Friday, 31 August 2018

[Video MCA hapus Hak Bumiputra? Padah Petik Nama BNM Lavida Coin Diharamkan Serta-merta?] WAHAI KORUPTOR...Tunggu Masa Saja Masuk Penjara.

Sabtu, 1 September 2018


Tumpang sekole.
WAHAI KORUPTOR...
TUNGGU MASA SAJA MASUK PENJARA
Kata Mat Sabu, Menteri Pertahanan, Tun M telah beri amaran keras kepada jemaah menteri siapa saja dapati melakukan rasuah terus dipecat tanpa sedu sedan, lelehan air mata. Amaran itu buat semua politikus yang menikus, MB-MB dan KM-KM yang gila harta dunia, korup keparat, dilaknati rakyat.
Dari sumber yang layak dipercayai dikatakan sebahagian besar ketua kementerian, jabatan kerajaan dan GLC korup sampai ke tulang sumsum. Maharaja segala perompak, koruptor kelas cakrawala ialah Najib Razak yang dipacu oleh bininya, si montel super rakus, pemilik ratusan beg tangan Hemes berharga beratus ribu rgt setiap satu itu. Kalau maharaja penyamun kencing berdiri maka tak hairan bin pelek para menteri, pegawai-pegawai tinggi kencing berlari sambil merembat apa yang dapat.
Tun Mahathir bijak melantik pasukan penasihat ekonomi pimpinan Tun Daim Zainuddin terdiri dari mereka yang pengalaman dan keilmuan di bidang ekonomi tidak dapat ditandingi oleh Anwar atau Rafizi yang menyalak di angin lalu. Memang kedudukan kewangan negara parah. Perompak bernama Najib Razak, kalau di negara komunis, akan ditembak. Di US seorang ahli perniagaan Wall Street, Merdof, yang menipu para pelabur sebanyak USD60 bilion dihukum penjara 150 tahun. Bayangkan Najib yang memperkosa dana negara berbilion-bilion tentu dia reput mampus dalam penjara di US. Banyak orang meramalkan Najib akan dipenjara lebih 100 tahun menurut berbagai tuduhan dan penyelewengan serta pecah amanah yang dilakukannya berjumlah beratus bilion ringgit.
Sebelum akhir tahun 2018 sebahagian besar koruptor terdiri dari bekas menteri, ketua-ketua GLC, Tabung Haji, Felda, berbagai pegawai tinggi kementerian dan juga kerajaan Negeri akan diheret ke mahkamah kelak. Mereka adalah pengkhianat negara. Tidak ada maaf bagi mereka. Sekiranya ada kongkolikong antara penjenayah dengan pihak berkuasa lainnya maka mereka mesti diamankan. Sekiranya ada hakim yang super korup jangan bagi muka. Mereka mestio dihadapkan ke pengadilan juga.
Ingat yang berkuasa sekarang bukan parti politik atau istana tapi rakyat jelata. Yang menumbangkan rejim korup UMNO/BN dan maharaja perompak Najib ialah rakyat. Rakyat yang mahu Tun M menjadi pemimpin kerajaan, bukan matyeh-matyeh lain yang meroyan hendak jadi PM atau mengteri kanan lainnya. Sekarang Tun M mendengar rintihan rakyat kerana beliau memegang amanah Allah dan rakyat. Sekiranya ada matyeh meroyan menggugat kedudukan Tun Mahathir jangan terkejut beruk kalau rakyat menyerang mereka kerana mempertahankan Tun Mahathir.
Soal korupsi tak ada kompromi. Tun Mahathir mendapat berbagai maklumat dari kalangan rakyat terhadap salahlaku, korupsi yang dilakukan oleh mereka yang super korup. Awas, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri. Jangan ingat kalian jauh dari Putrajaya segala kongkolikong kalian tidak diketahui Putrajaya. Ada MB dalam perhatian serius pihak tertentu. Sudah ada kaum keluarga dan sahabat handai memperait berbagai projek dan khazanah negeri. Besar kemungkinan menteri besar ini pun tak akan menyalak lagi.
Najib bukan saja membangsatkan rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, tetapi dia juga membangsatkan para pegawai kerajaan yang menjadi super korup. Yang menjadi spy pun tumpang sekaki tanpa segan dan malu melanun. Semua yang melakukan pengkhianatan ini orang Melayu beragama islam. Yang menjadi balaci, juak-juak pemakan dedak menyokong maharaja penyamun juga orang Melayu beragama Islam termasuk lebai dan haji songsang. Allah pun mereka tipu menajai beribu orang yang jahil agama menunaikan haji melalui wang samunan 1MDB. Paling lucu beberapa orang bekas menteri terkenal super korup juga menunaikan haji dan umrah menjadi super jutawan maupun bilioner dari korupsi dan salahguna kuasa. Apakah mereka ini manusia atau syaitan yang bertopengkan manusia.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena