MCA dah jadi kelam kabut apbila DSAI dijangka menjadi MB Selango. Untuk menggagalkan rancangan tersebut MCA telah berkempen agar pengundi mengalahkan Anwar Ibrahim untuk memastikan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor.
SHAH ALAM, 31 JAN: Demi kepentingan politik, MCA dilihat mula membuat ‘pusingan U’ dengan memberikan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menggagalkan rancangan membawa masuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Dewan Negeri Selangor.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata sebelum ini MCA adalah salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) juga dilihat kerap melancarkan pelbagai serangan yang tidak masuk akal terhadap Abdul Khalid.
“Sehinggakan MCA kini berkempen mereka sokong Abdul Khalid dan kata mereka kalau ingin Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar, pengundi kena kalahkan Anwar.
khalid samad white pc 011“MCA sendiri sudah pandai guna nama Menteri Besar. Ini lawaknya arena politik Malaysia,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.
Kenyataan itu membuktikan MCA sebelum ini secara diam mengakui sokongan padu rakyat Selangor di atas prestasi cemerlang pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang diterajui Abdul Khalid.
Bagaimanapun, Khalid yakin pengundi di Kajang tidak mudah diperbodohkan dengan permainan politik ‘batu api’ yang dimainkan parti MCA itu.
Sementara itu, ketika mengulas isu Pilihan Raya Kecil Kajang, Khalid berkata kemenangan Anwar mampu memperkukuhkan lagi kubu kerajaan PR Selangor darpadai serangan BN dan menyelesaikan isu dalaman PKR- Oleh : NAZLI IBRAHIM.
LIOW TIONG LAI SEDIA TENTANG ANWAR DI KAJANG
Presiden MCA Liow Tiong lai menyatakan kesediaannya menentang Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil N25 Kajang jika mendapat restu parti. Siapa pun yang bakal menentang Anwar Ibrahim bakal mendapat anugerah besar kerana pilihanraya kali ini dijangka sengit.
Keputusan yang dibuat tanpa perbincangan dengan rakan PR yang lain iaitu DAP dan PAS telah membawa seribu tanda tanya pada awalnya. Ramai mencongak DS Anwar Ibrahim mula gila kuasa. Sehingga ada pihak yang mengugut memboikot PRK N25 Kajang jika PKR tidak memberi penjelasan.
Penerangan lewat oleh Rafizi Ramli bagaimanapun berjaya menjernihkan suasana. Namun berapa ramaikah pengundi yang mendapat maklumat yang tepat seperti penjelasan oleh Rafizi Ramli itu?.
Walaupun Anwar Ibrahim dilihat sebagai pebret dalam PRK N25 Kajang, namun calon parti lawan juga mempunyai sedikit kelebihan berpunca daripada kesilapan awal PKR.
Sekalipun menang, Anwar Ibrahim dijangka tidak mendapat majoriti yang besar.