Monday, 29 October 2018

[Video 40 MP nak LOMPAT! Memang ada...memang ada] Polis akan soal siasat bekas menteri didakwa cabul remaja 15 tahun.

Isnin, 29 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
"Mangsa yg dipercayai DICABUL membuat laporan polis di Kangar jam lebih kurang 2.50pagi (Kangar/8014/18) tetapi satu lg repot Kangar/8020/18 dibuat jam 4 pagi yg mengatakan bahawa mangsa mahu tarik balik repot terhadap VVIP tersebut," kata Dato' Sri Sanjeevan.

Mangsa TARIK BALIK LAPORAN POLIS? Kenapa tarik balik?
cc: Dr Wan Azizah Wan IsmailHannah Yeoh Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Foto Suara Rakyat.

Polis akan soal siasat bekas menteri didakwa cabul remaja 15 tahun

Polis dijadual mengambil keterangan seorang bekas menteri yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata pasukan dari Bukit Aman akan menyoal siasat individu itu, yang juga anggota parlimen Umno, di Kuala Lumpur esok.
Katanya, walaupun remaja itu telah menarik balik laporannya sehari selepas membuat laporan itu di Perlis, polis akan tetap meneruskan siasatan.
"Kita bukan nak diamkan atau lindungi dia (bekas menteri). Apabila laporan dibuat oleh remaja berusia 15 tahun ini, kita klasifikasikannya sebagai sulit.
"Kita teruskan siasat. Mungkin bekas menteri ini jumpa keluarga mangsa untuk tarik balik laporan. (Tetapi) tidak bermakna polis tutup kes. Siasatan diteruskan.
"Kita sudah minta D11 Bukit Aman (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak) untuk rekodkan kenyataannya. Kemudian kertas siasatan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Mushar bagaimanapun menafikan individu itu mengugut pengadu dan keluarga untuk menarik balik laporan yang dibuat.
Katanya lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Walaupun beliau tidak menamakan individu itu, Malaysiakini telah melihat laporan itu, yang mana pengadu mendakwa bekas menteri itu memegang tangan dan meraba bahagian belakang badannya.
Sementara itu, Noor Mushar juga menyangkal tuduhan Pengerusi MyWatch Datuk R Sri Sanjeevan bahawa ada pihak yang cuba menutup kes tersebut.
Menerusi bebenang di Twitter berkenaan isu itu, Sanjeevan turut menamakan anggota parlimen itu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena