Friday, 31 August 2018

[Video Kerajaan takkan aniaya Bumiputera] PM: DEB gagal capai matlamat kerana sikap Bumiputera.

Sabtu, 1 September 2018

PM: DEB gagal capai matlamat kerana sikap Bumiputera

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan kaum Bumiputera supaya mengubah sikap mereka dan merebut peluang yang disediakan kerajaan jika mahu berjaya.
Menurut Mahathir, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini gagal mencapai matlamat akibat sikap kaum Bumiputera sendiri yang gemar mengejar keuntungan dengan cara mudah.
"DEB tidak mencapai matlamat seperti yang kita jangka. Kita (kerajaan) cuba sedaya-upaya tapi kita dapati tabiat nak mendapatkan keuntungan cepat buat mereka tidak berjaya.
"Yang berjaya adalah bukan Bumiputera. Kalau faham apa yang saya kata," kata Mahathir ketika berucap di Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018) pagi ini.
Perdana menteri memberikan contoh bagaimana kerajaan memberikan kontrak kepada Bumiputera, tetapi akhirnya mereka menjualnya kepada pihak lain.
"Tabiat ini mesti dihapuskan, kita mesti sanggup gunakan peluang habis-habisan. Dapat biasiswa belajar rajin-rajin, dapat kontrak kerjakan sendiri, dapat AP, buat business, (Tapi) mereka yang jual AP miskin dan sepanjang masa terus meminta-minta lagi," katanya.
Justeru itu, Mahathir berkata kaum Bumiputera perlu mengubah sikap mereka supaya tidak ketinggalan terutama dengan penguasaan kaum lain di bandar-bandar besar.
"Apabila kita miskin maka kita terdedah kepada tekanan dari yang kaya hingga akhirnya kita tinggal di pinggir-pinggir hutan.
"Bandar bukan kita punya, kalau kira bandar dimiliki satu kaum, luar bandar dimiliki kaum yang lain.
"Yang miskin harus tunduk pada yang kaya, kalau kita jadi pemandu kereta, adakah kita tuan atau yang belakang tuan?" soalnya.
'Jadi kuli orang bukan tuan'
Dalam ucapannya perdana menteri turut mengingatkan Bumiputera bahawa untuk maju mereka perlu berani melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
"Tak guna laung ketuanan Melayu, jadi kuli orang bukan tuan. Kita akan merosot lagi; proses ini akan berterusan, unless enters into business (kecuali menceburkan diri dalam perniagaan)
"Bangsa yang maju kerana budaya mereka. Kita perlu ubah nilai hidup kita supaya mengamalkan nilai hidup yang boleh beri kejayaan pada kita," katanya.
Mk.
Read More

[Video MCA hapus Hak Bumiputra? Padah Petik Nama BNM Lavida Coin Diharamkan Serta-merta?] WAHAI KORUPTOR...Tunggu Masa Saja Masuk Penjara.

Sabtu, 1 September 2018


Tumpang sekole.
WAHAI KORUPTOR...
TUNGGU MASA SAJA MASUK PENJARA
Kata Mat Sabu, Menteri Pertahanan, Tun M telah beri amaran keras kepada jemaah menteri siapa saja dapati melakukan rasuah terus dipecat tanpa sedu sedan, lelehan air mata. Amaran itu buat semua politikus yang menikus, MB-MB dan KM-KM yang gila harta dunia, korup keparat, dilaknati rakyat.
Dari sumber yang layak dipercayai dikatakan sebahagian besar ketua kementerian, jabatan kerajaan dan GLC korup sampai ke tulang sumsum. Maharaja segala perompak, koruptor kelas cakrawala ialah Najib Razak yang dipacu oleh bininya, si montel super rakus, pemilik ratusan beg tangan Hemes berharga beratus ribu rgt setiap satu itu. Kalau maharaja penyamun kencing berdiri maka tak hairan bin pelek para menteri, pegawai-pegawai tinggi kencing berlari sambil merembat apa yang dapat.
Tun Mahathir bijak melantik pasukan penasihat ekonomi pimpinan Tun Daim Zainuddin terdiri dari mereka yang pengalaman dan keilmuan di bidang ekonomi tidak dapat ditandingi oleh Anwar atau Rafizi yang menyalak di angin lalu. Memang kedudukan kewangan negara parah. Perompak bernama Najib Razak, kalau di negara komunis, akan ditembak. Di US seorang ahli perniagaan Wall Street, Merdof, yang menipu para pelabur sebanyak USD60 bilion dihukum penjara 150 tahun. Bayangkan Najib yang memperkosa dana negara berbilion-bilion tentu dia reput mampus dalam penjara di US. Banyak orang meramalkan Najib akan dipenjara lebih 100 tahun menurut berbagai tuduhan dan penyelewengan serta pecah amanah yang dilakukannya berjumlah beratus bilion ringgit.
Sebelum akhir tahun 2018 sebahagian besar koruptor terdiri dari bekas menteri, ketua-ketua GLC, Tabung Haji, Felda, berbagai pegawai tinggi kementerian dan juga kerajaan Negeri akan diheret ke mahkamah kelak. Mereka adalah pengkhianat negara. Tidak ada maaf bagi mereka. Sekiranya ada kongkolikong antara penjenayah dengan pihak berkuasa lainnya maka mereka mesti diamankan. Sekiranya ada hakim yang super korup jangan bagi muka. Mereka mestio dihadapkan ke pengadilan juga.
Ingat yang berkuasa sekarang bukan parti politik atau istana tapi rakyat jelata. Yang menumbangkan rejim korup UMNO/BN dan maharaja perompak Najib ialah rakyat. Rakyat yang mahu Tun M menjadi pemimpin kerajaan, bukan matyeh-matyeh lain yang meroyan hendak jadi PM atau mengteri kanan lainnya. Sekarang Tun M mendengar rintihan rakyat kerana beliau memegang amanah Allah dan rakyat. Sekiranya ada matyeh meroyan menggugat kedudukan Tun Mahathir jangan terkejut beruk kalau rakyat menyerang mereka kerana mempertahankan Tun Mahathir.
Soal korupsi tak ada kompromi. Tun Mahathir mendapat berbagai maklumat dari kalangan rakyat terhadap salahlaku, korupsi yang dilakukan oleh mereka yang super korup. Awas, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri. Jangan ingat kalian jauh dari Putrajaya segala kongkolikong kalian tidak diketahui Putrajaya. Ada MB dalam perhatian serius pihak tertentu. Sudah ada kaum keluarga dan sahabat handai memperait berbagai projek dan khazanah negeri. Besar kemungkinan menteri besar ini pun tak akan menyalak lagi.
Najib bukan saja membangsatkan rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, tetapi dia juga membangsatkan para pegawai kerajaan yang menjadi super korup. Yang menjadi spy pun tumpang sekaki tanpa segan dan malu melanun. Semua yang melakukan pengkhianatan ini orang Melayu beragama islam. Yang menjadi balaci, juak-juak pemakan dedak menyokong maharaja penyamun juga orang Melayu beragama Islam termasuk lebai dan haji songsang. Allah pun mereka tipu menajai beribu orang yang jahil agama menunaikan haji melalui wang samunan 1MDB. Paling lucu beberapa orang bekas menteri terkenal super korup juga menunaikan haji dan umrah menjadi super jutawan maupun bilioner dari korupsi dan salahguna kuasa. Apakah mereka ini manusia atau syaitan yang bertopengkan manusia.

Read More

[Video BAKI TUNAI APA YANG NAJIB TINGGALKAN?] 'Hasutan Melampau', mohon kerajaan PH bertindak tegas kpd pentaksub2 Umno/BN @ Pas yg meroyan sejak kalah PRU14 & ANWAR MASUK KABINET JUN 2019?

Sabtu, 1 September 2018
Foto Suara Rakyat.
Fitnah yang diulang-ulang tanpa rasa bersalah.
#FitnahSebabKecewaSakitHati
Foto Otai BERSIH.
Hasutan melampau..mohon kerajaan PH bertindak tegas kpd pentaksub2 Umno/Bn atau Pas yg masih meroyan sejak kalah pru14..meroyan sakan yg membahayakan negara puak2 ni..


Sebarkan..


ANWAR MASUK KABINET JUN 2019?

Setelah disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, Anwar Ibrahim kini melangkah setapak lagi untuk menuju cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Beliau dijangka akan kembali menjadi Ahli Parlimen pada Oktober ini.

"Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke Parlimen, insya Allah jika menang pilihanraya kecil sebelum hujung tahun ini...mungkin Oktober," kata Anwar dalam temubual dengan sebuah portal berita.

Meskipun beberapa Ahli Parlimen PKR dilaporkan sedia menawarkan kerusi mereka untuk Anwar, tetapi beliau sehingga ini belum lagi membuat keputusan kawasan mana yang akan dipilihnya.
Cuma yang pasti, beliau tidak akan bertanding di Pandan atau Permatang Pauh kerana kedua-dua penyandang kerusi itu, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah telah membuat kenyataan mereka tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing demi untuk memberi laluan kepada Anwar.

Di mana pun Anwar bakal bertanding, kecuali jika ada Ahli Parlimen yang meninggal dunia, yang pasti satu pilihanraya kecil akan berlangsung pada Oktober nanti.

Sementara itu, bukan menjadi rahsia lagi kerana sudah menjadi perbualan ramai dalam PKR bahawa selepas menjadi Ahli Parlimen, Anwar dikatakan akan segera menyertai kerajaan seawal Jun 2019.

Ia dilakukan dengan Dr. Wan Azizah diberitakan sudah sedia untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada Anwar mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri yang didudukinya sekarang.
Ini bermakna Dr. Wan Azizah hanya memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan selama setahun saja sejak mengangkat sumpah pada Mei lalu.

Dengan  menjadi Timbalan Perdana Menteri semula, secara tidak langsung  Anwar akan bergandingan buat kali kedua dengan Tun Mahathir Mohamad dalam mentadbir negara seperti ketika mereka bersama-sama dalam UMNO dahulu sebelum hubungan itu berakhir pada 2 September 1998.

Kembalinya Anwar dalam kabinet juga dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan pimpinan Tun Mahathir kerana majoriti anggota kabinet yang ada sekarang adalah muka-muka baru yang tidak pernah ada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan.

Selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri, berapa lamakah tempoh seterusnya yang Anwar perlukan untuk jadi Perdana Menteri?

Apakah setahun selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau akan diserahkan jawatan Perdana Menteri dan menepati apa yang selalu disebut oleh Tun Mahathir bahawa beliau hanya mahu memegang jawatannya sekarang selama dua tahun saja?

Atau mungkinkah Anwar akan jadi Perdana Menteri lebih awal lagi daripada itu? 

Bila? Januari 2020? (ShahbudinHusin 31/08/2018)

Read More

[Video Bekas PM Memang 'Bodoh' Ekonomi? Tak Ada Moral?] Antara 'Makcik Bond & Bapa Kleptokrasi'!] Adakah siasatan masih berjalan atau siasatan menemui jalan buntu? BILA NAJIB AKAN MULAKAN SAMAN KE ATAS MAHATHIR?

Sabtu, 1 September 2018

Image result for bekas perisik: SPRM rampas tunai AS$6.3 juta
Antara 'Makcik Bond dan Bapa Kleptokrasi'!
Tumpang sekole
Foto Otai BERSIH.
Semangat Kemerdekaan... Senyum abg J... Agak-agak kena saman tak...? 

BILA NAJIB AKAN MULAKAN SAMAN KE ATAS MAHATHIR MENUDUHNYA PENCURI, PEROMPAK...


Masa untuk membuktikan Najib bersalah dalam semua tuduhan sebelum PRU14 sudah mencukupi untuk kerajaan berbuat demikian terutama dengan lantikan AG yg dikatakan super-superman dan perlantikan pesuruhjaya SPRM yang dramatik. 

Malah Rosmah langsung tidak disentuh? Sedangkan ia merupakan sasaran figure yang paling popular. 

Apakah berbaloi untuk kerajaan memberi alasan siasatan masih berjalan atau sebenarnya siasatan menemui jalan buntu?

Apapun kerajaan masih mempunyai alasan yang kuat kerana tertangkapnya lagi beberapa individu yang dianggap team najib. 

Lebih dari itu jo lo juga belum dapat disiasat dan didakwa menyebabkan kedudukan najib belum cukup selamat. 

Dalam situasi ini,  jika Najib benar yakin,  dia di pihak benar,  sudah sewajarnya mula mengatur langkah untuk saman mereka² yang berkaitan. Gunakan peluang sebaik mungkin membersihkan diri. 

Posted by 

Read More

[Video Merdeka Malaysia ke-61 berlangsung meriah di Putrajaya] Ini Negara Kita, Jatuh Bangun Kekal Bersama dan JANGAN LARI! 'Naik Angin Di Hari Merdeka'-Malaysia Akhirnya Merdeka Daripada Najib dan Rosmah! Irwan Serigar tak endah permohonan LHDN, kata menteri.

Jumaat, 31 Ogos 2018

Malaysia Akhirnya Merdeka Daripada Najib 

dan Rosmah 

Jufazly Naik Angin Di Hari Merdeka


Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 8 people, people standing
Image may contain: 19 people, people smiling, people standing
Sambutan meriah Hari Kemerdekaan ke-61 buat kali pertama setelah Umno Barisan Nasional berjaya digulingkan dari tampuk kekuasaan sungguh manis dan penuh bermakna. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sungguh ceria dan bertenaga menyaksikan perbarisan kawalan kehormatan buat kali pertama bersama kerajaan persekutuan Pakatan Harapan.  Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar Ibrahim berada sepentas sederap mengetuai kerajaan dan rakyat Malaysia meraikannya bersama-sama Baginda Tuanku. 
Tumpang sekole.

Irwan Serigar tak endah permohonan LHDN, kata menteri

Menteri Kewangan mendakwa bekas ketua setiausaha Perbendaharaan tidak mengendahkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang meminta supaya memindahkan peruntukan mencukupi kepada Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) seperti sepatutnya.
Kata Lim Guan Eng permohonan itu tidak dipenuhi Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah walaupun ia dibuat secara rasmi melalui surat daripada ketua pengarah LHDN.
Dalam satu kenyataan penjelasan hari ini Lim berkata Ketua Pengarah LHDN menulis kepada Mohd Irwan untuk meminta bekas pegawai kanan kerajaan itu memindahkan lebih banyak wang kepada TBBC.
"Tetapi ia tidak diambil peduli oleh Mohd Irwan," katanya.
Apa yang dilakukan itu, menurut Lim, boleh dianggap sebagai pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik baki kredit untuk digukaan bagi tujuan lain.
Katanya ia juga boleh dianggap cubaan kerajaan BN menutup defisit mereka supaya kewangan kerajaan dalam dipaparkan dalam keadaan ada lebihan.
Lim sebelum itu menjelaskan isu mengenai cukar lebihan bayar - berjumlah RM16.046 bilion sehingga 31 Mei lalu - yang gagal dibayar balik oleh LHDN kepada pembayar cukai sejak lebih enam tahun lalu.
Siapa patut tanggungjawab
Katanya isu itu sedang disiasat polis sebagai kes pecah amanah.
"Baki kredit yang belum dibayar balik oleh LHDN itu melibatkan 1,653,786 syarikat, individu, persatuan dan yayasan," katanya.
Menurut Lim jumlah tunggakan itu besar kerana berlaku kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah TBBC.
Katanya bayaran balik cukai hanya boleh dibuat berdasarkan kepada jumlah baki dalam tabung berkenaan.

Berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara setakat 31 Mei lalu, Lim berkata, baki yang ada dalam TBBC hanya RM1.486 bilion dan ia jauh lebih rendah daripada keperluan semasa.
"Dengan kata lain wujud kekurangan RM14.56 bilion yang menyebabkan 1,653,786 pembayar cukai tidak mendapat balik lebihan bayaran mereka sejak lebih enam tahun lalu.
"Justeru adalah jelas RM14.56 bilion yang tidak dipindahkan dari Kumpulan Wang Disatukan kepada TBBC dianggap sebagai hasil kerajaan oleh kerajaan BN.
"Ini adalah tidak tepat dan terlebih lapor," katanya.
Menurut Lim Jawatankuasa Pengurusan Wang Tunai Kementerian Kewangan mengadakan mesyuarat secara bulanan dan ia dipengerusikan oleh Mohd Irwan.
Lim kemudian membangkitkan persoalan siapa patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang berlaku itu.
"Perkara pokoknya ialah, siapa yang sebenarnya bertanggungjawab? Adakah Mohd Irwan atau mantan menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak, atau kedua-duanya sekali?" katanya.
Mk.
Read More

[Video Terbaik Orang Palestin Puji Tun M! Najib Noooo & PRU15 Nanti Kita Humban PH Kalau Tidak Menunaikan Janji] FRU buat lintas hormat di hadapan mangsa-mangsa watercannon & AG lantik bekas peguam Anwar ketuai pendakwaan terhadap Najib.

Jumaat, 31 Ogos 2018


Foto Otai BERSIH.
FRU buat lintas hormat di hadapan mangsa-mangsa watercannon..
Mesti dia ingat lagi muka2 sapa dia sembur dulu.. Ada yang dah dok atas pentas.

AG lantik bekas peguam Anwar ketuai pendakwaan terhadap Najib

Peguam Negara Tommy Thomas telah melantik dua peguam terkemuka untuk mengambil alih kes-kes berkaitan 1MDB selepas beliau mengambil keputusan melepaskan kes tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, Thomas berkata peguam, Datuk Sulaiman Abdullah akan mengetuai pendakwaan dalam kes membabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Sementara itu, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya kanan bagi menyediakan kertas pendakwaan ke atas kes-kes berkaitan 1MDB.
Sulaiman dan Sri Ram akan berkhidmat dengan kerajaan secara pro-bono.
Thomas membuat keputusan itu selepas menyedari beliau tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kes Najib.
Ini kerana pada masa yang sama beliau perlu menjalankan tugas sebagai peguam negara dan pendakwa raya, serta tuntutan yang pelbagai selaku pegawai undang-undang utama.
"Dengan pelantikan dua individu terkemuka dalam Majlis Peguam ini,
komitmen kami untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia dengan amat serius , dan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat Malaysia, sesungguhnya memang tidak boleh diragukan lagi," jelasnya.
Sulaiman dan Sri Ram pernah berkhidmat sebagai peguam untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa berbeza semasa perbicaraan kes liwat dua.
Awal bulan ini, Najib didakwa dengan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, bersama-sama empat pertuduhan lain yang dipinda, membabitkan wang RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International yang ditemui dalam akaun bank peribadinya.
Mk.
Read More

Thursday, 30 August 2018

[Video Lokman Adam syak Hasanah disabotaj? Lokman, Lokman! Hasanah direman bukan sebab 'Surat CIA] Terima kasih aje lah Najib! RAKYAT BOLEH URUSKAN SENDIRI & Cuma rakyat lebih legaa...Lanun sudah tiada.

Jumaat 31 Ogos 2018


Treason Letter to CIA - Najib Razak and Hasanah Abdul Hamid
Image may contain: 1 person
No automatic alt text available.

TERIMA KASIH NAJIB, RAKYAT BOLEH URUSKAN SENDIRI...


Masa memerintah,  nak dapat jawapan dari mulut sendiri,  sangat susah,  Jawapan datang dari mulut orang kedua dan ketiga kononnya takkkan PM nak jawab semua soalan,  wartawan nak tanya pun ada yg dihalang.. 

Di Parlimen ada pula larangan tanya soalan,  akhirnya rakyat tanya dalam jamban.. Maka jawapannya tentulah najis. 

Dulu rakyat ditipu umno,  dan sekarang ni rakyat diipu PH? Apa bezanya? 


Kalau dulu kamu ignore suara rakyat?  Apa yang kamu bimbang sangat sekarang? 



Hakikatnya rakyat sedang pantau kerajaan baru, tidak ada 100% sempurna,  tidak ada 100% buruk.. Mereka layak diberi tempoh masa sekurang kurangnya 2023.

Cuma rakyat lebih legaa.. Lanun sudah tiada.

Posted by 

Read More

[Video Pantun untuk Najib! Terdiam MP2 UmnoBN] Tahniah Pocket Rocket Man! #EmasKe5! Kesian juga tengok Najib ni...Mana penyokong2 beliau yang kuat melalak dalam Facebook tuh? Takde pun?

Jumaat, 31 Ogos 2018

Foto Otai BERSIH.

Pecutan Emas Azizul The Pocket Rocket Man Sukan Asia 2018


Related image
Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.
Kesian juga tengok Najib ni. Pemimpin negara macam Tun Dr Mahathir sambut hari kemerdekaan di Putrajaya yang beliau pulak sambut di Taman Botani.
Dah la sambut kat taman, lagi sedih takde sapa pemimpin UMNO yang ada dengan beliau. Penyokong beliau yang kuat melalak dalam Facebook ni pun takde sorang pun ada.
- kehkeh -

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena