Wednesday, 20 December 2017

[Video Masa Hadi MB Sepenggal, T'ganu Hilang RM1Bilion?] Tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno lebih parah di negeri-negeri marginal utama iaitu Kedah dan Johor.

Rabu, 20 Disember 2017

Image result for Hadi jadi PM

Foto Rafizi Ramli.

SOKONGAN PENGUNDI MELAYU KEPADA UMNO DAN PAS MEROSOT:
UMNO HANYA MENDAPAT 41% DI SELURUH NEGARA, PAS MEROSOT 11%

INVOKE menjalankan dua jenis kaji selidik kecenderungan setiap bulan:

Kaji selidik kecenderungan pengundi untuk mengenal pasti sentimen pengundi di seluruh negara melibatkan 5,000 orang pengundi berdaftar yang dipilih secara rawak oleh sistem komputer

Kaji selidik kecenderungan pengundi di kerusi-kerusi marginal yang akan menyaksikan saingan sengit di antara BN dan PH, melibatkan 1,500 orang pengundi berdaftar di setiap kerusi marginal

Kajian dijalankan di minggu pertama setiap bulan dan keputusannya digunakan oleh INVOKE untuk menambahbaik profil 14 juta pengundi yang digunakan untuk mengenal pasti pengundi atas pagar yang dihubungi oleh sukarelawan INVOKE.

Kaji selidik nasional melibatkan 5,000 pengundi berdaftar di seluruh negara dijalankan di antara 5 hingga 13 Disember 2017, sementara kaji selidik di peringkat parlimen dijalankan di antara 6 November hingga 15 Disember 2017.

Dapatan-dapatan utama dari kaji selidik tersebut adalah:

i. Hanya 41% dari pengundi Melayu di seluruh negara menyatakan akan mengundi Umno jika PRU dipanggil dan berlaku pertandingan 3 penjuru

ii. Sekitar 50% dari pengundi Melayu yang akan mengundi Umno bersetuju bahawa GST membebankan dan menyokong jika ia dihapuskan. Ini bermakna tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno akan terus merosot kerana pengundi Umno pun merasa tekanan kos sara hidup

iii. Tahap sokongan pengundi kepada PAS telah jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan. Hanya 14% pengundi Melayu menyatakan akan mengundi PAS dalam pertandingan 3 penjuru, jatuh 11% berbanding 25% pengundi Melayu yang memilih PAS dalam kaji selidik yang sama Januari 2017 lalu

iv. Tahap sokongan pengundi Melayu kepada PAS dijangka terus merosot dalam bulan-bulan akan dating. Dari 14% pengundi Melayu yang menyatakan akan menyokong PAS, hanya 21% akan tidak keluar mengundi sekiranya PAS tidak bertanding. Sebahagian besar pengundi PAS memilih untuk menyokong PH jika hanya PH dan BN bertanding, iaitu sebanyak 51% mengundi PH berbanding 28% yang akan mengundi BN

v. Tahap sokongan pengundi Cina kepada PH telah kembali ke paras 2013 iaitu melepasi 80% dalam bulan Disember 2017

vi. Tahap sokongan pengundi India juga telah kembali kepada paras 2013 iaitu 60% berpihak kepada BN dan 40% kepada PH

vii. Tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno lebih parah di negeri-negeri marginal utama iaitu Kedah dan Johor.
viii. Hanya 31% pengundi Melayu di kerusi parlimen Kulim Bandar Baru dan Merbok memilih Umno dalam pertandingan 3 penjuru, membayangkan tahap sokongan Melayu di Kedah kepada Umno adalah lebih rendah dari tahap nasional

ix. Begitu juga di Johor – hanya 30% pengundi di Johor Bahru memilih Umno dalam pertandingan 3 penjuru. Angka tersebut konsisten dengan kajian Institut Kajian Asia Tenggara NUS (ISEAS) yang mendapati tahap sokongan pengundi Melayu seluruh Johor kepada Umno hanyalah 35%, bermakna tahap sokongan di kawasan bandar seperti Johor Bahru adalah lebih rendah
Berdasarkan angka-angka tahap sokongan mengikut kawasan parlimen dan profil pengundi yang dikemaskini menggunakan angka terkini, INVOKE menjangkakan kedudukan kerusi di seluruh negara dalam pertandingan 3 penjuru adalah:

BN PH PAS Jumlah
Semenanjung 63 102 0 165
Sabah & WP Labuan* 18 8 0 26
Sarawak 26 5 0 31
Jumlah 107 115 0 222

*Sabah & WP Labuan termasuk kerusi yang dimenangi Warisan

BAGI PIHAK INVOKE

Rafizi Ramli


1 comments:

kertia said...

Selamat malam bossku semua...
Kamu Sering Kalah Main Judi?
Sudah Tidak Jaman Lagi Kalah Main Judi
Kami Hadir Dengan Inovasi Terbaru & Tercangih, Dengan Jackpot Yang Super Pasti & Gampang Untuk Menang Terus Di Setiap Hari .
Transaksi Cepat, Aman & Terpercaya.
Tersedia 7 Games Dalam 1 User ID :
New Game ------>> GAME SAKONG
Poker, Domino, Bandar Ceme, Capsa, Ceme Keliling, dan Live Poker
Minimal Deposit Rp.15.000,-
Minimal Withdraw Rp.15.000,-
Promo Bonus Harian + Mingguan + Bulanan :
- Bonus Deposit
- Bonus Turn Over Harian 0.5%
- Bonus Refferal 10% + 10%
Untuk Informasi Lebih Lanjut Segera Hubungi CS Kami 24 Jam : www,royalqq,poker

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena