Tuesday 19 December 2017

[Video Ini Janji Bekas MB Kepada Rakyat KEDAH!] PELIK? Najib yang mahu dijatuhkan oleh Tun Mahathir, tapi Pas yang lebih gelabah dan susah hati.

Selasa, 19 Disember 2017

APABILA ORANG PELIK KATA ORANG LAIN YANG PELIK...

Sejak Pas berpeluk mesra dengan UMNO, parti yang pernah dituduhnya taghut dan assabiyah, parti itu tidak dinafikan telah menjadi parti yang pelik.

Tak pernah-pernah berpakaian macam pahlawan Melayu lama dengan keris terselit di pinggang dan sekian lama menyatakan apa saja yang berciri bangsa adalah assabiyah,  Pas akhirnya dengan seronok dan bangga dapat memakainya.

Selama ini selalu tampil biasa berjubah saja, tiba-tiba sanggup berbaju Melayu merah jambu semata-mata untuk kelihatan sedondon dengan Najib Razak yang memakai pakaian sama.

Orang lain bangga dapat membentangkan usul di Parlimen, Pas sebaliknya asyik menangguh-nangguhnya beberapa kali, malah membentangkan di Padang Merbok lebih menjadi mainan di bibir mereka.
Bertanding 100 kerusi dan menyasarkan menang 40 daripadanya, Pas tetap berangan-angan mengatakan kerusi Perdana Menteri adalah milik mereka.

Najib yang mahu dijatuhkan oleh Tun Mahathir, tapi Pas yang lebih gelabah dan susah hati.
Terbaru, kata seorang pemimpin Pas, lebih banyak benda-benda pelik akan dilakukan oleh Tun Mahathir untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya akan datang.

Pelik sungguh Pas ini, pelik dia sendiri dia tak nampak, tapi pelik orang lain yang belum berlaku pula boleh dia jangkakan.

Untuk pelik yang lain-lain, apa kata kita baca ulasan seterusnya seperti di bawah ini. (ShahbudinHusin 19/12/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena