Wednesday, 24 June 2015

Kamu akan 'tenggelam'! Itu kata kamu...Kenapa kamu memanggil kami ahli PAS sebagai BARUA dan TOLOL?

Khamis, 25 Jun 2015




Omar Daud said...
Salam semua:
Hari demi hari, semangat rakyat malaysia berkobar-kobar untuk menjatuhkan kerajaan umno/BN yg Zalim/korup melalui PR14,Melalui pakatan pembangkang, Bukan PR,tetapi Pakatan Pembangkang yg Baru: Alhamdulillah DSAI telah membuat statement melalui Lawyernya,merestui pakatan pembangkang yg Baru.Dia memaalumkan dgn adanya pakatan pembangkang yg baru akan bertambah kuat dari sebelumnya.Kita tiada lagi "musuh di dalam selimut" dan kawan yg suka tikam dari belakang.
Saya begitu terharu dan teruja dgn rakan-rakan sekelian dan juga pemimpin2 G-18 dimana sanggup bersusah payah demi merealisasikan IMPIAN rakyat yg di redha oleh ALLAH.

SALAM RAMADHAN UTK SEMUA.
Anonymous said...
Sememang nya ada perbezaan antara parti baru dulu dengan parti baru G18. G18 sebelum di tawarkan sebarang jawatan dah ditolak awal-awal lagi. Yang ada jawatan seperti Mazlan Aliman pun letak jawatan. Itu jawatan dalam politik. Jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang pun G18 tinggalkan. Orang gila jawatan buat macam ini ke???

G18 bertanding juga dalam pemilihan. G18 buka terus keluar dan buat parti baru. Kebanyakan yang bertanding ialah mempertahankan jawatan. Dan mereka kalah pada orang baru yang tidak ada pengalaman. Jadi siapa yang gila jawatan sebenarnya ?

Tetapi jika PAS jaga hubungan baik nya dengan rakan parti dalam PR, dan atas sebab kalah mereka G18 pun tubuh parti baru, no way rakyat akan sokong mereka. Rakyat sokong parti baru G18 sebab rakyat dan ahli PAS sendiri perlukan pakatan yang baru. Berbeza dengan parti baru dulu, parti baru hari ini ada matlamat jelas iaitu memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang baru,

Kepada Allah kita kembalikan.

Anonymous said...
Banyak faktor menyumbang kepad penubuhan parti baharu ini. Faktor kerana kalah dan kerana tiada jawatan adalah faktor yang terakhir sekali. Bagaimana Enam atau tujuh faktor menengelamkan faktor kalah untuk menubuhkan parti.

Mana datang semangat dalam beberapa hari sahaja orang yang kalah, juga yang sudah tentu keciwa tubuh parti? Hebat G18 !

Faktor utama yang sebenar-benar ialah kita perlukan sebuah parti baharu sebagai ganti PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini lah yang kuat mendorong mereka.

Keistemewaan parti baharu ini ialah ia nya juga sama-sama di tubuh oleh pemimpin dari PKR dan DAP, secara tak langsung. Semasa PKR di tubuhkan pun tidak disambut oleh parti lain. Jadi pandangan dan pendirian PKR dan DAP juga di kongsi semasa penubuhan parti baharu ini.

Yang pergi tidak akan kembali. PR lah yang melahirkan parti baharu ini dengan identiti nya tersendiri. Parti baharu ini adalah anak sulung bagi DAP dan PKR selepas Isteri pertama yang mandul jadi gila.

Menjadi tanggung-jawab semua pemimpin PR termasuk G18 menjaga parti yang bakal jadi kesayangan ramai ini. Mulutnya ikut Mat Sabu, Fikiran otak nya ikut Husam, Cool nya ikut Salahudiin. Hidung nya ikut Khalid Samad sebab segala masalah dia lah yang mesti hidu dulu, Senyum nya ikut ... Pendirian nya ikut.... Kau orang hantam lah sendiri.. Rambutnya, hihi ...ikut GB !!

Yang kita tahu, riang nya hati lepas raya ini kita akan dapat baby !!

Kepada Allah kita kembalikan.
Anonymous said...
G-18 adalah enjin kepada PAS sebelum ini. G-18 jugalah yang menggerakkan PAS sehingga boleh diterima dipersada politik tanah air. Kini G-18 terlepas dari dari PAS atas kehendak PAS sendiri yang mengikut telunjuk Kapteng Tuang Presideng.
Sekarang PAS tidak boleh belayar jauh sebab sudah di buang enjin G-18. PAS terkapai2 dilautan samudera politik tanahair. Mari kita lihat siapa yang akan tenggelam.

Anonymous said...
Anon 6:41 AM

Ini bukan kerana progresif kalah dan tiada jawatan. Tetapi kerana sikap tamak dan fitnah puak ulamak yang menggunakan taktik kotor dan keji untuk menang. Jadi asas pembentukan parti baru adalah benar, malah wajib apabila PAS sudah terpesong jauh dari perjuangan Islam, dengan menghalalkan cara-cara yang tidak Islam di dalam pemilihan..

Dahulu betul Mat Sabu tak mahu tubuh parti baharu sebab disangkanya para ulama akan bersikap "profesional" sepertinya di dalam pemilihan. Rupa-rupanya para ulama meniru gaya UMNO untuk mencapai kemenangan iaitu dengan fitnah, dengan caci-maki, dengan cai, dengan label-melabel dan seumpamanya. Jadi tak salah untuk Mat Sabu membatalkan hasratnya yang dahulu dan kemudian membuat keputusan baru. Itulah politik, itulah kebijaksanaan. Kaum profesyenal tidak mahu jatuh ke dalam lubang biawak dua kali.

Berkiblatkan PKR dan DAP? itulah fitnah dari grup ulama terhadap progresif. Tahaluf siyasi bukan maksud berkiblat.

zab said...
Saya dapati ramai dari kalangan ustaz-ustaz menyokong G-18. Mereka ialah golongan yang tidak mempunyai kepentingan diri dan jujur dalam menyampaikan ilmu Allah. Ustaz-ustaz seperti Ust. Hasrizal dan Ust. Che Ibrahim sebenarnya memahami keperluan menentang kezaliman. Saya tahu Ust. Hasrizal sebenarnya agak kritikal dengan pimpinan PAS disebabkan cara berfikir yang tertutup. Beliau sendiri yang biasa bertugas dengan masyarakat sama ada di sini atau di UK nampak perlunya gerakan Islam menjadi lebih terkehadapan dan dekat dengan masyarakat, malah berasa amat sedih dengan fitnah yang berleluasa dalam PAS. Maka, kita semua wajib bersatu sebenarnya dalam gerakan Islam yang memandang ke hadapan, bukan duduk dalam jemaah yang tergelincir akibat kepentingan peribadi dan nafsu.

Secara peribadi, saya tak gemar cara Haji Hadi yang gedebe. Dari amanat Hadi sehinggalah barua dan broker, ini tak menggambarkan peribadi yang baik. Jangan disalahkan negeri asal Terengganu kerana saya pun asal Terengganu. Cara yang keras akan menjemput tindak balas yang keras. Itu hakikat. Dengan kedudukannya sebagai ulama, tidak dapat tidak akan ada ego. Ego asal nya dari nafsu. Dan bukan sedikit ulama yang tewas dengan nafsu.

Tiada jalan melainkan meneroka jalan baru. UMNO dah terlalu lemah, dan negara sudah tenat. Kalau kita tak bertindak, mungkin satu atau dua generasi lagi baru dapat.
Anonymous said...
insyaallah aku dan keluarga akan daftar sebagai ahli.

sejak dlm perut mak aku dah kenal pas, sampai dah byk kali mengundi, pas lah satu2nya kesayangan, my late father aktif dlm pas sejak tahun 60an lagi, sejak kecik aku dok tgk byk pintu gerbang pas drp kadbod ada d rmh aku malah ayah menjadikan halaman rmh kami yg luas sbg tapak ceramah pas, bendera pas (masa tu masih lagi dlm bentuk bulan bintang (yg lepas tu dikacau oleh amano yg dengki hingga tukar ke bentuk sekarang, tu pun kacau lagi nasib baik dpt kekalkan) sayup tinggi di ujung kg atas pokok kabu, masa pas lemah ayah aku terang2 menjadi penggerak pas di sekitar kawasannya.

infak wang ringgit, ayah memberi sepenuh jiwa raga demi perjuangan pas, kami menunggu kepetusan p/raya penuh debaran, mak aku pernah menangis bila diumum pas kalah.. 
ayah aku bagi pinjam kereta pada penarik undi semasa p/raya padahal dia bukan pernah bawak kereta masuk ke pida2 di pendalaman sbb taulah ja lah pida masa tu jln berlubang2 tanpa tar, tapi demi memenangkan pas, kereta baru pun sanggup dipinjamkan. masa ayah meninggal aku baru terbaca surat perjanjian antara ayah dan pas yg meinjamkan wang tanpa faedah utk membina bangunan pas d satu kwsn parlimen p/raya, ayah dulu pernah jadi bendahari pas mungkin peringkat kecik (aku x pasti sbb aku kecik sgt time tu) kemudian diteruskan oleh abg aku dan lepas tu anak menakan yg menjadi bendahari pemuda negeri.

tapi sekarang insyaallah kami akan masuk parti baru. Mudah2an Allah bersama kita dan memberi pertunjuk yang mana benar dan yg mana salah, mudah2an Allah menolong pemimpin yg ikhlas berjuang demi Islam bukan shj mereka taat kpd Allah tapi mereka diberi bakat memimpin dan diberi keberanian utk berhadapan pemimpin korup. Dgn cara berparti begini, dgn bersifat terbuka dan berkasih sayang sesama anak Adam dpt menjinakkan non-muslim kpd Islam, dpt meperlihat keindahan Islam, kenapa perlu kedekut untuk memperkenalkan kesyumulan Islam pd yg masih belum Islam tapi mereka bercita2 untuk menjadikan negara kita negara berkebajikan di mana keadilan sosial dpt di rasa oleh semua. Mereka adalah potensi utk didakwah. Begitu juga melawan kezaliman juga dituntut oleh agama. Takkan nak berkomplot dgn pihak yg nyata zalim, penuh tipu muslihat dan pembelit???

abuamir said...

Syukur, ada lagi golongan yg sanggup berjuang membela keadilan utk rakyat. Bukannya golongan yg mencaci maki, melabel org lain dgn pelbagai gelaran sama perangai macam umno. Sebelum ni apa yg umno tak labelkan kpd sdr Anwar - agen yahudi, amerika, hindu,liberal dll.

Masalahnya puak ni mengaku bersama PR tetapi bila mesyuarat tak hadir, ajak berbincang tak mahu, sidang parlimen tak hadir, dlm parlimen macam tikus tapi kat luar tunjuk hebat. Nasib rakyat siapa yg bela? Mangsa banjir Kelantan pun tak mampu bela, lagi rakyat tempat lain hancus.

Sama2 kita bina kembali dari keruntuhan PR kpd pakatan yg baru dan kukuh utk tumbangkan umno/bn pd PRU14 nanti. Biarkan pas meroyan sendiri & jangan dilayan atau ditentang sehingga pas mati beragan. Org sombong & bongkak kita biarkan sampai bila mereka akan menongkat dunia ni?

Posted By Green Boc 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena