Monday, 30 September 2013

Kenaikan Harga Rokok.. Mulai Hari Ini. Dunhill RM12.00!

Isnin, 30 September 2013
Apa Yang Anda Tak Tahu!
www.beritaterkini.my
Kenaikan Harga Rokok 
ebeep.net
Kerisauan kerajaan Malaysia melalai Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melihatkan lambakan rokok tiruan di Malaysia, menyebabkan cukai rokok naik sekaligus harga rokok naik bermula minggu hadapan sehingga memberikan mimpi ngeri kepada bilangan perokok tegar di Malaysia.

agendasemasa.com
KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.

Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.

“Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.

Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara.

Kerisauan yang dilahirkan oleh pihak kerajaan Malaysia memberikan sediit petanda kepada Berita Semasa bahawa harga rokok akan naik lagi selepas ini. Dan akhirnya berdasarkan semakan Berita Semasa mendapati harga baru rokok akan mula naik bermula minggu depan (30 September 2013).
gambargambarpelik.blogspot.com
Senarai Harga Rokok Naik September 2013
Berikut adalah senarai kenaikan harga rokok yang naik termasuklah rokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Peter Stuyvesent, Lucky Strike dan lain-lain lagi seperti yang tertera di bawah ini :
harga rokok naik
Adakah dengan kenaikan harga rokok akan menyebabkan bilangan perokok tegar akan beransur-ansur turun menjadi perokok pasif pula selepas ini sepertimana harapan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan bahawa kenaikan cukai rokok & harga rokok boleh menyebabkan bilangan perokok tegar (SEPERTI DIKATAKAN DI SINI) ada benarnya? Apa kata anda?
Rokok Cerut Terbesar Di Dunia 

penpatah.blogspot.com
www.hpgua.com
Kata Kata Lucu Tentang Rokok | Manfaat Dan Bahaya Dari Merokok
Kata Kata Lucu BBM - Kumpulan kata-kata lucu tentang rokok, Manfaat kekurangan dan kelebihan dari merokok, bahaya yang ditimbulkan dari merokok, Kata2 lucu tentang resiko pecandu rokok.

Nah buat kalian yang suka sama kata kata lucu di facebook disini kalian bisa mendapatkan kumpulan kata kata gombal lucu buat status di facebook.

1. Perokok pasif lebih berbahaya daripada perokok aktif, maka untuk mengurangi resiko tersebut aktiflah merokok.

2. Menghindarkan dari perbuatan jahat, karena tidak pernah ditemui orang yang membunuh, mencuri dan berkelahi sambil merokok.

3. Mengurangi resiko kematian; dalam berita tidak pernah ditemui orang yang meninggal dalam posisi merokok.

4. Berbuat amal kebaikan; kalau ada orang yang mau pinjam korek api paling tidak sudah siap / tidak mengecewakan orang yang ingin meminjam. Baik untuk basa-basi / keakraban;

5. Kalau ketemu orang misalnya di Halte kita bisa tawarkan rokok. Kalau basa-basinya nawarin uang kan boros.

6. Memberikan lapangan kerja bagi buruh rokok, dokter, pedagang asongan, pembuat asbak, pabrik kemasan dan perusahaan obat batuk.

7. Bisa untuk alasan untuk tambah gaji karena ada post untuk rokok dan resiko baju berlubang kena api rokok.

8. Bisa menambah suasana pedesaan/nature bagi ruangan ber AC dengan asapnya, sehingga seolah-olah berkabut.

9. Menghilangkan bau wangi-wangian ruang bagi yang alergi bau parfum dan faktanya bau parfume dengan alkohol lebih berbahaya daripada asap rokok.

10. Kalau mobil mogok karena busi ngadat tidak ada api, maka sudah siap api.( hahaha bakar saja mobilnya )

11. Membantu program KB dan mengurangi penyelewengan karena konon katanya merokok bisa menyebabkan impoten.

12. Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah karena bagi pemula merokok itu tidak mudah; batuk-batuk dan tersedak tapi tetap diteruskan (bagi yg lulus).

13. Sebagai indikator kesehatan; biasanya orang yang sakit pasti dilarang dulu merokok. Jadi yang merokok itu pasti orang sehat.

14. Menambah kenikmatan: sore hari minum kopi dan makan pisang goreng sungguh nikmat. Apalagi ditambah merokok !

15. Tanda kalau hari sudah pagi, kita pasti mendengar ayam merokok. (ngaco nih ^_^)

16. Anti maling, suara perokok batuk berat di malam hari mujarab untuk mengusir penjahat.

17. Membantu shooting film keji, rokok digunakan penjahat buat nyundut jagoan yg terikat di kursi… “hahaha penderitaan itu pedih Jendral..!!! “

18. Film cowboy pasti lebih gaya kalo ngerokok sambil naek kuda, soalnya kalo sambil ngupil susah betul.
Sebagai pengganti pelubang kertas saat emergency.

19. Membuat awet muda, karena konon orang yang merokok berat belum sampai tua udah mati duluan kena kanker paru-paru.

20. Fakta lain …sekitar 30% orang meninggal di dunia adalah perokok. 70%-nya bukan perokok..!! Maka merokoklah agar masuk ke golongan yg lebih sedikit itu.
Ditulis oleh Irma Taufik 


Read More

Apakah intipati Bajet 2014: Bajet Tambahan US$4.8 Bilion : Perbelajaan Boros & Membazir Kerajaan?

Isnin, 30 September 2013
Bajet Tambahan US$4.8 Bilion : Perbelajaan Boros & Membazir Kerajaan?
BY STAFF BERITA SEMASA ON SEPTEMBER 30, 2013

Photo: Punca kenaikan minyak?
Overspending,,
Kadang-kadang terfikir juga :

“Malaysia ini ada telaga minyak atau tidak?”

Hakikatnya, bajet tambahan sebanyak RM14 bilion lagi daripada “rakyat Malaysia” adalah satu berita buruk untuk ekonomi negara ketika ini. Sepertimana Malaysia sedang bergelut untuk menangani hutang dan bajet defisit di asaat-saat akhir ini dan perbelanjaan tambahan ini akan memburuk lagi keadaan termasuklah pemerhatian dan pandangan agesi penarafan kredit antarabangsa seperti Fitch Rating.

Dan sekarang bagaimana & apa mekanisme yang akan Malaysia Malaysia gunakan mengurangkan hutang negara supaya kurang daripada 50% daripada KDNK Malaysia?

Pada tahun 2009 : Hutang negara adalah sekitar 40% KDNK Malaysia
Pada September 2013 : Hutang negara melebihi RM55%
Sama-sama kita nantikan apakah intipasti Bajet 2014. Dan Berita Semasa berharap akan adanya disiplin dalam menguruskan kewangan negara
Najib Hutang Negara
Realitinya, Malaysia masih aman. Disebaliknya, rakyat Malaysia kita sekarang tidak berperang menggunakan senjata dengan musuh, tetapi rakyat Malaysia kita sedang berperang dengan ekonomi diri sendiri  & kos sara hidup yang menjadi musuh yang sebenar sekarang ini. Dalam pada masa yang sama terus mendukung kehidupan mewah golongan kapitalis di Malaysia.

Harapan Berita Semasa, kerajaan Malaysia benar-benar peka dengan setiap permasalahan rakyat Malaysia yang telah memberikan amanah & tanggungjawab mentadbir negara dengan baik untuk kebaikan kami, kita dan anda semua di sini. Apa pandangan balas anda pula?
Read More

Hari2 rakyat kena kecing. Kesiannya rakyat Malaysia! & Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?

Isnin, 30 September 2013
Tahap Kencing manis...
Photo: Hari2 rakyat kena kecing. Kesiannya rakyat Malaysia.
Photo: Cuba jawab
Fb Saya Benci Harga Barang Naik!

Makan batu laa...
 Kita Bantai Dot Info's Photos 
Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?
Kerajaan sebenarnya boleh je dapat RM14 billion lagi JIKA tidak membazir pergi melawat Google, FB dan tempat2 lain (KONONNYA nak tingkatkan industri ICT negara). Skrg nak cedok RM14billion dari siapa? Tak lain tak bukan dari rakyat la. Sama ada naikkan tax, atau kurangkan subsidi...

Harga Minyak RON 95 Naik Lagi? Kerajaan Dapat RM13 Bilion (Julai). Kerajaan Nak Lagi RM14 Bilion (September 2013). Rakyat? Boleh?
Adakah anda merasakan kerajaan Malaysia sekarang ini sedang berada dalam landasan yang betul bagi mengurangkan kadar perbelanjaan & hutang negara yang bernilai (KLIK SINI) selama ini? Benarkah?

Realitinya bulan ini, kerajaan sekali lagi tampil di parlimen dengan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan buat kali kedua tempoh 2 bulan untuk tujuan mendapatkan dana tambahan sebanyak RM14 bilion. RM14 bilion? Ya…..untuk tujuan perbelanjaan pengurusan kerajaan Malaysia.

Sekitar 2 bulan lepas, kerajaan Malaysia telah berjaya mendapatkan RM13 bilion. Bermakna di sini, dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan bajet tambahan sebanyak RM27 bilion. Adakah ini berpunca daripada perancangan & pelan pengurusan kewangan yang teruk sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran & pemborosan dalam menggunakan dana & kekayaan negara oleh beberapa kementerian?

Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?

Ia sekaligus akan terus memberikan imej yang tidak baik di akalangan agensi penarafan kredit seperti Fitch Rating yang boleh memburukkan lagi keadaan nilai matawang ringgit Malaysia kelak.

Dalam pada masa yang sama seperti yang pernah Berita Semasa katakan sebelum ini (SEPERTI DI SINI), khabar angin di Malaysia sangat boleh dipercayai. Khabar angin yang acapkali menjadi realiti, di mana khabar angin yang berasas.

Sebelum ini Berita Semasa mengingatkan kepada semua bahawa hutang negara semakin meningkatkan. Bukan tidak mengambil tanggungjawab untuk saling memperingati supaya tidak boros membelanjakan duit rakyat & negara. Nah….sekarang ini sama-sama akan merasai terutamanya kesan kepada rakyat Malaysia disebabkan pengurusan hasil mahsul negara dan ekonomi yang lemah.

Harga Minyak Ron 95 Tidak Akan Naik Dalam Masa Terdekat!
Walaubagaimanapun, apa sahaja jangkaan termasuklah penganalisis ekonomi dan juga PDAM (DI SINI) Berita Semasa sama sekali yakin yang mana kerajaan Malaysia tidak akan naikkan lagi harga minyak RON 95 dalam masa terdekat ini (seperti mana kenyataan rasmi oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin) baru-baru ini apatah lagi mengambil kira persediaan menjelang Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau tidak lama lagi & Bajet 2014, tetapi ianya tidak mustahil akan naik pada masa hadapan cuma alasan yang diberikan perlulah munasabah.

Jikalau alasan berlaku penyeludupan di sempadan memang rakyat tidak boleh terima, sebab kerajaan telah bayar gaji & tanggungjawab kepada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan perkara ini hanya berlaku di beberapa negeri di Malaysia ini dan melibatkan kawasan yang kecil sahaja

Berdasarkan semakan Berita Semasa merujuk pemerhatian penganalis dan pakar-pakar ekonomi meramalkan akan berlakunya perbelanjaan operasi yang lebih tinggi bagi tahun 2014 melibatkan emolumen & perkhidmatan awam.

Bagi Berita Semasa. Cukuplah. Usahlah membazir. Buangkan ego dalam diri setiap pemimpin politik yang ada. Tampil mengaku dengan kesilapan sendiri & paling pentingnya…berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Inilah masa dan ketikanya untuk kerajaan Malaysia mengurangkan pembaziran dana negara. Jika anda sebagai pemimpin negara & pemimpin politik sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik, bagaimana mungkin anda mahu memberikan kepada rakyat Malaysia yang ada di sini contohnya supaya berjimat cermat ketika berbelanja & mengurus kewagan amasing-masing dengan baik?

“Kepimpinan melalui tauladan”

Memang sangat-sangat pelik, semakin tinggi kenaikan harga minyak dunia, semakin tinggi pendapatan negara. Semakin rendah kos sara hidup di Malaysia. Tetapi….ini tidak berlaku di Malaysia.
BY STAFF BERITA SEMASA ON SEPTEMBER 30, 2013
Read More

Pasal Lelaki Tua 5 Anak Inilah Bini Mat Yo Berdepan PENJARA 6 BULAN

Isnin, 30 September  2013
Andai kata video itu tidak ada, mungkin Azman Mohd. Nayan yang didapati bersalah dan dikenakan tindakan? Agak nyata isteri Mat Yo jelas telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. Dan jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
TERKINI ISU Isteri [BINI] Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) DITUDUH Beri Laporan POLIS Palsu | Siti Aisya Adam BAKAL Berdepan PENJARA 6 BULAN | Bukankah laporan Isteri Mat Yo sama sekali berlainan dengan kejadian sebenar yang dirakam Siti Aisya sendiri? Siapa maki siapa? Kenapa dalam laporan polis lain yang disebut?

Andai kata video itu tidak ada, mungkin Azman Mohd. Nayan yang didapati bersalah dan dikenakan tindakan?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
PADA 12/09/13 JAM LEBIH KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK. SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KE ARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA. LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI. SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA. SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Bukankah laporan isteri Mat Yo sama sekali berlainan dengan kejadian sebenar yang dirakam Aisya sendiri? Siapa maki siapa? Kenapa dalam laporan polis lain yang disebut?
by QUE ACHMAD 
Read More

RM3.77juta Wang Rakyat Hangus Dibakar - Orang Melayu tak minat filem 13 Mei 1969 Tanda Putera?

Isnin, 30 September 2013
Wang Rakyat Hangus Dibakar!

Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

“Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

“Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya,” katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu ‘Awan Nano’.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2 juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.

Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum.

“Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain,” ujarnya.

Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah. -29/9/13 DCM.
Read More

RAMALAN EKONOMI MALAYSIA - Orang bodoh menulis supaya orang bodoh dan pandai kedua-duanya boleh faham

Isnin, 30 September 2013
www.ahmadhumaizi.com

Photo
Fb Saya Benci Harga Barang Naik!
RAMALAN EKONOMI DARI PENJAHIL EKONOMI 
Saya tiada pernah belajar ekonomi dari mana-mana universiti. Saya hanya belajarnya "by heart" dengan memerhatikan mekanisma ekonomi yang berlaku dalam negara dan luar negara. Semasa anda main Warcraft, Counter Strike, Candy Crush saya juga bermain game juga. Tetapi game saya ialah FXCM (Foreign Exchange Game menggunakan wang maya sahaja). Ya, saya main game FXCM masih demo lagi. 
www.carabermainsaham.com
Ada baik juga orang bodoh ekonomi macam saya bercerita tentang ekonomi. Orang bodoh menulis orang bodoh dan pandai kedua-duanya boleh faham. Kalau orang pandai menulis, orang pandai sahaja faham dan orang tak pandai ni macammana pula?

OK, itu bukan isu yang nak saya ceritakan. Tapi mudahnya, saya belajar ekonomi by heart tanpa paper. MAKA, jangan percaya sangat ramalan yang saya tulis ini. Baca sahaja, TRUST with your own risk 

RAMALAN EKONOMI NEGARA LAGI 5 TAHUN DARI SEKARANG.

Ramai juga saya lihat pakar ekonomi facebook meradang sana sini bercerita tentang National Debt yang adakalanya jadi satu hiburan mengalahkan Rajalawak. Mereka pun macam saya juga, cakap pasal ekonomi tanpa pergi sekolah belajar ekonomi. Ini macam kisah monyet tengok monyet lain dan gelakkan monyet itu dan bercakap "Kelakarlah muka ko macam monyet". (Ok cukup. Tarik nafas)

Secara terperinci saya tidak tahu, tetapi ramalan saya dalam tempoh 5 tahun ini, Malaysia akan mengalami STROKE EKONOMI. Beberapa fenomena yang membimbangkan sedang terjadi. Saya nak mudahkan sahaja supaya orang tak pergi sekolah ekonomi pun boleh faham 

Satu yang anda perlu faham ialah tentang HUTANG NEGARA. Dengan siapa negara berhutang? Risau sangat sampai sebahagian yang juga dah jadi ahli politik pun gelabah ayam takut negara tergadai macam hutang kereta bila tak bayar nanti kena tarik balik dengan tonto. Siapa nak tarik negara? Ini penjelasan saya. Kerajaan perlukan WANG untuk bangunkan negara. Pendapatan kerajaan datang dari beberapa sumber utamanya seperti ; 

(BAHAGIAN A - SUMBER / DARI KERAJAAN)

1. CUKAI (pelbagai jenis cukai - Cukai pendapatan, kastam, dll)
2. Hasil dari GLC (Syarikat seperti Petronas, TNB, Telekom dll)
3. Lain-lain

Dan juga takungan besar negara kita antaranya ialah ;

(BAHAGIAN B : TABUNGAN / SUMBER DARI RAKYAT)

1. Simpanan WANG ANDA dalam bank
2. KWSP
3. Tabung Haji 
4. Segala wang-wang dalam bank 
5. Lain-lain (e.g rezab dalam dan luar negara dll.)

Cuba alirkan satu hos air ke dalam sebuah baldi sehingga melimpah. Apabila baldi dah penuh, air masuk dan air keluar lebih kurang sama kuantitinya. Sebahagian air dalam baldi itu adalah air yang sama tak berolak. Sama seperti bank. Ada masuk ada keluar dan ada juga yang duduk diam-diam dalam tu. 

Hasil dari SUMBER akan digunakan untuk menjalankan operasi dan membangunkan negara oleh pemerintah yang dipilih. Jika dana dari SUMBER itu (Bahagian A) tidak mencukupi, maka Negara akan meminjam dana dari BAHAGIAN B. Ia sama seperti konsep pinjam tabung anak sementara gaji belum masuk. Nanti kita dah dapat gaji, kita bayar balik tabung anak yang kita guna. Dalam masa yang sama, kita perlu pastikan bila anak nak pakai duit dalam tabung itu, duit itu ADA di situ. Jika bapak boros sangat, duit gaji habis hari pertama dan kedua lama-lama duit tabung anak pun kering kontang dah tak ada apa nak dikorek lagi. 

Apabila jumlah hutang bapa yang pinjam duit anak itu bersamaan dengan duit tabung anak MAKA...itulah analogi BENGKRAP (syaratnya, duit gaji dah habis pakai dan guna duit tabung anak selepas itu). Hutang lama tak sempat nak bayar, dah buat hutang baru. 

Ternyata, tabung besar kita ialah KWSP. Ia merupakan satu simpanan paksa. Apa yang bapa akan buat jika tabung anak semakin KOSONG? Bapa akan buka tabung baru yang cantik-cantik dan promote kepada anak untuk menabung di situ juga dengan janji bulan dan bintang. Itulah analogi BON, Sukuk (Islamik) dan juga yang paling mudah nak faham...AMANAH SAHAM. Kerajaan promosi orang menyimpan duit dalam bank DAN BUKAN KELUARKAN WANG UNTUK BELI EMAS. 

Anak yang selalu menabung tapi terasa tabung tak bertambah berat akan mula sangsi dan mula menabung di tempat lain pula. Ada yang ambil duit itu beli EMAS dan ada juga yang tak menabung dengan tabung jagaan bapa tetapi menabung dengan tabung jagaan Cik Senah sebelah rumah yang dirasakan lebih dipercayai. 

Situasi ketika ini, SUMBER negara tidak mencukupi untuk menampung kos negara dan pembangunannya dan TAK CUKUP juga untuk bayar pinjaman kepada penabung. Maka, akibat seterusnya adalah perkara-perkara berikut;

1. Kenaikan cukai
2. Pengenalan cukai baru
3. Adjustment BLR (Kadar faedah pinjaman)
4. Cetakan wang 
5. Pengurangan subsidi etc


Perkara di atas akan berlaku dan ia sedang berlaku. Yang paling merisaukan kerana itulah punca inflasi. Keupayaan membeli berkurang, nilai RM1 dulu tak sama dengan RM1 sekarang. Kalau dulu RM1 boleh beli sekilo kacang, hari ini RM1 boleh beli 500g sahaja. Itulah inflasi kerana mereka yang bergaji RM10,000 hari ini merasa ia seperti RM5000 sahaja. Mekanisma nilai RM jatuh itu satu topik lagi, yang itu baik baca sendiri lah. 

Kesimpulannya, jangan panik Malaysia tak mungkin kena tarik jadi milik orang lain KECUALI kalau Si Bapa yang hutang anak tu pinjam duit dari Cik Bedah, CETI depan rumah untuk bayar hutang anak pula. Cik Bedah tanya apa nak cagar, kemudian setuju Cik Bedah seluk kutang baju beri kat bapak selonggok duit. Bapak bayar hutang anak sampai selesai tetapi tak selesaipun, bapak alih hutang itu kepada Si Ceti pula. Nanti Bapak tak boleh bayar Cik Bedah pula habis rumah Bapak tu tergadai diambil Cik Bedah. Dalam konteks ini, Cik Bedah ialah IMF. 

Dalam 5 tahun lagi, Malaysia akan sampai ke persimpangan itu. Duit tabung anak dah habis dikorek, siap korek tabung atuk yang nak pencen pun licin. Pendapatan macam tu juga tak cukup nak bayar balik pinjaman. Anak pula dah hilang percaya daripada duit habis di kebas, baik anak beli barang kemas ataupun anak simpan tabung pada jiran pula (foreign investment). 

Pada ketika itu, Malaysia dalam ambang bengkrap. Memang tak payah risau negara tergadai selagi tak pinjam dari Makcik Bedah (IMF). TETAPI...dari manakah lagi wang untuk dikorek oleh kerajaan untuk mereka yang cucuk duit di ATM pasal nak pergi beli sayur di pasar borong. Jika keluarpun duit itu, berapa murah nilai duit itu nanti? Adakah perlu bawa seguni RM untuk beli sekilo ikan cencaru?

Pada ketika itu, tidak kira BN atau PAKATAN RAKYAT kedua-dua pun dah tak minat nak perintah Malaysia. 

Siapakah PENYELAMAT ketika itu?

Itulah masa, PEMIMPIN tidak boleh bongkak dengan rakyat lagi. Itulah masa ego pemimpin dijatuhkan rakyat. Itulah ketika pemimpin akan merayu kepada rakyat. Itulah masa sebenar RAKYAT MENJADI TUAN. 

Mengapa?

Di tangan rakyat ada WANG DAN ASET yang tidak berada dalam TABUNGAN (Bahagian B ). Di tangan rakyat ADA EMAS yang berjongkong-jongkong. Di tangan rakyat ada kekayaan yang disimpan dengan jiran. Di tangan rakyat ada cukai yang patut dibayar. Di tangan rakyat ada PENENTU. 

BAPAK KENA TAUBAT, BAPAK KENA JADI BIJAK, Bapak kena berjimat, bapak kena pandai business, bapak kena pandai kawal risiko, supaya harta anak tidak dibazirkan lagi. Anak pula jangan ego sangat nak ajar bapak sampai nanti bapak pinjam dari Cik Bedah dengan menggadaikan rumah. Tak dapat bayar Cik Bedah, habis rumah kena tukarmilik habislah kita tak berumah lagi nanti. Dimana anak cucu kita nak merempat. Pak Menteri ramai boleh apply PR luar negara. Itulah kebangkitan kuasa rakyat yang sebenar...

Itulah bermulanya ERA BARU EKONOMI. 
Itulah KEMERDEKAAN SEMULA NEGARA. 
Itulah reformasi RAKYAT
Itulah Transformasi NEGARA

Semuanya ada pada tangan rakyat. 
Pemimpin hanya mentadbir bukan untuk mengambil

Kita masih belum terlambat. 
Ekonomi sudah parah TETAPI
masih belum terlambat. 
Buangkan egomu pemimpinku
Bersatulah dengan seteru politikmu
Supaya tidak kamu belanja berboros untuk menunjuk siapa kamu. 
Tak perlu capai 2020 jika poket tak mampu
Tak perlu buat projek mega untuk orang tahu kamu terbaik untuk diundi
Jangan boros belanjakan wang itu. 
Rakyat pun mahu Malaysia maju
Tapi janganlah invest melulu

Malaysia sedang menjunam. Pemimpin, tolonglah berhenti bergaduh, kerana pesawat dah nak jatuh. Penumpang dah meraung, pilot-pilot masih sibuk bergaduh nak berebut kerusi. Gaduh pasal siapa nak jadi Kapten siapa nak jadi co-pilot. 


Untuk renungan bersama. 
Agar kita sama-sama berfikir. 

SAIFUL NANG
Jahil Ekonomi
* Photo hiasan oleh Saiful Nang, Penang Port — with Nur Ayuni Rajab.
Read More

Ahmad Maslan! Ahmad Maslan! Malaysia bukan kelapan termurah tetapi ke enam belas...

Isnin, 30 September 2013
Posted by GeloraHatiMuda at 2:26 PM
Read More

Saturday, 28 September 2013

Bil Elektrik berwajah baharu mulai 1 Oktober, Smart & Kebiruan!...Tok Sah Doq Konar-konar Cakap la nak penaik BIL LETRIK..

Sabtu, 28 September 2013
Kenyataan yang tercatat dalam bil 
"Subsidi Bahan Api Dibiayai Kerajaan Persekutuan"... Apa ke bendanya?
wajah baru bil elektrik tnb

TNB perkenal bil baharu mulai 1 Oktober

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baharu kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan reka bentuk dan maklumat, mulai 1 Oktober.

Menurut kenyataan TNB hari ini, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.

"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baru itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.

Bil berwajah baru itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan. - Bernama/Posted by Kedah Lanie at 9:00 PM

Wajah Terkini Bil Elektrik TNB
TNB

Bil elektrik TNB dah berwajah baru rupanya sekarang ni. Pergi check peti surat tadi ada kertas warna biru yang maklumkan tentang wajah terkini bil elektrik.

Aku boleh tak cam bil elektrik dalam peti surat sebab design dah baru dan bercampur pulak dengan kertas-kertas promosi benda yang bukan-bukan. Nyaris-nyaris nak tergumpal dan buang sekali dengan bil. Siapa la yang rajin ‘spam’ peti surat aku

Kalau aku terbuang bil eletrik boleh blackout rumah aku sebab tak bayar bil. Aku biasa rujuk bil bila nak bayar. Takde bil memang aku tak ingat langsung. Dah la kadang-kadang bil tak sampai kat rumah. Tau-tau bil lepas tu ada tunggakan. Banyak pulak tu..

Tengok bil elektrik wajah baru ni nampak lebih smart berbanding yang lama. Cuma sampai sekarang aku masih tak faham dengan kenyataan yang terdapat dalam bil – “Subsidi Bahan Api Dibiayai Kerajaan Persekutuan“.

Bil elektrik wajah baru ni sedang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Artikel asal - http://anarm.net/wajah-terkini-bil-elektrik-tnb

"Terima Kasih" kat Melayu yang Memangkah UmNO-BN 
Photo: Mandat buat rakyat. kan Pakatan Rakyat yang terbaik. Diringankan dengan kebaikan dan dimudahkan dengan kebajikan.
Kelab Protes Barang Naik (Protes BN)
Barang Naik Harga lagi !

"Terima kasih" kepada orang-orang Melayu di kampung, pinggir bandar, di hutan ladang kepala sawit, getah, yang masih kurang maklumat penyelewengan, ketidakcekapan pengurusan kerajaan pimpinan UmNo-BN selama ni pastnya akan terus setia mengundi UmNo-BN dan menang di Pusat.  

Sebagai penghargaan kat rakyat yang mengundi UmNO-BN, kerajaan hari ini yang diterajui oleh UmNO-Barisan Nasional telah senang hati menaikkan lagi kos hidup rakyat 1 Malaysia. 

Terkini, tong gas masak yang dlunya berharga sekitar RM28 telah naik harga kepada RM30 minggu ini.

Dan, minyak petrol RON 97 telah naik dari RM2.70 kepada RM2.90. RON95? Tunggu la sikit lagi naik juga la, dalam kajian la kot! haha

Yeah, you people who voted for BN were brilliant. Not. You lots must be really that stupid and arguably arrogants. Fact ! 
Hanz Newman
Read More

Muktamar PAS Ke 59: Pemilihan 22 Nov, Keputusan 23 Nov 2013 di Stadium Malawati Shah Alam.

Sabtu, 28 September 2013
Kritikan mesti untuk menguatkan parti.
Muktamar Tahuinan PAS ke-59 yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 November ini akan dijadikan medan perbahasan yang cukup menarik pada kali ini, apatah lagi ia diadakan selepas berlalunya Pilihan Raya Umum ke-13. Pelbagai isu yang akan dibangkitkan dan diperbahaskan, atau mungkin muktamar kali ini dilihat sebagai 'post morterm' pencapaian PAS dalam PRU lalu. Harakahdaily telah menemubual Pengarah Muktamar PAS ke-59 Datuk Takiyuddin Hassan di Parlimen baru-baru ini bagi mengetahui lebih lanjut berhubung perjalanan muktamar itu nanti. 
Boleh Datuk jelaskan perjalanan Muktamar PAS ke-59 yang akan berlangsung November nanti.

Muktamar PAS kali ke 56 akan bermula pada malam 21 November dengan perasmian ketiga-tiga Dewan iaitu Ulamak, Pemuda dan Muslimat. Perasmian Ulamak diadakan di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dewan Pemuda di Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan perasmian Muslimat diadakan di Dewan Jubli Perak SUK Selangor. Muktamar penuh  PAS Pusat akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Perasmian muktamar penuh bermula pada 22 November, manakala di sebelah petang iaitu selepas solat Jumaat akan adakan pemilihan parti. Insya Allah keputusan pemilihan akan diumumkan pada petang 23 November.

Saya selaku pengarah muktamar, pengerusi adalah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalannya adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.

Kita banyak jawatankuasa termasuk jawatan kuasa persiapan dan satu lagi jawatankuasa pemilihan PAS (JPP) yang dipengerusikan oleh Asmuni Awi, dan saya sebagai timbalannya. semua yang dilantik menjadi jawatankuasa pemilihan termasuk saya tidak dibenarkan bertanding.

PAS bertuah kali ini kerana dapat mengadakan muktamar di Selangor dan kita mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan selangor melalui MBSA dan Stadium Malawati dan agensi-agensi kerajaan negeri.

Berapa agaknya jumlah perwakilan dan pemerhati yang akan mengikuti perjalanan muktamar kali ini?

Perwakilan adalah tetap ia tidak lebih daripada 1300 orang, dari segi pemerhati kita tidak hadkan cuma kita belum dapat pengesahan khususnya pemerhati dalam negara dan luar negara. Kita ada buat jemputan, dan kebiasaanya kita jemput  semua jemaah Islam di seluruh negara. 

Sekarang ini,  PAS khususnya Presiden kita Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sering kali menjadi ahli aktif dalam gerakan Islam di seluruh dunia. Jadi kita jemput hampir ke semua gerakan Islam yang besar-besar, termasuk duta-duta asing juga kita jemput.

Oleh kerana, Muktamar PAS kali ini diadakan di Selangor, saya yakin akan ramai pemerhati yang datang kali ini, saya nampak di Selangor ini mungkin pemerhati akan datang lebih ramai daripada biasa muktamar yang kita buat di negeri-negeri.

Selain bermuktamar, apa lagi program yang menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya muktamar?

Sepanjang perjalanan Muktamar selama tiga hari ini, kita turut membuka gerai-gerai jualan. Pada sebelah malam seperti biasa ceramah-ceramah dan persembahan artis diadakan sebagai tarikan kepada pengunjung jualan tersebut. Ceramah malam pertama kita ada persembahan artis-artis dan selebriti dakwah iaitu Ustaz Azhar Idrus, malam ke tiga ada ceramah perdana pimpinan PAS (yang menang dalam pemilihan).

Kita turut membuka 'booth' untuk pemeran-pameran yang melibatkan PAS Pusat, negeri dan agensi-agensi 2 kerajaan terutama negeri yang kita memerintah, iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Agensi kerajaan pusat pun ada begitu juga pihak swasta. Ini terbuka untuk semua orang. 

Pada pandangan YB, apakah isu yang akan menjadi perbahasan hangat dalam muktamar kali ini?

Oleh kerana Muktamar kali ini, adalah yang pertama selepas PRU-13, tumpuannya banyak kepada 'post morterm' pencapaian PAS dalam PRU-13 dan mungkin juga Pilihan Raya Kecil Kuala Besut. Mungkin juga ada di kalangan perwakilan menimbulkan pencapaian PAS di peringkat parlimen yang merosot dalam PRU lepas. Penggal lepas kita ada 23 kerusi kali ini kita ada 21 kerusi.  Kita menjadi 'partner' kecil dalam Pakatan Rakyat. Walaupun PAS kecil tetapi peranan kita besar untuk jadikan Pakatan Rakyat kuat. 

Saya rasa isu bagaimana PAS sebagai parti politik Melayu Islam boleh mengarak langkah lebih besar lagi untuk menggantikan parti politik Melayu iaitu Umno. Ini kerana daripada statistik menunjukkan bahawa kita banyak kalah di kerusi-kerusi yang kita bertanding dengan Umno, yang mana majoriti adalah orang Melayu. Jadi dominasi PAS di dalam kawasan Melayu ini  akan dibincangkan dalam Muktamar PAS nanti.

Bagaimana dengan isu  'tahaluf siyasi' apakah YB rasa ia akan menghangatkan lagi perbahasan di muktamar nanti?

Mungkin sedikit sebanyak ada perwakilan akan timbulkan isu ini, tetapi bagi kita sama ada ia dibangkitkan oleh Ulamak sekali pun ianya tidak lebih daripada untuk memantapkan Pakatan Rakyat, bukannya untuk menghancurkan. Itu adalah telaah musuh kita. Bagi kita ianya adalah untuk kebaikan PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Tanpa PAS tidak adalah Pakatan Rakyat hari ini. Kerana dalam tiga-tiga parti ini, PASlah yang mampu menggerakan ramai ahli berbanding yang lain.

Bagaimana pula dengan usul-usul dan proses pencalonan untuk pemilihan nanti?

Untuk usul kita masih menunggu lagi, oleh kerana kita ada masa dua bulan dari sekarang, mungkin tarikh akhir pada bulan Oktober. Jawatankuasa ini di bawah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk proses pemilihan, tarikh tutup bagi menghantar borang pencalonan kepada jawatankuasa khas pemilihan parti ini  pada 22 Oktober jam 12.00 tengah malam iaitu lebih kurang satu bulan dari tempoh bermuktamar.  Semua sudah menerima peraturan ini kerana kita sudah bagi taklimat kepada semua kawasan. 

Buat pertama kali, Muktamar PAS telah meletakkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh calon-calon yang bertanding. Bagaimana Datuk melihat peraturan ini?

Jawatankuasa pemilihan ini meletakkan beberapa garis panduan yang mana kita minta mereka yang bertanding ini diberi garis panduan atau etika kempen yang kita telah tetapkan. Antaranya tidak boleh menyerang peribadi calon. Tetapi umumnya adalah tidak boleh melakukan apa-apa  yang menjadi kesalahan di bawah Perlembagaan PAS. 

Kalau sekiranya berlaku perbuatan seumpama itu, maka perlantikan calon itu akan gugur. Kita sudah ada jawatankuasa yang ada di seluruh negeri untuk memantau. Jika jawatankuasa kenal pasti ada pelanggaran dan kesalahan serta aduan, mereka akan laporkan kepada kita, kemudian kita akan serah kepada jawatankuasa tatatertib. 

Maknanya jika ada kesalahan itu, boleh membatalkan kemenangan calon itulah.
Jadi kita bagi peringatan kepada mereka yang hendak menjadi calon supaya mematuhi garis panduan dan etika ini. 

Apa harapan Datuk kepada muktamar kali ini?

Sesuai dengan parti kita yang sudah setengah abad ini, dan Muktamar kali ini sudah kali ke-59. Parti PAS sudah begitu matang, dengan kempimpinan bukan sahaja di peringkat negeri bahkan di peringkat nasional dan international. Maka kita harap perwakilan juga mengambil pendekatan seumpama itu. 

Pendekatan yang matang, ukhuwwah  dan masing-masing perlu ada semangat untuk memperkuatkan parti PAS. Kita harap PRU-14 nanti kita akan mencapai lebih dari hari ini.  Dari segi perbahasan, kita mengalu-alukan apa jua pandangan dan kritikan tetapi dengan syarat ianya konstruktif. Kritikan mesti untuk menguatkan parti.
HD.
Read More

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tambun & Majlis Perasmian Pusat Tarbiyah PAS Tambun

Sabtu, 28 September 2013
Selamat Bermesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 27
Pas Kawasan Tambun
Pas Tambun
Hotel Excelsior Thumb

MAJLIS PERASMIAN PUSAT TARBIYAH PAS TAMBUN & JUBLI PERAK SEMPENA 25 TAHUN PAS TAMBUN
22 September 2013











Posted by Greenboy
Read More

'Kilang kicap' Lynas: Apakah begini gelagat dan perangai pemimpin BN? .. Tidak mampu berdebat terus herdik.

Sabtu, 28 September 2013
Tidak mampu berdebat terus herdik
KICAP CAP CICAK KUBIN..UWEKKSS.

Rakaman gambar di lobi parlimen menunjukan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamed mengherdik Ahli Parlimen PKR/PR Kuantan, YB Hajjah Fuziah Salleh.



Apakah begini gelagat dan perangai pemimpin BN? .. Tidak mampu berdebat terus herdik.  Adakah dia ingat dengan cara mengherdik itu dia kelihatan menang dalam situasi sebegini?

Konfrontasi hangat tercetus antara Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamed, kumpulan anti-Lynas dan anggota Parlimen Pakatan Rakyat, selepas perhimpunan membantah kilang itu di Parlimen hari ini.

Abu Bakar tampil untuk menenangkan keadaan dengan berkata kontroversi sekitar pusat pemprosesan nadir bumi itu "selamat seperti kilang kicap".

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada kumpulan itu dan membacanya.

Dia kemudianya berakhir dengan saling membalas jeritan antara anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Abu Bakar.
Posted by OMAK KAU!!!! at Thursday, September 26, 2013

Lynas: Malunya timbalan menteri kata 'kilang kicap'
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohamed yang mengatakan kilang memproses nadir bumi, Lynas selamat seperti kilang kicap dianggap kenyataan memalukan.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Andansura Rabu berkata kenyataan seumpama itu tidak layak diucapkan oleh seseorang berpangkat menteri atau timbalan.

"Kalau seorang timbalan menteri tidak dapat membezakan emosi dengan profesionalisme, ia hanya memburukkan keadaan. Malah, kenyataan itu hanya menjadikan rakyat semakin tidak yakin dengan jaminan kerajaan berhubung isu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, turut mengingatkan Abu Bakar agar lebih memahami isu di sebalik pengoperasian kilang Lynas sebelum membandingkannya dengan kilang kicap.

"Beliau kena tahu Lynas ini berasaskan bahan-bahan yang berbahaya, tidak bolehlah nak disamakan dengan kilang kicap," tambah beliau yang kini berada di Mekah.
Semalam, Abu Bakar yang menerima memorandum daripada beberapa aktivis anti-Lynas cuba menenangkan keadaan dengan berkata kontroversi sekitar pusat pemprosesan nadir bumi itu "selamat seperti kilang kicap".

Kenyataan itu menyebabkan berlaku sedikit ketegangan antara beliau dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Kilang bernilai RM700 juta yang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kontroversi tersebut berterusan apabila kerajaan meneruskan dan membenarkan operasi kilang tersebut, biarpun beberapa siri demonstrasi diadakan bagi membantah kilang Lynas tersebut.
Harakahdaily.
Read More

Desak Majlis Syura mengkaji untuk 'mengisi' Tahaluf Siyasi supaya PAS dapat kaut keuntungan maksima - Mat Sabu

Sabtu, 28 September 2013
Mesyuarat Agung Tahunan Pas Tambun 2011 yang lalu.

PAS Kawasan Tambun
Selamat bermesyuarat Agung 2013 di Exelcior Hotel Ipoh, 
29 September 2013: 8.30am
*Gambar sekadar hiasan

Kaji Tahaluf Siyasi: Mat Sabu belasah Ust Haron Taib?

Aku cukup setuju dengan pendapat Mat Sabu ni, memang nampak jelas Ust Haron tak bijak berpolitik...


TheMalaysiaInsider melaporkan:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan untuk mengkaji balik hubungan dengan parti dalam Pakatan Rakyat sebagai satu tindakan 'kurang bijak'.

"Bagi saya bercerai dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang satu perkara yang tidak baik. Istana yang kita bina sejak sekian lama, tiba-tiba kita nak runtuhkan begitu saja. Ini tindakan paling kurang bijak," katanya. - TMI.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Ini kerana, katanya, PAS memerlukan undi mereka bagi membolehkan PAS menang dalam pilihan raya kerana ia berdasarkan undi popular.

"Kita sakit kepala setiap kali pilihan raya untuk menang kerana ia berdasarkan undi popular atau undi orang ramai.

"Jadi, kita akan tolak kawasan pilihan raya yang mempunyai peratusan orang bukan Melayu lebih 20 peratus kerana tahu tidak akan menang," katanya bercerita mengenai bagaimana PAS berjuang untuk mendapatkan undi mereka sebelum ini.

Katanya, sejak 2008, suasana itu sudah berubah iaitu orang Cina dan India sudah tidak takut menyokong PAS hasil kerjasama PAS dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan pendekatan lain yang dibuat oleh PAS.
Serasi
"Bagi saya ini satu rahmat. Kita sudah exhausted (keletihan) untuk mendapatkan sokongan mereka sebelum ini. Tiba-tiba kita dapat," katanya. - Ibid.
Aku cukup setuju dengan pendapat Mat Sabu ni, memang nampak jelas Ust Haron tak bijak berpolitik, bukan saja untuk aksi dia yang ini tapi juga aksi-aksi dia sebelum ni yang banyak merugikan PAS dari segi politik.

Aku dok nampak aksi-aksi Ust Haron ni mungkin kut sikit sebanyak boleh menguntungkan PAS di sebelah pantai timur yang pengundi melayu lebih 90% tapi merugikan PAS untuk disebelah pantai barat yang majoriti kerusinya pengundi bercampur.

Golongan yang sokong Ust Haron Taib tentu punya tak setuju dengan kenyataan Mat Sabu ni. Tentu punya akan ada yang guna hujjah Mat Sabu sanggup gadai parti demi undi atas alasan PAS bukan semata-mata parti politik tapi PAS adalah jamaah dakwah.

Aku selalu jugak dengar hujjah lemah tu. Pada aku Tahaluf Siyasi bagi untung kepada PAS dari segi dakwah melebihi keuntungan politik. Dari segi politik sebenarnya tak untung tara mana sangat pasai PAS bertanding di kerusi yang peratus pengundi melayu tinggi termasuk di pantai barat.

Walaupun macam tu keuntungan tu memang nampak jelas terutama sekali dengan kemenangan di sulung di Melaka dan pertambahan kerusi di Johor.

Untung dari segi dakwah semua orang setuju kut kalau diletakkan atas bahu Dewan Ulama'. Memang betul semua ahli PAS bertanggungjawab tapi kalau sepatutnya Dewan Ulama yang kedepan jadi kepala.

Jalan dah terbuka luas untuk para ulama' beraksi dengan berdakwah dilaluan yang dah dirintis melalui kejayaan Tahaluf Siyasi terutama sekali di peringkat akar umbi.

Kalau Dewan Ulama nampak Tahaluf Siyasi tak bagi keuntungan kepada PAS dan Islam, sebenarnya yang jadi tak untung tu pasai Dewan Ulama sendiri tak berusaha untuk bagi untung.

Pada aku sepatutnya didesak supaya Majlis Syura mengkaji usaha untuk 'mengisi' Tahaluf Siyasi supaya PAS dapat kaut keuntungan maksima, bukan saja dari segi politik tapi juga dari segi dakwah terutama sekali penglibatan Dewan Ulama sendiri dan bukannya mengkaji Tahaluf Siyasi yang memang dah terbukti bukan saja menguntungkan PAS tapi juga menguntungkan Islam
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/09
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena