ALGIERS: Pesawat Air Algerie terputus hubungan hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam penerbangannya ke Algiers pada Khamis, kata syarikat penerbangan itu.
"Perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie pada Khamis dalam penerbangannya dari Ouagadoungou ke Algiers, selepas 50 minit berlepas," kata syarikat penerbangan itu yang dipetik oleh agensi berita negara itu, APS.
Ia berkata, syarikat itu memulakan 'pelan kecemasan' dalam mencari pesawat AH5017, yang melakukan penerbangan selama empat jam sebanyak empat kali seminggu.
Sumber syarikat itu memberitahu AFP bahawa kehilangan pesawat DC-9 yang boleh membawa kira-kira 135 penumpang.
Menurut satu sumber lain, kira-kira 110 orang menaiki pesawat itu. - AFP
Kedahkini.
Bencana demi bencana: Satu lagi pesawat terhempas
Kerajaan Rakyat
Laporan Reuters memetik kenyataan pihak berkuasa Algeria menyebut, pesawat membawa 110 orang penumpang itu disahkan terhempas.
"Saya boleh sahkan ia terhempas," kata pihak berkuasa itu.
Terdahulu agensi itu yang memetik laporan agensi tempatan APS menyebut pihak berkuasa terputus hubungan dengan pesawat AH 5017 selepas ia berlepas dari Burkina Faso.
Syarikat penerbangan persendirian Sepanyol, Swiftair mengesahkan ia terputus hubungan dengan pesawat MD-83 yang dikendalikan Air Algerie, yang menurutnya membawa 110 penumpang dan enam anak kapal.
Syarikat tersebut dalam satu notis di laman webnya menyebut, pesawat tersebut berlepas dari Burkina Faso pada jam 0117 GMT (9.17pagi waktu Malaysia) dan sepatutnya mendarat di Algiers pada jam 0510 GMT (1.10petang waktu Malaysia) tetapi tidak kunjung tiba.
Seorang pegawai penerbangan Algeria berkata komunikasi terakhir antara pihaknya dengan pesawat Air Algerie membawa 116 orang dari Burkina Faso ke Algiers itu adalah pada jam 0155 GMT (9.55pagi waktu Malaysia) ketika ia terbang merentasi Gao, Mali.
Pihak berkuasa penerbangan di Burkina berkata mereka menyerahkan kawalan penerbangan itu kepada menara kawalan di Niamey, Niger, pada jam 1.38 pagi (9.38 pagi waktu Malaysia). Menurut mereka, komunikasi terakhir dengan pesawat itu sejurus selepas 4:30 pagi (11.30 pagi waktu Malaysia).
Pihak berkuasa Burkinabe menubuhkan unit krisis di lapangan terbang Ouagadougou untuk menyediakan maklumat kepada keluarga penumpang tersebut.
Seorang diplomat di Bamako, Mali berkata kawasan utara negara itu – dalam kawasan yang mungkin dilaluui pesawat tersebut – dilanda ribut pasir pada malam sebelumnya.
Issa Saly Maiga, ketua Agensi Penerbangan Awam Mali berkata pencarian sedang dijalankan untuk mengesan pesawat tersebut.
"Kita tidak tahu jika pesawat itu berada dalam wilayah Malu,” katanya kepada Reuters. “Pihak berkuasa penerbangan dikerahkan ke semua negara terlibat – Burkina Faso, Mali, Niger, Algeria dan juga Sepanyol."
0 comments:
Post a Comment