Khamis, 1 Disember 2016
Read More
Wednesday, 30 November 2016
Amanah generasi kedua parti Islam di Malaysia.
Khamis, 1 Disember 2016
Read More
Amanah generasi kedua parti Islam di Malaysia
Saya maklum dengan satu tulisan Ustaz Riduan Mohamad Nor yang seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan generasi kedua parti islam, dan satu satunya hujah balas beliau adalah mengkritik dari sudut kelahiran Amanah sendiri yang dakwanya Amanah hanyalah parti yang muncul berbekalkan alasan tewas di muktamar Pas ke-61 tahun lalu.
Beliau membandingkan sejarah parti generasi kedua Islam diluar seperti AKP di Turki, PKS di Indonesia adalah jauh sekali dengan sejarah penubuhan Amanah, mungkin penulis tidak tahu, selain punyai persamaan dalam asas pemikiran, kekalahan kelompok progresif dalam Muktamar "parti Islam" di Turki juga pernah mengambil tempat.
Apabila parti Refah dibubarkan pada 1998, kalangan Islamis telah menubuhkan Parti Kebajikan (Fezilet Partisi) namun pasca pembubaran Refah, telah timbul pergeseran dalam kalangan Islamis terutama antara kelompok konservatif dan pembaharu (reformis).
Kelompok reformis yang dipimpin Erdogan mahukan pendemokrasian yang lebih meluas dalam parti manakala kelompok konservatif mahu mengekalkan model kepimpinan Sang Hoca (Erbakan). Cadangan Erdogan ditolak keras Erbakan.
Oleh kerana Erbakan dilarang berpolitik, kepimpinan parti diserahkan kepada Kutan, orang setia Erbakan. Walaupun kepimpinan Kutan mendakwa cuba meluaskan agenda demokrasi dalaman parti namun kelompok reformis mendakwa kepimpinan Kutan lebih menfokuskan untuk cuba membawa masuk kembali Erbakan dalam pentas politik Turki yang menurut kelompok reformis akan menjadi halangan proses reformasi dalaman parti yang diperlukan menjelang PRU yang bakal tiba.
Ketika inilah perseteruan dalaman Fezilet mula kelihatan jelas, dan apabila tiba PRU, Fezilet mengalami kegagalan apabila perolehan undinya jatuh kepada 16% berbanding 21% sebelumnya.
Pasca PRU, perpecahan semakin meruncing apabila Abdullah Gul yang merupakan sekutu Erdogan ketika itu berundur dari kepimpinan parti bersama lima tokoh reformis dan secara terbuka menentang kepimpinan Kutan. Erbakan membuat dakwaan bahawa kelompok ini bekerjasama dengan kumpulan sekular untuk menyingkirkan dirinya namun Erdogan berhujah bahawa yang melemahkan parti adalah kerana model lama kepimpinan Erbakan.
Cubaan mengambilalih kepimpinan parti dan menjatuhkan Kutan oleh kumpulan reformis mengambil tempat dalam muktamar parti namun kelompok reformis gagal dengan peroleh undi yang lebih kecil berbanding kelompok pro konservatif yang dipimpin Kutan, pemimpin pilihan Erbakan.
Pasca muktamar, pergeseran dalaman Fezilet masih tiada kesudahan, namun sebelum perpecahan semakin melebar, mahkamah perlembagaan dibawah kuasa tentera membubarkan Fezilet, dan tregedi ini telah menjadi rahmat kepada kelompok islam apabila pembubaran ini membebaskan kedua kelompok bertelagah dan masing masing bebas memilih jalan politik sendiri.
Maka selepas peristiwa inilah tertubuh dua parti baru dari dua aliran pemikiran parti lama iaitu Parti Saadet pimpinan Kutan (mengekalkan idealogi parti lama) manakala Abdullah Gul menubuhkan Parti Keadilan Dan Kesejahteraan (AKP).
AKP terdiri dari tokoh reformis parti lama, mereka adalah kelompok yang tidak menjunjung pemikiran generasi pertama (Gen 1) sebaliknya mereka adalah Gen 2 parti Islam. AKP masih mengekalkan model asas Refah namun AKP mengerakkan model kepimpinan karismatik, meluaskan demokrasi dalam parti, telus dalam mengambil keputusan dan membuka ruang terbuka bagi mendebatkan dasar dasar parti.
Nah, tidak wujudkah persamaan dalam penubuhan Amanah dan AkP, ya benar tidaklah 100% sama kerana Pas tidak pernah dibubarkan namun pertembungan dua pemikiran, reformis dan konservatif itu berlaku pada keduanya. Asas pemecahan itu adalah sama!
Dan lebih menarik, Parti Saadet pimpinan Kutan, dalam berdepan AkP mereka melakukan serangan tidak bermoral seperti mengelarkan Erdogan dan Abdullah Gul sebagai pengkhianat gerakan Islam, pernah dengar yang seumpama ini di Malaysia? tepuk dada!
AkP juga dituduh meninggalkan perjuangan islam demi cita cita kekuasaan, ini juga skrip sama diciplak musuh Amanah di Malaysia.
Pada 3 November 2003, berlangsungnya PRu Turki, perolehan undi parti Saadet hanya berjaya meraih sekitar 2.5% undi yang bermaksud menamatkan karier politik mereka di parlimen sebaliknya AkP berjaya meraih 34% dari undi dan percaya atau tidak, kawasan "tegar" Rafah, iaitu parti yang lama sebelum ini telah memberikan undi yang sangat besar kepada AkP.
Ini kalau mahu dibuat perbandingan "sejarah" , namun ada hujah yang lebih benar tentang kewujudan Amanah sebagai parti Islam generasi kedua.
Mungkin sebagai AJK Kesenian dan Kebudayaan Pas Pusat, sememangnya imiginasi dan daya kreatif beliau dalam membentuk "public Opinion" masyarakat bahawa Amanah merupakan parti yang tertubuh kerana kalah di muktamar boleh dipuji.
Walau bagaimanapun adalah tidak wajar untuk masyarakat mendengar dakwaan tersebut tanpa "tabbayyun" dengan pihak Amanah terlebih dahulu, apakah benar Amanah ditubuh kerana faktor kecewa dengan keputusan muktamar lepas?
Amanah lahir dalam suasana pertembungan dua dimensi besar iaitu melibatkan krisis dalaman parti dan kedua wujud juga Amanah adalah kerana negara kita berterusan dilanda krisis yang serius. Amanah lahir setelah Pas gagal mewujudkan solusi untuk dua permasalahan ini.
Setelah lebih 50 tahun wujud, Pas sentiasa gagal mendominasi politik negara, lihat pada Pru pada tahun 2004 Pas hanya peroleh sejumlah 0 kerusi di DUN Selangor dan itulah tapak tegar Pas, kekalahan ini berlaku tidak lama selepas Pas melancarkan Dokumen Negara Islamnya, namun pada 2008, agenda Negara Islam diganti dengan Negara Berkebajikan dan Pas melancarkan slogan keramat "Pas For All" telah berjaya membunuh prejudis rakyat Malaysia yang bukan beragama islam terhadap Pas, disini Pas mula membina kekuatan dan mampu menjadi kuasa yang bakal meruntuhkan Umno Bn di peringkat pusat.
Namun begitu pasca PRU 13, pengaruh idea "Negara Islam" kembali bertapak dan telah mewujudkan kembali pertelingkahan besar antara kelompok konservatif dan Reformis di dalam Pas. Maka usaha untuk saling mendominasi berlaku namun malangnya, ada pihak menggunakan sentimen dan kempen buruk untuk menjatuhkan pihak lawan mereka, diberi perbagai gelaran seperti munafik haraki, liberal dan kafir sehinggalah mengeluarkan 1001 fitnah yang akhirnya menyebabkan kelompok reformis tersingkir dari kepimpinan utama Pas pada muktamar lepas.
Disinilah bermulanya langkah kedua kumpulan reformis, atau turut dijoloki sebagai "Pro- Erdogan" oleh kumpulan konservatif iaitu menubuhkan sebuah parti baru yang bakal membawa idea perjuangan mereka sendiri. Kekalahan pada muktamar itu hanyalah alat percepatkan penubuhan Amanah, kerana sebelum itupun, perpecahan dalaman Pas telah parah dan kritikal.
Untuk menyambung perjuangan Islam yang lebih besar, kelompok reformis di dalam Pas terpaksa melakukan anjakan sebagai penganti kepada Pas yang telah kembali ke kotak pemikiran lama.
Pas meletakkan islam sebagai agama yang menghukum sehinggakan tindakan tindakan tidak bermoral seperti takfiri, mengkafir harbi kembali dalam pentas politik Malaysia, hal ini sekaligus menjauhkan masyarakat kepada Pas bahkan ramai ahli Pas telah lari dari parti, dan mereka inilah yang menjadi aktivis parti Amanah hari ini.
Amanah berpandangan, kewujudan perbagai pandangan, keperbagaian kaum dan agama adalah untuk kita saling kenal dan saling hargai, bukan sebaliknya untuk berbalah dan saling memusuhi. Amanah yakin bahawa yang paling hampir dengan Allah adalah mereka yang berkeupayaan untuk mengurus keperbagaian.
Kita berharap yang mendakwa Amanah ditubuh oleh mereka yang tewas di muktamar juga tidak lupa bahawa sebelum muktamar, tuduhan melulu tanpa usul periksa seperti "baruah" telah dihamburkan oleh pucuk pimpinan kepada pimpinan yang dilihat tidak sehaluan dengan presiden parti.
Para reformis juga menerima musibah diserang dan harta dimusnah dan lebih malang apabila pihak pimpinan bagai tidak mempeduli, bahkan dilihat meredhai tindakan tersebut, saya tertanya tanya dimana suara Ustaz Riduan ketika ini untuk menegur sikap penyokong yang begitu agresif ini, budaya kekasaran ini terus dibawa penyokong Pas sehingga hari ini.
Amanah adalah jalan keluar atau rumah baru kepada golongan reformis sudah tiada masa depan dan menghadapi jalan buntu dalam parti yang sudah tiada lagi belas kasihan terhadap mereka.
Maka, jika ada yang bertanyakan adakah Amanah merupakan generasi kedua parti Islam di Malaysia, maka jawabnya: Ya, Amanah merupakan generasi kedua parti Islam di Malaysia, Amanah membawa nilai tambah baru dalam arena politik negara, membawa tafsiran baharu kepada makna "perjuangan islam" yang tidak terhad hanya kepada untuk meminda akta mahkamah syariah dan slogan slogan retorik bersendikan agama, namun gagal dalam memperjuangkan maqasid syariah kepada rakyat dan negara, Amanah juga merupakan alternatif kepada Pas, generasi pertama parti Islam, dan saingan baru kepada Umno Barisan Nasional.
MALAYSIA DATELINE
[Video] Kerajaan PAS Kelantan ditegur jangan tindas Orang Asli mangsa pembalakan & Seramai 47 Orang Asli telah ditahan reman.
Rabu, 30 November 2016
Read More
Penduduk dari kaum Orang Asal sering berdukacita apabila menyaksikan keadaan di lokasi berlakunya aktiviti pembalakan.
Menurut Dendi, terdapat pokok yang ketebalan batangnya lebih besar daripada ketinggian dirinya.
NAMA saya Dendi Johari dan saya adalah orang suku kaum Temiar. Nenek moyang saya sudah duduk bergenerasi di kawasan hutan Kelantan kian lama sebelum kedatangan orang Melayu, Cina dan India ke Tanah Melayu.
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk merayu kepada rakyat Malaysia untuk membantu kami menghentikan kemusnahan hutan.
Sejak kebelakangan ini, hutan di daerah Gua Musang banyak ditebang. Kami mengalami kesulitan dan penderitaan yang amat sangat akibat penebangan hutan yang berleluasa sampai mengakibatkan pencemaran air, kehilangan khazanah hutan, tanah adat dan mata pencarian kami....
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk merayu kepada rakyat Malaysia untuk membantu kami menghentikan kemusnahan hutan.
Sejak kebelakangan ini, hutan di daerah Gua Musang banyak ditebang. Kami mengalami kesulitan dan penderitaan yang amat sangat akibat penebangan hutan yang berleluasa sampai mengakibatkan pencemaran air, kehilangan khazanah hutan, tanah adat dan mata pencarian kami....
Adakah manusia tidak memahami bahawa banjir, kemarau dan jerebu adalah akibat daripada kemusnahan hutan? Adakah manusia tidak melihat kita sedang memusnahkan khazanah alam semulajadi kita apabila kita menebang hutan?
Saya, sebagai mewakili kaum saya, memohon dengan tulus ikhlas dan rendah diri semoga dihentikan kemusnahan ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Dendi ialah Pengerusi Pemuda Jaringan Kampung Orang Asli (JAKOA) Kelantan. Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
** Dendi mendakwa ada syarikat pembalakan telah diberi kelulusan oleh Menteri Besar Kelantan untuk menebang 400 ekar hutan asli di kawasan Kampung Berig. Kami mengeluarkan petikan ayat tersebut dan sedang mendapat pengesahan daripada pihak terbabit mengenai dakwaan itu.
Saya, sebagai mewakili kaum saya, memohon dengan tulus ikhlas dan rendah diri semoga dihentikan kemusnahan ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Dendi ialah Pengerusi Pemuda Jaringan Kampung Orang Asli (JAKOA) Kelantan. Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
** Dendi mendakwa ada syarikat pembalakan telah diberi kelulusan oleh Menteri Besar Kelantan untuk menebang 400 ekar hutan asli di kawasan Kampung Berig. Kami mengeluarkan petikan ayat tersebut dan sedang mendapat pengesahan daripada pihak terbabit mengenai dakwaan itu.
ASTRO AWANI
Orang Asli Kelantan Gua Musang blockade loggers
Kenyataan Media KANUN
KERAJAAN PAS KELANTAN DIGESA BERUNDING DENGAN ORANG ASLI
1. Biro Undang-Undang (KANUN), Parti Amanah Negara (AMANAH) dimaklumkan pada hari ini bahawa seramai 47 Orang Asli telah ditahan reman atas perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majisret Gua Musang. Mereka ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di hutan simpan Balah, Gua Musang, Kelantan semalam. Permohonan reman dibuat atas kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Enakmen Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh dan menduduki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.
2. KANUN memandang berat isu ini kerana ianya melibatkan hak asasi golongan minoriti rakyat negara ini yang sepatutnya hak mereka dipertahankan. KANUN difahamkan bahawa masyarakat Orang Asli tersebut bersungguh-sungguh mempertahankan tanah adat turun-temurun mereka daripada dimusnahkan akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal sehingga mencemarkan dan mengganggu serta menjejaskan kehidupan seharian, mata pencarian, sumber air dan makanan malah tempat perkuburan nenek moyang mereka.
3. KANUN turut menyeru Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Yaakob supaya mengambil tindakan berunding dengan masyarakat Orang Asli di sana untuk menyelesaikan masalah mereka dan tidak hanya berlepas tangan kepada agensi persekutuan seperti pihak Jabatan Perhutanan dan polis semata-mata. KANUN menegaskan bahawa soal hutan dan balak ini adalah sebenarnya terletak dalam bidang kuasa negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Butiran 3 Senarai II - Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
4. KANUN juga menyatakan bahawa berdasarkan kes Kong Chee Wai & Anor lwn Pengarah Tanah Dan Galian Perak & Ors [Saman Pemula No.: 24NCVC-76-02/2015], Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak telah memutuskan bahawa sesuatu Kerajaan Negeri mempunyai tugas fidusiari untuk menjaga hak dan kepentingan Orang Asli termasuklah mengenalpasti dan mewartakan tanah adat sebagai rizab Orang Asli.
5. KANUN seterusnya menggesa Kerajaan PAS Kelantan untuk terus mempertahankan hak dan kepentingan Orang Asli ini selaras dengan Bahagian 6, Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa (United Nations Declaration of the Rights of Indigenous People [UNDRIP]) yang menyatakan antara lain bahawa “Kerajaan mesti melaksanakan proses yang boleh memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada Orang Asli dan hak-hak mereka ke atas tanah adat dan tanah asal.”
6. Akhir sekali, KANUN juga telah meminta wakil peguam KANUN untuk memantau dan memberikan khidmat bantuan guaman kepada masyarakat Orang Asli yang terlibat supaya kepentingan dan hak mereka akan terus dilindungi.
"Amanah, Progresif, Peduli"
WAN ANWAR BIN WAN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Parti Amanah Negara
30 November 2016M / 30 Safar 1438H
Timbalan Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Parti Amanah Negara
30 November 2016M / 30 Safar 1438H
Kerajaan PAS Kelantan ditegur jangan tindas Orang Asli mangsa pembalakan
30 November 2016 oleh Foto Syam Ghaz
KUALA LUMPUR, 30 NOV: Kerajaan Negeri Kelantan diseru supaya adil, ikhlas dan tegas membela hak dan kepentingan Orang Asli negeri itu khususnya melibatkan isu pembalakan hutan secara tidak terkawal di daerah Gua Musang.
Ini kerana Orang Asli adalah pribumi sebenar yang perlu diberi hak sepenuhnya, dan bukan ditindas oleh mana-mana pihak.
Gesaan ini dibuat kepimpinan Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini, yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Presiden Amanah Hj Mohamad Sabu.
Kesal dengan penahanan 47 Orang Asli oleh pihak berkuasa semalam, kenyataan itu berkata semua pihak terbabit perlu kembali ke meja rundingan apabila semua tahanan dibebaskan bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap perkara berkenaan.
“Kami ingin bertanya, apakah proses perundingan telah sampai ke penghujung sehinggakan tindakan sedemikian rupa diambil terhadap penduduk Orang Asli?
“Kami difahamkan bahawa perjuangan Orang Asli daripada kaum Temiar di Kelantan membantah aktiviti pembalakan yang mengancam sistem kehidupan mereka sudah bermula sejak beberapa tahun lalu, dan mereka telah menggunakan semua jalan demokrasi yang ada untuk berunding dengan Kerajaan Negeri namun tidak diendahkan,” kata mereka.
Sebelum ini, aktivis beberapa NGO alam sekitar, hak asasi dan parti politik telah turun padang dan membongkar wujudnya pelanggaran terhadap garis panduan pembalakan yang dibenarkan.
Isu pembalakan di Hutan Simpan Balah itu semakin mendapat perhatian setelah berlakunya kekecohan melibatkan samseng pembalak dua bulan lalu yang bertindak liar merobohkan blockade Orang Asli di Simpang Petei.
Semalam seramai 47 Orang Asli yang mempertahankan tanah mereka di blockade Simpang Petei dan beberapa kawasan lain ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan operasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
Selain penahanan Orang Asli, operasi itu turut memusnahkan blockade dan lebih 30 pondok berteduh yang didirikan penduduk.
“Tindakan kerajaan negeri dan pihak berkuasa menangkap Orang Asli yang mempertahan hak mereka telah dan akan terus dikecam oleh rakyat prihatin.
“Kami berkeyakinan penuh bahawa masih ada ruang untuk mencari jalan penyelesaian daripada bertindak sedemikian rupa demi mengelakkan kesan buruk kepada Orang Asli dan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri,” kata kenyataan itu lagi.
Hampir semua Orang Asli rakyat tempatan, bukan orang luar
Dalam operasi tersebut hampir semua Orang Asli yang ditahan semalam terdiri daripada penduduk tempatan dan bukannya orang luar sebagaimana dilaporkan organisasi media tertentu.
Senarai mangsa yang ditahan jelas menunjukkan 41 daripada 47 Orang Asli yang ditahan merupakan rakyat Kelantan manakala lima lahir di Perak dan seorang dilahirkan di Selangor.
Fakta ini sekaligus menyanggah laporan yang mendakwa kononnya hampir semua Orang Asli yang ditahan bukan penduduk tempatan dan kononnya berasal dari Pahang dan Perak.
Menyangkal dakwaan liar itu, Penyelaras Badan Gabungan Aktivis Alam Sekitar Kelantan Malaysia (BUMI) Syam Ghaz berkata laporan itu adalah tidak benar.
“Berdasarkan senarai yang ditahan, tidak ada langsung Orang Asli dari Pahang yang ditahan dan hampir semua tahanan adalah rakyat Kelantan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Malah, walaupun ada tahanan yang berasal dari Perak, temubualnya sendiri dengan isteri mangsa yang berasal dari Gua Musang mendapati suaminya itu telah lama menetap di Gua Musang. – Roketkini.com
[Video] Jambatan runtuh: 1 terbunuh, 3 parah & 'Umno rugi tapi mampu biayai ibu pejabat baru?'
Rabu, 30 November 2016
Read More
Jambatan runtuh: 1 terbunuh, 3 parah
Laluan penjalan kaki yang menghubungkan KL Eco City dan The Gardens berdekatan Apartmen Abdullah Hukum, di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dilaporkan runtuh petang tadi.
Menurut sumber bomba, konkrit yang runtuh itu menyebabkan seorang mangsa terbunuh manakala tiga lagi dikatakan kritikal.
Malaysiakini.
'Umno rugi tapi mampu biayai ibu pejabat baru?'
30 November 2016
DAP hari ini mempersoalkan bagaimana Umno mampu untuk membiayai rancangannya untuk membangunkan Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) yang bakal menjadi ibu pejabat baharu parti itu.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, pihaknya mempersoalkan rancangan besar itu setelah laporan kewangan Umno berada dalam keadaan tidak memuaskan.
Nga yang juga ahli Parlimen Taiping memetik laporan The Malaysian Insidersebelum ini yang mendakwa bagi tahun berakhir 2014, parti itu mengalami kerugian sebanyak RM30 juta.
"Sebagai parti politik terbesar di Malaysia yang juga mengawal jentera dan sumber kerajaan, mereka pastinya tertakluk kepada penelitian awam lebih besar," ujar Nga dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis pecah tanah pembangunan KL PWTC berkata, bangunan menara setinggi 70 tingkat itu dibangunkan sempena 70 tahun usia Umno.
Kata beliau, kerja-kerja fizikal dijadual akan dimulakan pada 11 Mei 2017 bersempena tarikh kelahiran Umno dan menjadi mercu tanda ikonik Kuala Lumpur dengan menampilkan persekitaran bersepadu merangkumi hotel, pejabat 70 tingkat dan dewan baharu selain sebuah masjid yang boleh menampung sebanyak 5,000 jemaah.
Dengan pembinaan ibu pejabat baharu itu, Dewan Tun Razak sedia ada akan dijadikan dewan dua tingkat manakala Dewan Merdeka, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail dinaik taraf sebagai pusat urusan perniagaan setempat serta acara korporat.
Tema seni bina projek transformasi itu diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu yang diambil daripada corak dan lipatan unik pada samping, lok keris serta ukiran hulu keris.
“Ia adalah lambang kesetiaan, keikhlasan dan semangat anggota Umno dalam memartabatkan perjuangan orang Melayu,” tambah Najib.
Malaysiakini.
[Video Ameno Tersentap & Makan Dalam] Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng & Tazkirah Mukhriz Mahathir! Kisah pemimpin yang kejam.
Rabu, 30 November 2016
Read More
Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng
30 November 2016
GEORGE TOWN, 30 NOV: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menerima kunjungan istimewa Imam Besar Masjidil-Aqsa, Ali Omar Yacoub Abbasi di pejabat rasminya di Komtar dekat sini.
Pertemuan secara tertutup selama lebih setengah jam itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco, Datuk Abdul Malik Kassim.
Lebih dikenali sebagai Syeikh Ali Al-Abbasi, imam masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu memuji kepimpinan Guan Eng yang menurutnya berjaya melahirkan suasana hormoni dan saling hormat menghormati di kalangan rakyat di negeri itu.
“Rakyat Pulau Pinang dari kalangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam hidup saling hormat menghormati dan harmoni. Saya boleh melihat mereka hidup dalam aman dan sangat mendukung kepimpinan kerajaan negeri,” ujar Syeikh Ali.
Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agama Islam di samping berlaku adil terhadap semua rakyat di negeri Pulau Mutiara tersebut tanpa mengira latar keturunan dan agama.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yang turut mengalu-alukan kunjungan Syeikh Ali menyifatkan imam negara bergolak itu sebagai tokoh yang berani.
“Baitul Maqdis sedang diserang bertalu-talu oleh regim Israel, kami turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Seperti yang semua ketahui bahawa Jerusalem diduduki oleh orang Israel (Yahudi) dan kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan,” ujarnya mengulas intipati pertemuan tersebut di sidang media kemudiannya.
Syeikh Ali turut sempat menunaikan solat di salah sebuah lokasi Warisan Dunia, Masjid Kapitan Keling di sini, semalam. – Roketkini.com
Tuesday, 29 November 2016
[Video] "UMNO & PAS KENA WARNING"! DR MAZA Tak pilih bulu! Hadi dan Najib pula akan sepentas lagi 4 Disember ini?
Rabu, 30 November 2016
Read More
Hadi dan Najib akan sepentas lagi 4 Disember ini
| BORHAN AHMAD
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi akan duduk sepentas, kali ini dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU-16).
Majlis anjuran badan-badan Islam bukan kerajaan di Malaysia itu akan berlangsung di Stadium Titiwangsa 4 Disember ini mulai jam 8 pagi.
Peristiwa ini bakal mengulangi peristiwa 27 Disember 2015 lalu, apabila Najib dan Hadi berpakaian sedondong dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.
Bagi penyokong mereka, pasangan yang berpakaian baju Melayu merah jambu dan duduk bersebelahan antara satu sama lain di Grand Seasons Hotel memberi harapan kepada kerjasama di antara kedua-dua parti Melayu terbesar di negara ini.
Hadi dijemput untuk menyampaikan ucaptama manakala Najib pula untuk merasmikan majlis itu, yang memberi tumpuan kepada perpaduan umat Islam di seluruh wilayah tanpa mengira ideologi.
Ini selepas Najib, minggu lalu, menghulurkan perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno ke-69.
Kebanyakan pegawai majlis itu juga memakai baju merah jambu yang dipilih sebagai warna tema untuk majlis berkenaan.
Sementara itu, Abdul Hadi dilaporkan turut dijemput untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno kali ini, namun tidak pasti apakah Hadi akan hadir atau tidak.
Hadir atau tidak, nada pemimpin Umno sangat bersahabat dengan Pas dalam PAU 2016 ini.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno (yang menjalankan tugas Timbalan Presiden) mengajak sebuah parti politik agar merapatkan hubungan silaturahim bersama mereka.
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno untuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Zahid berkata, "Kita sesama kita, buka buku baru, kita rapatkanlah silaturahim, kita hendaklah berlapang dada dan hulurkan tangan sesama kita".
Tanpa menyebut nama parti itu, Zahid berkata, beliau bersyukur kerana parti itu telah mula memahami Umno.
"Ada satu ketika, ada rakan kita yang berada di luar sana, tidak begitu berkenan dengan kita. Tetapi kita bersyukur kerana mereka telah mula memahami keadaan kita," katanya yang dipercayai ditujukan kepada Pas.
Malaysia Dateline.
RUU355, Haji Hadi tertipu lagi? - Datuk Mohamad Ariff Sabri (Ahli Parlimen Raub)
Rabu, 30 November 2016
Read More
DAP secretary-general Lim Guan Eng has told PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang to leave Pakatan Rakyat if he insists on tabling the Private Member's Bills needed enforce hudud in Kelantan.
RUU355: Haji Hadi tertipu lagi
Mari kita mula dengan menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator. Semua orang yang berfikiran waras yang mahu melindungi masyarakat dari perluasan kuasa pemerintah dan kumpulan yang mahukan kuasa dan meletakkan rakyat dibawah kebuasan kawalan, mesti berwaspada.
Usaha menghimpun kuasa – apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, penyelesaiannya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat.
Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perkara 49(1) Peraturan Mesyuarat sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya?
Ini isu kelolaan dan mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang beroperasi di bawahnya – hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri yang menjaga institusi pelaksana keIslaman, gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka ada. Ada beribu kes penceraian dimana wanita yang dicerai teraniaya kerana kes mereka lama belum diselesaikan. Kes tukar agama; kes penculikan si mati untuk ditanam dimana. Kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diselesaikan tapi mereka mahukan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat.
Lalu mereka menyalahkan kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isu sebenarnya ialah kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masalah tidak patuh syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak cekap. Jadi mereka datang kepada kita mahukan kuasa besar, luas dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
Dan amat mudah menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka – cabar keIslaman masyarakat. Jika tidak sokong; murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan Islam. Ini adalah ugutan spiritual.
Kita tidak akan berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Dan kita jangan lupa mengambilkira kemungkinan, kuasa yang lebih luas dan keupayaan mengenakan hukuman yang lebih berat, berada dalam tangan pelampau agama. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi senjata penindasan dan pencabulan. Bayangkan jika kuasa yang luas berada dalam tangan individu yang memfatwakan jika Wan Azizah mati, dia di kebumi di jirat; bayangkan jika kuasa luas ada dalam tangan orang sepemikiran mufti Pahang yang mengkafir-harbikan orang DAP. Huru hara negara kita.
Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.
Kehakiman Islam di negara kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, kita ada sistem 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang?
Adakah 3-5-6 mampu membendung orang Islam yang jahat? Tidak. Kes perceraian tinggal begitu sahaja, mencuri dan merompak oleh orang Islam, zina, seks luar tabii, rasuah, dan segala kesalahan dalam senarai negeri terus berlaku.
Apa maksudnya ini? Kuasa yang lebih luas dan hukuman yang lebih berat telah gagal digunakan oleh mahkamah syariah untuk membaiki umat Islam dalam negara ini. Bererti kaedah perundangan sahaja, tidak mencukupi untuk membaiki umat Islam tanpa disertai oleh langkah yang lebih menyeluruh. Sudahkan institusi Islam melakukan ini semua?
Kamu meminta kita semua, memberi alasan dan justifikasi ke atas ketidakcekapan kamu dengan meminta lebih kuasa dan hukuman yang lebih berat?
Jika demikian, golongan politik agama, tidak ada beza dengan Najib. Apa Najib buat bila berdepan dengan musibah hasil tangan nya? Dia mahukan lebih kuasa. Kuasa untuk menekan dan menindas rakyat. Maka dia ada akta hasutan, dia ada POCA, POTA, SOSMA dan undang-undang lain yang zalim. Ini petanda orang yang berotak diktator. Di samping itu, semua institusi yang menjaga kepentingan rakyat dirampas oleh Najib – institusi sahih untuk menekan rakyat khususnya polis, institutusi kepeguaman negara, kehakiman berada di bawah telunjuk Najib. Diktator suka menghimpun kuasa dalam tangan nya sendiri.
Dari perspektif ini, Haji Hadi juga berminda diktator. Dia mahukan lebih kuasa. Dia mahukan hukuman yang lebih berat. Yang kena hukuman berat ialah orang miskin dan wanita dan golongan mustadhafin.
Haji Hadi dan Najib seminda bila tamakkan kuasa. Janganlah orang Melayu menyangka, ulamak terlepas dari kerakusan mahukan kuasa yang tidak disoal dan di cabar. Ulamak juga korup dan rasuah, ulamak juga melakukan pelbagai kemungkaran. Ulamak juga bila berada atas mimbar pun turut memutar ayat-ayat Al-Quran.
Bagaimana golongan seperti Haji Hadi mahu selesaikan masalah kaum Muslim di Malaysia? Dengan menambah kuasa dan menggunakan hukuman yang lebih berat yang berat sebelah menzalimi wanita dan golongan mustadhafin.
Mahkamah syariah bergantung kepada kebolehan hakim dan peguam-peguamnya. Kepentingan yang mereka wakili adalah kepentingan yang berkuasa, yang kuat dalam masyarakat. Tidak ada beza dengan institusi2 yang dibawah telunjuk Najib yakni yang menjaga kepentingan 5% teratas, yang kaya dan yang berkuasa.
Jalan pintas ialah menambah kuasa dan isytihar akan denda RM100 ribu, sebatan 100 kali dan penjara 30 tahun. Itu hanya memerlukan menepuktahniah belakang sendiri, hanya perlu memuju emosi dan kesyahduan keinginan untuk mengIslamkan semua dan penyeruan langsung kepada orang Melayu yang bergama Islam.
Sedangkan membaiki kaum Muslim secara lebih menyeluruh memerlukan penghujjahan, seruan tarbiyah yang bijak, menyeru kepada bahagian rasional otak dan usaha yang lebih rapi, kesemuanya tidak disukai oleh golongan pemalas dan golongan bergantung kepada hak semula jadi.
Maka, salahkan semuanya kepada faktor luar. Kali ini salahkah kepada kelemahan mahkamah syariah, mahkamah syariah tdak cukup kuasa dan hukuman keatas penjahat dan pesalah laku tidak berat.
Jika kemungkaran kaum Muslim tidak dapat dibendung, ianya mesti berpunca dari dalam diri. Janganlah kita bertempiaran sana sini, mengatakan bahawa ini semua orang salah orang lain. Jika Haji Hadi gagal mempengaruhi orang Islam mengenai RUU 355, jangan salahkan DAP. DAP hanya ada kekuatan 37 MP dalam parlimen, dan hanya dapat mempengaruhi majorti orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain.
Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 13:11.
Al-Quran menyebut lagi, Allah tidak mengubah nikmat yang dirasai kecuali bangsa tersebut megubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al-Quran 8:53.
Ternyata, kita mesti terlebih dahulu melihat ke dalam diri kita terlebih dahulu. Adakah kita mempunyai perbendaharaan nilai-nilai yang menyokong keadilan dan kesaksamaan, nilai anti rasuah, anti kemungkaran, anti kejahatan, anti pemimpin yang rasuah, nilai-nilai positif yang lain? Lihat kepada ini dahulu, sebelum senang2 menyalahkan orang lain kecuali diri kita. – Roketkini.com
*Datuk Mohamad Ariff Sabri adalah Ahli Parlimen Raub
[Video Kenapa Orang Pribumi Dia Buat Macam Sampah] Kerana pertahan hutan, 32 Orang Asli Gua Musang ditahan, blockade dimusnah
Rabu, 30 November 2016
Read More
Kerana pertahan hutan, 32 Orang Asli Gua Musang ditahan, blockade dimusnah
GUA MUSANG, 29 NOV: Kerana mempertahankan tanah dari diceroboh pembalak, seramai 32 Orang Asli Temiar di sini telah ditahan pihak berkuasa hari ini di blockade Simpang Petei.
Mereka ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan operasi bermula pagi tadi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan ditempatkan dalam trak Polis di kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Betis sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
Operasi tersebut melibatkan sekitar 150 orang anggota penguatkuasa, 27 kenderaan pacuan empat roda Jabatan Perhutanan dan lapan buah Land Rover PGA.
Menurut sumber yang dipercayai, Orang Asli yang berada di blockade telah dipanggil untuk berkumpul oleh pihak berkuasa menyebabkan ketegangan dan perang mulut.
Ketika perang mulut itu terjadi, blockade dan pondok-pondok Orang Asli mula dimusnahkan menggunakan mesin rantai.
Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli kelantan, Jemali membangkitkan persoalan adakah Orang Asli melakukan kesalahan mempertahankan tanah mereka?
Operasi tersebut melibatkan sekitar 150 orang anggota penguatkuasa, 27 kenderaan pacuan empat roda Jabatan Perhutanan dan lapan buah Land Rover PGA.
Menurut sumber yang dipercayai, Orang Asli yang berada di blockade telah dipanggil untuk berkumpul oleh pihak berkuasa menyebabkan ketegangan dan perang mulut.
Ketika perang mulut itu terjadi, blockade dan pondok-pondok Orang Asli mula dimusnahkan menggunakan mesin rantai.
Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli kelantan, Jemali membangkitkan persoalan adakah Orang Asli melakukan kesalahan mempertahankan tanah mereka?
“Apa kesalahan kami bila kami bangkit mempertahankan hutan, tanah, sungai yang telah tercemar, hutan semakin tiada pokok di atas tanah, tanah pula semakin tandus, adakah kami salah untuk mempertahan?
“Dari segi apa kesalahan kami terhadap kerajaan negeri Kelantan, siapa yang menghancur hutan, tanah, sungai?
“Siapa yang salah? Kami orang asli atau kerajaan negeri yang salah? Di sini kami berdoa agar tuhan tahu mana yang baik atau yang buruk untuk hutan kami pertahankan,” katanya melalui satu kenyataan ringkas kepada media.
“Dari segi apa kesalahan kami terhadap kerajaan negeri Kelantan, siapa yang menghancur hutan, tanah, sungai?
“Siapa yang salah? Kami orang asli atau kerajaan negeri yang salah? Di sini kami berdoa agar tuhan tahu mana yang baik atau yang buruk untuk hutan kami pertahankan,” katanya melalui satu kenyataan ringkas kepada media.
Turut ditahan Setiausaha JKOAK Mustafa Along.
Kesal dengan insiden itu, NGO Sahabat Alam Malaysia dalam satu kenyataan menggesa pihak berkenaan segera memberi kenyataan dan pendirian mereka demi melindungi hak-hak asasi masyarakat Orang Asli yang terjejas.
“Sahabat Alam Malaysia (SAM) dukacita apabila dimaklumkan berlaku tangkapan terhadap beberapa orang Orang Asli yang terlibat dengan ‘blockade’ di Gua Musang, Kelantan.
“Sehingga kini pihak-pihak berkuasa yang berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan apakah justifikasi dan peruntukan undang-undang sedia ada tangkapan tersebut dilakukan,” kata Presiden SAM, S.M Mohamed Idris.
Kesal dengan insiden itu, NGO Sahabat Alam Malaysia dalam satu kenyataan menggesa pihak berkenaan segera memberi kenyataan dan pendirian mereka demi melindungi hak-hak asasi masyarakat Orang Asli yang terjejas.
“Sahabat Alam Malaysia (SAM) dukacita apabila dimaklumkan berlaku tangkapan terhadap beberapa orang Orang Asli yang terlibat dengan ‘blockade’ di Gua Musang, Kelantan.
“Sehingga kini pihak-pihak berkuasa yang berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan apakah justifikasi dan peruntukan undang-undang sedia ada tangkapan tersebut dilakukan,” kata Presiden SAM, S.M Mohamed Idris.
Perkembangan selanjutnya menyusul. – Roketkini.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Rabu, 8 April 2015 Buletin Pakatan Rakyat added a new photo. Yesterday at 2:36am · Buletin Pakatan Rakyat ...
-
Sabtu, 13 Mei 2017 JUMAAT, 12 MEI 2017 UNDI PAS SOKONG UMNO KENYATAAN MEDIA 11 Mei 2017 1. KEADILAN menzahirkan kekesal...
-
Isnin, 21 Disember 2015 Apabila TIMB PRESIDEN nak pertahankan PRESIDEN, maka habis semua nak ditemberangnya..!!! TUAN IBRAHIM HENTI...
-
Ahad, 7 Mei 2017 HARAPAN terima lebih 130 logo Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menerima lebih daripada 130 cadangan logo. ...
-
Khamis, 31 Disember 2015 Video: Rakaman Perbualan Remaja 14 Tahun Diculik Van Putih Hangat Slider Utama & Sensasi Dec 30, 2015 ...
-
Selasa, 22 Disember 2015 Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) Ali Tinju ditahan dibawah Akta Hasutan...
-
Selasa, 22 Disember 2015 Suara Rakyat Like This Page · 6 hrs Ingatkan juta2 jer. rupa2nya.. sampai bilion2 ri...
-
Khamis, 24 Disember 2015 Wahai Zuhdi.. Siapa yang boleh memaafkan kesalahan Umno? Siapa boleh memaafkan kesalahan Umno? Siapa yan...