Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu.
Oleh Rizuan Shamsudin
Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.
Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.
Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat.
Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta. Mat Sabu menjadi tumpuan utama.
Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.
Perkara yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.
Mulai 5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa 100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.
Dalam setiap destinasi ceramah Anwar, pendengar bertambah dan penyokong yang menentang Mahathir semakin padu. Akhirnya gelombang itu diterjemahkan ke peti undi pada pilihan raya umum 1999. Umno ditolak Melayu. Barisan Alternatif mendapat 60 peratus sokongan Melayu.
Gelombang yang mengiringi Mat Sabu kelihatan hampir sama hebat seperti mengiringi Anwar. Ceramah kedua di Kota Bharu 15 Jun lalu dihadiri oleh ribuan penyokong dan rakyat biasa yang ingin tahu perkembangan politik PAS.
Tidak mustahil jelajah Mat Sabu ke seluruh Semenanjung akan menghimpunkan gelombang politik yang lebih besar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan gambar hadirin yang menghadiri ceramah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad di Seremban beberapa hari sebelum itu. Hanya 30 orang.
Berbeza dengan Umno pada 1998 yang mempunyai polis untuk menyekat kemaraan Anwar yang dikhuatiri mencetus revolusi seperti di Indonesia, PAS tidak mempunyai polis dan penjara untuk menyekat Mat Sabu.
Tidak dapat ditolak kemungkinan dalam sebulan dua daripada sekarang akan berlaku revolusi dalam PAS. Pimpinan ulama yang berkonspirasi menyingkir puak profesional tentu tidak menjangkakan Mat Sabu akan melancarkan siri jelajah. Mereka juga terkejut begitu ramai ahli PAS yang tidak walak mendengar ceramah bekas presiden parti itu.
Kini, segalanya sudah terlambat. Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu. Ketika itu PAS menumpang gelombang tersebut untuk meraih populariti. Hari ini, Pakatan Rakyat boleh menumpang gelombang profesional PAS untuk menerangkan isu-isu semasa.
Gelombang penolakan terhadap puak ulama PAS ini akan menjadi gelombang besar menolak BN.
Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.
Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.
0 comments:
Post a Comment