Sunday, 31 August 2014

MACAI UMNO KANTOI LUMAT LUNYAI Menyamar ..Kali ni di NS pula kelmarin dulu Kedah...

Isnin, 1 September 2014
Serupa sebab menyamar sebagai ahli-ahli PAS buat demo ... sama sebab menggunakan cara ,gaya dan ayat-ayat di plakad hampir sama ... berbeza hanya dilokasi dan macai-macai serta pelakon-pelakon  .. satu di Kedah satu lagi di Negeri Sembilan.

Yang pasti sama, serupa dan sedikit langsung tidak berbeza ialah kantoi menipu yang tidak menjadi memperdayakan rakyat Malaysia yang berfikiran waras ... lagi di adu domba .. lagi tegap dan kukuh kesatuan Pakatan Rakyat.


Diperturunkan fakta adegan menipu tidak menjadi ini...


27hb Ogos 2014 ...  Kira-kira 30 pemuda yang mendakwa diri mereka sebagai ahli Pas Negeri Kedah mengadakan  bantahan di tempat letak kereta Masjid Sultan Muzaffar Shah kira-kira jam 3 petang, semalam.

Bantahan disuarakan melalui kenyataan kain rentang yang jelas tidak bersetuju dengan keputusan Pas Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu.

Antara yang disuarakan melalui kain rentang termasuk ‘Tolong batalkan keputusan Pas Pusat’, ‘Ahli Pas tidak mahu puak Anwarinas dalam Pas’ dan ‘Ahli Pas dikhianati puak Anwarinas’.

Yuslin Yusof yang mendakwa sebagai Ahli Pas Merbok menjelaskan, dia terpanggil bagi mewakili rakan dari Merbok, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan Jerai yang juga bersetuju dengan pendapat itu.

Beliau mendakwa, ahli akar umbi Pas membantah sekeras-kerasnya kenyataan terbaru apabila tidak menyokong Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kami desak agar keputusan itu dibatalkan demi maruah Pas sendiri. Kami juga beranggapan keputusan tersebut dimonopoli atau disabotaj oleh beberapa AJK Pas Pusat yang jelas tidak mencerminkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini menyokong Tan Sri Khalid.

“Keputusan ini jelas menggembirakan kumpulan Anwarinas yang kini bermaharajalela di pucuk pimpinan Pas Pusat.

“Keahlian Khalid dipertikaikan adalah alasan tidak masuk akal memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah ahli pembangkang sebelum 1998.

"Untuk itu, kami mendesak keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu dibatalkan ,” dakwanya.

Bagaimanapun, ketika Sinar Harian ingin menemu ramah beberapa pemuda lain  yang mendakwa mereka adalah ahli Pas, masing-masing keberatan.

Pemuda yang mendakwa diri mereka ahli Pas itu, pada mulanya sibuk berkumpul, bagaimanapun enggan ditemu ramah dan masing-masing cuba meninggalkan kawasan itu dengan segera apabila didekati wartawan.




31hb Ogos 2014 .... Desakan supaya pemimpin Pas tidak tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor terus memuncak apabila ahli dan penyokong akar umbi parti itu di negeri ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkara tersebut hari ini.

Desakan itu dilakukan oleh sebahagian ahli dan penyokong akar umbi Pas Kawasan Seremban, Nilai, Rembau dan Kuala Pilah menerusi perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Terminal 1 sebagai tanda protes khususnya berhubung keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti pada 17 Ogos lalu.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat berkenaan yang mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut ketua kumpulan itu, Zaidi Zainal Abidin, perhimpunan itu adalah suara akar umbi ahli serta penyokong Pas yang membantah keputusan mesyuarat berkenaan.

"Kami tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya serta mendesak supaya dibatalkan demi maruah Pas.

"Kami amat kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin Pas yang tidak menghormati Majlis Syura Ulama kerana mereka lebih takut dan taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Zaidi yang juga ahli Pas Kawasan Nilai, keputusan itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Pas.

"Jika begitu kami mendesak mereka ini supaya keluar daripada Pas dan sertai PKR,'' tegasnya.

Tambahnya, ahli akar umbi juga mendesak pucuk kepimpinan Pas supaya segera menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, melepaskan jawatan.

"Ini kerana ADUN Pas lebih layak serta lebih bersih untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Kita tidak mahu pemimpin Pas menjadi boneka dan alat mainan bagi parti lain,'' ujarnya.
Posted by 
Read More

PRAMUGARI THAI OREINT BERTUDUNG...MAS bila lagi? Apa masalahnya Khazanah!

Isnin, 1 September 2014

PANAS! GAMBAR-GAMBAR PRAMUGARI THAI OREINT BERTUDUNG VIRAL DI MEDIA SOSIAL

Kalau lah MAS dapat tukar imej cabin krew seperti imej cabin crew Muslim Thai Oreint kan bagus..

Kalau Thai Oreint boleh, tak kan MAS tak boleh?


Kita tahu Thailand bukan negara Islam tetapi mereka dapat menghormati pegangan agama rakyatnya walaupun dari golongan minoriti....

Apa masalahnya MAS dimiliki oleh khazanah syarikat kerajaan Malaysia...

Pautan kekal imej terbenam
Kan segak kalau bertudung begini...bukannya sekadar dipakai ketika berkabung...

Kedahkini.

Read More

NGO PASMEB dah dicemari dengan unsur-unsur UMNO sekarang neh!

Isnin, 1 September 2014
Pakatan Anak-anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB)
(Ahli PKR yang dipecat dari parti kemudiannya tubuhkan PASMEB)
Pertembungan pendapat tentang isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan kekecohan semalam selepas soalan diajukan kepada panel berkaitan dengan penyelewengan Khalid dan Bank Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2014.

Demo yang dianjurkan pada 30/8/2014. PASMEB antara organizer yang terlibat. PERKASA pun turut memberikan sokongan. PASMEB neh pada asalnya mereka kata mereka sokong kepimpinan TSKI. Ahli2 PKR yang dipecat dari parti kemudiannya tubuhkan PASMEB. Mereka dipecat dari parti kerana bersikap kritikal terhadap masalah2 dalaman parti PKR yang akhirnya membawa kepada pemecatan keanggotaan parti.


1. Demo yang diadakan kat Klang ini dianjurkan bagi menyatakan sokongan padu kepada sultan Selangor.

2. Yang peliknya, boleh pula geng2 PASMEB neh berkerjasama dengan geng2 UMNO yang mana dulunya geng2 UMNO itu juga yang kutuk TSKI kaw2. Haha.

3. Konon nak tunjuk sokong sultan sebab sultan minta lebih dari 2 nama bagi mengisi jawatan menteri besar Selangor yang baru.

4. Tapi secara tak langsung ini memberikan gambaran yang TSKI ada kaitan dengan UMNO.

5. PASMEB dulu pernah nak buat roadshow untuk nyatakan sokongan kepada TSKI. Siap nak berdemo lagi. Mujur TSKI keluarkan satu kenyataan agar jangan ada mana2 pihak berbuat apa2 untuknya. Terang lagi jelas, dia memang ada niat nak resign dari awal lagi.

6. Ada orang kata PASMEB ialah NGO berbayar. Sapa bayar? Arfa? Tak kot. Sultan Selangor? Tah. TSKI? Lagi la aku rasa tak mungkin. Haha.

7. Yang sebenarnya tujuan PASMEB daripada nak membela apa yang terjadi ke atas TSKI kepada bermain propaganda. Bahkan siap mengarut2 lagi. Contohnya demo sokong sultan. Untuk apa?

8. Siap artis2 join lagi. Percuma ke berbayar? Haha.

9. Herman tino pun ada. Bukan dia ke hari tue nak lawan Anwar di Kajang? Haha.

10. Nampaknya NGO PASMEB dah dicemari dengan unsur2 UMNO sekarang neh. Bahkan aku melihat dorang dah lari dari tajuk utama perjuangan. Harus di ingat, TSKI dah letak jawatan. Dia akan berundur sebagai MB sejurus MB baru dilantik oleh sultan tak berapa lama lagi. Kewujudan PASMEB tak relevan kalau sekadar nak buat demo mengarut. Demo2 mengarut inila buat orang tambah benci kat TSKI tak pasal2.

11. Oleh kerana geng2 PASMEB neh ada yang aku kenal dan aku tahu depa bukan geng2 UMNO, aku harap depa boleh la berhenti dari teruskan buat kerja2 mengarut macam semalam. Bagi aku, yang dah lepas tue lepas la. Lawan guna fakta, hujah. Tak payah nak berpaut pada UMNO semata2 nak tunjuk ko meluat sangat dengan tindakan PKR ke atas TSKI. TSKI pun bijak. Dia guna saluran undang2 untuk tegakkan keadilan. Yang korang neh berdemo bagai walaupun tuan punya badan relax jek resign tak rasa pelik ke apa?

Hadoi aii.. lawak gile ah.

Lagipun. Macam la sultan ingat kat korang time susah. Lalalala... terima la hakikat ya. Sumber

Read More

JKKKP 'under' BN boleh aktif, tiada tangkapan...PPS 'under' PR kena tangkap!

Isnin, 1 September 2014

Peronda sukarela Pulau Pinang cabar undang-undang, kata KPN

Posted & copy by 

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tangkapan terhadap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang adalah kerana mereka ingkar dan mencabar undang-undang. Khalid berkata amaran pihak berkuasa tidak diendahkan. "Saya sudah beri amaran supaya tidak teruskan aktiviti mereka atau saya akan tangkap mereka tapi pertubuhan ini degil.  "Mereka cabar undang-undang negara dan sengaja meneruskan aktiviti mereka," kata Khalid ditemuramah RTM hari ini. Seramai 154 anggota PPS ditahan serta-merta pagi tadi selepas selesai menyertai perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, George Town, pagi tadi. 

Khalid berkata penangkapan tersebut sebagai permulaan kepada tindakan tegas ke atas organisasi tersebut. Beliau juga merujuk komen dalam akaun Twitter miliknya pagi tadi, meminta ahli PPS menyerah diri sebelum kediaman mereka diserbu polis. "Jika mereka tidak datang, kami akan cari mereka di rumah," kata Khalid. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam akaun Twitternya berkata kerajaan negeri bertanggungjawab penuh ke atas PPS. "Dan siapakah kerajaan negeri? 

Sudah pasti semua ahli mesyuarat kerajaan negeri, termasuk ketua menteri," kata Lim. Setiausaha Agung DAP itu mempertahankan PPS sebagai satu pertubuhan yang memberi bantuan semasa kecemasan atau bencana serta membantu masyarakat memantau keadaan. Menjawab hujah Khalid PPS sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Lim berkata pasukan itu ditubuhkan di bawah kerajaan negeri dan sah di sisi undang-undang. Lim sebelum ini berkata kerajaan negeri akan membiayai kos guaman membela ahli PPS ditangkap kecuali mereka yang ditahan atas sebab jenayah. 

Khalid menuduh PPS terpesong dari matlamat sebenar penubuhannya empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat. "PPS telah mula memukul orang, ada wartawan telah dipukul, malah ada orang tak setuju dengan mereka, telah dibelasah mereka... sekurang-kurangnya dua laporan polis telah diterima daripada orang ramai dan pemberita yang dibelasah," katanya. 

Sementara itu, DAP secara rasmi mendesak semua 154 ahli PPS dibebaskan dengan segera, dan berkata tangkapan melulu sedemikian menjejaskan imej polis. "Tindakan polis hari ini suatu penghinaan kepada langkah Putrajaya yang sebelum ini menggesa orang ramai bersama untuk memerangi jenayah," kata ketua biro perundangan DAP, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan.



Buletin Pakatan Rakyat
JKKKP terang-terang bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri dan pembaziran wang rakyat yang hanya untuk kepentingan politik UMNO ..

Kenapa pekara ini dibenarkan oleh pihak berkuasa di negara ini?
Read More

Ketua Polis arah siasat tweet ‘biadap’...‘Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’...

Isnin, 1 September 2014

Ketua Polis arah siasat tweet ‘biadap’ selepas tangkapan ahli PPS

Seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela merakam rakannya ketika perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang di George Town, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2014.
Seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela merakam rakannya ketika perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang di George Town, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2014. 

Ketua Polis Negara hari ini mahu tindakan diambil atas pihak yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya melalui Twitter berikutan tindakan yang diambil polis terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang pagi tadi.
Dalam tweetnya, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Persekutuan memulakan siasatan segera ke atas kes itu.
"PCIRC @PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yg menggelar IGP 'Anjing BN'" katanya. Tweet tersebut dipercayai dibuat seorang bernama Nasrul Omar (@ennasrul) pada jam 12.50 tengahari tadi.
PCIRC merujuk kepada Police Cyber Investigation Response Centre atau Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis yang ditubuhkan Mac tahun ini di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Khalid, yang akaun Twitternya @KBAB51, juga memetik satu lagi tweet yang dianggap menyakitkan hati di mana dia dibandingkan dengan komander Nazi Henrich Himmler.
Pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong (@wonghoicheng) menulis: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia." (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia)
Khalid (gambar) menjawab tweet tersebut dengan menulis: "PCIRC @PDRMsia, juga dikesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."
Pagi ini lebih kurang 250 anggota PPS ditangkap polis ketika sambutan Hari Merdeka peringkat negeri sedang dijalankan di George Town.
Mereka ditahan sepasukan polis jam 10.15 pagi sebaik sahaja mereka menyertai upacara rasmi perbarisan lalu, sebahagian daripada perarakan tahunan yang diadakan di Padang Kota Lama, dan dibawa ke balai polis berdekatan untuk disoal siasat.
Pada Jumaat, Khalid berkata polis akan menangkap anggota PPS sekiranya mereka meneruskan aktiviti kerana ia dilihat terpesong dari tujuan asal penubuhannya empat tahun lalu, iaitu berkhidmat kepada masyarakat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata PPS bukan pertubuhan yang sah kerana ia tidak pernah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertahankan PPS, menegaskan ia tidak pernah tersasar dari objektif asal dan ia pertubuhan sah di bawah kerajaan negeri, sama seperti Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Beliau juga mengatakan kerajaan negeri akan menyediakan pasukan peguam bagi membela anggota PPS sekiranya ditahan polis dan memberi bantuan kewangan kepada keluarga mereka selama mereka dalam tahanan. – 31 Ogos, 2014.
TMI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tangkapan-pps-ketua-polis-arah-siasat-pengguna-tweet-biadap#sthash.iQfHojuT.dpuf


Read More

Rakyat Bosan Berpolitik? 'BN atau Pakatan, rakyat kecewa pada keduanya'...

Isnin, 1 September 2014

Anggota parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong mengakui ramai pemilih kecewa dengan kedua-dua pihak tidak kira sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Perkara itu, katanya, menjadikan mereka kurang berminat pada politik.

“Politik Malaysia memasuki peringkat tepu yang menyebabkan sokongan kepada kedua-dua pihak, BN atau gabungan pembangkang Pakatan, menurun.

"Diakui ramai pengundi kecewa dengan kedua-dua gabungan dan memilih untuk melibatkan diri daripada wacana politik,” katanya.

Dalam kenyataannya menjelang Hari Merdeka semalam, Liew berkata, Pakatan tidak boleh lagi bergantung sokongan kepada pemilih yang kecewa dengan kerajaan persekutuan sahaja.
Mk.
Read More

Bujang Senang 'kurang senang' seri 1-1 dengan Perak...PENYOKONG MERUSUH! Kereta Polis dibakar...

Isnin, 1 September 2014

KERETA POLIS DIBAKAR OLEH PENYOKONG BOLASEPAK SARAWAK!

Lima Lelaki Ditahan Ekoran Rusuhan Di Stadium Sarawak



KUCHING — Lima lelaki termasuk empat remaja ditahan

Disyaki terlibat bertindak agresif merusuh di Stadium Negeri di Petra
Jaya di sini sehingga mencederakan lima anggota polis dan merosakkan tujuh
kenderaan rasmi mereka malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Supt Fauzilan Abdul Aziz
mengesahkan penangkapan itu hari ini yang membabitkan empat remaja berumur
di antara 17 dan 18 tahun, serta seorang lelaki berumur 20 tahun.

Menurutnya kejadian bermula kira-kira pukul 11 malam tadi selepas selesainya
perlawanan bola sepak Piala Malaysia di antara pasukan Sarawak dan Perak di
stadium itu.

Kira-kira 2,000 orang penonton memasuki padang perlawanan sebelum mereka
membakar suar dan mercun, selain melontar objek ke arah anggota polis yang
bertugas namun dapat dileraikan dalam tempoh 30 minit selepas itu.


Bagaimanapun, situasi tegang timbul kembali di luar stadium apabila
sekumpulan lelaki bertindak merosakkan sebuah trak, tiga unit kereta jenis
Perodua Kancil, sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah van jenis Toyota yang kesemuanya milik Polis.

Perusuh-perusuh yang terlibat seterusnya membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda Polis jenis Perodua Kembara sehingga rosak keseluruhannya.– BERNAMA


PETRA JAYA : Perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Kuching, dicemari dengan insiden kekecohan termasuk sebuah kereta peronda polis dibakar oleh penyokong di luar stadium berkenaan, malam Sabtu.

Sebaik sahaja perlawanan berkesudahan seri 1-1 dan peluang Sarawak ke suku akhir terkubur, penyokong tuan rumah, yang tidak puas hati dengan provokasi penyokong Perak, mula bertindak liar dengan membakar suar serta membaling mercun ke dalam padang.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meredakan ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan dalam stadium sebelum insiden tersebut menjadi lebih buruk selepas penyokong mula keluar.

Pintu utama stadium turut dihalang oleh segelintir penyokong menyebabkan ramai terkandas dalam stadium sehingga mengakibatkan pintu pagar diroboh oleh penyokong.

Sebaik keluar daripada stadium, penyokong bertindak agresif dengan membakar sebuah kereta peronda polis dan tindakan liar itu memaksa pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong bagi mengawal keadaan.

Bujang 'kurang senang'  ~ LAPORAN MYMETRO

Petra Jaya: Sebuah trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbakar manakala dua unit kereta peronda ditolak ke parit berikutan suasana tegang penyokong di Stadium Negeri apabila Sarawak gagal melangkah ke suku akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Terdahulu, beratus penyokong Bujang Senang yang dikatakan tidak berpuas hati apabila skuad mereka seri 1-1 menentang Perak, bertindak memasuki stadium selain membaling mercun dan suar. 

Keadaan semakin tegang apabila anggota keselamatan terpaksa berkampung di tengah padang bagi menghalang penyokong Sarawak. 

Insiden ini berlaku sebaik wisel perlawanan ditiup apabila rata-rata penyokong bertindak liar membaling objek ke padang.

Suasana di Stadium Negeri Petra Jaya selepas Sarawak tersingkir di peringkat Kumpulan B.
Ini juga menyebabkan pemain dan pegawai pasukan Perak terpaksa berkurung dalam bilik persalinan atas faktor keselamatan.

Sehingga 1 pagi ini, pemain dan pegawai pasukan Perak masih berkampung dalam stadium atas faktor keselamatan.

Keadaan di luar stadium masih kecoh sehingga memaksa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan peluru pemedih mata.

Pada masa sama, polis terpaksa menambah anggota FRU bagi mengawal keadaan.

Pada perlawanan penentuan ke pusingan seterusnya, Sarawak mendahului Perak 1-0, melalui tandukan Hairol Mokhtar pada minit ke-60.

Gol berkenaan yang hadir pada babak kedua dilihat bagaikan membuka ruang buat Sarawak untuk lolos ke suku akhir.

Bagaimanapun, Perak menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Marco Lopes Silva dan sekaligus mengikat kedudukan itu sehingga tamat perlawanan.
Kedahkini.
Read More

[Video] Rahsia ais bucket challenge reveals...Kenapa dapat kritikan di Malaysia?

Isnin, 1 September 2014

ALS Ice Bucket Challenge


Gambar: Rahsia ais bucket challenge reveals. ...

Part ii
Rahsia ais bucket challenge reveals. ...
Part ii

Mula-mula tu jadi pelik juga bila video demi video ‘bermandikan ais’ ini mula tersebar. Dalam hati terdetik juga, apa dah tak ada kerja lain ke?
Lagi pelik bila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga melakukan aksi yang sama. Tak ketinggalan, para selebriti seperti Lisa Surihani dan Zain Saidin juga ada memuat naik video mereka mandi ais.
Jadi, dek kerana sikap ingin tahu yang membuak-buak, maka saya pun buat sedikit researchmengenai ‘permainan’ yang dipanggil ALS Ice Bucket Challenge  ini.
khairy_ice
Khairy Jamaluddin menyahut cabaran ALS! Cool!
Sebenarnya, ALS Ice Bucket Challenge ini dilakukan demi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS).
Syaratnya mudah, anda hanya perlu siram badan anda dengan menggunakan ais batu dan kemudian calonkan sesiapa untuk meneruskan permainan.
Tapi apa relevannya permainan tersebut dengan ALS? Konsep yang sebenarnya adalah bertujuan untuk mengutip derma bagi membuat kajian mengenai penyakit ALS. Jadi, mereka yang dicalonkan itu boleh memilih sama ada mahu menderma ataupn melakukan cabaran ALS.
Namun, kebanyakan mereka memilih untuk melakukan kedua-duanya sekali! So, its amazing la bila dapat beramal sambil berseronok kan?
Screen Shot 2014-08-28 at 11.46.14 AM
Nah! Lisa Surihani siap bagi penjelasan di videonya
Kami agak kagum dengan Lisa Surihani yang merupakan antara selebriti terawal menyahut cabaran ALS. Malah, dalam video-video yang dimuat naik, Lisa juga telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai ALS sebelum melakukan cabaran tersebut. Comel juga bila lihat Lisa yang terus terkaku setelah cabaran itu dilakukan. Sejuk oooo!
Tapi, kalau anda nak lihat versi yang lebih macho, boleh menjengah ke Instagram Zain Saidin. Katanya dia dicabar oleh Nabil. Ha.. Zain Saidin nampaknya macam tak terkesan langsung dengan kesejukan ais yang disiram kepadanya. Gagah juga Zain ni ya!
Cuma, bagaikan adat bergelar artis. Ada juga individu-individu yang kurang faham mengenai konsep ALS dan sengaja mula menimbulkan isu-isu berbangkit serta mempertikaikan keperluan untuk membazir demi permainan tersebut.
Screen Shot 2014-08-28 at 11.47.32 AM
Hehe. Agaknya siapa yang dicalonkan oleh Zain Saidin ya? Macam ramai je.
Ya. Mereka mempunyai alasan yang agak rasional. Tetapi, rasanya jika challenge seperti ini tidak dilakukan, rasanya sampai sekarang pun tiada yang tahu mengenai penyakit ALS kan? Betul tak?’
Untuk makluman anda, penyakit ALS ini wujud di setiap 1 daripada 500,000 orang, jadi secara puratanya ada lebih kurang 60 orang Malaysia penghidap penyakit saraf otak yang membawa maut ini.
Lebih mendukacitakan, penyakit ini kurang mendapat perhatian orang ramai dek kerana ia dianggap sebagai kes terpencil dan tiada satu pun pertubuhan dibina atas nama ALS di Malaysia.
Apapun, rasanya lebih baik kita berfikir dengan lebih positif dan menyokong kempen ALS ini. Jadi, sekarang saya nak nominate semua para pembaca OHBULAN! untuk buat cabaran ALS! Ada berani tak?
Oh Bulan.
Read More

Menghayati Kemerdekaan: LGE menunggu di luar IPD tanpa berganjak... KPN jelaskan sebab penahanan PPS

Ahad, 31 Ogos 2014
Menghayati sebuah kemerdekaan...



CM di soal siasat sejam yg lalu bagi membela 154orang tahanan dan YB2 masih menunggu di luar IPD tanpa berganjak...menghayati sebuah kemerdekaan

Photos from Mohd Faruk's post

Kedahkini.

Ketua Polis Negara jelaskan sebab ahli PPS ditahan...


Polis menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi ini di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

"Polis mula mengambil tindakan (menahan) terhadap anggota PPS selepas mereka tetap menjalankan aktiviti sedangkan sebelum ini saya telah beri amaran. Pertubuhan itu telah diharamkan dan semua aktiviti perlu dihentikan segera.

"Mereka degil (jalankan aktiviti) dan seperti sengaja nak cabar undang-undang negara serta gertak polis supaya ambil tindakan jika (polis) berani. Kita ambil tindakan kerana mereka salah, ini (tindakan PPS teruskan aktiviti) memang perbuatan gengster," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Selasa lepas, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Khalid berkata sepatutnya PPS menggantung semua aktivi dan menulis surat kepada ROS untuk minta penjelasan serta menggunakan saluran undang-undang yang ada dan bukan meneruskan aktiviti seperti hari ini.

Katanya polis bertindak mengikut undang-undang dan akan menjalankan siasatan serta merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Dalam tempoh 24 jam ini memang mereka tidak dibenarkan bertemu sesiapa termasuk peguam kerana polis sedang menjalankan siasatan dan kita bimbang ia akan menganggu siasatan, jadi kepada barisan peguam anggota PPS yang tidak berpuas hati itu (tidak dibenarkan bertemu anggota PPS yang ditahan) saya minta mereka rujuk semula buku undang-undang.

"Jika polis tidak dapat selesaikan siasatan dalam tempoh 24 jam ini, kemungkinan kami akan meminta perintah reman terhadap mereka yang ditahan itu daripada mahkamah pagi esok untuk melengkapkan siasatan, semasa dalam tahanan reman itu peguam boleh bertemu anak guam mereka," katanya.

Beliau turut meminta pemimpin PPS termasuk anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang mempunyai kaitan dengan pasukan itu agar tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siastaan kes berkenaan.

"Kalau mereka tidak datang (di mana-mana balai polis), polis akan pergi ke rumah mereka dan cari mereka untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, sekumpulan peguam terdiri daripada Ramkarpal Singh, R.S.N Rayer, Cheah Ka Peng dan Soon Lip Chee yang ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menyatakan kesediaan mereka untuk mewakili kesemua 154 anggota PPS yang ditahan pagi ini.

"Kami ada 10 orang peguam untuk membantu mereka (anggota PPS), kami juga sedih dengan kejadian yang berlaku hari ini," kata Rayer.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi sebarang pertuduhan polis berhubung kesahihan PPS Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab penuh mengenai PPS dan kami akan menghormati undang-undang sekiranya mahkamah yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas melawat 154 anggota PPS yang ditahan polis di sini.

Lim berkata beliau telah mengarahkan supaya segala aktiviti PPS negeri ditangguhkan untuk hari ini.

"Kita akan mengadakan satu mesyuarat bersama peguam-peguam kerajaan negeri mengenai PSS dan pengumuman mengenai langkah selanjutnya akan diumumkan esok," katanya lapor 

AstroAwani
Posted by Anak Sungai Derhaka
Read More

[Video] Rumah Guan Eng dibaling bom...

Ahad, 31 Ogos 2014


Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.48 semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah ketua menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia meletup dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. – Bernama
Read More

PPS: Tangkapan Berterusan...Kini giliran Exco PP pula...

Ahad, 31 Ogos 2014

TERKINI - Tangkapan Berterusan, Giliran Exco PP Pula Ditahan


Polis kini menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh, yang juga exco kerajaan negeri.

Phee ditahan ketika hadir ke ibu pejabat polis Timur Laut di Pulau Mutiara itu untuk memberi keterangannya kepada pihak polis kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu ditemani Ketua Menteri Lim Guan Eng dan seorang lagi ADUN RSN Rayer (Seri Delima).

Phee turut menulis penahannya itu Facebook.

Penahannya itu dibuat selepas lebih 150 orang lagi anggota pasukan itu ditahan selepas perarakan hari merdeka pagi tadi.
BLM.
Read More

BAYAR CASH! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati...

Ahad, 31 Ogos 2014

Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati

Seorang gadis Mesir yang menggemparkan umat dunia semalam apabila beliau dengan beraninya mengalirkan darah haid atas kalimah allah kini terlibat dalam kemalangan ngeri menurut sumber dari Upi.com.

Kini kesombongan dirinya tidak dapat lagi diperlihatkan kerana perbuatan kejinya dibayar cash didunia. Alangkah ruginya seorang manusia itu jika belum sempat bertaubat. Walahu alam.

Read More

Hutang LUPUS: Untungnya duduk dalam Umno. Semua rakyat tanggung...

Ahad, 31 Ogos 2014
Lantik org bodoh teraju MAS pastu rugi. Hutang LUPUS.
Untungnya duduk dalam umno. Semua rakyat tanggung...


Inilah Nasib Rakyat Malaysia...
Gambar: Inilah Nasib Rakyat Malaysia, Wang Rakyat Dibelanjakan sesuka hati. Kenapa Tidak Rujuk kepada Rakyat Terlebih Dahulu..??
Inilah Nasib Rakyat Malaysia, Wang Rakyat Dibelanjakan sesuka hati. Kenapa Tidak Rujuk kepada Rakyat Terlebih Dahulu..??
Read More

[Video] Tak dak 'mood' nak sambut MERDEKA...Tengok! Bagaimana mereka mencuri wang rakyat? & Nasi lemak 50 sen...

Ahad, 31 Ogos 2014
Nora Danish : You Kata Muka I Tak Cantik?
Farid: Dahi Jendol, Dagu Leper..Tu Apa Tu..??
Nora Danish : Haaa?
Farid : Nasi lemak 50 sen.. (Sambil Memengang Menunjuk Ke Arah Breast Nora Danish)

Nora Danish: Hey..!! (Sambil Menutup Menggunakan Tangan Farid Kamil Nya)
 Tapaukan nasi lemak 50sen...
Gambar: Hurmmm... Sampai rumah baru perasan. Makcik nasi lemak tapaukan nasi lemak gan iklan nak cantikkan buah dada. Merdeka sangat dah kita iklan camni bebas advertise dalam paper. Tu belum citer majalah bodoh Mangga.

#PatutkahToteJamahNasiLemakNi #SayangLakNakUsikNasiLemakNi

Yang nasi lemak 50sen ko jangan pm Tote tanya beli kat mana nasi ni. Aku banned ko nanti.

- Tote -
Hurmmm... Sampai rumah baru perasan. Makcik nasi lemak tapaukan nasi lemak gan iklan nak cantikkan buah dada. Merdeka sangat dah kita iklan camni bebas advertise dalam paper. Tu belum citer majalah bodoh Mangga.

#PatutkahToteJamahNasiLemakNi #SayangLakNakUsikNasiLemakNi

Yang nasi lemak 50sen ko jangan pm Tote tanya beli kat mana nasi ni. Aku banned ko nanti.

- Tote -


Bagaimana mereka mencuri wang rakyat?
Gambar: Bagaimana mereka mencuri wang rakyat?

Salah satu caranya ialah.. baca nih.....!!

#bijakkan , yg bodoh2 bagi undi lagi kat puak2 nih..


Bagaimana mereka mencuri wang rakyat?
Salah satu caranya ialah.. baca nih.....!!

#bijakkan , yg bodoh2 bagi undi lagi kat puak2 nih.
.
 — bersama Sofian Pex dan11 yang lain.
Merdekakah kamu? 


Merdekakah kita?

Bilakah kita akan merdeka dari jajahan BN yg pembohong kaki songlap duit rakyatnya?
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena