Friday, 14 July 2017

[Video 'PM ke-7 akan kita isytihar, hari ini isytihar PM ke-8'] Najib terpalit skandal hutang RM42 bilion? 'Singapura pula hukum pesalah 1MDB, kenapa Malaysia belum?'

Jumaat, 14 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.


Najib terpalit skandal hutang RM42 bilion..
BUKAN ISU PENTING !!!

RM2.6 bilion masuk akaun bank peribadi Najib..
juga BUKAN ISU PENTING !!!
YANG PENTING.. jaga hati rakyat, bg #BR1M supaya UMNO & BN BOLEH MENANG lagi 'rompak' kekayaan negara & kantong rakyat..

'Singapura hukum pesalah 1MDB, kenapa Malaysia belum?'

Peguam Negara (AG) diminta menjelaskan mengapa siasatan 1MDB di Malaysia masih belum menghasilkan sebarang keputusan, sedangkan Singapura telah mengambil tindakan apabila menghukum individu yang terlibat.
"Negara lain bukan hanya dah selesaikan siasatan mereka tetapi juga menyelesaikan proses perbicaraan. Mereka yang bertanggungjawab sudah pun menjalani hukuman, tetapi di sini kita belum bermula lagi.
"Ini pastinya tak mencerminkan yang baik bagi peguam negara. Dia mesi memberikan penjelasan," kata Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau memetik bekas perancang harta tanah BSI Singapura, Yeo Jiawei, yang dijatuhi hukuman penjara 54 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pengubahan wang haram dan dakwaan menipu berkaitan 1MDB, Rabu lalu.
Yeo, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan itu, dengan lapan tuduhan lain yang diambil pertimbangan oleh mahkamah Singapura. Beliau sudah menjalani hukuman penjara 30 bulan setelah disabitkan atas empat tuduhan mengganggu saksi.
Sebaliknya, Tan Sri Mohamad Apandi Ali kekal mengatakan pihak berkuasa Malaysia tidak menemui sebarang salah laku berkaitan dengan dana Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu.
Gobind berkata, Apandi harus menjelaskan kepada orang ramai berhubung kelewatan tindakan kes itu di Malaysia dan mendedahkan statusnya pada masa ini.
"Dia perlu jelaskan mengapa masih belum ada tindakan diambil di Malaysia. 
"Dia sepatutnya menyatakan mengenai apa yang telah dilakukan dalam siasatan ini dan bila kita akan dapat lihat tindakan, jika ada, yang diambil dalam hal ini," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena