Thursday, 31 July 2014

Malaysia 'dibuli' - Inilah Padahnya bila Kerajaan Umno BN 'Ada Hubungan Istimewa' dengan Israel

Jumaat, 1 Ogos 2014
Inilah Padahnya...


Inilah Padahnya bila Kerajaan Umno BN 'Ada Hubungan Istimewa' dan 'Hubungan Dagang' dengan Israel. Akhirnya Malaysia 'dibuli' oleh Israel dengan menuduh Malaysia melatih Pejuang Hamas.

Pejuang Hamas dilatih di Malaysia Dakwa Shin Bet.

Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain. Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔
☛| www.facebook.com/mediapakatan |☚
☛| www.twitter.com/PRInfoMedia |☚
 — dengan Pas TaipingHarapan Tetap Rakyat dan Pejuang Kebenaran.
Read More

BERANIKAH Kerajaan UMNO/BN pimpinan Hj Najib tutup Bank HSBC?

Jumaat, 1 Ogos 2014
Bank HSBC tutup akaun & batalkan akaun bank Pertubuhan Islam dan badan Amal yang salurkan bantuan kepada penduduk Gaza.

Jadi pada seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya yang menyokong kemanusian, bolehlah atau digalakkan untuk menutup 
segala jenis akaun di HSBC.

Pada yang terasa dengan tindakan biadap HSBC UK ini. Ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa. Salah ke kalau kita mendokong kemanusiaan dan keamanan? Boikot bukan satu paksaan tapi pilihan. Itu hak anda, tiada siapa paksa. Jadi buatlah pilihan yang boleh membahagiakan kita dan saudara-saudara kita.

TAKE NOTE: BERANIKAH Kerajaan UMNO/BN pimpinan Hj Najib tutup Bank HSBC ?

#PrayForGaza #SaveGaza
Read More

Raub ni kat Selangorkan? Air paip kering! Hilang mood nak raya...

Jumaat, 1 Ogos 2014

MELAYU UMNO TAKNAK KOMEN KE?


Raub ni kat Selangorkan? Patut la Pahang nak sangat jual air kat Selangor?

MELAYU UMNO TAKNAK KOMEN KE?


BENTONG – Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor dijangka siap sepenuhnya pada 20 Dis ini, kata Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata setakat ini pembinaan projek yang terdiri daripada empat komponen atau pakej – Terowong Penyaluran Air Mentah, Empangan Kelau, Stesen Pam Semantan dan Saluran Paip Berkembar – telah 96 peratus siap.
Projek itu apabila siap sepenuhnya mampu menyalurkan air mentah sebanyak 1.89 bilion liter sehari dari Pahang ke Selangor bagi menampung keperluan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.


SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mendapatkan khidmat pakar dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Iran bagi membuat kajian terhadap kandungan sumber air termasuk dari tasik bekas lombong dan sungai yang membekalkan air ke pelbagai loji rawatan air di negeri itu.
Read More

[Video Dr. Mohd Zuhdi Berkhutbah] Jawapan Kepada RAFIZI RAMLI, ANTHONY LOKE dan TONY PHUA!...

Jumaat, 1 Ogos 2014

Dr. Mohd Zuhdi Marzuki


JAWAPAN KEPADA RAFIZI RAMLI, ANTHONY LOKE DAN TONY PHUA

Hampir 20 tahun yang lalu, ketika Samuel Huntington mengemukakan teori tentang ‘Pertembungan Peradaban’ (The Clash of Civilisation), yang menuduh Islam adalah sebuah agama yang sering berkonflik, saya adalah seorang yang menjadi penentang kuat menolak teori tersebut. Pada ketika itu, saya mendukung usaha yang dilakukan oleh guru saya Profesor Osman Bakar untuk menolak teori Huntington, sebaliknya memperkenalkan Agenda Dialog, yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih harmoni dan menghargai nilai kemanusiaan. Agenda Dialog ialah satu usaha untuk mencari titik-titik persamaan antara peradaban khususnya yang berkaitan dengan nilai sejagat dan menghormati titik-titik perbezaan yang biasanya berkaitan dengan kepercayaan beragama. Saya menggunakan umur muda saya untuk mengusahakan perkara itu, walaupun biasanya umur muda seseorang dicorakkan oleh pemikiran radikal dan ekstrim.

Saya terlibat membantu penganjuran siri Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban yang diterajui oleh Profesor Osman Bakar, termasuklah satu persidangan yang bertemakan ‘Islam and Confucianism’. Di samping itu, saya juga menghadiri beberapa siri wacana yang turut disertai oleh tokoh-tokoh kontroversi seperti Dr Nurcholis Majid dan Profesor John Esposito, sebagai usaha melangsungkan Agenda Dialog tersebut. Berikutan dengan siri-siri persidangan dan wacana itu, Kementerian Pendidikan kemudiannya memperkenalkan satu kurikulum wajib di universiti-universiti tempatan dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kurikulum TITAS ini bertujuan untuk membawa generasi muda Malaysia yang terpelajar menghargai empat peradaban besar dunia yang mereka warisi, di samping menjadikan mereka generasi yang menghargai keharmonian hidup dan menolak unsur-unsur melampau.

Ketika TITAS mula diperkenalkan, saya terlibat menyumbangkan fikiran dalam membina kurikulum tersebut. Saya bersama-sama dengan Profesor Chandra Muzaffar, Profesor Hashim Musa dan beberapa rakan yang lain menulis Bab Pertama Buku Teks TITAS berkaitan dengan ‘Pengenalan kepada Peradaban’ dan Bab Terakhir berkaitan dengan ‘Cabaran-cabaran Peradaban Masa Kini’. Ketika TITAS diperkenalkan, harapan yang tinggi diletakkan agar kurikulum ini akan melahirkan generasi muda Malaysia yang berusaha ke arah memupuk keharmonian kaum dan menghindarkan ekstrimisme. Apabila Anthony Loke beberapa bulan yang lalu melahirkan pandangan prejudis terhadap kurikulum TITAS ini seterusnya menyarankan TITAS tidak lagi menjadi kursus wajib di universiti, saya adalah antara mereka yang tertanya-tanya adakah beliau mendapat gambaran yang betul tentang latar belakang kursus TITAS ini?

Apabila Profesor Chandra Muzaffar ditamatkan kontrak perkhimatan, saya telah menggantikannya mengajar satu kursus dalam program Sarjana Dialog Peradaban. Sekali lagi saya meneruskan peranan mempromosikan Agenda Dialog terutama kepada bakal pemegang ijazah sarjana yang bakal menjayakan kurikulum TITAS di seluruh negara. Saya juga terlibat menyelia pelajar-pelajar ijazah tinggi dan ijazah dasar termasuk mereka yang mengkhusus dalam Sarjana Dialog Peradaban. Kesempatan mengajar TITAS dan Sarjana Dialog Peradaban memberi peluang kepada saya memperolehi ramai anak murid dari pelbagai kaum yang bilangannya mungkin menjangkau ribuan. Mereka yang pernah menjadi murid saya, boleh melihat sendiri sikap saya yang konsisten terhadap hubungan harmoni antara kaum dan saling faham-memahami antara peradaban.

Saya bukanlah seorang ahli politik, dan jauh sekali untuk menjadi selibriti politik. Saya hanya seorang akademis yang menyumbang fikiran kepada orang politik, supaya politik negara ini akan lebih menghargai keharmonian kaum dan mengelakkan ekstrimisme. Menjelang PRU 2004, saya pernah dijemput membentangkan satu kertaskerja tentang peranan Masyarakat Madani, sebagai salah satu langkah menyediakan Manifesto Barisan Alternatif. Dalam pembentangan itu, saya menekankan sekali lagi Agenda Dialog, dan peranan Masyarakat Madani sebagai elemen penting mencapai peradaban Malaysia. Meskipun demikian, peranan Masyarakat Madani ini tidak boleh lari dari garis panduan agama sesuai dengan perkataan ‘Madani’ itu sendiri berkaitan rapat dengan peranan agama sebagai asas pembinaan sesebuah peradaban.

Semenjak saya berperanan sebagai penyumbang fikiran kepada orang politik, saya pernah beberapa kali duduk sepentas dengan Rafizi Ramli. Saya pernah duduk sepentas dengan beliau dalam wacana sumbang saran penyediaan budget Kerajaan Negeri Selangor beberapa tahun lalu. Kami diminta membincangkan tajuk bagaimana memperkasakan demokrasi di Negeri Selangor. Dalam wacana itu, saya sekali lagi menyebut tentang kepentingan peranan Masyarakat Madani sebagai rakan kongsi kepada Kerajaan Negeri ke arah mencapai sebuah pemerintahan yang bertatakelola baik (good governance). Selain daripada itu, saya membangkitkan sekali lagi tentang kepentingan berdialog ke arah mewujudkan sebuah masyarakat berbilang kaum yang harmoni dan terhindar dari sikap perkauman yang melampau.

Sebelum puasa yang lalu, saya berkesempatan pula duduk sepentas dengan Anthony Loke dalam satu program anjuran WADAH Negeri Johor, dan kebetulan saya diminta untuk bercakap soal perpaduan. Saya bercakap di hadapan Anthony Loke sendiri, bahawa Islam sama sekali tidak membenarkan sikap perkauman sebaliknya saling berdialog (bertaaruf) antara satu sama lain. Saya menegaskan pendirian saya, bahawa sekolah-sekolah vernakular yang merupakan satu institusi membentuk jatidiri kaum masing-masing tidak boleh ditutup sebaliknya diperkasakan. Setiap kaum tidak boleh dihakis jatidiri mereka sebagaimana pendekatan banyak negara yang menghakis jatidiri kaum atau etnik demi membentuk satu identiti bangsa. Di atas pentas itu, saya menyebut pendekatan Islam dalam perpaduan ialah bersatu dalam kepelbagaian, justeru tidak boleh menghakis jaatidiri sesebuah kaum yang sebenarnya juga anugerah dari Allah.

Mereka yang pernah mengenali saya, pernah menjadi anak murid saya dan pernah bersama di atas pentas, saya yakin dapat mengenali pendirian saya yang konsisten tentang Agenda Dialog, iaitu mencari titik-titik persamaan antara peradaban dan saling menghormati titik-titik perbezaan yang ada. Rakan-rakan media sosial saya di FB dapat mengetahui bagaimana pendirian saya ketika muncul isu berkaitan dengan kalimah suci nama Allah. Saya konsisten mempertahankan pendirian Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bahawa dalam sesebuah pemerintahan Islam orang bukan Islam tidak boleh dihalang menggunakan kalimah Allah atas prinsip “Lakum Dinukum Wa Li Yadin”, selama mana penggunaan itu tidak bertujuan penghinaan. Artikel saya dalam FB tentang isu kalimah suci nama Allah turut dikongsi banyak pihak di samping juga diterbitkan dalam portal akhbar maya. Saya yakin rakan-rakan dalam PKR dan DAP mengetahui pendirian saya tentang perkara itu.

Saya juga beberapa kali membela DAP yang dituduh sebagai punca Tragedi 13 Mei dan juga dicop sebagai small brother PAP Singapura. Dalam satu forum yang dianjurkan oleh mahasiswa UIA menjelang PRU 13 yang lalu, saya dijemput menjadi ahli panel bersama rakan saya Dr Mazlee malik (UIA), Dr Yusri Mohamad (PEMBELA) dan Tun Faisal Ismail (UMNO), dan soalan-soalan yang sedemikian turut ditanya. Saya menjawab bagi pihak DAP dengan memberikan hujah-hujah membersihkan nama parti itu sebagai punca Tragedi 13 Mei dan small brother kepada PAP. Klip video yang memuatkan jawapan saya tentang tuduhan terhadap DAP ini telah lama dimuatnaik oleh pihak pengajur dalam laman Youtube. Jelasnya, saya yakin mereka yang mengenali saya, anak-anak murid saya dan yang pernah duduk sepentas dengan saya mengetahui pendirian saya tentang isu kalimah Allah dan sikap saya terhadap DAP.

Malang sekali, apabila bocornya Printscreen Whatsapp AJK PAS Pusat, sebahagian rakan kenalan saya, segelintir anak-anak murid saya dan mereka yang pernah duduk sepentas dengan saya seperti Rafizi Ramli dan Anthony Loke dengan pantas menghukum saya sebagai racist atau ekstrimist. Saya bukan ahli politik dan jauh sekali sebagai selibriti politik yang memilih kenyataan media untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu, malah saya tidak berminatpun nama say a dipopularkan di akhbar sepertimana diidamkan oleh kebanyakan ahli-ahli politik yang lain. Saya juga tidak boleh mendedahkan keseluruhan perbincangan dalam Whatsapp itu yang telahpun disimpan oleh sahabat saya Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, sehingga menurut beliau jika dicetak atas kertas A4 dengan font bersaiz 12, perbincangan itu memakan 115 mukasurat. Kalaulah saya boleh mendedahkan kesemua 115 mukasurat itu, saya yakin kesemua mereka dapat memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam printscreen yang dibocorkan itu.

Saya telah menjelaskan beberapa kali bahawa perenggan-perenggan yang dibocorkan itu tidak mewakili pendirian dan sikap saya. Ketika saya mengemukakan analisis senario tersebut ada ahli-ahli perbincangan menegur saya tentang pemilihan bahasa yang kasar, lalu saya jelaskan bahawa bahasa yang saya pilih itu bukan mewakili pendirian dan sikap saya sebaliknya perkataan-perkataan yang akan dihamburkan oleh pihak-pihak dalam PAS yang selama ini tidak berpuashati terhadap DAP dan lain-lain isu yang mereka merasakan sepertu dikunci mulut untuk bersuara, sedangkan sebelum ini mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan sedemikian. Kalaulah saya boleh bocorkan printscreen yang berkaitan dengan jawapan saya itu, saya yakin ramai akan memahami apa yang saya ingin sampaikan. Malangnya, akhlak mengikat kita untuk membocorkan perbincangan sulit sesama ahli kumpulan Whatsapp, meskipun ada segelintir yang sewenang-wenangnya melakukan pembocoran tersebut.

Sewaktu perbincangan tentang usul keluar PR di dalam kumpulan Whatsapp itu, unsurnya bercampur-campur, sekejap humor, sekejap provok, sekejap sindir dan kadangkala tegang. Sewaktu perbincangan ada ahli perbincangan yang menyebut, memang segelintir ahli PAS akan lega bila PAS keluar dari PR sebab selama ini mereka begitu marah dengan DAP dan lain-lain, terutama dalam isu nama Allah dan serbuan gereja. Seperti yang dimaklumi PAS telah ambil tindakan disiplin kepada beberapa orang seperti ini, tetapi masih ada ahli PAS yang masih bersikap marah kepada DAP dan lain-lain pihak berkaitan. Bila saya buat analisis senario apa berlaku kalau PAS keluar PR, maka saya sebut tentang kemungkinan yang boleh berlaku di Selangor. Pada perenggan kedua saya sebut secara imaginatif dan berbentuk sarcasm (sindiran) perkataan yang akan dihamburkan oleh ahli-ahli PAS yang selama ini memendam kemarahan kepada DAP dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan isu nama Allah, isu murtad dan seumpamanya.

Sekali lagi saya jelaskan, ayat yang saya pilih itu tidak menggambarkan pendirian saya, sebab saya tidak berada dalam senarai yang ahli-ahli perbincangan yang menyokong keluar PR. Saya cuma memaparkan senario perasaan lega segelintir ahli yang selama ini menganggap PAS seperti dikuasai oleh DAP sehingga tidak dapat lagi bersuara seperti dulu. Mereka yang ada dalam perbincangan itu akan faham unsur-unsur imaginatif dan sarcasm tersebut, melainkan kalau mereka sememangnya menyimpan strategi busuk untuk menjayakan agenda mereka seperti yang dilakukan oleh si pembocor. Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat ‘Kajang Move’ yang dicita-citakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu.

Saya ingin menegaskan, bahawa saya tiada cita-cita politik yang tinggi sepertimana ahli-ahli politik, melainkan hanya sekadar menyumbang fikiran supaya politik Malaysia membawa kepada keharmonian kaum dan persaingan demokrasi yang sihat. Saya melihat ‘Kajang Move’ sebagai langkah yang tidak memenuhi kehendak rakyat Selangor yang mahukan orang-orang politik yang diberi mandat berkuasa memberi khidmat kepada rakyat bukannya meletakkan jawatan sesuka hati dan boleh menurun-naikkan kepimpinan Kerajaan Negeri seperti mudahnya menukar pakaian. Ahli-ahli politik perlu menyedari bahawa jawatan MB itu bukan sekadar hak parti, tetapi ada hubungannya dengan hak Istana yang telah memperkenankan perlantikan seseorang dan hak rakyat Selangor yang telah memberi mandat bukan hanya berdasarkan kepartian. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak dapat mengerti pendirian dan sikap saya tentang isu perkauman dan memahami apakah ‘game’ sebenar pihak pembocor printscreen tersebut.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Klang, Selangor

1 Ogos 2014
5 Syawal 1435


Read More

[Video] Pegawai Polis DSP 'Terlampau' Siap tanggal baju lagi...

Jumaat, 1 Ogos 2014
VIDEO Aksi Memaki Hamun Meludah Mengajak Gaduh One By One Oleh Pegawai Kanan Polis Tersebar

Pegawai Polis Maki Hamun, Sumpah Seranah dan Ludah Pegawai Polis Dan Cabar Bertumbuk


Sekarang ini tengah kecoh tentang klip video seorang pegawai polis berpangkat DSP bernama Ravindran Kutty Krishnan (PT C41) dari IPK Selangor sedang memaki hamun, mencerca dan meludah seorang pegawai polis Melayu bernama ASP Ahmad bin Mat Noor.

Dalam klip video berkenaan, DSP Ravindhran telah menanggalkan baju dan mencabar ASP Ahmad untuk beradu tenaga. Cermin meja pejabat ASP Ahmad juga telah dipecahkan, selain dinding dan peralatan di dalam bilik pegawai polis berbangsa Melayu itu juga telah dirosakkan oleh DSP Ravindhran.

Insiden ini telah berlaku di hadapan Tuan KJKA Selangor.

Dilaporkan, kejadian ini berlaku setiap hari dan DSP Ravindhran bukan sahaja ASP Ahmad tetapi juga beberapa orang pegawai dan anggota bawahan yang lain. Mereka bukan sahaja dipukul, ditendang bahkan turut diludah.

Beberapa orang pegawai dan anggota yang menjadi mangsa DSP Ravindran, mula mempertikaikan pegawai berkenaan. Malah mereka sudah mula mempersoalkan bilakah kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh DSP Ravindran yang sangat sombong dengan pangkatnya, akan berhenti.
Sumber : Era pasca / TERBAKOR !

IGP Bacul!!! Rupa-rupanya DSP Ravindran Pernah Didakwa Kerana Mengugut Untuk Mendapatkan Rasuah

Posted by Era pasca0 341 comments
Semalam, aku siarkan klip video yang aku dapat tentang seorang pegawai polis berbangsa India berpangkat DSP yang cuba tunjuk lagak di hadapan seorang pegawai polis berbangsa Melayu berpangkat ASP. Pegawai polis India itu yang bertugas di PT C41 IPK Selangor bukan sahaja menghina ASP Ahmad bin Mohd Noor tetapi juga menanggalkan bajunya, mengajak bertumbuk selain memecahkan meja dan merosakkan dinding serta peralatan di pejabat ASP Ahmad.

Korang silap kalau korang ingat aku cuba nak cetuskan kebencian kaum. Aku cuma nak buktikan yang dalam PDRM, ramai pegawai macam DSP Ravindran Kutty Krishnan. Aku nak bagitahu, kalau ada nama Kutty, macam Mahadeath Kutty Iskandar, memang perangai mereka sangat buruk dan menjijikkan.

Daripada maklumat yang aku terima, DSP Ravindran ini pernah bertugas di Batalion 6, PGA Bakri Muar, Johor. Pada 28 Oktober 2011, dia telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dakwaan melakukan pemerasan dengan niat sehingga menyebabkan penyerahan wang tunai berjumlah RM40,000 kepadanya.

Ravindran pada ketika itu berusia 39 tahun, pernah mencabar mana-mana anggota Melayu yang mempunyai ilmu persilatan untuk bertarung dengannya, tetapi melarikan diri apabila tempat dan masa telah ditetapkan.

Berpangkat Timbalan Penguasa (DSP), Ravindran Kutty Krishnan dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 14 Julai tahun yang sama lebih kurang jam 8.30 malam di Restoran Chen Chen Siang, Simpang Jeram, Muar apabila telah melakukan pemerasan dengan niat menakutkan untuk mendatangkan kecederaan kepada Toh Chin Soon.

Ravindran dituduh dengan tuduhan berikut:

"Jika Toh Chin Soon menjatuhkan air muka kamu, kamu boleh kasi dia mati sekiranya dia enggan bayar wang RM40,000 kepada peguam bernama Tay Cheng Seng melalui kamu."

Tindakan tersebut secara tidak jujur dan bertujuan untuk memperdaya, telah menyebabkan Toh Chin Soon menyerahkan sejumlah wang tunai RM40,000 kepadanya.

Ravindran bagaimanapun, tidak mengaku bersalah pada pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. Hakim Madinah Hairullah kemudiannya menetapkan jumlah jaminan RM15,000 ke atasnya serta pasportnya turut diserahkan kepada mahkamah.

Pendakwaan telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Heikal Ismail dan Pegawai Pendakwa, Saad Shukor.

Selain kes ini, terdapat juga beberapa kes lain melibatkan pemerasan dan ugutan yang dilakukan oleh DSP Ravindran. Sepatutnya pegawai polis seperti Ravindran tidak lagi dibenarkan bertugas,  malah sepatutnya dia dilucutkan jawatan atau dibuang kerja.

Malangnya, kita ada IGP yang bacul dan pengecut. Bukan sahaja tidak mampu menjaga keselamatan negara, malahan PDRM pun dibiarkan orang-orang seperti Ravindran berleluasa.
Read More

"Perangkap Kitaran Ganas" Berhentilah segera menembak sesama sendiri...

Jumaat, 1 Ogos 2014

'Berhentilah segera menembak sesama sendiri' - Dr Zulkefly Ahmad.

Pemimpin tertinggi dan pendukung Pakatan Rakyat hendaklah "segera berhenti menyerang serta menembak sesama sendiri", kata Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Zulkefly Ahmad.

Katanya, ini kerana mereka sedang ditertawakan oleh seteru politik mereka yang bertepuk sorak serta mempergiat mengadu-domba bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat.

"Wajah-wajah saudara di dada-dada akhbar mereka di muka depan! Anih mengapa mereka memberi ruang kepada saudara... ya... segera sedar dan insaflah.... ruang diberi justeru kerana saudara menembak sesama sendiri...malang!" tulis Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Zulkefly Ahmad dalam facebook beliau awal pagi ini.

Dalam surat terbukanya kepada pemimpin tertinggi dan pendukung Pakatan itu, beliau menegaskan bahawa sangat malang sekiranya gabungan itu berakhir di sini.

"...kerana umum mengetahui bahawa inilah hanyasanya wadah yang menjadi harapan rakyat untuk mampu menyemak-imbang serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa Umno-BN dalam tadbir-urus negara serta PRU ke-14 akan datang.

"Rakyat mengharapkan saudara, sementara saudara bercakaran dan ditanggapi sebagai memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara!

"Itulah persepsi rakyat kini... mungkin saudara tidak setuju....dan saudara punya hujah yang kukuh....Ya... semua kita merasakan punya hujah yang kukuh...," tulisnya sambil menegaskan bahawa ia adalah pandangan peribadinya dan mungkin ada yang mengecamnya kerana tidak mengikut saluran komunikasi sebagai seorang AJK PAS pusat dan ahli Sekretariat Pakatan Rakyat.

Dr Dzulkefly menggesa mereka supaya bangun daripada keasyikan dan "perangkap kitaran ganas" yang memusnahkan itu "dengan setiap orang kita berteriak "cukuplah kehancuran Pakatan Rakyat ini".


Katanya, Majlis Presiden Pakatan Rakyat hendaklah segera bersidang untuk "menghentikan kemusnahan" itu tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi mengurus tuntutan krisis tersebut.

"Sepuluh hari adalah terlalu lama dalam politik dan media UBN saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini!

"Dikatakan hanya "divine intervention" mampu untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat, namun Saudara juga tahu, Allah tidak akan merubah nasib kita kecuali kita sendiri yang mahu merubahnya...," tegasnya sambil menggesa pemimpin tertinggi Pakatan supaya menjadi 'penyelamat' dalam kemelut tersebut.

Kalau tidak, tegasnya, sejarah akan menghukum mereka sebagai yang mengizinkan Pakatan berpecah dan juga sekaligus dianggap yang mencetuskan kemelut dan krisis kali ini.

"Semoga rintihan dan syakawa (pengaduan) yang dititipkan pada dinihari ini mendapat empati dan respons positif saf pimpinan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan semua pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat di seluruh negara," katanya sambil menegaskan bahawa beliau telah melunaskan tanggungjawabnya menegur pimpinan tertinggi muafakat politik itu.
Read More

Apakah rakyat Malaysia tidak terfikir? ADA ‘TANGAN’ YAHUDI di MALAYSIA...

Jumaat, 1 Ogos 2014


APAKAH ADA ‘TANGAN’ YAHUDI YANG MELAGAKAN KITA DI MALAYSIA


Apakah rakyat Malaysia tidak terfikir bahawa di negara kita Malaysia pun ada ‘tangan-tangan Yahudi’ yang merancang dan melaga-lagakan bangsa kita supaya berpecah supaya senang ditakluki oleh kuasa asing yang berminat untuk menguasai negara kita. Mungkin kita tidak terfikir kerana kita amat selesa kini dengan keadaan negara kita yang kononnya dalam keadaan aman dan damai. Namun dalam suasana ‘aman dan damai’ itu sedarkan kita bahawa seolah-olah ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’ ke atas rakyat negara ini, supaya matlamat akhirnya ialah kehancuran kepada negara.

Seingat aku, tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah Malaysia wujudnya ‘batu api’ yang sentiasa cuba ‘memanaskan’ isu hubungan kaum antara Melayu dan bukan Melayu dan antara Islam dengan bukan Islam seperti yang berlaku kini. Tidak pernah. Akhir-akhir ini ternampak dengan jelas elemen yang cuba mengadu domba, mengapikan perbalahan antara Melayu dan bukan Melayu ini. Seolah-olah usaha sedemikian nampaknya berterusan, lepas satu, satu.

Walaupun ada wujud perasaan ketidakpuasan antara satu kaum dengan kaum lain itu, namun tidak dinyatakan dengan jelas berbanding dengan sekarang. Sentiasa tersimpan demi untuk menjaga hati dan perasaan kaum lain yang mungkin terguris dengan kenyataan yang sensitif. Beberapa tahun kebelakangan ini, hal untuk menjaga hati dan perasaan orang lain (kaum lain) semacam tidak dipedulikan. Masing-masing mementingkan diri sendiri.

Ada terdapat dua tiga kerat golongan NGO yang sentiasa mendabik dada, seolah-olah merekalah jaguh yang mewakili kaum Melayu, yang akan sentiasa mempertahankan orang Melayu dan beragama Islam sehingga ke titisan darah terakhir (konon!!). Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka langsung tidak menggambarkan rasa hormat mereka kepada kaum-kaum lain yang ada di negara ini yang juga merupakan rakyat Malaysia sejati mengikut perlembagaan Malaysia.

Sememangnya ditegaskan oleh Perlembagaan Malaysia mengenai hak keistemewaan orang Melayu kerana syarat demikian menjadi tukaran dengan pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu yang ingin bermastautin di Tanah Melayu. Itu merupakan perjanjian kemerdekaan. Dan dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Dan diterima dengan senang hati oleh golongan bukan Melayu ( yang tahu tentang sejarah Malaysia).

Selepas 50 tahun merdeka, senarionya tentulah berubah dan keadaan bangsa Malaysia juga berubah. Peristiwa 13 Mei 1969, walaupun pahit untuk dikenangkan, tetapi telah memberikan berbagai pengajaran dan ingatan kepada rakyat Malaysia. Peristiwa itu telah menjadi ‘sempadan’ bagi bangsa Malaysia untuk terus maju berlandaskan perpaduan yang kukuh dan utuh. Sepatutnya Peristiwa 13 Mei 1969 diwar-warkan sebagai peristiwa yang telah mengubah ‘landskap’ hubungan antara kaum di Malaysia. Kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang kukuh. Sepatutnya begitu.

Sememangnya terbukti bahawa bangsa Malaysia telah dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni selepas 1969. Tidak terdapat sebarang pergaduhan kaum ( yang mirip seperti persitiwa 13 Mei 1969). Semua kaum merasa selesa dan selamat berada dalam negara bertuah ini. Semua kaum terasa tentang kenikmatan tinggal di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Tidak ada kaum yang merasa terhina dan tersisih. Malah dapat dikatakan bahawa tidak ada kaum yang merasa ‘menyesal’ hidup dan tinggal di Malaysia. Dan begitulah harapan bangsa Malaysia.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang merasakan bahawa suasana yang sedemikian agak berubah, apatah lagi apabila sudah ada kumpulan-kumpulan tertentu yang sudah tidak segan silu menyatakan sesuatu yang mungkin ‘mengecil dan melukakan’ hati kaum-kaum lain di negara ini.
Aku terpanggil untuk mempersoalkan mengapa terjadi sedemikian? Apakah ada pihak-pihak tertentu yang ‘membiayai’ kumpulan NGO ini yang tugasnya semata-mata untuk menimbulkan perbalahan antara kaum di negara supaya dengan demikian mereka akan dapat ‘menangguk di air keruh’. Aku tidak ada jawapannya.

Melihatkan gelagat dan tindakan beberpa kumpulan samseng yang agak bermaharajalela di negara ini, aku yakin dan pasti bahawa tentu ada ‘tangan’ yang ‘menggerakkan’ aktiviti yang sedemikian rupa. ‘Serangan’ ke atas Dewan Undangan Pulau Pinang misalnya adalah merupakan tindakan yang amat biadap. Bayangkan tempat mulia, merangka dasar dan undang-undang negeri berani dicerobohi. Tentu sekali hal yang sebegini tidak akan berlaku sekiranya tidak ada pihak-pihak tertentu yang mendalangi perbuatan sedemikian dan melindungi perbuatan sedemikian. Mungkin ada agaknya.

Beberapa peristiwa ‘luar biasa’ yang berlaku di negara ini yang tidak pernah berlaku pada zaman-zaman sebelumnya telah membuat aku terfikir bahawa apakah ada kemungkinan pihak Yahudi yang telah berjaya menyusup masuk dan mempengaruhi tindakan segelintir rakyat di Malaysia. Apakah begitu? Aku terpaksa beranggapan sedemikian disebabkan tindakan licik kaum Yahudi di mana-mana saja di dunia ini sehinggakan mereka berjaya dengan apa yang mereka kehendakki. Apakah Malaysia juga tidak terlepas dari perencanaan kaum Yahudi untuk menghancur-luluhkan bangsa Malaysia dan seterusnya meranapkan negara  Malaysia itu sendiri.

Sejarah telah membuktikan bahawa terkeluarnya Singapura dari Malaysia adalah sedikti sebanyak ekoran dari peranan yang dimainkan oleh Alex Josey (Yahudi) yang bertugas di bawah Lee KuanYew.JTA ( The Global Jewish News Source) bertarikh 8 Disember 1986 berjodol “ Flap over Herzog’s Visit to W. Germany’ ada menyatakan, ‘The Straits Times, an English-language daily in Singapore, reported that Mustapha Ali also charged that Singapore policy was influenced by a Jew, Alex Josey, the biographer of Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew, whom he formerly served as press spokesman”
Sekiranya kaum Yahudi berperanan untuk menentukan pemilihan pemimpin-pemimpin dunia yang disukai oleh mereka, dan menjahanamkan puak-puak Islam yang tidak ‘direstui’ oleh mereka, maka apakah ada kekecualiannya kepada negara kita sekiranya mereka mahu berbuat demikian. Kadang-kadang aku terfikir bahawa apakah ada ‘tangan ghaib Yahudi’ yang cuba mengadu domba kaum-kaum di Malaysia yang sedang menikmati hidup secara aman dan damai ini.

Mungkin pihak NGO di Malaysia yang sedang dipergunakan untuk tujuan itu tidak sedar bahawa mereka sedang diperlatkan oleh golongan Yahudi. Dan eloklah pihak-pihak yang tertentu berhati-hati dengan tindakan halus pihak Yahudi ini. Kita mengharapkan janganlah ada ‘pisang yang berbuah dua kali’. Kita kini menangisi tentang nasib rakyat Palestin di Gaza. Takut kalau-kalau kita juga akan menangis, menerima nasib yang agak sama seperti rakyat Palestin.

Tanah milik Palestin semakin ‘mengecut’. Kita bimbang juga kalau-kalau  tanah Melayu milik kita juga akan mengecut satu hari nanti.
Takut jadi Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai.
Takut jadi Mat Jenin yang mati dalam angan-angan.
Takut jadi Lebai Malang yang kelaparan disebabkan kebodohan.
abuhassanadam

Read More

Jadi.. tempat yang sesuai buat Zuhdi ini ialah UMNO, ISMA, PERKASA ataupun JATI - Tony Pua

Jumaat, 1 Ogos 214

KAMI TAK HINGIN PEMIMPIN RACIST...
Tony Pua



KAMI TAK HINGIN PEMIMPIN RACIST MACAM ZUHDI DALAM PAKATAN - DAP

Kata Tony Pua.. "Isunya bukan sama ada perbincangan Zuhdi dalam WhatsApp adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi.

"Isunya ialah Zuhdi membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya.

"Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan," 

"Kalau pemikiran yang rasis dan ekstremis tersebut tidak dikesali, kami tidak beringin Zuhdi terus berada dalam Pakatan Rakyat, mahupun beliau mungkin tidak berniat keluar,"

Jadi.. tempat yang sesuai buat Zuhdi ini ialah UMNO, ISMA, PERKASA ataupun JATI...

Read More

17 dari 22 Cabang PKR Selangor sokong Khalid... Mendesak sebagai suara minoriti?

Jumaat, 1 Ogos 2014

17 dari 22 Cabang PKR Selangor sokong Khalid kekal sebagai MB Selangor?


Dalam PKR Selangor terdapat 22 Cabang keseluruhannya.. oleh itu apabila hanya 5 Cabang yang mahukan Tan Sri Khalid dikenakan tindakan disiplin ini bermakna lagi 17 Cabang yang ada menyokong Khalid Ibrahim..

Kalau setakat 5 Cabang tu saja.. nak jadi apa?.. Anwar pasti akan bertanya nanti dari kesemua 5 Cabang itu berapa yang benar-benar aktif?

Kalau mesyuaratpun tak tentu hala.. ahli pun langsung tak bertambah, tak payah buang masalah!

Nak buat kerja tu biarlah semuanya sepakat.. ini tidak nak mendesak tapi mendesak sebagai suara minoriti, nak jadi apa?

Punca sebenar apa agaknya yang menjadikan isu MB Selangor ini bertukar dari isu tempatan menjadi isu nasional?

Rasanya isu ini tak akan meleret-leret jika tindakan yang sewajarnya diambil dan dilaksanakan oleh Presiden PKR dan Ketua Umum dua tahun selepas PRU12 ketika pentadbiran Tan Sri Khalid mula dipertikaikan ramai pemimpin PKR Selangor..

Ianya juga mungkin tidak akan menjadi isu sebegini haru biru jika Tan Sri Khalid tidak dilantik semula sebagai MB Selangor sebagaimana yang telah dijanjikan bila ianya diusulkan oleh kebanyakkan pemimpin PKR Selangor kepada Presiden dan Ketua Umum..

Entah siapalah yang nasihatkan Ketua Umum dan Presiden PKR itu untuk kekalkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor untuk penggal yang kedua..

Sekarang.. dari dua pilihan PKR hanya ada satu lagi pilihan.. pilihan apa?.. bila ada masa aku tulis..

Laporan berkaitan..

Cabang PKR Selangor menggesa parti itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran tindakannya sejak akhir ini yang membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat PKR serta pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Cabang PKR Tanjong Karang Mohd Yahya Mat Sahri berkata, mereka menggesa parti terutama pimpinan tertinggi mendengar suara akar umbi yang sudah muak dengan permainan politik ala-Umno Khalid.

"Malah pelawaan Khalid agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut menyokong kenyataan Yahya adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Abu Talip Bujang, Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar).

Mereka turut menyeru agar semua ahli PKR termasuk Adun dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai lalu, iaitu menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

"Kami, ketua-ketua Cabang PKR Selangor serta anggota ingin mengumumkan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Dr Wan Azizah.

"Sebagai presiden parti yang juga Adun Kajang, beliau adalah calon paling kanan dan layak di kalangan Adun PKR lain di negeri Selangor untuk menjadi menteri besar," katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan parti itu sudah memuktamadkan Dr Wan Azizah selepas namanya menjadi calon tunggal pengganti Khalid.

Anwar berkata, keputusan dibuat sebulat suara dan memuji isterinya itu boleh memberi kestabilan dalam PKR dan PR.

Beliau juga yakin Dr Wan Azizah mampu menyelesaikan isu-isu tertangguh termasuk masalah agihan air, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu kritikal lain di Selangor.

Khalid bagaimanapun enggan berundur hingga akhir penggal dan mahu PKR menyelesaikan isu peralihan kuasa mengikut saluran betul.

Malah secara terbuka mengalu-alukan Adun mengemukakan undi tidak percaya terhadap beliau dalam sidang DUN akan datang.

Anwar kemudiannya mendedahkan Khalid sudah lama tahu dirinya terlibat dalam sebahagian agenda “Langkah Kajang” yang mendesaknya supaya berundur sejak Mac lalu lapor The Malaysian Insider  
 Posted by Anak Sungai Derhaka 

Read More

Umno tidak iklas percayalah...BIAR PAS SENDIRIAN DARIPADA BERSAMA UMNO

Khamis, 1 Ogos 2014

BIAR PAS SENDIRIAN DARIPADA BERSAMA UMNO


Umno tidak iklas percayalah...

Pendapat peribadi Kalau PAS nak keluar dari PR ...
Keluarlah.. tapi janganlah bersekongkol dengan umno BN .. biarlah duk sorang ..
Umno tidak iklas percayalah...

Masuklah menjadi ahli PAS disebabkan ingin menegakkan kalimah Allah dengan iklas..

Bukan kerana pengaruh kekawan atau rasa kecewa dengan parti lain...
Ingatlah perang badar tentera yang seramai 313 orang(82 Muhajirin dan 231 ansar) boleh mengalahkan beribu tentera kafir..

Biarlah PAS kesaorangan ... Kita perbaiki akidah ,aklak dan ibadah ahli-ahli kita
Agar Allah sayang kita ..
Agar Masyarakat akan hormat kita ...

Dengan cara ini nanti dalam pilihanraya pengundi akan ingat ,kasih dan sokong kita ...
Buatlah apa yang Allah suruh ...
Bukanya buat kerja Allah..

Ingatlah kesah nabi Ibrahim dibakar .. seekor burung membawa air dengan paruhnya..
Sekurang-kurangnya ia bekerja ..berusaha..

Kalau 313 tentera boleh tewaskan beribu tentera kafir..
Tidak mustahil 100 ribu ahli PAS boleh menawan/memerintah Malaysia..
Adakah Allah kasih dan sayang kita ??

Adakah Allah dekat dengan kita bagaikan mata hitam dengan mata putih ?
Jaga AKIDAH
jaga AHLAK
jaga IBADAH

InsaAllah Masyarakat akan sokong kita.
ALLAH - MATLAMAT KITA
QURAN - PERUNDANGAN KITA
RASUL - PEMIMPIN KITA
DAKWAH - JALAN KITA
SYAHID - CITA-CITA KITA


Read More

Ustaz Dr. Zaharuddin Gesa Umat Islam Tutup Akaun HSBC...

Khamis, 31 Julai 2014

HSBC menutup akaun beberapa kumpulan Islam 
Gambar: HSBC sendiri yang mengundang untuk di BOIKOT
***************************************************************
Dengan berita ini, seluruh umat Islam dan pendokong kemanusiaan DIGALAKKAN menutup akaun bank HSBC mereka, termasuk HBSC Amanah. Sebagai menyahut tindakan HSBC menutup akaun orang Islam yang terlibat dalam kempen membantah serangan kejam Zionis Israel.

Banyak lagi Islamic bank yang lain di Malaysia. tukarlah ke bank-bank yang lain.

http://m.bbc.co.uk/news/business-28553921

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

HSBC sendiri yang mengundang untuk di BOIKOT
***************************************************************
Dengan berita ini, seluruh umat Islam dan pendokong kemanusiaan DIGALAKKAN menutup akaun bank HSBC mereka, termasuk HBSC Amanah. Sebagai menyahut tindakan HSBC menutup akaun orang Islam yang terlibat dalam kempen membantah serangan kejam Zionis Israel.

Banyak lagi Islamic bank yang lain di Malaysia. tukarlah ke bank-bank yang lain.

http://m.bbc.co.uk/news/business-28553921

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

Ustaz Dr. Zaharuddin Gesa Umat Islam Tutup Akaun HSBC


Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman menyeru semua pengguna bank HSBC untuk menutup akaun mereka sebagai protes terhadap bank tersebut yang menyokong Israel dalam pergolakan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza sejak tiga minggu lalu.
HSBC dilaporkan oleh BBC, telah menutup akaun bank beberapa pertubuhan Muslim dan orang perseorangan yang membantah serangan kejam Zionis Israel.
Menulis di laman Facebook, Zaharuddin berkata, “dengan berita ini, seluruh umat Islam dan pendokong kemanusiaan DIGALAKKAN menutup akaun bank HSBC mereka, termasuk HSBC Amanah. Sebagai menyahut tindakan HSBC menutup akaun orang Islam yang terlibat dalam kempen membantah serangan kejam Zionis Israel”.– MYNEWSHUB.MY
zaharuddin

Oleh: JULIANA JOHAR
Read More

Pejuang Hamas dilatih di Malaysia dakwa Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel)

Khamis, 31 Julai 2014
Gambar hiasan - 'Kilang' Lahirkan Pasukan Elit Malaysia

Pejuang Hamas dilatih di Malaysia dakwa Agensi Keselamatan Israel

Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

 Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

 Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain. Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong. 

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

The Jerusalem Post
Posted by Anak Sungai Derhaka

Comments
no2ajal · 2 hours ago kalau hamas pengganas israel lagi pengganas

MelayuPKR · 1 hour ago Anggota Hamas rela mati syahid daripada mengkianati Malaysia. Berita ini hanyalah propoganda Israel.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena