Monday, 31 July 2017

[Video Mana Mungkin Malaysia Tak Mampu Subsisidi Rakyat!] Noh Omar akui ahli Umno tidak bersatu dan jangan malu sebagai pembangkang!

Selasa, 1 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
Mohamad Fadzli Tengok cara dia berucap pn dh tau dh menipu,ckap trsekat sekat,ingat senang ke nk menipu ni...

Abu Hasan Perjuangkanlah isu rakyat yg serius...kuasa beli merudum..pengagguran,melayu dlm perniagaan,harga rumah ,negeri2 yg kadar kemiskinan masih tinggi..bla bla bngla...
Foto Suara Rakyat.

Noh Omar akui ahli tidak bersatu

MALAYSIA DATELINE
Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dipetik berkata kegagalan ahli Umno untuk bersatu menyukarkan usaha untuk mencapai kejayaan.
Ahli Umno Selangor katanya, perlu menjadikan kegagalan menawan negeri ini pada pilihan raya umum lalu sebagai iktibar supaya ia tidak berulang lagi pada pilihan raya akan datang.
Beliau juga mengingatkan ahli Umno supaya tidak perlu malu untuk mengaku sebagai pembangkang di Selangor.
"Sekiranya mahu menang, kita perlu bersatu dan yang lebih penting bila kita tidak mempunyai jawatan, kita perlu sokong orang yang ada jawatan dalam Umno," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Sepang, malam tadi.
Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahaan dan Kerajaan Tempatan, berharap seluruh jentera Umno Bahagian serta Pergerakan Pemuda dapat memberi tumpuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang gagal dimenangi pada pilihan raya lalu.
Read More

[Video "Apa peranan Hishammuddin?"] Najib gelisah, Umno Johor makin cemas & MCA pulak dah parah! Sokongan terhadap HARAPAN melonjak naik.

Isnin,31 Julai 2017

Umno Johor makin cemas


ULASAN Sokongan terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) melonjak naik sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali berbaik semula melalui pengumuman rasmi struktur pimpinan HARAPAN pada 14 Julai lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin Umno dilihat semakin gelisah dan mereka telah melakukan satu demi satu kesilapan.
Terbaru adalah tindakan “bijak” Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan keturunan Mahathir sebagai India Muslim.
Tindakan berunsur perkauman ini merupakan percubaan untuk memperlekeh bekas presiden Umno itu. Sedangkan tak sampai dua minggu lalu, Najib telah berjanji untuk mengkaji kemungkinan memberi status Bumiputera kepada India muslim.
Bagaimana situasi ini mempengaruhi Johor?
Johor, Kedah dan Sabah adalah tiga negeri yang masing-masing mempunyai potensi menyumbang 10 kerusi parlimen kepada pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.
Kerusi parlimen di Johor yang dimenangi Barisan Nasional melalui kemenangan tipis pada Pilihanraya Umum ke-13 adalah (di selatan Johor) Labis, Segamat, Muar, Ledang, Sekijang, (di utara Johor) Pasir Gudang, Tebrau, Pulai, dan Johor Bahru. Pakatan Harapan juga berpeluang untuk menang di Pagoh.
Jika perubahan undi jadi begitu ketara, Ayer Hitam, Simpang Renggam dan Tanjong Piai juga bakal jatuh ke tangan pembangkang.
Kemungkinan BN boleh kalah di Johor dan membawa kepada kejatuhan Putrajaya, tidak dinafikan oleh Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, sewaktu konvensyen BN Johor Sabtu lalu.
Malaysiakini melaporkan: “Walaupun Johor merupakan kubu kuat BN dan tempat kelahiran Umno, Khaled memberi peringatan bahawa mereka tidak lagi boleh terus dibuai oleh nostalgia bahawa BN akan terus berkuasa hanya kerana pihak lawan mereka tidak mempunyai pengalaman memerintah.”
Khaled dipetik berkata: “Tanggapan seperti ini perlu diubah. Percayalah, kita akan berdepan dengan pertempuran besar yang paling sengit. Ia bukan sekadar pertandingan biasa.”
Situasi parah MCA 
Pada hujung minggu yang sama, Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong dengan yakin mengatakan bahawa hampir mustahil untuk BN tewas di Johor. Beliau malah menuduh DAP Johor sengaja mengheboh-hebohkan kemungkinan pertukaran kerajaan kerana mahu memperdaya pengundi.
Elok rasanya Wee berjumpa dengan Khaled untuk pastikan skrip mereka sama dan tidak saling bertentangan. Kenyataan Wee menunjukkan betapa parah situasi MCA hari ini sehingga takut menerima hakikat bahawa pertukaran kerajaan adalah sesuatu yang sangat mungkin terjadi.
Apa yang malang ialah apabila cemas dengan situasi semasa, Khaled cepat-cepat kembali kepada skrip perkauman usang yang digunakan Najib. Bukan sahaja beliau enggan mengakui kebangkitan pengundi Melayu yang marah dengan kerajaan, Khaled malah menuduh DAP sebagai kuasa Cina yang menguasai pembangkang di Johor dengan harapan untuk menakutkan pengundi Melayu.
Kerana terlalu cemas, Khaled tiba-tiba terus lupa tentang Bangsa Johor – pentas yang menyatupadukan anak negeri Johor tanpa mengira kaum dan agama. Khaled nampaknya lebih cenderung kepada perkauman yang digunakan Najib.
Skrip sudah lapuk
Taktik asal serampang tiga mata Najib adalah (1) memenjarakan Anwar Ibrahim untuk menghalang pembangkang dari mempunyai pemimpin yang diterima oleh semua rakyat Malaysia, (2) mengumpan PAS menjadi rakan sekutu BN, dan (3) menuduh pembangkang didalangi Cina dan DAP.
Malangnya untuk Najib dan pengikutnya, apabila Anwar dan Mahathir kembali bersatu pada 14 Julai lalu, ia menggagalkan rancangan asal BN. Skrip mereka sudah lapuk dan tidak relevan.
Kini logik mudahnya adalah: Jika Umno kalah pada pilihanraya umum akan datang, sudah tentu kerusi-kerusinya akan dimenangi oleh pemimpin Melayu daripada Pakatan Harapan.
Dengan Johor sebagai negeri penting untuk Pakatan Harapan, pemimpin Melayu seperti Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub kini berada di barisan hadapan berkempen untuk pertukaran kerajaan di Johor.
Taktik menakutkan pengundi Melayu yang digunakan Khaled tidak akan berkesan. Anak negeri Johor sudah selesa dengan idea sebuah Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Untuk sebuah kerajaan baru mengambil alih di Nusajaya dan seterusnya Putrajaya, HARAPAN akan menjadi pembawa obor kepada semangat bersatu Bangsa Johor dan bukannya kempen perpecahan kaum yang dibawakan oleh Khaled.

LIEW CHIN TONG Pengerusi DAP Johor merangkap anggota parlimen Kluang
Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/390463#r6IR36Ddp7BHfBzP.99

Read More

[Video IKHLAS dakwa Zahid mahu jatuhkan Najib] Dasyat Ameno Perak! Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?

Isnin, 31 Julai 2017
Foto Otai BERSIH.

Ingat TPM Indonesia... rupa2nya TPM Malaysia.

Baca kalau tak percaya http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm

gaya hidup

ARKIB : 14/05/1998

Perhimpunan keluarga keturunan Abdul Fattah

Jadi bagi pasangan suami isteri yang dikurniakan anak yang banyak seperti keluarga Haji Radin Abdul Fattah Radin Sasteerodullah Hassan tentulah dikira bertuah.
Berasal dari Sirang Wates Jogjakarta, Indonesia, Jawa Tengah, Radin telah dikurniakan 18 orang anak iaitu 12 lelaki, 6 perempuan.
Kesemua 18 orang anak-anaknya itu diperolehi hasil perkahwinannya dengan dua wanita. Bersama isteri yang pertama Hajah Aishah, Ihsan mempunyai 10 orang anak iaitu 8 lelaki 2 perempuan.
Sementara dengan isteri keduanya, Hajah Maimunah Haji Salleh, mereka dikurniakan 7 orang anak iaitu empat lelaki 3 perempuan.
Tetapi dari 18 orang anak-anak Radin Abdul Fattah, yang masih hidup hingga sekarang hanya dua orang anak lelaki saja iaitu anak-anak hasil perkahwinannya dengan isteri pertamanya Aishah.
Dua orang anak-anak Abdul Fattah yang masih hidup itu ialah Radin Mahfudz berusia 80 tahun dan Radin Termizi @ Hamidi berusia 75 tahun iaitu bapa kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.
Sementara anak-anak dengan isteri kedua Maimunah kesemuanya telah meninggal dunia sesudah mereka berumah tangga dan melahirkan ramai cucu, cicit dan piut.
Menyedari hakikat tidak mahu susur galur keturunan Radin Abdul Fattah hilang atau tidak dikenali antara satu sama lain, usaha-usaha mengumpul dan mengenal pasti susur galur keturunan Abdul Fattah telah dijalankan oleh cucu-cicitnya.
Usaha murni yang dilaksanakan dengan penuh ketekunan dan tabah, akhirnya berjaya mempertemukan seluruh cucu-cicit dan piut dari keturunan Abdul Fattah yang telah diadakan di Madrasah Manbail Al-Ulum, Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, kampung yang diteroka dan dibuka oleh Abdul Fattah kira-kira 100 tahun yang silam.
Pertemuan bersejarah penuh erti itu berlangsung selama dua hari baru-baru ini di atas inisiatif Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama dengan saudara sepupunya yang turut membantu menjayakan pertemuan keluarga itu.

Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?

Pemuda Amanah Negeri Perak mahu Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyatakan pendirian berhubung kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Dr Zahid Hamidi yang disifatkan menghina dan mengaibkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pemudanya Hasnul Zulkarnain berkata, dalam konteks negeri Perak, Zambry sudah pasti sangat terguris dengan kenyataan rakan sejawatnya itu yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memandangkan Zambry juga berketurunan India Muslim.
"Pemuda Amanah Negeri Perak memandang kenyataan tersebut dengan konteks yang lebih luas lagi dan ia mempunyai agenda politik dalaman Umno-BN. Kemungkinan kenyataan tersebut adalah kaedah percaturan politik dalaman menjelang PRU14 ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."
"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya.
Beliau juga tidak menafikan ada kemungkinan kenyataan Zahid itu menggambarkan Zambry tidak lagi mempunyai tempat dalam PRU14 selepas kemunculan semula Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga bekas Menteri Kewangan 2.
"Umum mengetahui nama Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedang disebut-sebut selepas bekas Menteri Kewangan Kedua itu 'come back' setelah sekian lama menyepi.
"Adakah kenyataan Zahid memberi isyarat Umno tidak lagi mahu lagi Zambry dalam perancangan BN di Perak? Mungkinkah benar khabar angin Husni akan menjadi tokoh utama BN di Perak dalam PRU14 nanti?" soalnya.
Sementara itu, Hasnul berkata, Pemuda Amanah Negeri Perak turut mengutuk tindakan Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yang disifatkan sebagai keterlaluan.
"Sebagai pimpinan nombor dua negara, Zahid tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman melampau seperti itu," katanya.
Read More

[Video Lagi Banyak 'Aib' Zahid Hamidi Yang Akan Terbongkar] "Sekor pon x ada yg melayu, Bos dia pulak Bugis!" Apa taraf akal yang ada pada TPM sehingga sanggup menghina mak bapak musuh politik?

Isnin, 31 Julai 2017

Foto Otai BERSIH.
Sekor pon x ada yg melayu... Bos dia pulak Bugis yg x ada telo.. Amacam..??

Apa taraf akal yang ada pada TPM sehingga sanggup menghina mak bapak musuh politik?



Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad
(MOHAMAD ISKANDAR)
Apabila Datuk Seri Zahid Hamidi mula menyerang keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad, saya terpanggil untuk menulis. Kenalkah beliau siapakah insan yang beliau cerca tersebut?
Mungkin ramai yang tidak mengetahui malah tidak menyedari siapa sebenarnya ayahanda Tun Dr Mahathir. Betapa besarnya jasa yang pernah di lakukannya buat negeri Kedah dan Malaysia khususnya.
Janganlah kerana ingin meraih sokongan politik maka keluarga mahupun keturunan di jadikan sebagai hujah untuk menghalalkan cara. Tidakah ini adalah tindakan dangkal untuk menguasai undi mahupun sokongan. Banyak lagi cara mahupun kaedah untuk merealisasikan hasrat seseorang yang terlibat di dalam dunia politik.
Sepatutnya seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri wajar memperlihatkan kepada rakyat tentang jasa serta sumbangan yang lebih bermakna kepada negara untuk meraih sokongan rakyat. Bukannya mencerca malah menghina susur galur keturunan.
Nabi SAW pernah melarang para sahabat melukakan hati Ikrimah Abu Jahal dengan sejarah yang terdahulu dengan bersabda: “Sesungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal akan datang kepadamu dalam keadaan beriman dan berhijrah, maka janganlah kamu mencela AYAHNYA, karena mencela orang yang sudah mati dapat menyakitkan orang yang masih hidup, walaupun celaan itu tidak sampai kepada orang yang sudah mati.”
MOHAMAD ISKANDAR
Beliau ialah "THE PERSON WHO FOUNDED KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID (KSAH)"
Pengetua Pertama  yang mengasaskan Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH) pada 8 Disember 1908 sebagai "Government English School" (GES) berlokasi berhampiran dengan Balai Nobat di Alor Setar. KSAH merupakan di antara sekolah terawal negara.
KSAH merupakan sekolah Inggeris pertama dan tertua di Kedah itu, kemudiannya dipindahkan ke Jalan Penjara Lama, di belakang IPD Kota Setar, pada 1911 dan sekali lagi dipindahkan ke Jalan Langgar pada tahun 1917, di mana ia kekal di situ hingga kini.
Pengetua pertama KSAH ialah Mohamad Iskandar, bapa kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1935, nama GES secara rasminya ditukar kepada Kolej Sultan Abdul Hamid bersempena nama Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Dianggap sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah, KSAH diberi pengiktirafan sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1999.
Melahirkan Anak Kedah Yang Berwibawa
Boleh dikatakan KSAH sejak zaman berzaman telah berjaya melahirkan ramai pemimpin unggul, cendikiawan, tokoh sukan dan tokoh-tokoh yang terkenal serta berjasa kepada negeri Kedah, mahupun di peringkat nasional. 2 Perdana Menteri Malaysia lahir di sini.
Antaranya ialah;
~Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah - Sultan Negeri Kedah,YDPA ke-5 dan YDPA ke-14
~Tuanku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah - Raja Muda Negeri Kedah
~Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah Ke-5
Osman Bin Haji Aroff- bekas Menteri Besar Kedah Ke-6
~Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj- bekas Perdana Menteri Malaysia pertama.
~Tun Dr Mahathir bin Mohamad - bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4.
~Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya - bekas Menteri Besar Kedah ke-2
~Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin - bekas Menteri Besar Kedah ke-3
~Tan Sri Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin - bekas Menteri Besar ke-4,T.Y.T Yang di-Petua Negeri Melaka Ke-5
~Datuk Seri Chor Chee Heung - Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
~Tun Daim Zainuddin - bekas Menteri Kewangan Malaysia ke-6
~Prof. Emeritus Shahnon Ahmad - Sasterawan Negara
~Tunku Osman Tunku Mohammad Jiwa - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
~Tan Seri Murad b. Ahmad - Ketua Pengarah Penjara ke-4
~Tun Zaki Azmi - Bekas Ketua Hakim Negara
~Tan Sri Azizan Ariffin - Panglima Angkatan Tentera Malaysia
~Dr Uthman el-Muhammady - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan. Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.
~ Tan Sri Ilyas bin Haji Din - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke-13
~Tan Sri Mohamed Khir Johari - Menteri Pendidikan
~ACP Abd Razak bin Mohd Yusoff -satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang pernah berkhidmat dalam PDRM.
~Datuk Azhar Mansor - Wira Samudera Negara
~Sukar nak di bayangkan berapa ramai lagi hasil keluaran KSAH yang memberi khidmat serta manfaat kepada rakyat dan negara
~Malah ramai juga ahli sukan di peringkat negeri mahupun negara hasil keluaran KSAH yang tidak dapat di nyatakan di sini.
Kesimpulan
Sekurang-kurangnya beliau telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan amal jariah serta jasa yang baik kepada generasi yang akan datang menerusi bidang pendidikan.
Marilah kita doakan yang terbaik buat beliau. Semoga segala amal jariah yang ditinggalkan oleh beliau mendapat Rahmat oleh Allah SWT.
DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312).
Mazhar Yusof
Old Collegian
(SAHOCA)
Read More

[Video Zahid 'kaki pembohong', kata Mahathir] Malaysia terus harum 'membusuk' ke pelusuk dunia? Mahathir cabar Zahid tunjuk 'IC Kutty'.

Isnin, 31 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.

Biar Gambar Berbicara...

Pasangan mantop lagi secocok di abad ini.. nama Malaysia terus harum membusuk ke pelusuk dunia di era pemerintahan mereka..

#MariBelajarSejarah

Kenali Asal Usul Pemimpin Kita !



Mahathir cabar Zahid tunjuk 'IC Kutty'



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan dakwaannya mengenai nama sebenar Mahathir seperti yang didakwa.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat anggota parlimen Bagan Datoh itu.
"Tak pernah lagi sesiapa yang menyentuh perkara ini dengan memberi asal-usul saya yang berbeza daripada diketahui umum.
"Ini adalah satu kenyataan yang cukup baiklah untuk kita tunjuk betapa Zahid ini kaki pembohong," katanya dalam kenyataan video, hari ini.
Semalam, Zahid yang juga naib presiden Umno membangkitkan sejarah Dr Mahathir yang berketurunan India dan mendakwa bekas bosnya itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.
Zahid yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Dr Mahathir, yang menurutnya memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."
"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty.
"Orang itulah yang memperjuangkan agenda Melayu untuk mempergunakan Melayu.

"Bila habis madu sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya, semalam.
Sementara itu Dr Mahathir berkata, Zahid adalah kaki pembohong kerana dia tidak boleh menunjukkan kad identiti lama berwarna biru itu.
"Saya masih ingat kad (pengenalan) yang pertama yang saya terima ketika saya masih di universiti pada masa itu,” katanya.
"Tapi kalau dia boleh tunjuk saya nak tengoklah. Jangan sembunyi, jangan buat macam Apandi (Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali).

“Apandi bila tunjuk, tak ada apa-apa, tapi masuk dalam akta rahsia kerajaan.
"Yang ini Zahid nak rahsia juga? Tunjuklah," katanya.
Tambah Dr Mahathir beliau malu kewujudan orang seperti Zahid dalam kabinet Malaysia.
"Saya malu ada orang macam ni boleh ada dalam kabinet Malaysia," katanya.

Malaysiakini.
Read More

[Video Khairuddin lapor polis terhadap Zahid, JPN] SIAPA YANG BOHONG? JPN atau ZAHID? Zahid perlekeh Kutty, apa kata KIMMA?

Isnin, 31 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.


Sejarah Tak Pernah Menipu..

1) "Tiga pemimpin pembangkang jadi dalang isu Lahad Datu", kata Zahid (26/4/2013). TETAPI HINGGA SEKARANG ZAHID terus membisu tidak berani dedahkan nama2 pemimpin pembangkang tersebut.

2) "Saya sendiri berjumpa penderma RM2.6 bilion", kata Zahid (22/8/2015). TETAPI HINGGA SEKARANG ZAHID tidak berani nak dedahkan identiti penderma tersebut.

3) "Ketua Pengarah JPN sendiri beri maklumat (kad pengenalan biru Tun Mahathir) kepada saya", kata Zahid (30/7/2017). TETAPI ZAHID tidak berani nak tunjuk kebenaran rupa sebenar IC biru Tun Mahathir di telefon bimbitnya kpd tatapan umum.

ANDA PERCAYA KATA-KATA YG KELUAR DARI MULUT ZAHID ??!

KENAPA nama yg tertera pada IC biru Tun Mahathir itu adalah 'MAHATHIR BIN MOHAMAD'.. bukannya "Mahathir a/l Iskandar Kutty" spt yg didakwa Zahid itu ??!

UNTUK MAKLUMAN, gambar asal IC biru Tun Mahathir itu adalah ehsan daripada Jabatan Penerangan Malaysia.

SIAPA YANG BOHONG ??.. Jabatan Penerangan Malaysia ATAU ZAHID ?

Zahid perlekeh Kutty, apa kata KIMMA?

Kimma Zahid 3
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) digesa menyatakan reaksinya ekoran tindakan pemangku Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam memperlekeh keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Peguam Zulhazmi Shariff (Gambar bawah) berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri itu mendedahkan Mahathir adalah anak lelaki Iskandar Kutty menggambarkan sikap rasis dalam Umno.
Zulhazmi Shariff"Unsur perkauman sempit seperti ini sudah berakar umbi dalam Umno yang sukar dibuang. Itulah Umno. Apa komen dan pandangan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)?
"Jika Tun Dr Mahathir yang disokong dibela dulu pun Zahid boleh hina sedemikian, di mana agaknya taraf dan kedudukan ahli-ahli KIMMA pada Zahid dan kerajaannya?
"Adakah mereka boleh menerima sindiran Zahid?" soal Zulhazmi merujuk kepada tindakan Zahid yang mendakwa Mahathir adalah keturunan India yang hanya memperalat Melayu ketika merasmikan penutup Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kelana Jaya.
KIMMA yang ditubuhkan pada 1976 didaftarkan sebagai parti politik yang menyuarakan kepentingan masyarakat India Muslim dalam semua bidang.
Mempunyai 12 buah pejabat di 12 buah negeri di seluruh negara, KIMMA turut secara terbuka membantu jentera BN untuk berkempen dalam pilihan raya termasuk pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar tahun lalu.
Mengulas lanjut, Zulhazmi mempersoal tindakan Zahid ketika Presiden Umno, Najib Razak pada 18 Julai lalu memberitahu kerajaan sedia mengkaji secara mendalam tuntutan supaya masyarakat India Muslim diberi status Bumiputera.
Najib pada majlis Hari Raya dihadiri masyarakat India Muslim di Seri Kembangan, Selangor berkata, pihaknya menerima India Muslim sebagai Bumiputera dan akan mengkaji pemberian status itu sama ada pentadbiran atau pewartaan.
"Apa tujuan Zahid? Adakah Zahid hendak katakan keturunan India tidak baik yang suka mempermainkan orang lain demi kepentingan tertentu?
"Baru-baru ini, Perdana Menteri mengiktiraf keturunan India Muslim sebagai bumiputera sehingga Presiden MCA melompat," bidasnya lagi dipetik dari status Facebook beliau.
Read More

[Video Siapa Iskandar Kutty?] Zahid serang peribadi Tun M kerana kecewa tidak direstu jadi PM, dakwa ahli MPT Bersatu.

Isnin, 31 Julai 2017


Image result for Iskandar Kutty
Iskandar ialah datuk Dr Mahathir, bukan bapanya, kata Marina

Serang peribadi Tun M kerana kecewa tidak direstu jadi PM, dakwa ahli MPT Bersatu

Zahid Mat Arip
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zahid Mat Arip mendakwa  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat restu melantiknya sebagai perdana menteri sekiranya berjaya menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Zahid  menerusi rakaaman video mendedahkan pertemuan itu berlaku setelah Ahmad Zahid dilantik menjadi timbalan perdana menteri, beliau ujarnya,  pernah  berjanji kepada Dr Mahathir akan menjatuhkan Najib dalam tempoh tiga bulan selepas pelantikannya.
"Tidak sampai sebulan jadi TPM dia mengadakan pertemuan sulit berjumpa Dr Mahathir di rumah Dr Mahathir. Dia minta restu nak tumbangkan Najib sebagai PM dalam masa 3 bulan dan minta restui untuk jadi PM mengantikan Najib.
"Dr Mahathir walaupun marah kepada Najib tetapi beliau tidak setuju dengan cara Zahid. Dr Mahathir minta supaya parti tentukan kedudukan siapa perdana menteri selepas Najib berjaya ditumbangkan," ujar Zahid dalam video yang berdurasi 4 minit itu yang dirakam.
Oleh kerana kekecewaan dakwanya lagi, Ahmad Zahid memilih untuk mengampu Najib yang juga Presiden Umno.
"Dia balik dengan perasaan kecewa tidak dapat restui daripada Dr Mahathir.
"Dia memilih untuk mengampu Najib habis-habisaan tetapi tak reti cara nak mengampu..inilah 'standard' timbalan perdana menteri yang kita ada...," ujarnya dalam nada yang kesat.
Beliau turut berkata pernah diberitahu oleh Tan Sri Aziz Shamsuddin supaya berhati-hati dengan Ahmad Zahid dengan berkata:"Dia letak keris dibelakng bila tunduk keris keluar, " bagaimanapun Zahid menjelaskan beliau tidak terkejut dengan pesanan oleh Aziz itu.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri itu ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya semalam yang mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.
Menurut Zahid lagi, beliau tidak terkejut dengan ucapan yang dibuat oleh Ahmad Zahid.
"Dia cuba wujudkan rasa benci ahli Umno kepada Dr Mahathir yang telah berkhidmat sebagai Presiden dan Perdana Menteri selama 22 tahun dengan mengaitkan Dr Mahathir bukan Melayu tulen tetapi berdarah mamak.
"Apa salah punyai darah mamak dalam tubuh badan kita, darah india dalam tubuh badan dia..macam dia berdarah jawa, salah? tak salah.
"Saya ingat arwah bapanya pada  masa kelahirannya,  nak namakannya 'Ahmad Darogi bin Ahmad Tarmizi' tetapi ada ustaz bagi tahu nama itu tak sedap bunyi berdengung jadi tukarkanlah namanya kepada Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya nak bagi tahu... orang tidak benci Dr Mahathir orang sayang Dr Mahathir yang benci Dr Mahathir adalah dikalangan penyangak dan penyamun," tegasnya.
Zahid juga berkata, dalam barisan kepimpinan Umno sesiapa pemimpin yang mempunyai darah 'mamak' tidak akan mendapat tempat di dalam Umno.
"Dalam masa sama pimpinan Umno yang berdarah mamak seperti Tan Sri Irwan Serigar, Aziz Rahim, Aziz Sheikh Fadzir, Reezal Merican tidaklah berkecil hati dengan Zahid Hamidi. Kalau orang yang berdarah mamak ini tidak ada tempat dalam Umno," dakwanya.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena