Tuesday, 30 June 2015

Pakatan Rakyat 2.0 dan Kuasa Ketiga...

Rabu, 1 Julai 2015

Pakatan Rakyat 2.0 Dan Kuasa Ketiga

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

http://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2015/01/election_-650x400.jpg
1) Dominasi Umno/BN mesti ditamatkan kerana sangat banyak menyusahkan rakyat dan umat dalam negara kita. Untuk itu, pakatan pembangkang yang utuh perlu digerakkan untuk menumbangkan satu koalisi besar seperti BN.

2) Tidak ada satu parti pembangkang sahaja yang mampu tumbangkan BN, melainkan parti-parti pembangkang berkerjasama.

Keupayaan ini sudah pun diterjemah dalam beberapa gabungan sebelum ini. Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat terlah menunjukkan kejayaan yang memberansangkan sebagai landasan yang betul menumbangkan BN.

3) Namun semua gabungan pembangkang tidak bertahan lama, kerana kemelut dan perbezaan di dalamnya yang bagaikan tidak boleh dikendurkan lagi. Masing-masing keras dengan idea dan pendirian masing-masing, sehingga saat ini, Umno/BN yang hampir reput masih mampu bertahan dan mampu kembali bertarung.

4) Dominasi Umno/BN sebagai parti pemerintah nampaknya tidak akan berjaya ditumbangkan dalam PRU14 ini. Namun harapan rakyat masih ada mahukan pembangkang kembali bersatu untuk berdepan PRU14, lawan sehingga berhabisan.

5) Namun dalam kelemut-kelemut dahsyat yang melanda PR kebelakangan ini, sedikit sebanyak meresahkan rakyat, dan menghilangkan keyakinan rakyat akan keupayaan PR jika mengambil alih pemerintahan daripada BN. Apakah PR akan lebih baik daripada BN? Atau PR hanya akan mengulangi kesilapan BN sebagaimana rakyat mula nampak kepincangan pemerintahan PR dari masa ke masa?

6) Saya berpendapat, PR atau PR 2.0, jika berjaya menumbangkan BN, ia akan mengamankan Malaysia daripada penyelewengan dan salahguna kuasa hanya untuk satu atau dua penggal sahaja. Selepas itu, korupsi Umno/BN akan diulangi oleh PR atau PR 2.0 samada dalam bentuk yang sama, ataupun dalam bentu yang berbeza.

7) PR atau PR 2.0 tidak akan bertahan lama dengan slogan akauntability, cekap, tranparent dan sebagainya. Penyelewengan akan tetap berlaku, cuma mengambil masa. Jika Umno/BN mengambil masa 60 tahun untuk rosak akibat korupsi ini, PR atau PR 2.0 akan lebih cepat kerana perubahan persekitaran hari ini. Mungkin satu penggal, atau dua penggal sahaja nampak kemas dan teratur.

8 ) Setelah itu PR atau PR 2.0 mesti ditumbangkan. Pr atau PR 2.0 pasti akan berusaha mengekalkan kedudukan mereka. Umno/BN akan berusaha merampas kedudukan ini semula. Apa yang rakyat akan depani adalah memilih antara dua kemudaratan. Kedua-duanya kemudaratan besar pada masa itu. Masing-masing memperindahkan kempen mereka, walhal hakikatnya mereka khianat kepada rakyat.

9) Maka pada ketika itu, kuasa Ketiga yang bersih daripada korupsi kedua-dua blok BN dan PR itu akan menjadi pilihan rakyat. Waktu itu pihak Ketiga ini sangat perlu belajar daripada apa yang berlaku. Mesti amanah, bukan sahaja progresif. Pihak Ketiga ini akan memimpin kebangkitan sebenar rakyat untuk memacu negara menjadi negara terbaik, bersih daripada penyelwengan serta mendapat keampunan Tuhan.

10) Hari ini pihak Ketiga tidak boleh menang, dan jangan berusaha untuk menang. Mesti biarkan PR atau PR 2.0 menang terlebih dahulu. Jika pihak ketiga menang pada waktu ini, pihak Ketiga itulah yang akan mengulangi korupsi BN secara perlahan-lahan, dan PR yang datang selepasnya akan menjadi pembela sebenar.

11) Point utamanya adalah, kita akan menjadi makmur setelah pemerintah pertama dan pemerintah kedua selesai tugas mereka. Andai kata pemerintah ketiga itu BN semula, ia bukan lagi seperti BN sebelumnya, in sha Allah. Tetapi kita lebih mengharapkan Parti Islam, Parti Bijaksanaa, Parti Toleransi dan Parti Harmoni kan mengisi pihak Ketiga itu.

Sekian

KedahLanie
Read More

Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu....

Rabu, 1 Julai 2015

Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu.

Oleh Rizuan Shamsudin 

Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.

Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat.

Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta. Mat Sabu menjadi tumpuan utama.

Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.















Perkara yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin  mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.

Mulai 5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa 100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.

Dalam setiap destinasi ceramah Anwar, pendengar bertambah dan penyokong yang menentang Mahathir semakin padu. Akhirnya gelombang itu diterjemahkan ke peti undi pada pilihan raya umum 1999. Umno ditolak Melayu. Barisan Alternatif mendapat 60 peratus sokongan Melayu.

Gelombang yang mengiringi Mat Sabu kelihatan hampir sama hebat seperti mengiringi Anwar. Ceramah kedua di Kota Bharu 15 Jun lalu dihadiri oleh ribuan penyokong dan rakyat biasa yang ingin tahu perkembangan politik PAS.

Tidak mustahil jelajah Mat Sabu ke seluruh Semenanjung akan menghimpunkan gelombang politik yang lebih besar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan gambar hadirin yang menghadiri ceramah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad di Seremban beberapa hari sebelum itu. Hanya 30 orang.

Berbeza dengan Umno pada 1998 yang mempunyai polis untuk menyekat kemaraan Anwar yang dikhuatiri mencetus revolusi seperti di Indonesia, PAS tidak mempunyai polis dan penjara untuk menyekat Mat Sabu.

Tidak dapat ditolak kemungkinan dalam sebulan dua daripada sekarang akan berlaku revolusi dalam PAS. Pimpinan ulama yang berkonspirasi menyingkir puak profesional tentu tidak menjangkakan Mat Sabu akan melancarkan siri jelajah. Mereka juga terkejut begitu ramai ahli PAS yang tidak walak mendengar ceramah bekas presiden parti itu.

Kini, segalanya sudah terlambat. Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu. Ketika itu PAS menumpang gelombang tersebut untuk meraih populariti. Hari ini, Pakatan Rakyat boleh menumpang gelombang profesional PAS untuk menerangkan isu-isu semasa.

Gelombang penolakan terhadap puak ulama PAS ini akan menjadi gelombang besar menolak BN.

 Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.

Read More

This is war! UMNO sudah tercium bahaya PR 2.0...Apa yang menyalak sekiranya bukan anjing?

Rabu, 1 Julai 2015


Hadi sebut menyalak, orang terjemah anjing 

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad menegaskan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyebut langsung perkataan anjing dalam ucapannya sebaliknya hanya menggunakan perkataan menyalak. 

"Yang diucapkan ialah menyalak tapi orang terus terjemahkan menyalak itu anjing.

"Sebenarnya bukan beliau kata anjing. Tidak disebut pun perkataan anjing," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, di sini, hari ini. 

ULASAN GB

Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajah kata buruk padahnya. Itu pepatah Melayu, terang dan jelas.

Setelah membawa syair Arab tentang "biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan", kini masih-masing cuba mempertahankan Presiden PAS. 

COMMENTS:

Omar Daud said...
Salam semua:

GB good points: Saya tertarik kata-kata ketua ulamak seperti di bawah, macam ia,mengiakan kebejatan presidentnya:
"Salah anggap itu biasa. Seperti kita memasak bubur lambuk dan letak banyak kacang tapi ada satu biji kacang itu busuk. Seluruh bubur itu dianggap rosak semua. Sedangkan hanya kerana sebiji kacang itu," katanya.

SEBENARNYA PEMIMPIN2 PAS, TAK TAHU APA DICAKAPKANYA, KONONYA NAK COVER LINE PRESIDENT,TAPI DIA SENDIRI BAGI TAHU PRESIDENTNYA TU SEBIJI KACANG YG BUSYUK..
Asrul Sani said...
Saya rasa perbezaan yang paling ketara di antara pucuk pimpinan parti baru dengan pemimpin PAS sekarang adalah.....jeng jeng jeng....pemimpin parti baru terdiri dari tokoh-tokoh yang cerdik, matang, berpengalam luas dalam politik dan berjuang lebih lama dalam parti, berdiplomasi, berfikiran rasional serta iklas memperjuangkan nasib rakyat.

Sementara pucuk pimpinan dan AJK PAS sekarang KURENG dalam setiap aspek, kecuali kelebihan mereka adalah dari segi jeng..jeng ...jeng.... size serban lebih besar, janggut lebih panjang, nafsu lebih bergelora serta percakapan lebih sombong dan bongkak...itu saja....

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...
Aku kurang bersetuju dgn kenyataan GB ini 'Kita tidak boleh membetulkan PAS dari dalam lagi. Ia dikontrol oleh kumpulan ulama jumud yang ingin membawa PAS 50 tahun ke belakang, ingin membawa PAS kembali ke surau dan gua walaupun Allah telah membawa dan menghantar PAS ke Parlimen dan DUN'. Sebabnya PAS pada 50 tahun dahulu tidak langsung mengamalkan politik kotor yg dipenuhi dgn fitnah, melabelkan rakan seperjuangan dgn gelaran yg jelik, tiada sifat kebertanggungjawaban, memperlekehkan pimpinan secara mengeluarkan bantahan boo, angkuh dan perlu ditaati membabi buta. Adakah perlakuan itu boleh dikatakan untuk membawa PAS kembali ke surau? Mana mungkin!!! Pimpinan proulama PAS ketika ini, sebenarnya sedang bertindak untuk menguburkan PAS! Itu sahaja....
My Kakak said...
Hati2 dan wasapada , UMNO sudah tercium bahaya PR 2.0 semoga pengalaman dan kematangan perjuangan G18 dan rakan2 selama ini mampu menghadapi cybertrooper berbayar UMNO dan pakar perang sarsf bergaji BN. Jgn sudah terantuk baru tengadah. Sediakan payung sebelum hujan. This is war
Anonymous said...
Hidup G-18.... Tak sabar rasanya nak menunggu lepas raya... Pengumuman rasmi Penubuhan Parti Islam Progresif ni.... Kami sokong penuh usaha murni ini... Lepas tu, jom kita pi lawan Umno/bn habis2an sampai umno/bn tumbang & masuk kuboq, walaupun PAS-ulamak dah anggap Umno/Bn tak sejahat firaun lagi... malah mrk sokong najib utk terus jadi PM... pada mrk umno/bn dah jadi mahabaik! Insya'Allah Pakatan baru akan lebih kukuh tanpa si pengacau, gunting dlm lipatan aka talam2mmuka, PAS-ulamak!! Emmmmmm layak ke mrk2 ni diberi title ulamak? Mungkin mrk ini ulamak yg tersesat jln kot... atau ulamak yg terlampau dot, dot, dot....Oya! Ulamak siku-lutut... kalau dah marah sgt serban pun boleh di buat senjata utk melibas muka "jebon2"... hahaha... alahai hadi... Orang sibuk memperjuangan nasib rakyat di tindas Umno/Bn dgn GST bagai, geng2 dia sibuk perihal siku-lutut dlm jubah wakakaka... memang terkebelakang lah PAS-ulamak jwbnya lepas ni.... P/s : Dgn orang lain boleh siku-lutut-tomoi bagai... dgn aku, akan aku balas 1000 kali ganda dgn siku-lutut-kaki-tangan-kerusi-meja semua naik! serban & jubah korang pun akan aku tarik2 sampai londeh... Ingat apa, orang semua tu batang pisang ke lebai!!

Anonymous said...
Semuanya bermula apabila Hj Hadi tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden. Kemudian menukar keputusan mesyuarat dengan pendapat sendiri. Kemudian berlakunya perbalahan secara lisan antara beliau dengan Anwar dan Lim Guan Eng. Kemuncak, beliau secara terus terang menyerang Wan Azizah dalam isu MB Selangor. Mengatakan Wan Azizah tidak layak dan sebagainya. Kata-kata yang menguris hati.

Namun, tindakan tidak datang dr PKR, tapi dari DAP. DAP putuskan hubungan dgn Hadi tetapi masih kerjasama dengan PAS dan PKR. Tindakan ini seolah-olah memperkecilkan Hadi. Mungkin kerana itu Hadi marah. Kemarahan Hadi ini kemudian merebak kepada ahli-ahli Dewan Ulamak. Akhirnya, kemarahan kepada DAP ini menjalar kepada marah kepada AJK PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS. Pemimpin PAS terutama daripada Terengganu dan Geng Ulamak menyalahkan AJK PAS, Pusat Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden kerana tidak mempertahankan Hj Hadi. Kemarahan ini kemudian diterjemahkan kepada usaha untuk membersihkan PAS daripada Kepimpinan Bukan Penyokong Hadi.

Sekarang yang dipilih adalah senarai 'chai' penyokong mutlak Hadi. Mereka sedia menggunakan lutut dan siku bagi mempertahankan Hadi. Mereka sanggup korbankan semua ahli PAS (termasuk pemegang jawatan di Pulau Pinang, dan Selangor). Bahkan mereka juga sanggup lupakan segala janji-janji yang dilafaz dalam memperolehi undi rakyat semasa PRU13, harapan golongan marhaen untuk melihat PR menjadi pejuang yang memperjuangkan keadilan, untung nasib rakyat yang dibebankan dengan GST,kenaikan tol dan lain-lain. Ini berbeza dengan golongan yang dibuang dalam muktamar baru-baru ini. Mereka memilih untuk tidak bersetuju sekiranya ada tindakan / percakapan Hj Hadi yang tidak betul. Mereka berhujah dengan fakta dan tidak emosi. Mereka berdiplomasi demi memastikan PR sentiasa utuh.Teguran kepada DAP dan PKR dibuat secara berhemah dan dengan prinsip tiada membawa keburukan yang lebih besar.

Namun, kerana tidak mempertahankan Hj Hadi, atau mempertahankan prinsip mereka di buang oleh perwakilan. Pemilihan dengan menggunakan senarai 'chai'. Permainan yang berlaku ini menjadikan PAS umpama parti politik sepenuhnya yang tiada ciri-ciri Jamaah Islamiah.

Pemilihan kepimpinan tidak diukur berdasarkan kepada neraca Islam tetapi gunakan senarai Chai. Kita musykil, adalah pemilihan ini menepati syariat atau tidak. Jika tidak, kemungkinan pemimpin yang terpilih tidak perlu ditaati.

Semoga Allah SWT memberikan jalan keluar kepada arah yang lebih baik dan sejahtera untuk kita semua.
Read More

Kenyataan Dr Mahfodz, Tuan Ibrahim, TG Hadi bercanggah...Tinggalkan mereka. BERANI BERUBAH!

Selasa, 30 Jun 2015

Kenyataan Dr Mahfodz, Tuan Ibrahim, TG Hadi bercanggah

Oleh ZULHAZMI SHARIFF

Aku sebenarnya dah malas nak ambik tahu apa-apa hal berkaitan parti lama aku kerana bagi aku bercakap berkaitan parti itu adalah suatu perkara yang tidak berfaedah, membuang masa malah menyemakkan otak.

 Tetapi bila aku terbaca berita berkaitan parti lama aku tu, aku terpaksa juga untuk menulis bertujuan untuk membuka mata dan menyedarkan kawan-kawan dan sesiapa saja yang masih bersama parti itu agar boleh bersama aku melupakan parti itu kerana sesungguhnya para pemimpin di dalam parti itu sekarang adalah pembohong dan putar belit serta berbelit-belit.

Aku nak menarik perhatian semua kepada berita dalam Malaysia Kini bertajuk "USUL PUTUS DENGAN DAP DIMUKTAMAD SELEPAS RAYA".

Berita tersebut diambil dari agensi berita nasional BERNAMA.

 Ianya adalah temubual wartawan dengan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Dato' Dr Mahfodz Mohamad semasa beliau bersama rombongan DUPP menghantar memorandum kepada MARA.

Dato' Dr Mahfodz dilaporkan sebagai berkata bahawa usul yang diterima tanpa bahas di Muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP hanya akan dimuktamadkan selepas Aidilfitri apabila Majlis Syura Ulamak bermesyuarat.

 Beliau juga berkata bahawa sehingga sekarang keahlian Majlis Syura masih belum lengkap, malah Mursyidul Am serta Timbalan Mursyidul Am juga masih belum dilantik.

Katanya lagi, selepas Muktamar, Majlis Syura masih belum bermesyuarat dan mungkin akan bermesyuarat selepas hari raya.

Kenyataan Dato' Dr Mahfodz ini amat bertentangan dengan kenyataan Dato' Tuan Ibrahim semsa sidang media mengumumkan senarai pimpinan baru PAS pada 21 Jun 2015 yang lepas.

 Dato' Tuan Ibrahim dalam sidang medianya menyatakan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP ada dibincangkan di dalam mesyuarat Pas Pusat ketika itu tetapi akan dirujuk terus kepada Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat pada sebelah petang 21 Jun 2015 tersebut.

Kenyataan Dato' Dr Mahfodz itu juga bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS pada 21 Jun 2015 yang mengatakan bahawa keputusan memutuskan hubungan dengan DAP hanya akan dibincang oleh Majlis Syura apabila Mursyidul Am kembali ke tanah air dari mengerjakan umrah.

Seterusnya pada 22 Jun 2015 berita TheMalaysianInsider melaporkan bahawa Majlis Syura telah bermesyuarat pada 21 Jun 2015 dengan mengekalkan Dato' Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am manakala menantu Hj Hadi iaitu Zaharuddin Muhammad dikeluarkan dari menganggotai Majlis Syura.

Semua boleh lihat percanggahan antara pemimpin Pas yang ada sekarang. Dato' Dr Mahfodz semalam (29/06/2015) berkata Mursyidul Am belum dilantik malah Majlis Syura belum bermesyuarat tetapi Dato' Tuan Ibrahim dan Haji Hadi menyatakan Majlis Syura telah bermesyuarat pada 21/06/2015 dan Dr Haron Din dilantik menjadi Mursyidul Am.

Jelas bahawa para pemimpin PAS yang ada sekarang tak tahu apa yang mereka cakap malah apabila bercakap, jelas menipu, melencong.

 Kalau yang bercakap itu semuanya ahli biasa atau pimpinan yang "sekular" masih boleh diterima tetapi semuanya "ulamak".

 Kalau "ulamak" pun berbelit-beli dan menipu, apa lagi yang nak diharap kepada parti itu. Orang Islam atau ulamak tidak menipu.
Tinggalkan mereka. BERANI BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF
30062015.
Read More

PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

Selasa, 30 Jun 2015
Image result for Gambar muktamar pas

PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama sekali kepimpinan puak profesional.

Bagaimanapun, riak-riak cemas dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca lewat amaran yang mereka berikan terhadap pemimpin dan penyokong puak profesional. Daripada hierarki tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sehinggalah yang lebih bawah, Ketua Penerangan Nasrudin Tantawi dan lain-lain; semuanya memberi ingatan mana-mana pemimpin yang berjuang meninggalkan PAS akan karam. 

Mereka memberi contoh parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS terdahulu akhirnya kalah dalam pilihan raya, mengecil dan tidak berkesinabungan selepas beberapa tahun. Parti Melayu Semangat 46 juga dijadikan ikhtibar. Parti serpihan Umno itu akhirnya dibubarkan dan pengikutnya kembali semula kepada Umno selepas 1996.

Bagaimanapun, puak pro ulama terlupa menjadikan PKR sebagai perbandingan. Parti yang ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim ini daripada hanya menang beberapa kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) 1999 bertukar menjadi parti pembangkang paling banyak mendapat kerusi dalam PRU 2008.
Puak profesional berpegang kepada hujah mood rakyat dan kejayaan PKR membulatkan tekad mereka membentuk parti baharu. Bagi profesional tiada guna mereka berada dalam PAS yang tidak menjanjikan peluang dan ruang untuk bergerak. Sedangkan mood rakyat menolak BN tetapi ulama PAS pula ingin bersekongkol dengan Umno. Oleh itu, mereka akan memanfaatkan mood rakyat dan seboleh-bolehnya ingin mengulangi sejarah kegemilangan PKR.


Ura-ura penubuhan parti baharu ini telah menarik minat pemimpin PAS di semua peringkat. Mereka didakwa bosan dengan kepimpinan Hadi yang tidak boleh ditegur dan terlalu mengikut telunjuk think tank parti yang tidak diketahui asas pemikiran atau rujukan.

Penolakan boleh dilihat ketika mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor yang hanya dihadiri 11 ahli daripada 26 Kawasan di Johor.


Keluar parti

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu Yang DiPertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad. Tidak lama selepas itu, pemimpin PAS Johor bermesyuarat di Bakri, Muar dihadiri oleh hampir kesemua pemimpin puak profesional. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai persetujuan untuk menubuhkan sebuah parti baharu.

Di Kedah, dikhabarkan ketidak puasan hati ahli PAS akan menyaksikan gelombang keluar parti beramai-ramai. Lebih buruk lagi, di peringkat pusat beberapa dermawan yang selama ini memberi sumbangan kepada PAS juga didakwa telah menarik diri.

Dengan kemerosotan sebegitu teruk sokongan pemimpin peringkat kawasan dan cawangan kepada pucuk pimpinan, dijangkakan arus penghijrahan ahli PAS ke dalam parti baharu kelak sangat kencang. Mungkin lebih hebat berbanding penghijrahan ahli Umno ke dalam Parti Keadilan Nasional pada 1999. 


Ahli yang tidak berhijrah pula belum tentu akan memberi undi kepada PAS dalam pilihan raya. Jadi asas untuk pemimpin PAS gentar memang wujud. Mereka terbayang kekalahan bertanding di kawasan-kawasan yang kurang 80 peratus pengundi Melayu.

Malah di Kelantan, misalnya Kota Bharu pun belum tentu PAS akan menang. Situasinya mungkin berulang seperti PRU 1978 apabila PAS ditentang tiga penjuru oleh Umno dan parti serpihan Berjasa.

Lebih segar

Apa pun parti baharu dilihat lebih segar kerana tidak mempunyai struktur didominasi ulama yang memiliki kuasa veto. Tidak ada Majlis Syura Ulama atau Dewan Ulama yang merupakan kuasa pemutus dasar-dasar parti.

Semua keputusan dibuat secara demokrasi dalam mensyuarat AJK Pusat. Parti baharu ini mirip kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Recep Tayyib Erdogan di Turki, yang memisahkan diri daripada parti Refah yang mirip PAS pada 2001 lalu.

Hanya setahun selepas AK ditubuhkan mereka memenangi PRU Turki pada 2002 walaupun ditentang oleh parti-parti sekular yang berpuluh tahun wujud dan pihak tentera yang menjaga perlembagaan sekular Turki. 


Gelombang Erdogan akan sekali lagi melanda Malaysia selepas PKR yang menerima nasihat dari Turki telah mencapai tahap maksimum pada PRU 2013.

Dijangkakan parti baharu yang akan dilancar selepas Hari Raya Aidilfitri ini akan segera dipimpin oleh kalangan ahli parlimen dan ADUN PAS yang berhijrah keluar pada gelombang pertama. -pkrl.blogspot.com

ULASAN GB

Apabila ada cadangan mewujudkan parti Islam alternatif, ada "salakan-salakan" menyatakan kononnya "berdasarkan sejarah", parti serpihan tidak kekal lama, parti baharu tidak ke mana.

Namun kemudian apabila kita buktikan bahawa PAS juga berasal dari sebuah parti serpihan UMNO, Pemimpin PAS Terlupa Bahawa PAS Juga Berasal Dari Parti Serpihan!, terus mereka senyap sepi tidak lagi berani untuk menyatakan parti serpihan tak mampu bertahan lama.

Begitu juga sejarah telah membuktikan PKR yang wujud sebagai parti baharu dan parti serpihan selepas gelombang reformasi 1998. Kini menjadi sebuah parti yang hebat.

Kemudian kelmarin, Presiden PAS di dalam ceramahnya di Pongsu Seribu menyatakan "Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.".

Dengan menutup kisah hudud yang gagal dibentangkan melalui Private Bill setelah ditipu UMNO, Haji Hadi masih mahu menyatakan "qabilah berjalan terus".... dan paling aneh semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, Presiden PAS masih berada di Jepun!

Dan tidak melupakan juga pada sebelum isu Private Bill itu, Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen!

Kemudian di dalam isu "menyalak" itu, ada juga pihak yang cuba membuat pembelaan kepada beliau, iaitu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa Haji Hadi tidak tujukan sesiapa. Hj. Abdul Hadi cuma memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.

Sedangkan telah jelas ia ditujukan kepada mereka yang tidak menyokong hudud.

"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan.
Tidak mengapa, kita juga menggunakan syair yang sama, "biarlah anjing-anjing dan serigala menyalak, parti baharu akan tetap ditubuhkan"....

GB pun tak sebut sesiapa, tak Nak kata apa sekarang?
KedahLanie.
Read More

“Kumpulan Harapan Baharu” (G18) merancang penubuhan parti baharu lepas Hari Raya Aidilfitri..."bukan kumpulan terbuang"

Selasa, 30 Jun 2015

Parti baharu bukan kumpulan terbuang

~ Oleh A Shukur Harun

Selepas dikalahkan dengan cara paling hina di muktamar PAS baru-baru ini, golongan progresif dan sederhana dalam parti itu merancang menubuhkan sebuah parti baharu lepas Hari Raya Aidilfitri sebagai memenuhi harapan baharu rakyat Malaysia.

Penubuhan parti ini juga untuk meneruskan legasi perjuangan Allahyaram Datuk Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Datuk Seri Nik Abd Aiz Nik Mat yang sangat terbuka dan demokratik.

Kumpulan ini mulanya bernama Kumpulan 18 (G18) kini dinamakan “Kumpulan Harapan Baharu” kerana jumlahnya bertambah.

Ia memang berhak mendakwa sebagai pewaris perjuangan kedua-dua tokoh yang amat disayangi majoriti rakyat Malaysia itu.

Ini kerana, golongan progresif ini sangat serasi dengan metodologi perjuangan dua tokoh tersebut iaitu menjadikan PAS parti yang inklusif, tidak jumud dan ekstrem, menyebabkan PAS diterima pelbagai kaum dan agama, meskipun ia tetap memperjuangkan Islam.

Atas inisiatif mereka dan disokong oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat sivil, mereka merancang menubuhkan parti baharu, di mana buat sementara ini dipanggil G18 – mengambil sempena 18 tokoh yang dikalahkan itu. Nama rasmi parti baharu itu akan diumumkan sempena pelancarannya beberapa minggu lagi.

Kini perancang parti baharu ini sedang giat mengadakan perbincangan demi perancangan ke arah penubuhannya yang dilihat sangat dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat.

Namun pada awal-awal lagi sesetengah pemimpin PAS yang ada sekarang begitu segera memperkecilkan penubuhan parti baharu itu. Ada yang mengatakan, kononnya parti serpihan PAS itu tidak akan panjang umur dengan mengambil contoh parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dulu.

Ada juga pemimpin PAS memperkecilkan tokoh progresif itu sebagai daun yang gugur selepas pohonnya digegarkan ribut. Golongan profesional ini dianggap daun gugur yang langsung tidak ada nilai, sedangkan pohonnya, kononnya, tetap teguh.

Ada yang juga yang berkata tindakan menubuhkan parti baharu itu hanya akan menguntungkan musuh, Lebih jauh, ada pula ustaz muda tokoh segera PAS yang dengan segera hendak mengajar kumpulan sederhana ini supaya melihat sejarah gemilang PAS selama ini.

Saya kira pandangan negatif pimpinan PAS terhadap parti baharu ini perlu dijawab untuk memberitahu tahap tidak matangnya mereka dalam politik.

Pertama, parti baharu ini tidak akan menjadi Hamim dan Berjasa, kerana situasinya berbeza, keadaan mencetuskan parti baharu ini berbeza, sambutan rakyat juga berbeza dan persepsi umumnya berbeza di zaman penubuhan Berjasa dan Hamim dengan keadaan yang ada sekarang.

Daripada kajian awal yang diperoleh – terutamanya di bandar dan semi bandar – rakyat pelbagai golongan sedang menantikan penubuhan parti baharu ini.

Hamim dan Berjasa adalah proUmno, sementara parti baharu ini menentang Umno/BN.

Hamim dan Berjasa hanya mendominasi kawasan Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu, sedikit di pantai barat Semenanjung, sementara parti baharu bersifat nasional, seluruh Malaysia.

Parti baharu ini diyakini akan disertai pelbagai golongan rakyat yang sedar – terutama masyarakat sivil dan generasi baharu – yang dilihat sedang menantikan penubuhan parti baharu ini, Ini gelombang besar yang akan mengejutkan pemimpin PAS sendiri nanti.

Dengan kehadiran media baharu, perkembangan politik baharu ini mudah tersebar luas. Dari itu, menyamakan parti baharu dengan Hamim dan Berjasa tidak munsabah, malah ketinggalan zaman.

Kelemahan pemimpin PAS sekarang ialah mereka tidak memahami perkembangan politik terkini, kerana tenggelam dengan emosi dan prejudis, hanya berbangga dengan lutut dan siku bukan fakta dan ilmu.

Kedua, golongan progresif ini bukan daun yang gugur dan terbuang akibat ribut. Golongan ini masih gemilang dan terbilang. Mereka tetap berharga di kaca mata masyarakat yang sedar, bukan golongan yang jumud dan ekstrem.

Malah, tidak mustahil pula ribut besar yang melanda PAS boleh menumbangkan batang tubuh PAS itu sendiri kerana masyarakat melihat PAS kini sedang melakukan “reverse gear” yang amat menghairankan. Akhirnya ia kembali menjadi parti politik Pantai Timur.

Ketiga, Penubuhan parti baharu ini tidak menguntungkan musuh, malah menggerunkan mereka. Ini kerana ia sebuah harapan baharu dan kekuatan baharu yang didukung oleh majoriti rakyat.

Berbanding dengan krisis yang dialami PAS memang jelas menguntungkan musuh dipandang dari sudut apa pun kerana ia memecahkan Pakatan Rakyat.

Keempat, adapun ustaz muda yang menjadi tokoh segera PAS yang segera hendak mengajar kumpulan sederhana ini supaya melihat sejarah gemilang PAS selama ini perlulah mereka mencerminkan diri sendiri lebih dulu.

Pada ketika mereka masih belajar di Timur Tengah, tokoh veteran G18 ini sudah pun berjuang dalam PAS dengan keringat dan air mata mereka. Merekalah yang mengukir sejarah kegemilangan PAS selama ini menerusi kepimpinan Fadzil dan Nik Aziz.

Tokoh inilah yang berjuang di dalam PAS hasil inspirasi pendedahan perjuangan Ikhwanul-Muslimin, Jamaat e-Islami Pakistan, Jamaah An-Nur, Turki, pembacaan buku dan pertemuan dengan tokoh gerakan Islam rantau ini dan antarabangsa.

Oleh itu jangan ada sesiapa dengan penuh angkuh cuba menafikan keunggulan tokoh PAS ini.

Di sini mari kita renung dengan pemikiran jernih penubuhan parti baharu ini sebagai harapan baharu masa depan rakyat Malaysia di mana ia akan menyertai gabungan parti pembangkang yang ada sekarang.

Saya tetarik dengan pemikiran terbuka, pemimpin parti baharu ini, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi “rahmat yang tersembunyi” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Beliau yang menjadi setiausaha jawatankuasa bertindak G18 itu berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

Parti baharu ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan NGO Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

Beliau yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini.

Selain akan bergabung dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.
KedahLanie.

Read More

Monday, 29 June 2015

Apakah anda membenci PAS? Jika Pas adalah Mekah, wadah baru adalah Madinah

Selasa, 30 Jun 2015

Jika Pas adalah Mekah, wadah baru adalah Madinah

Oleh Ahmad Dhuha Sobri

Apakah anda membenci PAS?

Jawapannya untuk anda saya tidak tahu, tetapi bagi saya sendiri. Saya tidak membenci PAS. Saya sayangkan PAS dan ahlinya.

Jika PAS adalah sebagai Mekah dan Wadah Baru adalah Madinah. Maka kita harus sedar bahawa Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bukan kerana benci Mekah. Tetapi adalah kerana Mekah bukan sebuah tempat yang subur untuk pengembangan Islam dalam masyarakat monokultur itu berbanding Madinah adalah masyarakat multikultur.

Begitulah juga sekarang ini PAS bukan lagi tempat yang subur untuk pengembangan Islam sebagai agama RahmatalLil 'alameen.

Di Mekah Rasulullah tidak terus meruntuhkan berhala di Kaabah, tetapi setelah beberapa tahun beliau di Madinah akhirnya berhala di Mekah diruntuh sendiri oleh penyembahnya yang satu ketika dahulu disembah penuh kegerunan  dengan tangan mereka sendiri.

Maka kita sebagai pemimpin dan pembimbing untuk wadah baru harus tidak menanamkan kebencian sebaliknya kasih sayang kepada PAS dan ahlinya dan wajib dengan gigih berusaha menarik seramai mungkin ahli PAS menyertai wadah baru dengan sebuah pemikiran yang tercerahkan (rausyan fikr).

Tindakan secara emosi mesti dielakkan oleh peringakat pemimpin dan pembimbing seperti mengarah lambang dan papan tanda PAS diruntuhkan segera dikampung halaman masing-masing adalah tindakan emosi.

Emosi tak terkawal biarlah hanya berlaku kepada ahli biasa wadah baru, jangan pula berjangkit kepada pemimpin dan menggalakkan sentimen kebencian tersebut.Kebencian tidak akan menghasilkan natijah yang baik sebalik akan dibalas pula dengan kebencian yang lebih jelek.

Jadilah kita semua duta kasih sayang untuk Islam RahmatalLil 'Alameen.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH KASIH SAYANG UNTUK MEMBERI FIKIRAN YANG TERCERAHKAN (RAUSYAN FIKR) KEPADA SELURUH AHLI PAS DAN MASYARAKAT SIVIL MEMYERTAI WADAH BARU INI.
Read More

[Video] Mat Sabu: Kerajaan Mengajar Rakyat Jadi Bodoh, Inilah Dia UMNO!..."Kandang babi pun kami masuk"!

Selasa, 30 Jun 2015

Kalau tidak kerana #1MDB, syiar Islam di negara ini akan malap. 1MDB lah tunggak dakwah dalam negara ini.

Semalam Dato' Seri Najib kecewa dengan mereka yang mengkritik 1MDB kerana lupa SUMBANGAN 1MDB KEPADA ISLAM (kononnya) !!!

Makin merapu demi menyelamatkan 1MDB. RM20 juta bagi kepada masjid, RM42,000 juta tidak tahu ke mana.
6 hrs · 
 

WOWW!!!.. Ringgit bersebelahan shj dgn matawang Afrika Selatan ??? Maknanya ??? TERBAIK MALAYSIA like emoticon

"Ringgit Now Asia’s Worst Performing Currency" -iMoney

LIHATLAH.. Matawang MYR (Ringgit M'sia) adalah antara matawang2 di dunia yg PALING LEMAH..


Mana 47% yg sokong kepimpinan Jibby ni..
Read More

"Suara presiden adalah suara rasmi"...Tuan Ibrahim seolah-olah menganggap Presiden PAS dilantik melalui wahyu?

Selasa, 30 Jun 2015
HIMPUNAN

TITM seolah-olah menganggap Presiden PAS diantik melalui wahyu?
TAZKIRAH TIMBALAN PRESIDEN PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) pada 24/6/2015 Rabu malam Khamis Di Masjid Hasanatul Abrar, Luit, Maran pada perenggan ke-5, beliau menukilkan:

 Presiden PAS adalah sebuah institusi rasmi mewakili lebih sejuta ahli. Suara presiden adalah suara rasmi, bukan suara peribadi. Apabila presiden mengeluarkan sesuatu arahan, maka itu adalah arahan rasmi. Ia tidak sama dengan timbalan, naib dan lain2 pimpinan yg kata2 mereka boleh ditakwilkan sebagai rasmi atau peribadi di sini

Pelik benar pandangan TITM kali ini. Kalau benarkah Presiden PAS itu sebuah institusi rasmi kerana mewakili lebih sejuta ahli? Apakah timbalan , naib dan lain-lain pimpinan tidak mewakili lebih sejuta ahli juga? Bukankah mereka dilantik melalui muktamar oleh ahli sebagaimana pimpinan-pimpinan yang lain itu? TITM seolah-olah menganggap Presiden PAS dilantik melalui wahyu?

Apakah Tuan Ibrahim Tuan Man sudah lupa apa yang TGNA pernah ucapkan dahulu?


Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya di sini di sini

Elok juga kita leraikan melalui pandangan dari Ustaz Che Ibrahim Mohamed:

ADAKAH PEMIMPIN BOLEH BERTINDAK MEMBELAKANGKAN SYURA?
Syura merupakan satu prinsip penting dlm Islam, ianya terpakai dlm semua perkara yg tidak ada nas syari'e, bila ada nas yg jelas, maka tidak ada lagi mesyuarat, pandangan atau memilih laluan lain.

Imam Qurtubi yg diriwayatkan dari Ibn 'Athiah berkata " tidak ada khilaf di segi wajibnya dilucutkan jawatan seorang ketua bila dia tidak beramal dgn syura bersama ahli ilmi dan agama". 

 Imam Al Thabroni menyebut dlm tafsirnya yg diriwayatkan drp Qatadah menyebut: 

" Allah telah memerintah nabiNya saw supaya bermesyuarat bersama sahabatnya dlm banyak perkara, sedangkan Baginda sering mendapat wahyu dari langit....." 

 Adakah syura mengikat pemimpin atau sekadar maklumat kpdnya???

Kebanyakan ulama berpendapat syura mengikat pemimpin, yakni wajib dipatuhi dan haram ianya bertindak bercanggah dgn keputusan syura berdasarkan perintah syura yg jelas dan tindakan rasulullah saw yg banyak mengambil keputusan berdasarkan keputusan atau pertujuan majoriti sahabat. 

Namun begitu ada ulama berpendapat keputusan syura tidak wajib diikuti oleh pemimpin, mereka boleh mengambil pandangan lain walaupun bercanggah dgn keputusan majoriti. Pandangan ini disandarkan kpd keputusan Rasulullah saw mengambil pendapat Abu Bakar seorang shj dlm kes tawanan Badar dgn menolak pandangan Omar dan Abdullah bin Rawahah, begitu juga dlm Peristiwa Hudaibiyyah dan mengambil pendapat Al Khabbab dlm isu peperangan Badar serta pandangan Salman Al Farisi dlm peperangan Khandak.

 Golongan ini juga menyandarkan pendapat mereka kpd tindakan Saidina Omar dlm isu pembahagian tanah di Iraq kpd tentera yg berperang serta tindakan Abu Bakar membenarkan tentera Usamah memerangi golongan murtad slps kewafatan rasulullah saw kerana didakwa bercanggah dgn kehendak ramai sahabat yg lain.

 Mereka juga berhujah dgn ayat : 

 فاذا عزمت فتوكل علی الله 

" Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kpd Allah" 

Yakni ayat ini memberi maksud bahawa Rasulullah saw dan khulafa' al rasyidin selepasnya boleh memilih satu pendapat tertentu walaupun bercanggah dgn kehendak ahli2 mesyuarat yg lain.

Jika kita mengkaji hujah-hujah di atas, ianya sama sekali tidak memberi makna seorang pemimpin boleh mengambil pendapat sendiri dgn meninggalkan keputusan syura spt berikut: 

 1. Keputusan Rasulullah saw dlm kes peperangan Badar adalah sebelum turunnya ayat syura,

2. Banyak ayat2 al quran yg mencela keputusan yg mengambil pendapat minoriti dgn membelakangkan pendapat majoriti. 

 Adapun keputusan Rasulullah saw dlm isu Perjanjian Hudaibiyyah bukannya bermaksud rasulullah saw menolak pandangan kebanyakan sahabat baginda, namun keputusan tersebut merupakan perintah Allah yg telah dibuat kpd Rasulullah melalui wahyu.

 Begitu juga apabila rasulullah saw mengambil pendapat al.Khabbab bin al.Munzir dgn meninggalkan tempat yg telah dipilih lebih awal dlm Peperangan Uhud dan juga pendapat Salman utk menggali parit dlm Peperangan Khandak, bukan bermakna rasulullah saw menolak pandangan majoriti dgn berpegang kpd pandangan individu, tetapi kerana tidak ada pandangan lain selain pandangan drp mereka shj. 

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena