanya menunggu pertemuan dua MB itu di bilik menunggu.
Ertinya agenda politik yang terselit di sebalik misi kunjungan dua MB itu gagal. Hadi, Mustapa dan Nordin gagal menyampaikan hasratnya. Dan hasrat ini katanya sesuatu yang boleh menganggu kestabilan PH.
Adapun cerita pokok Mat Yakob dan Samsuri ialah mengenai royalti? Sebab itu tiada apa-apa kenyataan media mereka berkaitan pertemuan itu. Trims.
Read More

[Video Pemimpin PKR minta polis siasat penasihat media Dr M] Masa Najib pakai dulu tiada plok kata pakaian komunis? Itulah #KebangsatanUmno kerana dah kehabisan modal utk cerca fitnah melata..

Khamis, 1 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Bila Timbalan Menteri Pertahanan berbangsa cina pakai pakaian tersebut UMNO cuba main isu perkauman dan ideologi komunis utk kaitkan itu adalah pakaian komunis..

Masa Najib pakai dulu tiada plok kata pakaian komunis?

Itulah #KebangsatanUmno kerana dah kehabisan modal utk cerca fitnah melata..

Foto Suara Rakyat.
Foto Suara Rakyat.

Pemimpin PKR minta polis siasat penasihat media Mahathir

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mahu pihak polis menyiasat Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung tulisannya di blog yang didakwa menghina Raja-raja Melayu.
Merujuk tulisan Kadir di blog pada 30 Oktober lalu yang bertajuk 'Selamat Bertakhta Al Aminul Karim', Johari berkata, artikel itu boleh mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
“Saya sebagai seorang wakil rakyat dari Kedah amat kecewa dengan tulisan Kadir ini, dalam memuji tetapi dalam masa yang sama tulisannya mengandungi unsur penghinaan terhadap baginda.
“Ini sangat berbahaya dan kita minta polis untuk menyiasat Kadir kerana perkara sebegini sangat meresahkan rakyat,” katanya yang juga adalah ADUN Gurun pada sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.
Johari berkata, tulisan Kadir itu seolah-olah memberi gambaran bahawa Sultan Kedah seorang yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalahgunakan kedudukan baginda.
Mk.
Read More

[Video Keterangan Deepak tentang Najib, Rosmah sudah diambil] Mahkamah kekalkan perintah Razman bayar RM200,000 kepada Nizar.

Khamis, 1 November 2018
Foto Suara Rakyat.
IPOH, 1 Nov : Mahkamah Tinggi Ipoh membuat keputusan menolak rayuan Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria dengan kos RM5,000 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

"PAS TOLAK POLITIK FITNAH", kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
HAR.. HAR.. HAR..

'Level' tinggi lebai wala' Pesuruhjaya PAS Perak camni pon kaki fitnah tegar ka ??!
Tu blom kira lagi walaun2 yg di bawahnya...
Takbirrrr...
Mahkamah kekalkan perintah Razman bayar RM200,000 kepada Nizar

Mahkamah kekalkan perintah Razman bayar RM200,000 kepada Nizar

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membuat keputusan menolak rayuan Bendahari Pas Pusat, Razman Zakaria dengan kos RM5000 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Pesuruhjaya Pas Perak itu didapati bersalah memfitnah Mantan Menteri Besar Perak itu dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.
Walaubagaimanapun peguam Razman memohon agar bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 ditangguhkan kerana pihak Razman ingin merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.
Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu.
Mohamad Nizar memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel akhbar berkenaan yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.
Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.
MD.
Read More

[Video Isu Harga GAS ''Kalau Betul Kenapa Umno Kalah?''] Tiada kenaikan harga perkhidmatan penghantaran Gas PETRONAS ke rumah! Lebai2 PAS memanjat pejabat Dr.M lagi semalam...Buat apa Hadi jumpa Dr.M kali ke-2?

Khamis, 1 November 2018
Piu wittttt...
Image may contain: 1 person, text
#BeritaBaik..
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) - PETRONAS Dagangan Bhd hari ini mengumumkan bahawa tiada kenaikan harga untuk perkhidmatan Penghantaran Gas PETRONAS ke Rumah (Gas PETRONAS Home Delivery) (GPHD) dan caj penghantaran tetap sama.

Harga semasa di laman web GPHD menyenaraikan RM25.80 untuk silinder 12kg dan RM29.80 untuk silinder 14kg bagi wilayah tengah, sementara wilayah selatan, timur dan utara harga bagi kedua-dua silinder berkenaan masing-masing adalah RM25.20 dan RM29.00.
Harap maklum...cai & walaun.
Lebai2 PAS memanjat pejabat Dr.M lagi semalam...
Image may contain: 2 people, people sitting and beard
Buat apa Hadi jumpa Dr.M kali ke-2... 
Saya tidak begitu mengenali gambar orang di sebelah Abdul Hadi Awang, yang pakai nametag ABY. Bila dirisik saya difahamkan dia ini salah seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri. Di mana gambar ini dipukul tidak pula diketahui. Namun bila dilihat kepada suasana, ia seperti gambar di sebuah pejabat. 

Apakah ia di JPM di Puterajaya?  

Bersama gambar ini sekeping lagi gambar dikirimkan kepada saya, gambar Mustapa Ali dan dikirinya seorang pemimpin “mentor” Bersatu? Timbul persoalan untuk apa kalau Presiden Pas itu mengunjungi Perdana Menteri? Saya lebih cenderong untuk membuat tafsiran kunjungan ini bermotif politik. Kalau ia hubungan di antara kerajaan dengan kerajaan, sepatutnya ada Menteri Besar Terengganu yang dilihat sesuai MB berjumpa dengan PM. Tiada ada lah pula gambar Samsuri Mokhtar bersama. 
Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting
Abdul Hadi dan Mustapa Ali bukan wakil rasmi kerajaan negeri, kerana mereka tidak ada apa-apa kuasa untuk mewakili kerajaan negeri. Berdasarkan itu maka kunjungan ini bermotif politik. Dengan meminjam istilah Mohd Amar Nante, “siapa kamu”? 

Kalau ia bermotif politik, apakah tujuan dan matlamatnya? Apakah ada maksud Abdul Hadi mahu mengadai 17 orang ahli parlimennya untuk apa-apa kepentingan di Terengganu dan Kelantan. Umum tahu kewangan kedua buah negeri diperintah oleh Pas itu dalam keadaan tidak begitu menyelesakan. 

Apakah Abdul Hadi membawa hajat untuk membawa Pas bersama Dr Mahathir demi kepentingan kerajaanya? Kunjungan ini menarik dan kita sedang “sekonding”. Dan gambar atau kunjungan ini tentulah kurang menyenangkan pihak tertentu. - MSO /TS
Read More

[Video Tun M-Tidak Guna Cakap Ketuanan Melayu] KETUANAN MELAYU konon! Betul ka mamat Bangla ni pemilik syarikat BESTINET SDN BHD? Nak sumbang RM100 juta kpd Tabung Harapan, tatapi Tun M TOLAK!

Khamis, 1 November 2018
Ketuanan Melayu lah konon...
Image may contain: text
Tumpang sekole.
SUMBANGAN RM100 JUTA KEPADA TABUNG HARAPAN.
Menurut sumber yang kredibel, DATUK SRI AMINUL ISLAM AB NOR (DSA), pemilik syarikat BESTINET SDN BHD telah berjumpa dengan Tun M selang beberapa minggu selepas PH berjaya mengambil alih pemerintahan negara dengan niat mahu menderma RM100 juta kepada Tabung Harapan. Sumbangan ini ditolak oleh Tun Mahathir.
DSA berasal dari Bangladesh dan telah mendapat status warganegara Malaysia sejak 5 tahun lalu.
Selain Bestinet, DSA juga memiliki syarikat2 berikut :
1. JR Joint Resources Holdings Sdn Bhd
2. Montage Human Capital Sdn Bhd.
3. Synerflux Sdn Bhd.
4. Raffles Care Sdn Bhd
5. SPPA
Projek bimoterik yang berkait rapat dengan soal keselamatan negara telah 'outsourced' kepada syarikat Bestinet, FWCMS & Synerflux milik beliau.
Individu2 di bawah dilantik oleh DSA memegang jawatan dalam syarikat2 milik beliau :
1. Tan Sri Azmi Khalid - mantan Men Dalam negeri (Pengerusi JR Resources).
2. Dato Tengku Omar Tengku Bot - mantan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (Pengarah Eksekutif JR Resources).
3. Datuk R.Rathakrishnan - mantan Pengarah HR Sony EMCS (Pengarah Eksekutif Bestinet)
4. Norliza Pungut - proksi (Montage Human Capital)
5. Datuk Zein Isma - Ketua Bahagian Umno Subang (Pengarah JR Resources)
6. Datuk Hakim Hamidi - adik Zahid Hamidi (Pengarah Bestinet/SPPA)
Kumpulan syarikat DSA diberikan hak monopoli membawa masuk pekerja asing dari negara Bangladesh sejak bulan Oktober 2016 dan telah membawa masuk seramai 189,752 orang sehingga 14 Ogos 2018.
Calon pekerja Bangladesh dikenakan
bayaran sebanyak RM13 ribu hingga RM15 ribu seorang oleh salah satu dari 10 buah agensi/sindiket Bangladeah lantikan DSA. Daripada jumlah tersebut, RM9 ribu akan dibayar kepada DSA.
Selain dari itu, Bestinet melalui SPPA juga mengenakan yuran kepada bakal majikan sebanyak RM305 bagi setiap pekerja & FWCMS akan caj RM207 ke atas sindiket agensi Bangladeah bagi setiap pekerja.
Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed, pemilik JAKEL TRADING adalah proksi Rosmah Mansor yang mempunyai kepentingan dalam sindiket yang dijalankan oleh DSA.
Dengan tumbangnya kerajaan UmnoBN, sindiket DSA telah dibatalkan dan dengan rasminya akan tamat riwayat pada 31 Okt 2018 nanti.
Perkiraan kasar keuntungan yang dikaut DSA sepanjang tempuh tersebut :
189,752 X RM9 ribu = RM1,707,768,000 (RM1.7 billion).
APA LAH SANGAT RM100 JUTA !!
SYABAS TUN M YANG PEKA & BIJAKSANA.
Read More

[Video Dr M setuju teruskan siasatan kes pembunuhan Altantuya] 'Hina ATM' Presiden Jaringan Melayu M'sia Azwanddin di BANGGANG sekali lagi! 90% MP HARAPAN sudah serah borang isytihar harta.

Khamis, 1 November 2018
Sebelah kanan dan kiri Agong kominis ke? Azwanddin ni bangang buat kajian dululah  sebelum keluarkan kenyataan dan tuduhan...

90% MP HARAPAN sudah serah borang isytihar harta

Kira-kira 100 anggota parlimen kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menyerahkan dokumen pengisytiharan harta menjelang tarikh akhir esok untuk dokumen berkenaan disiarkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata, anggota parlimen yang belum berbuat demikian berbaki 10 peratus.
Terdapat anggota parlimen dan ADUN daripada negeri di Sabah dan Kedah menyerahkan dokumen mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan menggunakan pos.
Empat komponen parti HARAPAN ketika ini mempunyai 117 kerusi di Dewan Rakyat sementara sekutu mereka Parti Warisan Sabah, memegang sembilan kerusi lain.
Menurut Liew, Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed akan diberikan lanjutan tempoh untuk membuat pengisytiharan harta memandangkan mereka baru menyertai senarai anggota parlimen HARAPAN.
Mustapa, yang merupakan bekas menteri Umno, baru-baru ini menyertai BERSATU, sementara Anwar kembali ke parlimen selepas menang pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.
"Pengisytiharan harta tidak begitu rumit, seseorang hanya perlu mengisi butiran hartanya, dan anak-anaknya yang berumur 21 tahun ke atas. Kita perlukan masa untuk mengumpul data.
"Anwar dan Mustapa sudah bercakap kepada SPRM dan Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) di pejabat saya hari ini, dan telah mengisi borang," kata menteri undang-undang itu kepada pemberita di parlimen hari ini.
Ditanya jika SPRM akan menyiarkan dokumen pengisytiharan harta anggota parlimen berkenaan seperti dijadualkan, Liew berkata: "Saya tidak tahu, bukan saya yang buat keputusan tentang perkara itu".
Tarikh akhir bagi menyiarkan dokumen itu sudah beberapa kali dilanjutkan.
Dokumen pengisytiharan harta itu pada mulanya direncanakan untuk diterbit pada 1 Okt lalu namun ditangguhkan ke 15 Okt, dan seterusnya ditangguh sekali lagi kepada 1 Nov.
Menurut Liew, anggota parlimen HARAPAN memberikan kerjasama yang baik dalam pelaksanaan perkara itu.
Jelasnya, pengisytiharan harta itu hanya melibatkan aset mereka selepas menjadi anggota parlimen.
"Ia pada hari mereka angkat sumpah pada 11 Julai lalu. Kita mungkin kaji semula pengisytiharan ini setiap tahun.
Liew turut memberi jaminan agar anggota parlimen tidak perlu bimbang sekiranya mereka boleh menjelaskan aset mereka.
"Katakan seseorang tiba-tiba mempunyai harta bernilai RM5 juta ketika lima tahun memegang jawatannya. Sekiranya dia boleh jelaskan, seperti warisan, atau menang loteri, tak apa.
"Sekiranya dia tidak boleh jelaskan, itu masalah," katanya.
Mk.
Read More

[Video Parlimen-Siapa Dalang Kes Altantuya & Beng Hock] 'Level' tinggi lebai walaun camni pon kaki fitnah tegar ka? Rayuan sumbangan RM135,000.00

Rabu, 31 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
"PAS TOLAK POLITIK FITNAH", kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan.
HAR.. HAR.. HAR.. 
'Level' tinggi lebai wala' Pesuruhjaya Pas Perak camni pon kaki fitnah tegar ka?
Tu blom kira lagi walaun2 yg di bawahnya...
Takbirrrr...
Foto Suara Rakyat.
Dah terdesak sangat sampai nak kutip derma sbb ekoran tanggungan hutang kalah dalam petisyen..
HAR.. HAR.. HAR
Read More

[Video Parlimen-MP Umno Ni Nak Gaduh Ke] Taktik cilik peguam Najib Shafee utk langkah pertamanya telah gagal & Justo gembira kes 1MDB akhirnya ke mahkamah.

Rabu, 31 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
Jeng.. Jeng.. Jeng.. 
Taktik cilik peguam Najib Shafee utk langkah pertamanya telah gagal..
HAR.. HAR.. HAR.. belom lagi Najib dibicarakan, mcm2 helah Shafee buat..
Kenapa takut sgt Najib utk hadirkan diri prosiding pengurusan kes bagi kesemua pertuduhan dihadapinya?
Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah 

Justo gembira kes 1MDB akhirnya ke mahkamah

Xavier Andre Justo, pemberi maklumat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), gembira apabila pengakuannya berkaitan skandal 1MDB kini membuahkan hasil.
Justo, yang berasal dari Switzerland, berkata mereka yang terbabit secara langsung dalam skandal itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan, dan menambah, dirinya tidak bersalah serta tidak melakukan sebarang kesalahan.
Beliau berkata demikian apabila ditanya perasaannya setelah mengetahui seorang demi seorang yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes itu kini dihadapkan ke muka pengadilan.
“Sudah tentu saya berasa gembira. Saya dipenjarakan selama 18 bulan. Jauh daripada anggota keluarga.
"Melihat mereka didakwa secara rasmi, bukanlah sesuatu yang saya suka. Bukanlah perkara yang menyeronokkan untuk melihat mereka menderita, sebaliknya satu kepuasan apabila melihat keadilan ditegakkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-10 mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2018, di Kuala Lumpur hari ini.
Pada 22 Jun 2015, Justo ditahan di rumahnya di pulau Koh Samui, Thailand, selepas pegawai PetroSaudi memfailkan aduan bahawa Justo cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, pada Disember 2016, Justo adalah antara beribu-ribu banduan warga asing yang diperkenankan pengampunan diraja.
Justo turut mengaku terdapat pihak berkuasa Malaysia yang datang bertemunya sebelum ini di penjara Bangkok dan antara mereka ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
"Saya terpaksa ‘mengaku’ bahawa saya mencuri serta memanipulasi data dan bahawa saya bekerja dengan seorang ahli politik pembangkang Malaysia dengan bantuan seorang wartawan. Dan perjanjian PetroSaudi-1MDB adalah sah dan adil, dan Mr Razak itu (Datuk Seri Najib Tun Razak) seorang yang baik.
"Soalan dan jawapan diberi kepada saya sehari sebelum kedatangan delegasi dari Malaysia. Mereka bertanyakan 55 soalan (yang diberikan lebih awal). Saya mendapat soalan dan jawapan sehari sebelum itu,” dakwa Justo.
Bagaimanapun, Justo enggan menamakan dua lagi anggota dari Malaysia itu.
Berbilion Ringgit telah diseleweng daripada dana 1MDB menggunakan transaksi yang kabur dan syarikat luar persisir yang tidak wujud.
Setakat ini bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berdepan beberapa dakwaan berkaitan skandal 1MDB.
Singapura turut mengambil tindakan terhadap beberapa profesional kewangan berhubung skandal 1MDB.
- Bernama
Mk.
Read More

[Video Nazri: Saya serius, BN tak laku dah] Mukhriz-Majoriti ahli BERSATU tolak Nazri & Mahkamah tolak permohonan Najib kecuali kehadiran.

Rabu, 31 Oktober 2018

Majoriti ahli BERSATU tolak Nazri - Mukhriz

ALOR SETAR: Keputusan tidak akan menerima Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibuat berikutan pelbagai tindakan termasuk kenyataan yang melampaui batas.
Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata mana-mana individu yang mahu menyertai BERSATU perlu dinilai terlebih dahulu termasuk memastikan langkah itu tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH).
Menteri Besar Kedah itu berkata, pihaknya boleh menerima sesiapa sahaja menyertai BERSATU, tetapi jika ia memberi kesan negatif kepada parti maka tidak perlulah seseorang itu diterima.
“Ramai sahaja pemimpin UMNO yang neutral dan tidak pernah berkata apapun maka sudah pastinya BERSATU boleh mempertimbangkan seperti penyertaan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Bagaimanapun bagi Ahli Parlimen Padang Rengas itu, dia sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang melampaui batas malah majoriti ahli kami menolak beliau. Maka menjadi satu kesilapan jika dia diambil sertai kita.
“Jika sudah terang menyusahkan rakyat, cuba bayangkan orang sebegini diterima parti... ini sudah melampau seperti sudah tiada pertimbangan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
BH Online.

Mahkamah tolak permohonan Najib kecuali kehadiran

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengecualikan diri daripada menghadiri prosiding pengurusan kes bagi kesemua pertuduhan dihadapinya.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan itu selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon kehadiran anak guamnya dikecualikan pada pengurusan kes berhubung tiga tuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Nazlan dalam penghakimannya berkata, kehadiran Najib adalah perlu bagi membolehkan beliau mengikut prosiding kesnya.
“Beliau perlu hadir, namun jika perkara itu tidak dipertikaikan, mungkin mahkamah boleh mempertimbangkan.
Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, mempersoalkan kehadiran anak guamnya memandangkan prosiding hanya membabitkan pihak pendakwaan dan pembelaan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Sulaiman Abdullah, memberitahu kehadiran Najib adalah perlu kerana membabitkan kes penting.
“Setakat ini pihak kami tidak menerima sebarang arahan, namun secara peribadi beliau perlu hadir,” katanya.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 29 November ini untuk sebutan semula dan pengurusan kes.
Sementara itu, mahkamah turut membenarkan kes membabitkan 25 pertuduhan rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM2.3 bilion dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
BH Online.
Read More

[Video KECOH Depan Parlimen! Hadi sertai Perhimpunan TOLAK ICERD] Beberapa MP UMNO Kelantan dijangka sertai BERSATU & MP Umno INTAI sertai PKR pula? Sebab utamanya Anwar Ibrahim akan menjadi PM.

Rabu, 31 Oktober 2018

Beberapa MP UMNO Kelantan dijangka sertai BERSATU

PENGERUSI BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor. - Foto Zaman Huri Isa
KOTA BHARU: Beberapa Ahli Parlimen dari Kelantan dijangka menyertai Parti Pribumi Besatu Malaysia (BERSATU) selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata beberapa nama itu sudah ada, namun tidak akan diumumkan buat masa ini.


“Kita tunggu dan lihat. Jika pemimpin terbabit masuk BERSATU, kita akan adakan majlis.
“Mereka ini (pemimpin) akan memperkuat dan mengukuhkan lagi parti terutama di Kelantan apabila sudah ada wakil kerajaan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung 40 Ahli Parlimen UMNO yang dijangka sertai BERSATU yang diumumkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin, pada Sabtu lalu.
BH Online.

AHLI PARLIMEN UMNO INTAI SERTAI PKR?

Di sebalik riuh rendah khabar angin seramai 40 Ahli Parlimen UMNO mahu menyeberang menyertai Bersatu, kini timbul pula desas-desus menyatakan ada antaranya sedang mengintai untuk menyertai PKR.

Salah seorang Ahli Parlimen UMNO dari Utara dikatakan sedang giat mendekati pemimpin tertentu dalam PKR untuk memudahkan laluannya menyertai parti itu.

Adalah dijangka sebaik saja selepas pemilihan PKR pada bulan November nanti, maka Ahli Parlimen itu akan segera mengisi borang keahlian menyertai PKR.

Sebab utama mengapa Ahli Parlimen berkenaan lebih memilih PKR berbanding Bersatu ialah kerana Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Atas alasan itu dikatakan pemilihan PKR sebagai wadah baru lebih menjanjikan masa depan yang cerah dari segi politik kepada Ahli Parlimen berkenaan berbanding jika  beliau menyertai Bersatu bersama sekian ramai Ahli Parlimen UMNO yang lain.

Sumber lain pula memberitahu, Ahli Parlimen tersebut turut sedang berusaha memujuk dan meyakinkan beberpa rakannya yang lain untuk turut bersamanya menyertai PKR.

Setidak-tidaknya, jika beliau dapat membawa dua atau tiga Ahli Parlimen lain untuk bersamanya menyertai PKR, sudah tentu nilai ‘sahamnya’ akan lebih meningkat di mata Anwar.

Bagaimanapun, beberapa pihak lain yang pro Pakatan Harapan jelas tidak senang dengan usaha Ahli Parlimen berkenaan melobi pihak tertentu dalam PKR bagi tujuan memudahkan laluannya menyeberang parti itu.

Terdapat usaha mengingatkan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail agar berhati-hati dan tidak terlalu ghairah menerima kemasukan Ahli Parlimen yang pernah dilanda kontroversi itu.

Usaha juga turut dilakukan dengan cuba memberitahu pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan mengenai perkembangan terbaru itu dengan harapan mereka akan "berbisik"  meminta Anwar tidak menerima kemasukan Ahli Parlimen berkenaan ke dalam PKR.

Asasnya ia mereka bimbang kemasukan Ahli Parlimen yang pernah terpalit dengan kontroversi dan skandal itu hanya memberi kesan buruk kepada PKR serta menyebabkan penolakan rakyat kepada Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang. (ShahbudinHusin 31/10/2018)
Read More

[Video Dakwaan Cabul - Shahidan Tampil Memberi Penjelasan] Shahidan kata kes cabul tersebut sudah ditutup? TETAPI, kenapa pihak polis masih teruskan siasatan lagi di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Rabu, 31 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
Shahidan kata kes cabul tersebut sudah ditutup..
TETAPI, kenapa pihak polis masih teruskan siasatan lagi di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya sebelum dihantar ke peguam negara untuk menentukan sama ada kes itu boleh diambil untuk pendakwaan?
Moga siasatan tersebut dpt dilakukan seadil-adilnya..
Sumber:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/30/ahli-parlimen-gadis-dalam-kereta-untuk-berbual-kata-polis

Ahli Parlimen, gadis dalam kereta untuk berbual, kata polis

GEORGE TOWN: Polis hari ini mendedahkan senario sebalik dakwaan seorang gadis mengatakan seorang ahli Parlimen menyentuh secara tidak wajar, menyebabkan dia membuat laporan polis di Kangar, Perlis 2 minggu lalu.
Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata gadis berusia 15 tahun itu seorang penyanyi dalam kumpulan busker. Dia sedang berlatih bersama rakan-rakan sekolah di kawasan sebuah stadium.
Pada 20 Oktober kira-kira 11.30 malam, ahli Parlimen itu meminta gadis itu bertemunya dalam kenderaan Toyota Harrier berdekatan tempat latihan diadakan “untuk berbual”.
Guru yang menjalankan latihan membawanya ke kenderaan itu dan pembantu Ahli Parlimen itu membawanya memasuki kereta di bahagian tempat duduk wakil rakyat itu.
Ahli Parlimen itu agak lama menaja pasukan busker sekolah itu, kata Mushar.
Polis berkata ahli Parlimen dan gadis itu berduaan dalam kereta itu.
Menurut laporan gadis itu kepada polis, Mushar berkata wakil rakyat itu tiba-tiba menyentuh tangan dan bahunya, dan ditepis gadis itu.
“Dia segera meninggalkan kenderaan itu. Sebaik sahaja dia keluar, dia menangis, disaksikan oleh guru yang membawanya bertemu ahli Parlimen itu. Gadis itu pernah bertemu ahli Parlimen itu sebelum ini,” katanya pada sidang media di Kangar, Perlis hari ini.
Mushar berkata gadis itu kemudian membuat laporan pada 2.50 pagi itu (21 Oktober) dengan ditemani ibu bapanya.
Beliau berkata remaja itu seorang “perempuan dari keluarga yang baik” dan ibu bapanya dalam ahli profesional. Beliau berkata remaja itu seorang penyanyi berbakat dan menyanyi sejak sekolah rendah.
“Kemudian pada 10.30 hari yang sama (21 Oktober), remaja itu membuat satu lagi laporan menarik balik dakwaan terhadap ahli Parlimen itu, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Dia melakukannya secara sukarela,” katanya.
Mushar berkata polis merakamkan 10 keterangan setakat ini sejak laporan pertama dibuat, termasuk satu daripada ahli Parlimen itu. Wakil rakyat itu memberi keterangan kepada penyiasat dari Bukit Aman hari ini, katanya.
Beliau kecewa mendengar dakwaan mengatakan polis menghentikan siasatan kes sejak laporan ditarik balik.
Mushar meminta aktivis yang mula menyuarakan isu itu di Twitter, Datuk R Sri Sanjeevan, supaya menyerahkan kes itu kepada polis.
“Jangan guna khabar angin untuk membuat dakwaan. Beritahu Sanjeevan bahawa polis Perlis siasat semua orang, termasuk suspek yang VVIP itu,” katanya.
Mushar berkata jika gadis itu disogok, ditakut-takutkan, atau dipaksa menarik balik laporannya, dia perlu tampil membuat laporan polis supaya ia disiasat.
Buat masa ini kes itu dirujuk kepada bahagian pendakwaan polis persekutuan sebelum dihantar ke peguam negara untuk menentukan sama ada kes itu boleh diambil untuk pendakwaan.
Kes itu disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.
Di bawah Seksyen itu, mana-mana individu yang bertujuan melakukan seks dengan menyentuh mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000.
FMT
Read More

[Video Saya tak fahamlah dalam pemuda Umno ni...] Dr M hanya ingin bongkar, cari wang 1MDB - Nazri.

Rabu, 31 Oktober 2018
Tumpang sekole.

Dr M hanya ingin bongkar, cari wang 1MDB - Nazri

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pendakwaan terhadap pemimpin Umno dan beberapa individu lain hanya bertujuan untuk menjejaki penyelewengan wang dalam 1MDB.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas ikrar kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengheret lebih ramai 'jerung besar' yang terbabit dalam rasuah pada era kerajaan BN sebelum ini.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir (Mohamad) hanya ingin membongkar dan mencari wang 1MDB yang diseleweng.
"Siasatan dan pendakwaan undang-undang yang dikenakan terhadap pemimpin Umno dan beberapa individu lain hanya bersandarkan motif untuk menjejak dan mengutip "all the money trail" daripada 1MDB.
"Perdana Menteri ingin cari ke mana wang dan dana 1MDB itu disalurkan. Sebab kita boleh nilai, bukan hanya pemimpin Umno BN yang ditahan, ia termasuk juga individu lain yang disyaki terlibat dalam skandal 1MDB.
"Beliau hanya ingin mendapatkan semula wang yang diseleweng itu," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu Mahathir berkata kerajaan akan terus mencari dan mengheret lebih ramai ‘jerung besar’ yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran BN.
"Akan ada ramai lagi orang akan diheret. Tetapi, sekarang kita terpaksa memberi fokus terhadap beberapa orang terlebih dahulu kerana kekurangan pegawai.
“Buat masa sekarang, kita ‘kejar’ jerung besar terlebih dahulu. Tetapi untuk heret mereka, kena kumpul cukup bukti untuk heret ke mahkamah keadilan dan kemudiannya tindakan boleh diambil,” kata Mahathir.
Baru-baru ini, sejumlah pegawai kerajaan didakwa kerana rasuah dan pecah amanah termasuk bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pertubuhan Risikan Luar Malaysia, Datuk Hasanah Ab Hamid.
Mk.
Read More

[Video Erk eleh, kata2 PENJILAT Najib! Jangan sesiapa cuba untuk menumbangkan Umno] Sejak TUMBANGNYA Umno pd PRU14 dah berkali2 Datuk Jamal Yunos kena bayar saman kerana kerjaya beliau memfitnah! Najib hadir pengurusan kes bagi 32 pertuduhan jenayah.

Rabu, 31 Oktober 2018
Aksi Penjilat... 
Image may contain: 18 people, people smiling, text
Foto Suara Rakyat.
Sejak tumbangnya BN pada PRU14, dah berkali2 Datuk Jamal Yunos kena bayar ganti rugi/ saman kerana kerjaya beliau memfitnah.

KENAPA INI BERLAKU?
KENAPA ketika UMNO berkuasa dulu tiada siapa berani nak sentuh samseng UMNO ini 

Mahkamah arah Jamal bayar RM300,000 pada Maria


Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos bersalah kerana memfitnah bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM300,000.
Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab juga memutuskan Jamal gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat.
"Mahkamah memerintahkan Jamal membayar ganti rugi RM300,000," kata hakim itu.
Selain itu Zaki juga memerintahkan Jamal membayar kos sebanyak RM40,000.
Jamal sebelum ini mendakwa BERSIH dipengaruhi oleh elemen Islamic State (IS).
Mk.

Najib hadir pengurusan kes bagi 32 pertuduhan jenayah

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumput pada pukul 2.40 petang bagi menghadiri pengurusan kes berhubung 32 dakwaan jenayah yang dihadapinya.
Memakai sut kelabu, Najib tiba menaiki Proton Perdana hitam ditemani beberapa pegawainya.
Beliau disambut kira-kira 30 penyokongnya, yang kebanyakannya memakai baju-T hitam yang tertera perkataan 'Rule Of Law-Hentikan Tahanan Politik', sambil melaungkan slogan 'hidup Najib'.
Antara penyokong Najib yang kelihatan adalah pelakon Ellie Suriatie dan bekas pegawai khas Najib, Hizatul Isham Abdul Jalil.
Mk.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena