Wednesday, 30 January 2019

[Video Ingatkan Papagomo rupanya Asyraf Wajdi - Sheikh Omar jawab kritikan] ADUN Melayu dari DAP ni pernah curi duit Yadim ke? Marah beremosi bencikan kepada DAP konon! Sedaq sikit hangpa tu pembangkang...Lol.

Rabu, 30 Januari 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Ramai yang marah2 dengan pelantikan Adun Paloh Johor Sheikh Omar Ali sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) kerana Ali Omar daripada DAP. Itu saja bukan kerana sebab lain. ADUN Melayu dari DAP ni pernah curi duit Yadim ke? Marah beremosi bencikan kepada DAP konon. Sedaq sikit hangpa tu pembangkang... 
TS.
Image result for dr.m n anwar
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Sheikh Omar Sheikh Ali berkata kritikan pelantikannya sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersifat sentimen dan bukannya ingin menjaga kepentingan yayasan berkenaan.
"Saya rasa cemuhan itu semua itu bersifat sentimen dan bukan bersifat dasar dan bukan bersifat nak bincangkan soal polisi atau hala tuju bagaimana Yadim hendak bergerak ke hadapan.
"Khususnya macam satu (kritikan) yang ditimbulkan (Ketua Pemuda Umno) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Masa mula-mula baca kritikan itu, saya ingat Papagomo punya kenyataan. Rupanya Asyraf Wajdi.
"Saya rasa saya pun tak akan meluangkan banyak masa untuk jawab tohmahan yang sifatnya terlalu kecil sebenarnya dan bukan perkara dasar untuk melihat Yadim ke depan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat lantikan di Putrajaya hari ini.
Terdahulu, pelantikan Sheikh Omar sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yadim mendapat kritikan beberapa pihak termasuk pemimpin pembangkang yang bimbang dengan latar belakang beliau sebagai ahli DAP.
Dalam kritikannya, Asyraf yang juga merupakan bekas Yang Dipertua Yadim mendakwa DAP sebagai parti yang secara konsisten tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.
Bagaimanapun, menteri agama Dr Mujahid Yusof mempertahankan pelantikan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat atas kelayakan Sheikh Omar.
Mengulas lanjut, Sheikh Omar berkata, menggunakan DAP untuk menakutkan orang ramai adalah naratif lama yang dibawa BN.
Sebaliknya, jelas Sheikh Omar, dengan pelantikannya dalam Yadim, skopnya untuk berdakwah lebih luas dan tidak terhad sebagai pemimpin DAP.
"Bukan sekadar (berdakwah) pada (ahli) DAP. Skop dakwah saya lebih luas apabila berada pada kedudukan ini (dalam Yadim).
"Cabaran utama adalah macam mana kita melihat naratif baru dalam dakwah di Malaysia, kerana selama ini sifat dakwah di Malaysia ini seperti kita melihat kita perlu mempertahankan diri kita semata-mata," katanya.
Mlaysiakini.

1 comments:

nick said...

PAS da UMNO marah kat Syeikh Omar bukan atas matlamat mempertahankan Islam tetapi lebih kepada ketakutan dan gentar senjata utama mereka iaitu "DAP musuh Islam" akan tumpul dan tidak lagi diendahkan oleh orang melayu. Sesungguhnya orang2 yang berilmu yang telah menyembunyikan kebenaran atau memutarbelitkan kebenaran demi kepentingan diri mereka akan mendapat balasan azab di akhirat. Aku hanya menggeleng kepala melihat golongan2 agawan ini yang sudah hilang rasa takut kpd Allah Taala bila mereka secara sengaja dan berniat jahat membuat adu domba, menyebarkan pembohongan malah sanggup menutup dan menyembunyikan kebenaran demi matlamat politik sempit mereka.

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena