421 dokumen berkaitan kes 1MDB diserah kepada peguam Najib
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu 421 dokumen berkaitan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas 4 pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, diserahkan kepada pihak pembelaan untuk digunakan bagi tujuan perbicaraan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Bagaimanapun Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan beberapa dokumen perbankan membabitkan 21 kes pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB yang dihadapi Najib.
“Kami memerlukan masa dan akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kesemua dokumen perbankan berkenaan yang masih belum diperoleh daripada pihak bank,” katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Feb untuk pengurusan kes selanjutnya.
Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang turut hadir berkata, pihak pendakwaan sebelum ini menyerahkan 367 dokumen berkaitan kes rasuah dan 23 dokumen membabitkan kes pengubahan wang haram kepada pihak pembelaan.
“Hari ini, pihak kami menyerahkan 54 dokumen lagi membabitkan kes itu (rasuah) dan dokumen yang diserahkan itu sebahagian besar membabitkan minit mesyuarat jemaah menteri,” kata Ahmad Akram.
Sementara itu, Hakim Collin menetapkan 15 Feb untuk mendengar permohonan Najib bagi menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes berkenaan.
Hakim itu juga menetapkan 13 Feb untuk pihak terlibat memfailkan hujahan bertulis masing-masing.
Najib, 66, yang hadir dalam prosiding itu diwakili peguam Harvinderjit Singh.
Najib menghadapi 4 pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesemua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 2011 dan 2014.
Perbicaraan kes ditetapkan sebelum ini pada 15 April hingga 3 Mei nanti.
Di Sg Kandis, Balakong, Seri Setia dan Port Dickson, siapa tolak siapa pulak, Ustaz?
Dan, selepas ini di Semenyih, kalau betul yakin Melayu dah tolak PH, Pas kena masuk bertandinglah. Takkan Pas asyik jadi tukang pacak bendera dacing baghdad je kot?
Hadi kata, kemenangan BN di Cameron tu tanda Allah beri isyarat agar rakyat tolak PH. Nampak tak lebai dgn mudah guna nama Allah demi kepentingan politik.
Masuk bertanding dlm gelanggang takut, tapi berkokok kat luar lebih. Apa kata di Semenyih ni Pas pulak masuk? Kerusi tradisi tu kan? BN baru menang satu, PAS pulak yg lebih2 sampai jual nama Allah. - f/bk
Minggu lepas, TG Hj Hadi menggunakan terma Nur dan zulumat di dalam mentafsirkan ayat 9 Surah Al Hadid bagi membandingkan partinya dengan parti yang lain terutama dengan parti Amanah, kononnya Zulumat itu datang dalam lafaz Jamak bagi mengambarkan banyaknya parti yang tersesat, maka "Nur" itulah Partinya..
Manakala Minggu ini, Ketua dewan Ulama PAS Mahfodz Mohamed dalam Kontroversi perlantikan Adun DAP sebagai lembaga Amanah YADIM, membawakan ayat 118 surah Al Imran, Bagi menggambarkan amanah bukan kepada ahlinya, jika dirujuk kepada Tafsir Ibnu Katsir ia merujuk kepada Ahlu Zimmah dan kelompok Musyrikin..
Begitu lah mudahnya mereka menghukum Aqidah sesama Muslim, Seolah olah berbeza parti seperti berbeza Aqidah.. inilah gambaran Khawarij.. marilah kita mengenal Kelompok ini yang telah diingatkan Nabi lebih ditakuti lebih dari Dajjal..
2-SEBURUK BURUK MAKHLUK DALAM MENTAFSIR AYAT ALLAH..
Dalam menggambarkan ciri ciri para Khawarij.. mereka yang bermudah mudah menghukum Aqidah muslim lain, lalu menggunakan Ayat yang diturunkan kepada pihak Kuffar digunakan keatas kaum Muslimin..
diriwayat kan dari Ibn Umar tentang gambaran mereka yg dikatakan seburuk buruk Makhluk..
وكان ابن عمر يراهم شرار خلق الله..
Apakah Perbuatan mereka yg disifatkan Seburuk2 Mahkluk itu ?
Dan telah berkata Ibn Umar..
إنهم انطلقوا إلى آيات نزلت في الكفار فجعلوها على المؤمنين..
“Sesungguhnya mereka menggunakan ayat-ayat yang turun kepada orang-orang kafir, lalu mereka jadikan (mempergunakan) ayat ayat itu ke atas orang-orang beriman...
Inilah yang terjadi ayat ayat di dalam Quran yang merujuk kepada Kuffar,digunakan keatas kaum muslimin..
3- MEREKA MEMANGGIL MUSUH POLITIK SEBAGAI MUSUH ALLAH..
Antara gambaran Khawarij.. adalah dengan bermudah mudah mentakfirkan sesama muslim, lalu mereka akan memanggil Muslim lain sebagai "Kafir" dan "Musuh Allah'..
Suatu ketika dulu Hj Hadi pernah menggambarkan Undang2, Perlembagaan kita sebagai perlembagaan Kuffar..Perlembagaan Penjajah, Parti nya digambarakan sebagai "Parti Allah" Hizbullah, kata Haji Hadi kita melawan puak puak ni, Mati kita adalah mati Syahid.., manakala Nik Abduh pernah memanggil UMNO sebagai musuh Allah..
Inilah diingatkan kita di dalam satu hadis mereka yang bermudah mudah mentakfirkan muslim lain, dan memanggil mereka sebagai musuh Allah..
Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh...
4- MERASAKAN IBADAT MEREKA LEBIH BAIK DARI YANG LAIN
Tidak hairan lah ada diantara veteran PAS , Ulama Pondok merasakan parti PAS seabagai sebuah agama.. Ibadah muslim lain tidak diterima, mereka merasakan Ibadat mereka diterima jika hanya bersama dengan PAS,
Lebih malang kesesatan dalam memahami agama oleh veteran PAS seperti Subky Latif merasakan mati mereka mestu wajib mati dalam PAS.. inilah kelompok merasakan hanya Ibadah mereka yang diterima sebagai sebahagian gambaran Khawarij sebagaimana disebutkan di dalam hadis Nabi..
تمرق مارقة على حين فرقة من أمتي يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم، وقراءته مع قراءتهم..
“ Mereka akan keluar saat terjadi perpecahan di antara ummatku. Salah seorang di antara mereka akan menganggap remeh solat nya di banding Solat kamu. mereka menganggap remeh baca’an Al Qur’an kita di banding bacaan mereka.. "
5- ANTARA DAP DAN SYIAH.
Mungkin Haji Hadi, Dr Mahfodz lupa mereka sebelum ini cukup lunak dengan kelompok Syiah.. lebih bersangka baik dari Syiah berbanding DAP yang tidak berkait dengan Aqidah ?
Haji Hadi lebih 20 tahun berulang alik ke Tehran Iran menggangotai satu badan yang bertujuan mendekatkan kelompok Sunni dan Syiah dalam pertubuhan "Majma' Taqrib Baina Mazahib".. hampir Setiap tahun TG Hj Hadi mengadap kelompok Ayatullah,
manakala Ketua Dewan Ulama PAS Hj Mahfodz Ketua Dewan Ulama PAS pernah menghasilan makalah yang menyatakan Syiah sebahagian dari Islam..
Boleh kah kami menghukum Aqidah TG Hj Hadi sebagai menganut ajaran Syiah atau kelompok Rafidhah ? apa bezanya pendekatan politik kami dengan DAP ? Jadi mana yang lebih bahaya ?
Jika kita mahu menghukum Aqidah sesama Islam, Sebagaimana yg disandarkan kepada kata kata Imam Malik..
إذا وجد تسعة وتسعون وجها تشير إلى تكفير مسلم ووجه واحد إلى ابقائه على إسلامه فينبغي للمفتي والقاضي أن يعملا بذلك الوجه...
.".Jika terdapat 99 tanda yg gambaran kekafiran seorang Muslim itu, tetapi masih ada satu alasan yang menunjukkan tanda keislamannya, maka sebaiknya Mufti dan Hakim beramal dengan satu alasan tersebut... "
6- ANTARA MALAYSIAN MALAYSIA DAN 1 MALAYSIA..
Jika yang dipertikaikan konsep Malaysian Malaysia, apa bezanya konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Najib yang membuatkan PAS bersama mereka ? tidak ada bezanya..
DAP sejak Deklarasi konvensyen Pakatan Rakyat 2012 secara tegas menerima Islam sebagai Agama Rasmi dan Persekutuan, Mempertahankan Artikel 153, Mengapa PAS dan Hj Hadi terus mengfitnah ?
Lebih malang mereka yang bersama DAP seeprti terkeluarnya mereka dari Aqidah Islam.. Dsar Politik tidak ada bezanya mereka dengan PKR dan UMNO..
6- INGATAN BAGI KELOMPOK YANG MERASAKAN MEREKA MULIA..
Bagi pemimpin PAS, berhentilah menggunakan agama, Ayat Quran bagi menghukum Aqidah muslim yang lain.. kerana ini adala gambaran kelompok Khawarij..
Berkata Sheikul Al Azhar Ali Juma'ah di dalam Khutbahnya.. Kelompok ini datangkan Ayat Quran dan Hadis Nabi,tanpa Ma'rifah dan Bayan.. mereka menggunakan hadis hadis Nabi, tetapi Nabi berlepas diri dari mereka.. mereka ini datangkan fitnah keatas Ummat Islam..
Sebagaimana Hadis Nabi menceritakan bagaimana Allah mengingatkan Ahli Ibadah yang mempertikaikan Syurga dan neraka bagi Ahli Maksiat.. mereka mengambil kuasa Tuhan Menentukan Aqidah manusia lain.. Allah akan berkata pada mereka d Akhirat nanti..
أكنت بي عالماً ؟ أو كنت على ما في يدي قادراً ؟
‘Apakah engkau mengetahui tentang Aku? Ataukah engkau mempunyai kemampuan atas apa-apa yang ada di tangan-(kuasa)Ku ?
Adly: Sebelum Amanah, PAS lebih lama berbaik dengan DAP
Kerjasama yang dijalinkan PAS bersama DAP suatu ketika dulu tidak menjadikan parti terbabit alat DAP, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.
Katanya keadaan itu berlaku ketika PAS bekerjasama dengan DAP jauh lebih lama berbanding Amanah ketika ini.
"Apakah sepanjang kerjasama PAS-DAP dulu itu menjadikan PAS alat DAP? Jawapannya, tidak, kerana masing-masing saling perlu memerlukan dan bantu-membantu untuk mendapatkan sokongan rakyat," katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Adly yang juga pernah menjadi pemimpin PAS berkata demikian sebagai mengulas tuduhan dibuat parti terbabit kepada Amanah yang didakwa kini menjadi alat DAP.
Untuk rekod sebahagian besar pemimpin Amanah ialah bekas orang kuat PAS yang diketepikan kesan daripada krisis dalaman parti itu pada 2015.
Mereka kemudian menubuhkan Amanah dan bekerjasama dengan PKR, DAP serta Bersatu membentuk PH yang kemudian berjaya menawan Putrajaya.
PAS pula kekal sebagai pembangkang dan pengaruh mereka kini lebih tertumpu di Pantai Timur saja.
Bukan terbaik antara terburuk
Menurut Adly PAS giat memberikan persepsi buruk terhadap Amanah dengan menuduh parti berkenaan sebagai alat DAP.
Tujuannya, kata Adun Bukit Katil itu, agar masyarakat membenci Amanah dan menjauhkan diri daripada parti berkenaan.
"Buruk baik Amanah tidak lagi menjadi penilaian kerana persepsi itu telah ditelan bulat-bulat.
"Jika kerjasama Amanah dan DAP dianggap menjadikan Amanah alat DAP, maka kerjasama PAS-DAP jauh lebih lama berlangsung bebanding tempoh kerjasama Amanah-DAP," katanya.
Menurut Adly lagi hubungan kerjasama di antara Amanah dengan parti lain dalam PH berlangsung atas prinsip mahu membebaskan negara daripada amalan rasuah yang diamalkan oleh BN.
"Semoga Malaysia kembali dihormati kerana intergritinya," katanya.
Dalam hantaran kemudian Adly juga mengingatkan untuk menjadi umat yang terbaik, orang Islam perlu berlumba-lumba untuk membuat kebaikan.
Masih belum terlambat untuk Pakatan Harapan membentuk satu group cybertrooper untuk menangani isu semasa yang memberi persepsi buruk kepada pemerintah semasa.
Portal Berita rasmi seperti Bernama atau Berita RTM hanya boleh menyampaikan maklumat dasar berkaitan kerajaan, tetapi kekecohan media sosial dengan pelbagai ragam pembangkang yang saban hari menghentam pemerintah tidak boleh dianggap ringan.
Kalau mengikut situasi semasa, prestasi kerajaan PH mengalami hentaman tanpa pembelaan. Portal media pro pembangkang walaupun kelihatan baik, namun ada ketika mereka membawa isu yang sangat tajam untuk menimbulkan keresahan rakyat.
Cybertrooper tidak bergaji yang pro PH sekarang mengikut mood tersendiri. Memang mereka membela kerajaan pada hari ini, namun dalam masa sama mereka juga mengkritik pemimpin tanpa belas kasihan. Kelihatan ada yang meniup api kebencian yang melampau. Ini suatu yang tidak baik bagi kerajaan.
Sepatutnya, mereka ini diberikan pembelaan mulai sekarang kerana sejak bertahun-tahun penggiat media internet bermula blog, laman web, media sosial dan aplikasi teks memain peranan membela dan mempromosi parti demi meraih sokongan rakyat supaya menyokong perjuangan menjatuhkan ketuanan kleptokrat.
Sudah berapa bulan meraih kejayaan, yang rapat dengan pemimpin menjawat kerja dengan pemimpin di kementerian, jabatan atau dilantik menjadi pengerusi glc itu dan ini, koman-koman menjadi pengerusi MPKK.
Sudahnya, cybertrooper yang buat kerja di belakang tabir diketepikan tanpa tawaran tertentu. Yang dibela puak bekas anggota JASA yang dulu kuat berkelahi dengan cybertrooper PH. Sudah tentu ada yang tidak kena dengan kerajaan ini.
Pihak menteri pulak sibuk menjawab sendiri troll bodoh dari Najib dan bekas menteri regim kleptokrat. Kerja hakiki mereka kurang menyerlah, kenyataan macam berlagak pandai tapi ada yang tidak menepati fakta. Menteri yang baharu ini seeloknya belajar mendepani isu, cara mengendalikan isu dan menjawab soalan wartawan agar tidak menjadi backfire.
Ada menteri yang menjawab soalan wartawan seolah-olah Mat Maslan the 2nd! Rakyat bosan. Mereka tahu isu sebenar dan menggambarkan menteri tidak buat home work yang bersesuaian.
Kalau ditanya kepada pendokong PH di bawah terutama cybertrooper, adakah mereka mahu vote untuk jatuhkan PH dan mengembalikan BN semula menjadi kerajaan, sudah tentu TIDAK jawapannya. Mereka yang menyelit hashtag kerajaan sepenggal itu sebenarnya menggambarkan kebosanan yang melampau terhadap menteri. Jadi bermula sekarang, belajarlah menghargai rakyat dan lakukan perkara asas untuk memulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat.
Negara Malaysia telah dirosakkan sistem ekonomi oleh rejim kleptokrat BN dahulu itu benar. Harga barang naik melampau di zaman BN itu benar. Gaji terlalu rendah di zaman BN sehingga rakyat tidak mampu berbelanja dan menyimpan itu benar! Pendek kata, BN merosakkan sistem kerajaan hingga rakyat terbabit mendapat susah.
Lakukan itu dahulu. Pulihkan kedudukan ekonomi, buka seluas peluang kerja kepada rakyat, halau pendatang yang tidak berjenis itu balik negara mereka. Jadikan negara ini rahmat bagi rakyat yang mahu pekerjaan.
Peranan cybertrooper tidak bergaji yang menjayakan projek menjatuhkan ketuanan kleptokrat wajib kerajaan berikan perhatian. Seramai mana mereka? Ramai. Bila mereka mengeluh, itu tanda mereka gelisah dan ada kala tidak cukup belanja makan nasi. Apalagi untuk tambah data internet. Berikan imbuhan tertentu. Peranan JASA dahulu sepatutnya ada gantian yang lebih baik oleh mereka yang selama ini menaikkan kerajaan PH.
Akhirnya, aku sebagai pemain media sosial menyeru kawan-kawan cybertrooper agar kita sama-sama menjalin ukhuwah dan tidak bertaburan sehingga merajuk hati. Aku faham semangat kalian dan aku juga merasai keadaan itu terutama seperti event baru ni PRK Cameron Highlands. Cybertrooper buat bodoh saja tanpa bermati-matian menyerang pembangkang termasuk aku, setakat cubit sikit-sikit saja. Justeru, harapan aku, jangan putus asa. Kerajaan ini yang kita pilih sewajibnya kerajaan ini kita pertahankan.
Boleh tara tu?
Abg Aim
Mukhriz risau dengan #PHKerajaanSepenggal
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengingatkan Pakatan Harapan supaya turun padang mendekati rakyat agar tidak menjadi kerajaan yang berkuasa untuk satu penggal sahaja.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ketika ini beliau melihat parti pembangkang mengambil alih peranan memperjuangkan isu rakyat yang sebelum ini dilakukan oleh parti-parti dalam pakatan itu.
“Kalau rakyat boleh ubah kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mereka juga boleh ubah sekali lagi dalam PRU-15.
“Saya lihat ketika ini sudah ada #PHKerajaanSepenggal. Saya bimbang kalau tidak lakukan sesuatu, kita mesti elak hanya jadi kerajaan sepenggal,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Bersatu Negeri Sembilan di sini hari ini.
Mukhriz berkata, Pakatan Harapan perlu kembali dengan kaedah dan cara kerja sebelum ini yang mengutamakan rakyat di peringkat akar umbi.
“Saya sarankan supaya balik kepada cara lama, turun ke akar umbi beri penerangan kerana kuasa ada dalam tangan rakyat. Kita kena bergerak seperti pertubuhan bukan kerajaan.
“Kita juga perlu sedar bahawa perang sebenar hari ini menggunakan WhatsApp dan media sosial dan mesti memanfaatkan kemudahan itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE
1. Apabila seorang ADUN DAP yang beragama Islam dan berbangsa melayu dilantik menjadi anggota lembaga pemegang Amanah YADIM, kita mendengar " teriakan" ganas dari pelbagai pihak terutamanya mereka yang begitu fobia dengan DAP mempertikaikan pelantikan tersebut.
2. Macam- macam "fatwa" dikeluarkan oleh golongan suci seperti amaran Allah mengatasi amaran YB Menteri Agama seolah olah hukum pelantikan ADUN DAP itu ibarat hukum haram secara "qat'ie" ( decisive ) daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.
3. Tak kisahlah ADUN DAP itu muslim atau tidak. Tak kisah lah ADUN DAP tersebut ada kelulusan agama dari pengajian Islam di Universiti atau tidak. Tak kisahlah ADUN DAP tersebut tak mungkin boleh sama sekali secara solo menguasai YADIM atau tidak. Tak kisah lah Adun ini tak pernah sama sekali ditangkap, disiasat atau didakwa dengan kes jenayah melibatkan skandal kewangan atau tidak.
4. Tak kisah lah hak ADUN DAP tersebut dibenarkan atau tidak ,berdasarkan Perlembagaan, untuk laksanakan hak berpersatuan dengan tidak mahu sertai parti Umno atau parti ehem tapi memilih untuk sertai parti DAP.
5. Tak kisah lah istitusi kewangan Islam seperti Tabung Haji ada atau tak ada seorang pun orang DAP di dalamnya. Tak kisah lah pernah Tabung Haji diterajui oleh seorang yang beragama Islam dan orang tersebut pula kini berhadapan dengan pelbagai tuduhan melibatkan skandal kewangan di mahkamah.
6. Satu sahaja kesalahan ADUN DAP tersebut. Ya, sebab beliau dari DAP. Itu sahaja. Hak menyertai DAP dipanggil "freedom of association". Dikira " dosa besar" orang DAP menyertai YADIM pula dipanggil "guilty by association."
Lelaki yang ditahan kerana membuat provokasi secara lisan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di tempat letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, malam tadi didapati positif ganja. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata lelaki tempatan berusia 23 tahun dan berasal dari Puchong dekat sini itu kini ditahan untuk siasatan lanjut. “Ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati suspek positif ganja. Dia direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan motif kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Guan Eng, yang baru selesai merasmikan Majlis Penutup 8TV CNY Grand Bazaar, sedang bergambar dengan orang ramai dan ingin masuk ke keretanya, sebelum seorang lelaki berjubah putih tiba-tiba menjerit ke arahnya. Lelaki itu juga dilihat seperti memegang sesuatu yang terselit di pinggangnya dan memarahi pasukan keselamatan yang cuba mengambil barang terbabit. Keengganan lelaki itu bekerjasama dengan pihak keselamatan selain berterusan membuat provokasi menyebabkan polis terpaksa menangkapnya bagi mengawal keadaan. Suspek dikatakan terus melawan serta melaungkan takbir beberapa kali sambil bercakap dalam bahasa yang tidak dapat difahami. - f/bk TS.
Walaupun bukan sekali-kali tujuan kita bermusuh dengan China atau juga mana-mana negara namun kepentingan negara dan rakyat jelata adalah lebih utama. Matlamat kerajaan PH dalam isu ECRL ini adalah untuk meringankan beban hutang negara sebanyak yang mungkin.
Maka dalam perkiraan kerajaan PH adalah lebih baik menamatkan projek itu dan membayar ganti rugi kepada China atau kalau terpaksa dilaksanakan juga ialah hendaklah dengan kos dan syarat yang lebih ringan.
Ada sumber berkata, walaupun hutang projek itu sekarang RM55 bilion tetapi apabila diambil kira kos dan tanggungan jangka panjang ia mungkin mencapai RM100 bilion atau lebih. Masalahnya sekarang kita sudah disedut masuk ke dalam geopolitik China.
Kita dalam dilema ditelan mati emak, diluah mati bapa. Kita memerlukan pasaran China untuk barang-barang dan perkhidmatan kita manakala China pula takut pembatalan ECRL akan berjangkit kepada negara-negara lain yang mempunyai perjanjian yang sama dengannya.
Rasanya dunia lebih mengambil berat perhubungan dengan kita sejak Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri.
Selain rundingan di belakang tabir, China baru-baru ini melancarkan apa yang saya istilahkan sebagai “diplomasi opera”. China terkenal dengan opera atau di negara kita disebut wayang Cina.
Kedutaan China di Malaysia dilaporkan telah merakam dan mengedarkan sebuah lagu bagi memperingati 45 tahun perhubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. Saksi video di atas.
Di dalam dunia di mana diplomasi dan ekonomi tidak dapat dibezakan serta dipisahkan, kita tidak ada pilihan selain mencari jalan keluar terbaik tanpa menjejaskan air muka, menoda kedaulatan dan membebankan kewangan negara.
Apa pun kesudahan kepada episod ini, pengajaran dan iktibarnya amat jelas, iaitu di tangan sebuah kerajaan, sebuah parti politik dan seorang pemimpin yang korup, negara boleh menjadi muflis, tergadai dan terjajah.
Maka di bahu siapa pun terpikul tanggung jawab untuk menyelesaikan kemelut ECRL ini, diharapkan bahawa penyudahnya biarlah negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah. - a.kadir jasin
KUALA LUMPUR - Hari ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali kelihatan ceria ketika bersemuka di Dataran Parlimen sempena Istiadat Keberangkatan Tiba Melafaz Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 16
Berikutan desas desus yang menyatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diterajui China Communications Construction Group Ltd (CCCC).
Azmin yang mungkin tidak dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mesyuarat Kabinet lalu.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette#mgtv
TS.
Apakah maksud Tabayyun? Tabayyun bermaksud meneliti kesahihah berita yang sampai kepada pengetahuan kita sebelum mengambil sebarang keputusan. Isinya lebih penting daripada tajuk berita.
Apakah maksud Tibaiyun? Tibaiyun bermaksud mengutuk, menghentam dan menyebarkan berita yang sampai kepada kita sebelum diteliti kesahihannya. Tajuknya lebih penting daripada isi berita.
Selama ini orang Melayu menerima argument Pas kenapa mereka menolak dan membenci DAP kerana parti itu kononnya anti Islam.
Kenyataan-kenyataan pemimpin Pas menuduh DAP menganggu urusan agama Islam, sebagai api membakar kemarahan orang Pas. Walhal kalau ikut logik tuduhan itu diada-adakan dan tidak munasabah, ia juga seolah-olah melupai yang perlembagaan negara mengawal kedudukan dan keistimewaan agama Islam.
Betapa pun DAP ingin memusnahkan Islam (?) atau anti Islam, mereka tertakluk kepada sekatan dan larangan undang-undang. Hujah dan tuduhan itu ditolak oleh mereka yang memahami kuasa yang ada dalam perlembagaan.
Tetapi bagi yang tidak reti atau sengaja buat-buat tidak reti tentang bidang kuasa perlembagaan menerima hujah Pas itu secara bulat-bulat. Mereka pun turut bersubahat dengan Pas membenci DAP.
Maka bagi kita yang cerdik tercari-cari kenapa sebab Pas marah kepada DAP. Sebelum ini dapat berkerabat dan berpelukan dengan DAP, tiba-tiba dilihat DAP sebagai anjing dan babi oleh Pas.
Pendedahan dibuat Kit Siang bahawa parti itu pernah mengeceknya agar menerima Hadi Awang jadi PM, membuka maklumat baru kepada umum. Bahawa kenapa Pas marah kepada DAP ialah kerana Kit Siang enggan terima Hadi sebagai PM.
Kata Kit Siang, Pas cerdik ia tidak langsung menunjuk Hadi sebagai PM, tetapi menunjukkan Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai ganti Anwar. Saya ingin mengesahkan apa didedahkan Kit Siang itu benar. Bahawa dalam PRU ke 13 Pas mahukan Tengku Razaleigh jadi PM bukannya Anwar. Kenapa?
Ertinya kemarahan Pas kepada DAP kerana parti Cina itu tidak mahu menerima Hadi dicalonkan sebagai PM. Oh rupa-rupa Abdul Hadi pelahap juga untuk jadi PM? - MSO
Tumpang sekole.
Usah mudah terlajak lidah melabel ‘musuh Islam’
Susulan lantikan YB Sheikh Omar sebagai salah seorang dari 12 ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), warga maya dikalutkan seolah-olah urusan dakwah telah diserahkan kepada pihak Parti Tindakan Demokratik (DAP), ini hanya kerana YB Sheikh salah seorang dari anggota ‘Melayu’ DAP.
Tak cukup dengan ‘suuzzan – buruk sangka’ yang melampau terhadap Kerajaan PH seperti yang dizahirkan oleh Dato’ Takiyuddin (SUA Pas), ramai dari kalangan warga maya – termasuk dari kalangan pimpinan parti politik dan golongan agamawan – telah ‘terlajak lidah’ dengan melebelkan YB Sheikh dan YB Dr Mujahid sebagai ‘musuh Islam’ atau ‘musuh Allah’, demikian mudahnya !
Dalam pengunaan istilah ‘musuh Islam’ dan ‘musuh Allah’ mengikut kefahaman Islam yang murni, selalunya dirujuk kepada Iblis dan para musyrikin yang memusuhi agama – prinsip dan pelaksanaan – . Adapun hatta terhadap golongan munafikin – yang bertindak dengan dua wajah – pun tidak diisytiharkan sebagai MUSUH.
Apakah para warga maya – termasuk agamawan dan pemimpin – ingin menyatakan bahawa YB Dr Mujahid dan YB Sheikh adalah Iblis atau mereka ingin me’musyrik’kan kedua-dua tokoh tersebut? Jangan mudah sangat dan jangan ringan lidah sangat!
Sementara mereka semudahnya mengunakan ungkapan ‘musuh’, apakah selayaknya kita juga mengunakan balik hujah tersebut?
Sesekali TIDAK!, kita bahkan tidak menganggap pun mereka itu musuh kita, apalagi musuh Islam, kerana kita hanya sedang ‘berlawan’ hujah dan pendirian untuk berbakti kepada negara tercinta ini.
‘Tidak bahaya ka pemikiran ini?’, ‘amat bahaya, namun cara menanganinya adalah melalui ‘perlawanan’ hujah, bukan dengan emosi’, kerana kita ingin melahirkan generasi yang waras dan melakukan pertimbangan berdasarkan ilmu.
Cara lihat isu Yadim bukti PAS makin sempit, kata DAP
Pendirian keras PAS yang terus mengecam pelantikan Sheikh Omar Ali menjadi salah seorang anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjadi bukti parti berkenaan kini membawa elemen sempit, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim.
Menurut Sim selama ini memang PAS kelihatan gemar menghukum bahawa sesiapa saja yang tidak bersama mereka sebagai penentang Islam.
Pada masa sama katanya Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah tidak lagi mempedulikan fakta yang ada sebaliknya selesa mengikut skrip dibawa Umno.
"DAP sudah berkali-kali menyatakan pendiriannya tentang Islam sebagai agama rasmi dan ia dinyatakan dengan ketika Deklarasi Shah Alam 2012.
"Mesej deklarasi tersebut turut diusung oleh PAS sendiri yang ketika itu bersama Pakatan Rakyat demi untuk membetulkan pembohongan Umno kononnya DAP anti-Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu Sim mengulas mengenai kenyataan Mohd Amar yang mempersoalkan kewajaran Sheikh Omar menyertai Yadim dan menyandarkan hujah itu kepada perlembagaan DAP yang "mempertahankan negara sekular dan banyak menentang agenda Islam."
Untuk rekod Sheikh Omar memiliki ijazah usuluddin dari Universiti Malaya dan pernah menjadi aktivis PAS.
Yadim mempunyai seramai 10 anggota Lembaga Pemegang Amanah. Daripada jumlah itu Sheikh Omar - seorang exco Johor - menjadi satu-satunya wakil yang dilantik daripada DAP.
Anggota lain yang turut dilantik menyertai badan itu ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Abdul Rahim, dan bekas presiden pertubuhan itu Dr Muhammad Razak Idris.
Jawatan yang dipertua pula disandang anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Kata Sim DAP menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan, termasuklah Perkara 3 yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.
Sim yang juga anggota parlimen Bukit Mertajam menambah, DAP tidak menjadikan Sheikh Omar sebagai seorang yang menjauhi Islam.
"Bahkan ia membuktikan bahawa DAP berjaya menampilkan salah seorang pemimpinnya - dalam kalangan ramai lagi pemimpin Melayu muda - yang mampu membela Melayu-Islam," katanya.
Takkan 1 ayam kawan dgn 10 ekor itik, ia akan jadi itik...
Sangat simplistik pandangan Takiyuddin Hassan (pix,atas) yang juga Setiausaha Agung parti agama mengenai pelantikan Sheikh Ummar Ali sebagai salah seorang ahli lembaga Yadim.
Katanya dengan pelantikan Ummar itu, menyebabkan Yadim bakal dicorakkan oleh DAP. Astghrafirulullah.
Pandangan sedemikian tidak patut zahir daripada seorang setiausaha agung seperti beliau yang juga merupakan pengamal undang-undang.
Saya tidak setuju seratus peratus cara ahli lembaga pengarah Yadim dibentuk. Tetapi cara sesetengah pihak mengkritik lantikan itu, dan menjadikanmodal pelantikan Ummar Ali itu sebagai menuduh DAP menguasai Yadim adalah melampau. Pandangan itu sangat dangkal dan tidak berilmu.
Apakah dengan seekor ayam berkawan dengan 10 ekor itik maka ia akan jadi itik. Apakah semudah itu Ummar akan membawa pemikiran DAP dalam Yadim dan ahli lembaga Yadim yang lain akan jadi Pandir? Jangan memperlekeh orang.
Cuba beza dan pisahkan sedikit Ummar dengan partinya itu dan bersangka baik melihat dia juga adalah seorang yang mengucap dua kalimah syhadat seperti kita. Jangan kita ambil tali inci ukur keimanan kita tetapi sesekali ukur juga keimanan orang lain. Sikap menyalah orang lain seratus peratus bukan prinsip Islam.
Cara membenci DAP juga bagi saya tidak betul dalam konteks politik. Saya tidak menerima ideologi politik DAP, tetapi kehadirannya tidak boleh dipersoalkan kerana ia mengikut Perlembagaan. Sudah kerap kali saya kata, kalau DAP bahaya, bahaya.. batalkan sahaja DAP. Habis cerita dan kita semua akan aman dunia dan akhirat? Buatlah himpunan persis ICERD itu menuntut DAP dibatalkan. Berani?
DAP dizaman Abdullah Ahmad Badawi, tidak dibatalkan. Dizaman Najib Razak tidak dibatalkan. Di zaman Dr Mahathir Mohamad “berkonfrontasi” dengan Kit Siang dulu pun tidak dibatalkan.
Kepada Takiyuddin dan orang sewaktu dengannya, yang meletakkan DAP sebagai “punching beg” kepada kerajaan PH dan Amanah, cubalah sedar sedikit. Jangan bersikap seperti penjual ubat tradisional yang dengan mudah cuba menipu pengguna.
Penjual ubat tradisional hanya menjual satu jenis ubat sahaja, tetapi didakwa boleh menyembuhkan berbagai penyakit. Cara beginilah mengapa penjualan ubat tradisional jalanan tidak maju maju. Sebab cara mereka menarik perhatian orang ramai tidak mengikut saitifik langsung dan kekal secara kovensional yang sempit. - MSO
Agama bagi walaun ialah, duduk dalam Pas kau ahli sorga, lawan Pas kau tetap kapiaq...
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.