Saturday, 9 March 2013

Lahad Datu News: Sadis! Kejam! Tanpa Foto..Ngeri...!!!

Sabtu, 9 Mac 2013
007 : 30 % UNTUK TABUNG PERAJURIT LAHAD DATU!
sabahkini.net
Oleh : A.G. TAYLORS
SEMPENA menghargai pengorbanan perajurit negara dalam Tragedi Berdarah Lahad Datu, Sabahkini.net menganjurkan tabung derma berdasarkan jualan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir.

Ketua Pengarang, Mutalib M.D menjelaskan demikian setelah cetakan ketiga buku berkenaan siap pagi tadi dan jualan berkenaan berkuat kuasa SERTA MERTA.
"Kita menghargai jasa para perajurit negara yang bertugas dan sanggup menggadai nyawa dalam peperangan menentang keganasan kerana kita telah sejak ditubuhkan sekitar 2006, Sabahkini.net telah lama mendedahkan anasir subversif yang boleh mengancam negara," ujar Mutalib.

Kata Mutalib, perjuangan beliau dan Sabahkini.net menegakkan kebenaran tidak pernah luntur sekalipun mendapat kutukan dan cacian banyak pihak; bahkan tidak pernah mendapat sebarang bantuan kerajaan.

"Kita beri peluang kepada rakyat Sabah untuk berbakti kepada negara dengan membaca buku penting ini kerana majoriti kandungannya telah terdedah dalam Prosiding RCI Sabah dan bukannya cerita dongeng," ujar Mutalib yang tidak menetapkan sasaran atau jumlah derma kerana keikhlasan rakyat Sabah amat penting.

Tegas Mutalib, beliau memilih tajuk buku berkenaan kerana percaya suatu hari nanti akan muncul seorang lelaki Malaysia terakhir yang akan mempertahankan Sabah dan negara Malaysia dari sebarang pencerobohan dan keganasan.

"Sejak Sabah merdeka sehingga kini, kita masih tercari-cari siapakah lelaki Malaysia terakhir kerana kita masih hidup dalam ketakutan untuk berjuang sekalipun telah dimerdekakan British!," ujar Mutalib yang menyatakan apa yang diperjuangkan beliau selama ini adalah bayangan kepada apa yang berlaku hari ini.

Sehubungan itu, sebagai mengenang jasa perajurit negara mempertahankan kedaulatan Sabah, maka beliau akan menyerahkan 30 % daripada jualan buku berkenaan yang telah memasuki cetakan ketiga.

"Harga pasaran buku berkenaan ialah RM111 termasuk belanja pos. RM33.33 adalah untuk Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu. Kita akan menyerahkan derma berkenaan kepada Kerajaan Malaysia pada 16 September 2013 atau masa yang akan ditetapkan kelak," ujar Mutalib yang memberitahu beliau sedang menulis buku baru, 'RCI-MARUAH YANG TERGADAI?'

Menurut Mutalib, buku berkenaan boleh dipesan terus dengan menghantar email kepada sabahkini.net@gmail.com. Bayaran boleh dimasukkan ke akaun semasa Sabakini Media Network 564128621872 di Maybank dan buku akan dihantar kepada pembeli dalam tempoh 7 hari bekerja.
Sabahkini.net.
PAS SABAH sumbang kepada keluarga polis terkorban
(Pesuruhjaya PAS Sabah serta lain-lain bergambar kenangan dengan keluarga Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit yang terkorban)

KOTA KINABALU: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah hari ini menghulurkan sumbangan kepada balu Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit yang terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabtu lalu.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Naib Ketua Muslimat PAS Sabah, Faizah Antong di rumah Allahyarham di Kampung Darau, dekat Menggatal di sini pagi tadi. (gambar)

Turut serta ke rumah Allahyarham adalah Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling dan beberapa pimpinan PAS Sabah bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga Allahyarham.
Baharin, 50, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, mula bertugas sebagai anggota polis pada tahun 1984, meninggalkan seorang balu, Sumiati Suarah, 40 dan dua anaknya Mohd Izzat, 16 dan Nur Izzaty, 11 tahun.

Lima lagi yang terkorban ialah ialah Supritendan Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, Asisten Supritendan Michael Padel Sano dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Koperal Salam Tongiran (IPD Tawau) dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran (PGA Tawau).
Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu dan Semporna.
Harakahdaily.
Ditawan Kemudian Dipenggal Kepala
PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM!!

Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia Berlaku Di Mexico!!!

Cai sekoq ni kalau jib kencing dia kata lembu yang kena seblih tu anwar, mesti percaya pa, memang setan cai sekoq ni, kan dah kantoi.....!!!

Polis telah memberi amaran mengenai kejadian video orang yang dipenggal kepalanya yang didakwa adalah anggota polis semasa kejadian di Semporna...Mohon saudara dan saudari untuk memberhentikan penyebaran tersebut kerana Video itu adalah palsu. Video sebenar ini berlaku di Mexico..disertakan link berkaitan. Mohon share supaya tiada orang lagi yang tertipu....

Rujuk Sini - http://www.bestgore.com/beheading/man-fingers-cut-off-beheading-narcos-mexico/

Betul kat orang-orang bijak pandai berpolitik, cai ni memang kuat auta...memang betul..diorang ni kuat auta...putaq belit...tentera dan polis buat latihan kat lahad datu pun dikatakan perang dengan tentera sultan sulu....
Oh Rakyat.Blogspot.
*Gambar Sekadar Hiasan Tiada Kaitan Dengan Lahad Datu
Kedamaian Kg Simunul, Samporna Tiba-tiba Menjadi Gempar
LAHAD DATU : Ditawan kemudian di penggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala./~sabahkini.net

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena