Kasihan Presiden Indonesia yg tak paham2 konsep Islam Wasatiyyah Najib.. Najib Rosmah anak-beranak SERTA MENANTU dipunggah semua sekali berjoli sakan holiday terbang ke luar negara guna jet VVIP mewah kerajaan.
Kalau tak mampu, buat cara tak mampu dok je bercuti dlm negara shj..
Kalau tak mampu, buat cara tak mampu dok je bercuti dlm negara shj..
Peneroka dijerut hutang, perjanjian berat sebelah
Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Hulu Selangor mendedahkan keluarga mereka dijerut hutang akibat perjanjian tanam semula yang dianggap berat sebelah dengan kadar faedah yang tinggi.
Generasi ketiga peneroka Felda Gedangsa, Syafiq Musa, berkata, golongan peneroka pada masa ini tidak lagi diberi penjelasan berkenaan kaedah tanam semula selain dibebani hutang ratusan ribu ringgit.
"Kami mahu kerja-kerja ladang diterangkan kepada peneroka dengan memaklumkan bila mula tebang dan tanam semula bukan sekadar serah borang suruh tandatangan.
"Kalau dulu, tiga tahun tanam boleh ambil pinjaman sara hidup tetapi sekarang perlu menanti sehingga lapan tahun. Pinjaman sara hidup pula bersifat hutang dengan kadar faedah tinggi mencecah 6.25 peratus," ujarnya.
Menurutnya, lebih malang apabila peneroka tidak diberi penyata hutang dengan bebanan ditanggung oleh waris maasing-masing.
"Kebanyakan peneroka generasi awal akan ikut saja kehendak Felda tanpa diberi penjelasan yang sewajarnya. Peneroka tidak diberi penyata hutang.
"Apabila ditanya hutang berapa, ada yang jawab RM100,000, RM200,000. Paling membimbangkan kami, timbunan hutang ini diwariskan pula kepada anak, cucu," tegasnya dipetik dari akhbar mingguan Amanah terbaharu Edisi 58.
Beliau menyifatkan syarat-syarat dalam Perjanjian Tanam Semula Kali Kedua dan Pengurusan Kebun antara Felda dan peneroka rancangan lebih banyak menyebelahi anak syarikat Felda iaitu Felda Technoplant Sdn. Bhd. (FTP) yang dilantik untuk menguruskan kebun peneroka.
Jelasnya, peneroka dibebani dengan potongan Caruman Tabung Tanam Semula, Tabung Pemulihan Ladang dan Jalan Pertanian pada setiap bulan dan bagi setiap ekar kebun yang diusahakan.
Walau bagaimanapun, katanya, manfaat hasil kutipan tabung terbabit menimbulkan tanda tanya apabila dilihat gagal disalurkan kembali demi kepentingan peneroka rancangan.
"Duit pelbagai jenis tabung itu bila kita tanyakan mana perginya, pihak Felda gagal jawab. Kita pertikaikan sebab kenapa hutang peneroka terus bertambah sedangkan setiap bulan peneroka bayar.
"Masalah ini bukan sahaja berlaku di sini (Felda Gedangsa). Semua tanah rancangan pun alami isu sama. Sepatutnya hasil Tabung Tanam Semula dan Tabung Pemulihan Ladang digunakan kembali sesuai dengan namanya.
"Kalau tidak dimanfaatkan kepada peneroka, jadi hasil menabung itu untuk siapa? FTP tidak mengurus ladang secara efisien. Hutang ditanggung peneroka tapi keuntungan diambil oleh FTP, " bidasnya.
Mengulas lanjut, Syafiq berkata, pihak FTP menggunakan pelbagai alasan apabila peneroka mengadukan masalah termasuk alasan pekerja tidak mencukupi selain masalah kontraktor.
"FTP patut pastikan mereka cukup pekerja dan kontraktor lantikan mereka buat kerja. Mereka tidak boleh lepas tangan.
"Bagi projek pada kontraktor kemudian lepas begitu saja sebab tanggungawab FTP pastikan kontraktor berkebolehgan menguruskan ladang.
"Felda lantik FTP urus kebun sawit peneroka sudah lebih 10 tahun lalu. Sebelum adanya FTP, tiada masalah seperti sekarang ini sebab Felda yang urus tender, lantik kontraktor.
"Sekarang, bila pengurusan ladang diserah kepada FTP, kontraktor pula biasanya akan buat pula subkontraktor. Itu yang kos pekerja jadi rendah dan akibatnya mereka kerja sambil lewa," tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment