Sunday, 31 December 2017

[Video Najib, JANGAN Kamu Malukan Kaum BUGIS!~dari Pahlawan Bugis MELAKA & Rompakan Duit 1MDB 'Pelanun Bangsat' Memalukan Melayu Seluruh Dunia] 2018, tahun sukar untuk pencari kerja.

Isnin, 1 Januari 2018


2018, tahun sukar untuk pencari kerja

2018, tahun sukar untuk pencari kerja

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak menggambarkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan kerana situasi kini cenderung kepada automasi dan digitisasi yang bermakna syarikat hanya memerlukan jumlah pekerja yang kecil. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2018.

PENCARI kerja akan berdepan cabaran pada tahun 2018, jangka sebuah kumpulan majikan, ketika peluang pekerjaan baru terhad malah berlakunya pembuangan pekerja walaupun ekonomi dijangka bertambah baik.
Gambaran yang tidak memuaskan itu dipacu oleh peningkatan kos operasi disebabkan pengenalan skim Sistem Insurans Pekerja (EIS) dan dasar baru levi pekerja asing, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Hampir 50,000 pembuangan pekerja dijangka berlaku tahun ini, kata Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan.
Katanya, graduan lepas kolej dan universiti yang akan memasuki pasaran kerja tahun ini perlu mempertimbangkan beberapa panduan:
* Bersedia menunggu lebih lama untuk mendapat pekerjaan. Malah graduan perubatan juga perlu menunggu selama sembilan bulan bagi penempatanhousemanship.
*Sedia beradaptasi. Ambil sahaja apa yang ditawarkan, walaupun pekerjaan itu bukan dalam bidang pengajian anda.
*Terbuka dalam menerima pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan universiti anda, misalnya bekerja di jawatan tahap diploma walaupun mempunyai ijazah.
Majikan akan berdepan kos operasi yang tinggi disebabkan EIS memerlukan mereka menyumbang 0.2% daripada gaji asas pekerja ke dalam gaji masa depan pekerja antara tiga hingga enam bulan sekiranya pekerja itu dibuang.
Levi pekerja asing pula akan memerlukan majikan membayar levi pekerja berbanding sebelum ini yang dibayar pekerja.
Walaupun begitu, pencari kerja dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai peluang lebih besar. Mereka mungkin mendapat lebih banyak peluang kerana levi pekerja asing ini, kata Shamsuddin.
Levi itu yang dikenakan pada kadar berbeza untuk sektor berlainan boleh menambah tarikan menggaji pekerja tempatan.
“Tetapi persoalannya sekarang adalah sama ada pekerja tempatan mahukan pekerjaan ini,” kata Shamsuddin memandangkan hakikat yang kebanyakan pekerjaan ini adalah jawatan kemahiran rendah dalam industri pengeluaran dan perkhidmatan.
Hampir 100,000 peluang pekerjaan juga akan tersedia kerana kumpulan pertama pekerja yang wajib bersara pada usia 60 tahun dijangka meninggalkan pekerjaan mereka pada Jun depan.
Bagaimanapun, dengan peningkatan kos operasi, syarikat mungkin memilih untuk tidak menggantikan pesara tersebut, Shamsuddin memberikan amaran. Wujud petanda yang mereka sebaliknya akan lebih memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti.
“Pasaran kerja akan menjadi lebih mencabar tahun depan kerana majikan cuba bertahan dalam peningkatan kos pengurusan perniagaan,” kata Shamsuddin kepada The Malaysian Insight.
“Jumlah dan jenis jawatan untuk pekerja baru akan kekal sama pada 2018 seperti mana pada 2017 dan 2016.”
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Shamsuddin Bardan berkata pasaran kerja akan menjadi lebih mencabar tahun depan kerana majikan cuba bertahan dalam peningkatan kos pengurusan perniagaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2018.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Shamsuddin Bardan berkata pasaran kerja akan menjadi lebih mencabar tahun depan kerana majikan cuba bertahan dalam peningkatan kos pengurusan perniagaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2018.
Kehilangan pekerjaan
MEF mempunyai 22 ahli persatuan dan ini termasuklah majikan dalam sektor perlombongan, hotel dan perbankan. Ketiga-tiga sektor ini menggaji lebih satu pertiga daripada 6.4 juta pekerja dalam sektor swasta negara.
Sejak tiga tahun lepas, majikan dan pencari kerja berdepan situasi sukar. Dalam laporan lepas, Shamsuddin mengatakan pada 2015, hampir 44,000 orang hilang pekerjaan.
Pada 2016 sahaja, hampir 40,000 pekerja dibuang antara Januari sehingga September.
Hampir 30,700 pekerja dibuang kerja setakat September 2017, kata Shamsuddin. 
Perdana Menteri Najib Razak menjangkakan ekonomi negara akan berkembang pada kadar 5% kepada 5.5% pada 2018 disebabkan peningkatan eksport dan permintaan domestik.
Jangkaan ini lebih tinggi berbanding jangkaan pertumbuhan daripada 5.2% kepada 5.7% pada 2017 dan meningkat berbanding hanya 4.2% pada 2016.
Pentadbiran Najib juga dengan bangga mengatakan yang Program Transformasi Ekonomi (ETP) sudah menambah 2.2 juta pekerjaan antara 2011 hingga 2015.
Kehilangan pekerjaan bukan sahaja disebabkan ekonomi global yang lemah memaksa syarikat mengecilkan operasi disebabkan permintaan yang lemah.
Begitu juga, pertumbuhan tinggi tidak menggambarkan lebih banyak pekerjaan untuk pekerja tempatan, kata Shamsuddin, kerana situasi kini cenderung kepada automasi dan digitisasi yang bermakna syarikat hanya memerlukan jumlah pekerja yang kecil.
Dalam sektor perbankan, Shamsuddin mengatakan tumpuan banyak diberikan kepada perbankan mudah alih dan dalam talian bermakna lebih banyak operasi akan dikendalikan oleh kecerdasan buatan.
Disebabkan itu, bank secara kolektifnya mengurangkan lebih 18,000 pekerjaan pada 2015, katanya.
“Ini juga berlaku dalam industri insurans. Mereka mengatakan ada robot (digital) yang boleh melakukan kerja 10 orang. Jadi, ia mengurangkan pekerjaan yang tersedia.”
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming juga mengatakan walaupun 2.2 juta pekerjaan baru dibentuk antara 2011 sehingga 2015, jumlah pekerjaan kemahiran tinggi untuk graduan universiti sebenarnya semakin berkurangan.
Antara 2006 hingga 2010, 587,000 pekerjaan berkemahiran tinggi baru dibentuk, kata Ong. Tetapi daripada 2011 hingga 2015, jumlah itu jatuh kepada 501,000.
Shamsuddin berkata gesaan kerajaan supaya syarikat melakukan lebih banyak digitisasi, robotik dan automasi mengikut Industri 4.0 juga menyebabkan kekurangan pekerjaaan.
“Bagi setiap lima pekerjaan yang selalunya diisi lelaki, dalam Industri 4.0 hanya tiga pekerjaan baru akan dibentuk,” katanya.
“Bagi setiap empat pekerjaan yang selalunya diisi wanita, hanya dua pekerjaan baru akan dibentuk. Ini adalah trend.” – 1 Januari, 2018.
Graduan lepas kolej dan universiti yang akan memasuki pasaran kerja tahun ini perlu mempertimbangkan beberapa perkara seperti bersedia menunggu lebih lama untuk mendapat pekerjaan dan sedia beradaptasi dengan menerima apa sahaja yang ditawarkan, walaupun pekerjaan itu bukan dalam bidang pengajian anda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2018.
Graduan lepas kolej dan universiti yang akan memasuki pasaran kerja tahun ini perlu mempertimbangkan beberapa perkara seperti bersedia menunggu lebih lama untuk mendapat pekerjaan dan sedia beradaptasi dengan menerima apa sahaja yang ditawarkan, walaupun pekerjaan itu bukan dalam bidang pengajian anda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2018.
Read More

[Video MERIAH O ale alee~DEMO TURUN NAJIB turun] Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno.

Isnin, 1 Januari 2018

Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno

Azam tahun baru turun Najib, hancur Umno

Perhimpunan ‘Turun Minyak Turun Najib’ di ibu negara menjelang tahun baru 2018 menyaksikan peserta berazam untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Protes bertemakan warna putih itu menuntut supaya kerajaan mengembalikan subsidi minyak serta menetapkan harga siling petrol RON95 dan diesel masing-masing pada harga RM1.90 dan RM1.80 seliter.
Laungan ‘Turun Najib, Hancur Umno’ kedengaran sepanjang perarakan yang bermula jam 11 malam tadi dari kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abduk Rahman menuju ke Dataran Merdeka.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK); bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta kumpulan aktivis Otai Reformis 1998 antara mereka yang berada di barisan depan perarakan.
Walau bagaimanapun, himpunan dihadiri kira-kira 1,000 peserta yang turut melaungkan ‘Mansuh GST, Turun minyak’ itu disekat oleh pihak polis daripada memasuki Dataran Merdeka.
Polis juga sebelum itu melarang peserta protes yang terdiri daripada penyokong Pakatan Harapan daripada menggunakan pembesar suara dan kompang selain mengingatkan supaya tidak menganggu trafik.
Polis mendakwa penganjur melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kira-kira 11.45 malam, seorang pegawai polis mengarahkan peserta protes yang juga membawa sepanduk berupa wajah mirip Najib itu supaya meninggalkan lokasi himpunan dalam tempoh 15 minit.
Sepanduk hitam putih dengan imej panahan kilat berwarna merah itu tertera ungkapan ‘Koruptor Musuh Negara’ dengan mata kiri bertutup berlambangkan lanun.
Namun, sebahagian peserta termasuk mewakili NGO dan mahasiswa masih tidak berganjak menantikan acara pertunjukan bunga api di Dataran Merdeka.
Sementara itu, seorang peserta yang turut membawa anaknya berusia 4 tahun memberitahu Malaysia Dateline, beliau awal-awal lagi diarahkan anggota polis supaya segera meninggalkan lokasi himpunan.
“Encik, elok balik dulu. Ada orang buat kacau,” katanya mengulangi kembali arahan anggota berkuasa tersebut.
Pihak polis memberitahu pemberita akan menyiasat pihak penganjur atas alasan melanggar syarat-syarat dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Perhimpunan ‘Turun Turun’ di ambang tahun baharu itu susulan daripada aksi protes Permuda Pakatan Harapan berkampung di perkarangan Parlimen selama 42 jam mulai 23 November 2016.
MD.
Read More

[Video INI HARAPAN Tan Sri Muhyiddin kepada MAHASISWA Malaysia] Mahfuz terajui gelombang kedua perubahan pengundi Pas kepada PH.

Isnin, 1 Januari 2018

Mahfuz terajui gelombang kedua perubahan pengundi Pas kepada PH

Mahfuz terajui gelombang kedua perubahan pengundi Pas kepada PH

Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas yang tidak lagi terikat dengan Pas semalam adalah kesinambungan sokongan yang semakin berani dikalangan wakil rakyat untuk menerajui gelombang kedua perubahan pengundi Pas kepada Pakatan Harapan (PH) khususnya di negeri Kedah.
Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata demikian selepas menziarahi dua keluarga mangsa kebakaran di Jalan Kuala Kedah semalam.
Datuk Dr Ismail Salleh
Datuk Dr Ismail Salleh
Menurut beliau lagi, tindakan berani Mahfuz sebagai penutup tirai 2017 akan menjadikan PH Kedah semakin mantap dan kukuh.
“Ramai penyokong Pas yang telah begitu lama menantikan pengumuman Mahfuz untuk mengambil tindakan yang sama.
“Terdapat ahli Pas yang secara senyap akan menyertai mana-mana parti komponen PH terutamanya AMANAH dan Bersatu.
“Tetapi yang jauh lebih ramai dari itu adalah penyokong Pas yang akan berubah arah menyokong PH dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, ” ujarnya
Katanya lagi, gelombang yang kedua amat dahsyat di Kedah dan sudah pasti juga bagi negeri-negeri lain yang mempunyai ramai penyokong Pas seperti Kelantan dan Terengganu.
“Ini turut disokong dengan jumlah penonton yang berkongsi dan mengikuti secara ‘live’ Fb page AMANAH sehingga mencecah 30 ribu ‘view’ dan angka ini meningkat begitu pantas.
“Secara jelas ia membuktikan ramai penyokong yang sememangnya telah lama berada bersama Mahfuz akan turut memberi sokongan kepada PH Kedah dalam masa terdekat.
“Setakat ini ramai yang masih menanti masa yang sesuai terutamanya apabila Najib meniupkan saja semboyan PRU ke 14 yang amat dinantikan, ” jelasnya.
Tegasnya lagi, tindakan Mahfuz juga merupakan tamparan yang hebat kepada Pas setelah sekian lama mencanangkan sokongan yang semakin bercambah kepada mereka.
“Oleh kerana itu kita meminta Najib supaya tidak lagi bermain tarik tali untuk mengumumkan PRU ke 14 dengan secepat mungkin.
“Najib boleh mengumumkan bila-bila masa saja PRU yang amat dinantikan oleh penyokong dan juga pimpinan PH.
“Kita optimis dengan segala perancangan dan persiapan yang telah direncanakan bagi menghadapi PRU yang akan datang, PH mampu membolos kerusi-kerusi Dun dan juga Parlimen yang telah menjadi sasaran, ” katanya.
Yang pasti tambahnya, kemenangan PH untuk menawan Kedah dalam PRU ke 14 bukan satu omongan kosong, sebaliknya boleh direalisasikan sepertimana yang telah berjaya dibuktikan dalam PRU 2008 yang lalu.
Datuk Dr Ismail Salleh (kiri) bersama PH ketika menemui keluarga mangsa kebarakan di Jalan Kuala Kedah semalam.
Read More

[Video Kenapa Pas sokong 'pencuri' & Umno Berjaya Peralatkan Pas] Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS & Kenyataan 'PUAS HATI' Tuan Ibrahim burukkan imej Pas, seolah LINDUNGI PENCURI?

Isnin, 1 Januari 2018


Mahfuz isytihar keluar Pas berkuatkuasa jam 11.59 malam ini
Malaysia Dateline

Surat Dato' Mahfuz Omar KELUAR PAS


Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
No 11 Taman Al Walid
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah

Yb Dato' Takiyuddin Haji Hassan
Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia (Pas)
No 318A,Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.                                                        31 Disember 2017
                                                                                             12 Rabiulakhir 1439H

Assalamualaikum Wrt. Wbt,

Tuan,

Per: PEMBERHENTIAN MENGANGGOTAI PARTI ISLAM SeMALAYSIA (PAS)
Merujuk perkara diatas,saya Mahfuz Bin Omar nombor kad pengenalan 570825-02-6067 dan ahli Pas yang bernombor  0166398 (ahli bagi Pas Kawasan Pokok Sena) dengan ini memaklumkan untuk tindakan pihak tuan,berasaskan kepada peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 15 (2) dengan ini berhenti dari menganggotai Pas berkuatkuasa  jam 11.59 malam hari ini 31 Desember 2017.

Pemberhentian saya sebagai ahli Pas yang saya sertai selama 34 tahun sejak 12 Mac 1984 adalah ekoran dari tindak tanduk tidak sihat kepimpinan tertinggi Pas dalam menguruskan hal hal yang berkaitan dengan perjuangan Islam. Antaranya pengurusan RUU 355 yang dinyatakan oleh Pas sebagai nyawa Pas tetapi akhirnya dilihat memperalatkan RUU 355 untuk kepentingan politik semata-mata. Sikap berkecuali Pas dalam isu Bajet beberapa tahun mutakhir ini dan yang terakir pendirian berkecuali Pas di Parlimen dalam pengundian Bajet 2018 dilihat sebagai satu pengkhianatan pada kesusahan,kesengsaraan dan penderitaan rakyat dari bajet yang mencekek kehidupan rakyat. 
Begitu juga pendirian Pas yang hanya menyasarkan untuk menang 40 kerusi Parlimen sahaja pada pru14 nanti adalah menunjukan ketidaksediaan Pas untuk mengambil alih urusan pemerintahan negara dari pemerintah klaptokrat Umno Bn. 
Sedangkan rata rata ahli Pas di akar umbi mahukan peralihan kuasa pemerintahan berlaku pada pru14 akan datang untuk keluar dari beban kos sara hidup dan menyelamatkan negara dari klaptokrat Umno Bn yang menjadi sebahagian dari tuntutan Islam. Kini Pas sedang bertindak memencilkan diri dari rakyat terbanyak dalam mendepani arus perdana politik negara yang tak perlu saya huraikan satu persatu disini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengalaman dan tunjuk ajar sepanjang saya berada dalam organisasi Pas.Saya juga memohon jutaan kemaafan dan keampunan atas segala kesilapan serta kekurangan sumbangan dan pengorbanan yang saya berikan sepanjang menjadi ahli Pas.
Moga Allah SWT akan meneguhkan lagi Istiqamah saya bersama Islam walaupun selepas berhenti dari menjadi ahli Pas dan didoakan ikatan silaturrahim persahabatan dan ukhwah Islamiah sesama kita kekal teguh walaupun saya tidak lagi menjadi ahli Pas. 

Sekian,
Terima Kasih.

#IstiqamahBersamaIslam
#BinaSemulaMalaysia
#SelamatkanMalaysia

Yang Benar,
Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar


Image result for Gambar kenapa Pas sokong pencuri
"PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti," katanya.

Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan isu penyelesaian hutang 1MDB.
Mahfuz berkata, kenyataan Tuan Ibrahim semalam menggambarkan beliau tidak faham “akar isu” masalah 1MDB dengan mengatakan menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
“Seolah-oleh Tuan Ibrahim bagi gambaran bahawa beliau dan rakan-rakan (PAS) yang lain tak faham apa itu rasionalisasi (hutang 1MDB),” katanya kepada Malaysiakini.
Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata isu utama dalam 1MDB adalah syarikat kontroversi itu berhutang dan melunaskan hutangnya dengan menggunakan "plan transformasi".
Plan transformasi itu pula antara lain meminjam wang daripada Tabung Haji dan menjual aset negara kepada negara China.
"1MDB jual aset pada China, guna wang Tabung Haji dan jual barang utk bayar hutang dari hasil kecurian bolehkan plan rasionalisasi, jadi sampai jual aset.
"Jadi saya agak hairan pemimpin PAS blur (kabur) apa itu akar isu dan apa itu rasionalisasi 1MDB," katanya.
Sebelum ini Tuan Ibrahim telah mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk presidennya Arul Kandasamy.
Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan yang dibuat Tuan Ibrahim itu seolah-olah PAS tidak pernah mempunyai masalah dengan syarikat itu.
"PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti," katanya.

Read More

[Video Demo Turun Najib di Dataran Merdeka malam tadi] Sempena tahun baru, ratusan berarak bantah kerajaan.

Isnin, 1 Januari 2018

Sempena tahun baru, ratusan berarak bantah kerajaan

Sempena tahun baru, ratusan berarak bantah kerajaan

Khalayak seramai 500 orang terdiri daripada aktivis, ahli politik dan orang awam itu mula berarak menuju ke Dataran Merdeka kira-kira jam 11 malam sambil melaungkan Turun Minyak, Turun Najib. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Januari, 2018.

RATUSAN rakyat Malaysia berarak pada malam tahun baru di tengah Kuala Lumpur membantah pentadbiran Najib Razak dan menggesa harga minyak diturunkan pada 2018.
Peserta protes “Turun” membanjiri Jalan Tunku Abdul Rahman di depan kompleks beli belah Sogo dan mula melaungkan “Turun Minyak, Turun Najib”.
Khalayak seramai 500 orang terdiri daripada aktivis, ahli politik dan orang awam itu mula berarak menuju ke Dataran Merdeka kira-kira jam 11 malam diiringi paluan gendang.
Perarakan itu pada mulanya aman menjadi sedikit kecoh pada saat-saat akhir selepas sekumpulan anak muda berpisah daripada kumpulan besar dan cuba memasuki Dataran Merdeka. Mereka dihalang polis beberapa meter dari kawasan itu.
Kumpulan kecil itu yang dipercayai aktivis pembangkang, kemudiannya mengadakan protes duduk selama lima minit sebelum tengah malam walaupun berulang kali diminta polis supaya berundur kerana sudah melebihi tempoh masa perarakan dibenarkan.
Situasi itu menyebabkan Ketua Polis Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah memberi amaran yang beliau akan memanggil Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyuraikan mereka.
Kumpulan terdiri daripada hampir 10 orang itu kemudiannya bersurai selepas dentingan jam menandakan 12 tengah malam.
Shaharuddin sebelum itu memberitahu wartawan yang beliau sudah memberikan syarat kepada penganjur protes untuk dipatuhi.
“Saya beritahu mereka supaya bersurai pada 11.45 malam dan mereka tak dibenarkan menghampiri Dataran Merdeka. Saya juga beritahu mereka tak boleh ada gendang dan pembesar suara. Mereka jelas melanggar PAA (Akta Perhimpunan Aman 2012). Kami akan membuka siasatan ke atas mereka,” kata Shaharuddin.
Katanya, polis sudah bertolak ansur tetapi tidak bermakna beliau membenarkan semua perkara.
Penganjur, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir berkata protes itu berlaku secara aman seperti dijanjikan.
Keadaan bertukar sedikit kecoh apabila sekumpulan peserta protes melakukan protes duduk walaupun berulang kali diminta polis supaya bersurai memaksa polis memberi amaran akan memanggil FRU sekiranya mereka tidak bersurai. Protes duduk itu berakhir selepas jam berdenting menandakan 12 tengah malam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Januari, 2018.
Keadaan bertukar sedikit kecoh apabila sekumpulan peserta protes melakukan protes duduk walaupun berulang kali diminta polis supaya bersurai memaksa polis memberi amaran akan memanggil FRU sekiranya mereka tidak bersurai. Protes duduk itu berakhir selepas jam berdenting menandakan 12 tengah malam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Januari, 2018.
Katanya, lebih banyak protes mungkin akan diadakan sekiranya kerajaan gagal menurunkan harga minyak.
Ejen insuran, Julia Alias, 35, yang menyertai protes itu berkata dia menyertainya kerana peningkatan kos sara hidup memberi kesan kepadanya.
Selaku ibu kepada dua anak yang masih bersekolah, Julia berkata bajet kewangannya sedikit terjejas disebabkan keadaan ekonomi semasa.
“Susah sekarang ini dengan belanja naik. Kami perlu potong belanja perkara tertentu untuk penuhi keperluan lain yang lebih mendesak,” kata Julia tanpa menjelaskan lebih lanjut.
Seorang lagi peserta protes, Nora Abdullah, 42, berkata dia mengetahui protes itu setelah diberitahu orang lain.
Dia aktif menyertai protes dan perarakan sejak 1998 ketika berusia hanya 23 tahun.
Pernah ditahan 13 kali oleh polis kerana pelbagai kesalahan ketika protes tidak pernah melemahkan semangatnya daripada menyertai bantahan malam tadi.
“Saya ibu tunggal lima anak. Anak-anak saya tak bersekolah. Beban saya mungkin kurang berbanding orang lain tetapi tak bermaksud saya perlu ambil mudah semua perkara. Saya di sini kerana saya terasa kesannya. Saya sangat menentang peningkatan harga (barangan dan perkhidmatan), peningkatan harga minyak, semua perkara yang membebankan rakyat. Saya bukan di sini untuk diri sendiri tetapi untuk anak cucu saya dan orang lain,” katanya.
Harga terbaru minyak yang diumumkan pada 28 Disember lalu menyaksikan penurunan satu sen untuk RON95 daripada RM2.27 kepada RM2.26. RON97 pula berharga RM2.53 berbanding RM2.54 minggu sebelumnya.
Harga diesel bagaimanapun naik tiga sen kepada RM2.26 seliter berbanding RM2.23 minggu sebelumnya. Harga ini berkuatkuasa sehingga 3 Januari depan apabila harga baru akan diumumkan untuk minggu itu pula. 
Sistem harga minyak mingguan sudah dijalankan selama 40 minggu sejak ia mula diperkenalkan Mac tahun lepas. – 1 Januari, 2018.
TMI.
Read More

[Video Selamat tinggal Ampang Park & Ampang Park Ada udang disebalik batu] Hari-hari terakhir Ampang Park.

Isnin, 1 Januari 2018


Image result for Gambar Ampang Park

Hari-hari terakhir Ampang Park

Hari-hari terakhir Ampang Park

Bagi ramai rakyat Malaysia, Ampang Park menyimpan banyak kenangan- kerjaya, cinta, keluarga dan masa muda. Hari ini adalah hari terakhir kompleks beli belah ikonik itu beroperasi sebelum dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Stesyen MRT Ampang Park. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Disember, 2017.


SUASANA sedih bercampur gembira dapat dilihat di Ampang Park pada hari terakhir operasinya, apabila orang ramai berpusu-pusu ke pusat membeli belah pertama di Malaysia.
Kompleks itu akan ditutup buat selamanya bagi memberi laluan kepada pembinaan stesyen Ampang Park MRT Jajaran 2.
Sejak pagi lagi, Ampang Park dikunjungi orang ramai dan jumlahnya semakin sesak pada sebelah petang apabila ramai pengunjung mahu mengabadikan kenangan terakhir di samping mengambil peluang membeli belah di jualan penghabisan stok dilakukan di kedai buat kali terakhir.
Selain mengimbau dan mengabadikan kenangan serta jualan murah habis stok, beberapa aktiviti lain juga dijalankan untuk memeriahkan hari terakhir pusat membeli belah ikonik negara itu.
Misalnya, KL Sketch Nation bersama Sketchwalk KL menganjurkan acara “sketchwalk” bagi mengabadikan Ampang Park dalam bentuk lukisan.
Hampir 30 orang berkumpul di hadapan Ampang Park sejak pukul 11 pagi dan mula melukis sehingga pukul 2 petang sebelum masing masing berkongsi kenangan di Ampang Park dalam satu sesi perkongsian bersama.
Pengasas dan juga Pengarah KL Sketch Nation Ahmad Hakym Ahmad Hilmy berkata sketchwalk bertemakan “One Last Sketch” itu bertujuan untuk merakam memori bersama Ampang Park sebelum ianya ditutup.
One last sketch ini bermaksud terakhir untuk tahun ini dan juga terakhir bagi Ampang Park. Setiap dua minggu, KL Sketch Nation akan berkumpul, duduk di jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk melukis dan kebetulan hari ini adalah hari terakhir bagi tahun ini dan kami tidak pernah lagi buat di Ampang Park, jadi kami datang sini sebab lepas ni dah tak boleh nak buat dah,” katanya.
Salah satu acara yang dianjurkan oleh KL Sketch Nation yang mengabadikan Ampang Park pada hari terakhirnya sebelum dirobohkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Disember, 2017.
Salah satu acara yang dianjurkan oleh KL Sketch Nation yang mengabadikan Ampang Park pada hari terakhirnya sebelum dirobohkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Disember, 2017.
Ampang Park yang satu masa dahulu menjadi tumpuan rakyat Malaysia menikmati manis pembangunan kini akan menjadi tinggalan sejarah, kekal dalam kenangan mereka yang membesar bersamanya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Disember, 2017.
Ampang Park yang satu masa dahulu menjadi tumpuan rakyat Malaysia menikmati manis pembangunan kini akan menjadi tinggalan sejarah, kekal dalam kenangan mereka yang membesar bersamanya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Disember, 2017.
Menurutnya, walaupun banyak pusat membeli belah dibina yang lebih moden, Ampang Park tetap dapat menarik pengunjung dan tidak “mati”.
Terletak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang, Ampang Park yang dibuka kepada orang awam sejak 1973 adalah kompleks membeli belah pertama di Malaysia.
Ia bergelut dengan tekanan pembangunan apabila tanahnya diambil alih untuk pembangunan Stesyen Ampang Park MRT Jajaran 2 yang akan dibina bawah tanah memerlukan kompleks beli belah itu dirobohkan.
Pada 8 Januari tahun lalu, 39 pemilik perniagaan dan penyewa di Ampang Park memfailkan tindakan undang-undang untuk membatalkan kelulusan bagi perobohan pusat beli-belah itu.
Walaupun begitu, rezeki tidak berpihak kepada mereka apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan pada 30 Jun tahun lalu dan sekali lagi ditolak pada 18 Januari 2017 menyebabkan kompleks beli belah yang menjadi tempat kenangan ramai rakyat Malaysia itu akan hanya tinggal dalam sejarah. – 31 Disember, 2017.
TMI.


Read More

[Video Sorotan 'Iimelda Marcos' negara kita? Najib penyamun ke tidak (pemimpin disanjungi pas)?] Rakyat sedang menilai dan memerhati! Krisis ekonomi rakyat & Agihan kekayaan yang tempang di Malaysia.

Isnin, 1 Januari 2018


Related image


Krisis ekonomi rakyat di Malaysia

Krisis ekonomi rakyat di Malaysia

Adakah rakyat biasa dapat merasai perkembangan pesat ekonomi negara ini dan paling penting apakah poket rakyat turut sama merasai pertumbuhan itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017.


EKONOMI negara Malaysia didakwa sedang berkembang dengan pesat jika diukur dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di mana ia berkembang 5.8% pada suku kedua 2017.
Pelaburan asing juga didakwa masuk berpuluh-puluh bilion setahun menandakan betapa baik dan makmurnya ekonomi Malaysia. Malaysia juga disenarai antara negara yang paling pesat membangun ekonominya di dunia jika dirujuk laporan yang dipaparkan oleh akhbar perdana.
Tetapi persoalannya, adakah perkembangan pesat ekonomi negara ini dirasakan oleh rakyat kebanyakan? Apakah ekonomi poket rakyat turut sama merasai pertumbuhan pesat itu?
Ekonomi rakyat yang dimaksudkan adalah hal ekonomi yang memberikan “direct impact” kepada rakyat seperti harga rumah, persoalan gaji, harga barang keperluan harian, kemampuan menyimpan dan lain-lain. Rencana ini akan menyentuh persoalan ekonomi rakyat yang dilihat berjalan tidak seiringan dengan loncatan ekonomi negara. 
Rumah tak mampu milik
Isu harga rumah di Malaysia merupakan antara isu yang sangat penting untuk dibincangkan. Ini kerana harga rumah di Malaysia sudah mencapai kepada satu tahap yang tidak masuk akal. Sentimen rumah mahal ini bukan sekadar cakap-cakap kosong, tetapi disokong oleh kajian Khazanah Research Institute (KRI) bertajuk “Making Housing Affordable” dan terbit pada 2015.
Menurut kajian KRI, harga rumah di Malaysia pada 2014 berada dalam kelas “sangat tidak mampu milik” dengan kadar 4.4. Kajian ini dilakukan oleh KRI mengikut kaedah Median Multiple yang mana mengira penengah pendapatan isi rumah selama setahun dan diganda dengan tiga sebagai asas kepada harga rumah mampu milik.
Jika harga rumah berkadaran lebih daripada ganda tiga, maka jatuh kepada kelas tidak mampu milik, dan jika jatuh pada ganda tiga dan ke bawah maka ia akan jatuh dalam kategori mampu milik. Pada 2012, Median Multiple di Malaysia berada pada kadar 4.02, kemudian pada 2014 ia meningkat kepada kadar 4.4. Ini bermakna, harga rumah di Malaysia menjadi semakin tidak mampu milik saban tahun.
Pendapatan penengah isi rumah di Malaysia pada 2014 sekitar RM4,585 sebulan, manakala untuk setahun RM55,020. Harga rumah mampu milik di Malaysia secara idealnya RM55,020 digandakan dengan tiga iaitu bersamaan dengan RM165,060 dan ke bawah.
Tetapi apa yang berlaku, 60% harga rumah di Malaysia pada 2014 ialah RM242,000 dan ke atas (Nilai Median Multiple ialah 4.4). Ini bermakna, harga rumah di Malaysia pada 2014 lebih mahal daripada kemampuan pendapatan rakyat sekurang-kurangnya sebanyak RM77,000.  
Jika diperincikan lagi kajian daripada KRI ini kepada pecahan negeri, kita akan dapati Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur merupakan negeri atau wilayah yang mempunyai kadar Multiple Median yang sangat tinggi iaitu lebih angka 5 dan jatuh di dalam kelas “sangat teruk”.
Di Malaysia, hanya Melaka saja yang jatuh dalam kelas harga rumah mampu milik. Kaedah Median Multiple ini dibangunkan oleh United Nations Centre for Human Settlement (UNCHS) dan World Bank pada 1988 di bawah program Housing Indicators Program.
Antara punca kepada isu harga rumah menjadi tidak mampu milik adalah apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional di bawah pimpinan Pak Lah menghapuskan sistem Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) pada 2008 dan diteruskan oleh Najib Razak pada 2009.
Sistem cukai ini diperkenalkan sebelum ini untuk mengekang spekulator hartanah menaikkan harga hartanah secara tidak terkawal. Sejak 1995 hingga ke 2007, CKHT dikenakan 30% pada tahun pertama penjualan semula hartanah.
Apabila CKHT mula dihapuskan pada 2008 dan 2009, kenaikan harga rumah secara mendadak boleh dikesan apabila pada 2009 ke 2014, secara purata kenaikan harga rumah pada 10.1% (CAGR) berbanding sebelum pemansuhan CKHT iaitu hanya 3.1%.
Menyedari hal ini, kerajaan Umno-Barisan Nasional mula kembali memperkenalkan CKHT secara berperingkat bermula dengan 5% pada 2010 sehinggalah kembali kepada asal iaitu 30% pada 2014.
Kadar kenaikan gaji dan kadar inflasi
Menurut Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah yang di keluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) pada Mei 2017, gaji penengah (Median Salary) pekerja di Malaysia pada 2016 adalah RM1,703 meningkat +6.2% berbanding 2015 iaitu RM1,600. Secara kasarnya, separuh pekerja Malaysia pada 2016 mempunyai gaji RM1,703 dan ke bawah iaitu bersamaan lima juta pekerja.
Jika laporan ini diperincikan lagi mengikut negeri, kita akan dapati kenaikan gaji pekerja di Johor pada 2016 hanyalah RM50 saja dan bersamaan dengan +2.6% kenaikan.
Pekerja di Wilayah Persekutuan Labuan pula tidak menerima sebarang kenaikan gaji. Jika nilai inflasi pada 2016 diambil kira (+2.1%), kenaikan gaji pekerja di Johor sebenarnya kurang daripada RM10 (+0.5%).
Lebih malang di Labuan, kenaikan gaji mereka sebenarnya -2.1%. Hal sama pernah berlaku di Kuala Lumpur (KL) pada 2014-2015 apabila kajian daripada JPM menunjukkan pekerja di KL tidak menerima sebarang kenaikan gaji dan jika mengambil kira faktor inflasi, maka kenaikan gaji mereka sebenarnya adalah -2.1%.
Laporan yang dikeluarkan pada November 2017 pula menunjukkan, kadar inflasi di Malaysia sehingga Oktober 2017 berada pada 3.7% dan pada Mac 2017 mencatatkan kadar inflasi tertinggi sepanjang lapan tahun iaitu sebanyak 5.1%. Bank Negara menjangkakan pada 2017 kadar inflasi negara berada pada kadar 3% – 4% dan ini lebih tinggi daripada 2016 iaitu hanya 2.1%.
Kos sara hidup meningkat
Jabatan Perangkaan Malaysia ada mengeluarkan laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 24 November 2017 yang menunjukkan kenaikan harga barang pengguna sebanyak +3.6% dari Oktober 2016 hingga ke Oktober 2017.
Peningkatan paling tinggi kadar IHP adalah dalam sektor pengangkutan iaitu 12.1%. Hampir semua harga barang harian pengguna meningkat seperti daging ayam (dari RM8.28 ke RM8.48 per kilogram), ikan kembung (dari RM12.39 ke RM13.84 per kilogram), sawi (dari RM3.72 ke RM4.46 per kilogram) dan ikan cencaru (dari RM8.82 ke RM9.58 per kilogram).
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh badan kerajaan itu, hanya ada dua sektor saja mengalami penurunan harga, sektor komunikasi dan barangan pakaian dan kasut. Tetapi barangan dalam sektor ini bukanlah menjadi keperluan harian pengguna dan tidak begitu mendatangkan kesan yang signifikan kepada pengguna.  
Menurut laporan akhbar pada 28 Disember, 2017 Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pimpinan SM Mohamed Idris mendapati harga barangan keperluan persekolahan meningkat antara 30% hingga 40% tahun ini, berbanding tahun lalu.
Hasil tinjauan CAP mendapati peningkatan harga kelengkapan lengkap persekolahan bagi murid lelaki pada tahun ini naik sehingga RM180.90 berbanding RM133.90 pada 2016, manakala murid perempuan pula meningkat antara RM174.70 hingga RM189.60 berbanding RM157.60 pada tahun lalu.
Agihan kekayaan yang tempang
Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Strategik KWSP, Balqis Yusoff terdapat 65% daripada 6.7 juta pencarum mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 ketika tiba usia persaraan mereka.
Dengan simpanan sebanyak ini, pesara boleh bertahan hanya selama lima tahun sahaja itu pun jika mereka hanya berbelanja RM820 sebulan. Menurut beliau lagi, hanya 22% daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan yang mencukupi iaitu RM196,800 bagi menampung tempoh persaraan mereka pada usia 54 tahun dan ke atas.
Selain simpanan KWSP, indikasi kekayaan sesuatu masyarakat itu boleh dirujuk dengan unit saham yang dimiliki. Menurut kajian pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid, 72% pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) mempunyai hanya RM536 saja di dalam akaun simpanan.
Ini jauh ditinggalkan dengan golongan teratas 0.2% yang mana mereka mempunyai pelaburan ASB sebanyak RM745,038 di dalam akaun mereka. Ini merupakan jurang perbezaan agihan kekayaan yang sangat ketara di kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera.
Perbezaan jurang ini jika dirujuk pada Pekali Gini adalah pada kadar 0.838 untuk 2014. Pekali Gini ialah ukuran ketidaksamaan agihan yang digubah oleh ahli statistik dan ahli sosiologi, nilai 0 menyatakan kesamaan jumlah dan nilai 1 ketidaksamaan paling maksimum.
Ketidakmampuan untuk menyimpan kekayaan atau membuat simpanan sebahagian besar rakyat Malaysia berkait rapat dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan kadar gaji yang agak mendatar.
Menurut Ali Salman dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), “Savings are a function of income and expenditure. If expenditure rises but incomes do not rise proportionately, then there will be little savings.”
Kenyataan daripada Bank Negara Malaysia pada 2015 membenarkan kenyataan ini apabila melaporkan tiga daripada empat rakyat Malaysia tidak mampu mengadakan RM1,000 ketika waktu kecemasan. Ini menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tiada duit dalam simpanan mereka.
Usaha kerajaan
Isu ekonomi rakyat yang dibangkitkan dalam rencana ini bukanlah bermakna tidak ada sebarang usaha daripada pihak kerajaan untuk menanganinya, tetapi persoalan pokok adalah kadar keberkesanan usaha yang dilakukan.
Contohnya, inisiatif menangani isu harga rumah oleh pihak kerajaan dengan memperkenalkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim memaklumkan kepada Dewan Rakyat sejak penubuhan PR1MA pada 2013 sehingga kini, kira-kira 8,475 unit rumah siap dibina.
Daripada jumlah itu, hanya 934 unit rumah PR1MA diserah kepada pemilik, manakala selebihnya masih lagi dalam proses serahan kunci.  Jumlah ini sangat kecil dan mencerminkan kegagalan pelaksanaannya.
Kerajaan juga pernah mencadangkan penubuhan makmal kaji kos sara hidup pada 2013 seperti yang di umumkan Khairy Jamaluddin. Kemudian pada 2015, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengumumkan penubuhan jawatankuasa bagi membincangkan kos sara hidup. 
Pada hujung 2017, kerajaan melalui Hamzah Zainuddin mengumumkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi menangani masalah kos sara hidup. Kita dapat lihat kesungguhan kerajaan Umno-Barisan Nasional hanya sekadar menubuhkan Jawatankuasa. Tidak dapat dipastikan, apakah yang jawatankuasa ini lakukan atau cadangkan. Berkemungkinan, ia berakhir sekadar menjadi cadangan di muka akhbar sahaja.
Krisis ekonomi rakyat
Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaan istilah krisis bagi menggambarkan betapa teruk situasi ekonomi rakyat sekarang, tetapi apa yang pasti, jika kerajaan Umno-Barisan Nasional berterusan gagal menguruskan isu ini dengan baik, maka tidak mustahil akan berlaku krisis yang sebenar pada masa hadapan.
Memahami perit pedih ekonomi rakyat kebanyakan bukan dengan menjadikan ratusan manusia yang beratur membeli I-Phone sebagai kayu ukur, tetapi ia harus datang dengan bersandarkan fakta dan angka, bukan sangkaan.
Ingatan sama harus diberikan kepada Pakatan Harapan yang ingin memerintah negara, ini antara isu yang dekat dengan rakyat. Pakatan Harapan harus beralih daripada hanya tahu mengkritik dan membangkang, kepada pakatan yang boleh menawarkan idea, solusi dan alternatif yang lebih baik.
Rakyat sedang menilai dan memerhati. – 31 Disember, 2017.
* Abdul Azim Roslan ialah penolong setiausaha Pemuda Bersatu Bahagian Selayang.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
TMI.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena