Keluarga, rakan-rakan dan orang Perak mungkin paling gembira dengan perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...
PAS kesal jemaah parti tak pertahan wakil rakyatnya di Selangor
Naib Presiden PAS Iskandar Samad berkata jemaah parti sepatutnya mempertahankan barisan wakil rakyatnya di negeri itu yang didakwa akan berpaling tadah untuk menyertai Pakatan Harapan. – Gambar Facebook, 26 Disember, 2017.
NAIB Presiden PAS Iskandar Samad berkata beliau kesal kerana jemaah parti tidak tampil mempertahankan barisan wakil rakyatnya di negeri itu yang didakwa akan berpaling tadah untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).
Dalam satu kenyataan, Adun Cempaka itu berkata dakwaan itu sebenarnya hanyalah fitnah terhadap 13 wakil rakyat tersebut, termasuk dirinya sendiri.
“Saya lihat tidak ramai yang memberi sokongan kepada mereka ketika fitnah ini dilempar.
“Malah ada yang menempelak kalau hendak keluar, keluarlah. Ada pula yang berkata kalau hendak keluar, keluarlah sekarang, sebelum PRU,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu.
0 comments:
Post a Comment