Monday, 30 April 2018

[Video Pemimpin penyokong bukan muslim Pas Kedah masuk AMANAH] Perihal Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah & Anak saudara Hadi: "Hari ini cerita mimpi (Hadi) ini macam satu wahyu dah, diceritakan mimpi dia macam-macam."

Selasa, 1 Mei 2018

Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar


Foto Pakatan Harapan.
Hebatkan Negaraku, Perdana Menteri dapat "derma" bersamaan 1/3 jumlah peruntukan BR1M untuk setahun.

Mohd Amar kata Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah

Selepas Nik Omar Nik Abdul Aziz disahkan menjadi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) seorang Naib Presiden PAS membuat pendedahan sangat menarik semalam.
Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sebelum hari penamaan calon pada 28 April laluDatuk Seri Abdul Hadi Awang ada menghubunginya.
Kata Mohd Amar, presiden PAS itu bercerita bahawa dia bermimpi melihat bapa Nik Omar, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, hadir dalam keadaan tempang.
Justeru, Mohd Amar yang juga calon untuk kerusi dewan undangan negeri Panchor membayangkan gambaran yang muncul dalam tidur Abdul Hadi itu ada kaitan dengan keputusan Nik Omar, 53, meninggalkan PAS untuk bersama HARAPAN.
Malaysiakini.


Anak saudara dengar cerita Hadi mimpi sejak kecil



Isu mimpi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hangat diperkatakan sehari dua ini ditempelak anak saudaranya sendiri, Miqdad Zakaria.
Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Marang itu berkata, dia mendengar cerita tentang mimpi Abdul Hadi sejak kecil lagi.
"Sehari dua ni dia duk jual cerita tentang mimpi. Ambo (saya) minta maaf terpaksa ambosebut oleh kerana kuat sangat sehari dua ni hal mimpi.
"Cerita mimpi ini daripada ambo kecil dulu macam-macam mimpi diceritakan, sampai satu tahap ambo kata, betul ke orang ini?" katanya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mulong yang terletak dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Salor di Kota Bharu, malam tadi.
Terdahulu, Abdul Hadi dikatakan bermimpi melihat bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjalan dalam keadaan kaki sebelah.
Perkara itu didedahkan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu ucapannya pada 28 April lalu iaitu sempena hari penamaan calon PRU ke-14.
Pada hari itu anak kedua Nik Abdul Aziz, Nik Omar, muncul sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bertanding di DUN Chempaka.
Dengar sampai sekarang
Menyusul sesudah itu, Malaysiakini melaporkan mengenai pengakuan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, mengenai Abdul Hadi yang beberapa kali bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW.
Menurut Hashim beliau pernah berbual mengenai pengalaman bermimpi bertemu Rasulullah itu dalam pertemuan empat mata bersama Abdul Hadi.
“Dia pergi ke Tehran dulu pun ada kaitan dengan arahan yang dia dapat melalui mimpi. Itu benda biasa. Bukan semua orang (boleh) mimpi bertemu Rasulullah... bukan semua orang, sedikit sahaja yang boleh mimpi bertemu Rasulullah," katanya lagi.
Kata Miqdad, keadaan itu membuat dia berasa hairan dan sedih apabila menyebabkan ada orang bersikap taasub.
Miqdad berkata, sehingga umurnya mencecah 34 tahun, cerita tentang mimpi Abdul Hadi masih didengari.
"Yang paling teruk dia bermimpi hal buruk," katanya sambil menegaskan dia bukan menolak sama sekali kesahihan mimpi bertemu nabi.
Katanya, orang yang soleh memang boleh didatangi mimpi yang tertentu kerana Allah mahu menyampaikan sesuatu benda baik.
"Tapi hadir (mimpi itu) dengan syarat-syarat dan adab.
"Antaranya tak boleh cerita kepada orang ramai, tapi ini mimpi duk cerita habis kat orang. Itu salah dah.
"Yang kedua mimpi ini kena cerita kepada orang yang betul-betul amanah. Yang memang takkan sebar, takut orang silap faham.
"Hari ini cerita mimpi (Hadi) ini macam satu wahyu dah, diceritakan mimpi dia macam-macam," katanya.
Tambah Miqdad, hal-hal agama mestilah dikendalikan melalui rukun Islam dan iman.
"Agama kita ada rukun untuk (kita) kenal agama, bukan nak kenal parti.
"Jadi nak bawa agama ni mesti kena bawa ramai-ramai sebab agama ni milik ramai daripada Allah.
"Kita tak boleh nak halang orang nak bawa agama, kita kata kita saja bawa agama, bermakna kita nafikan orang lain bawa agama, berdosa.
"Berdosa kita nafikan orang lain pun bawa agama (Islam) juga," katanya.
Malaysiakini.
Read More

[Video Tun Mahathir~Ucapan di Hadapan Ribuan Rakyat Terangganu] 'Mayday Madey’ geletek Dr M, pemimpin HARAPAN...Komik ini diedar di 'Jualan Harga Runtuh Umno' Alor Setar.

Selasa, 1 Mei 2018

'Mayday Madey’ geletek Dr M, pemimpin HARAPAN


Buku komik mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan diedarkan dalam kempen BN di Alor Setar.
Ia dikesan di sebuah kaunter di di luar Dewan Seri Mentaloon di kediaman menteri besar Kedah, bersama bahan-bahan kempen lain seperti kemeja T dan lencana.

Menteri besar sementara Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ketika itu bertemu pemberita di tempat itu.
Komik 20 muka surat itu bertajuk “Mayday! Mayday! Madey! Madey!”.

Mayday adalah panggilan kecemasan dalam bahasa Inggeris dan Madey pula ialah salah satu gelaran terhadap Mahathir.
Kulit depannya memaparkan Mahathir mengemudi sebuah pesawat BERSATU yang sedang menjunam berpusing-pusing dengan dialog berbunyi: “Alamak! Dia bikin u-turn la.”
Buku itu turut menggeletek Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, veteran DAP Lim Kit Siang dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Anak Mahathir yang juga naib presiden BERSATU Mukhriz turut menjadi sasaran sindiran.
Ia memaparkan tema tikam belakang sesama pemimpin pembangkang tetapi BN pula digambarkan bersatu padu.

Buku itu tidak menyebut nama dan maklumat penerbit. Tarikh penerbitan juga tidak dinyatakan.
MB: KL hantar mai ni
Ditanya berkaitan buku itu, Bashah memberitahu Malaysiakini beliau tidak tahu menahu dan hanya pertama kali melihatnya.
“Ini KL hantar mai ni. Siapa hantar mai pun tak tahu,” katanya sambil melihat buku itu.

"Yalah. Bagi orang ramai bacalah. Dia boleh terima atau tak terima, terpulang pada mereka. Ini pilihan raya memang adalah benda macam ni,” katanya lagi.
Komik itu kemudian dilihat diedar di jualan harga runtuh Umno Alor Setar di Kompleks Tun Adam Malik, Pertubuhan Peladang kawasan, bersama bahan kempen lain.
Turut diedarkan manifesto BN Kedah.
Malaysiakini.
Read More

[Video Rafizi-Tahap Sokongan Pengundi Melayu April 2018! UmnoBN jatuh lagi 18%] Mereka menjauhi Umno & lari kepada HAEAPAN]

Selasa, 1 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.

BN dengan bangganya jadikan gambar pemimpin komunis Xi Jinping sebagai kempen BN dalam pilihanraya ke-14.
Tetapi cina DAP juga yg disalahkannya..
Undi BN = Undi Komunis !!!
Read More

[Video Lelaki 'bikin drama' depan Dr M dihalau makcik] LAPORAN TERKINI! Anak syarikat Tabung Haji Rugi lagi? Daim tampil di program Azmin.

Selasa, 1 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.
LAPORAN TERKINI Anak syarikat Tabung Haji Rugi lagi?

TAHUKAH ANDA.. bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) beberapa buah anak syarikat Tabung Haji, Dato’ Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah (5 pertuduhan) melibatkan jumlah RM2.58 juta semasa beliau mengetuai pengurusan TH Heavy Engineering Berhad (THHE) pada awal tahun lepas.

KENAPA.. dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji dipenuhi dengan lantikan politik di kalangan orang kuat Umno ??!

ADAKAH 'lembaga-lembaga' di situ benar2 jujur, amanah utk urus segala kewangan termasuklah jumlah simpanan pencarum2 TH berjumlah RM67.7 bilion* (data setakat tahun 2016) ??!
Foto Otai BERSIH.

Daim tampil di program Azmin


Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin membuat kejutan dengan menghadiri sebuah program Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menteri besar sementara Selangor itu berkempen di Pelabuhan Klang.
Menurut seorang pegawai menteri besar, ketibaan Daim di lokasi ceramah di Kampung Telok Gong yang dihadiri Azmin itu tidak dirancang.
Katanya, beliau difahamkan Daim tiba di kawasan kampung tersebut lebih awal sebelum ketibaan Azmin.
"Dia (Daim) datang mengejut. Tak dirancang. Dia datang dengan kereta lain dan lepas itu mereka (Daim dan Azmin) bercakap sebelum Azmin masuk ke tempat ceramah.
"Dia kemudian duduk sebaris dengan Azmin dan duduk sekejap. Ceramah itu dihadiri 350 penduduk kampung. Dia duduk kira-kira 35 hingga 40 minit sebelum beredar," kata pegawai yang enggan namanya disiarkan itu kepada Malaysiakini.
Menurut pegawai berkenaan lagi, program yang dihadiri Azmin itu merupakan program Santai Mesra Bersama Menteri Besar Selangor yang dibuat di kawasan kubu kuat BN dan PAS.
Beberapa keping gambar Azmin bersama Daim dimuatnaik oleh calon parlimen Gombak itu di laman Facebook.
Gambar berkenaan menunjukkan, Azmin yang berbaju kemeja ungu dilihat berjalan beriringan dengan Daim yang memakai topi hitam.
Dalam gambar yang lain pula, Daim dan Azmin dilihat bergurau apabila Daim ketawa sambil menunjukkan tangan kepada Azmin.
Malaysiakini.
Read More

[Video Peguam kecam tindakan kerat gambar Dr M & Hannah Yeoh: You Want To Bring Down Mahathir Posters] Kajian terbaharu Invoke: Undi Melayu BN merudum kepada 18 peratus.



Selasa, 1 April 2018


Foto Pakatan Harapan.

Kajian terbaharu Invoke: Undi Melayu BN merudum kepada 18 peratus

Kajian terbaharu Invoke: Undi Melayu BN merudum kepada 18 peratus

Dapatan terbaharu kaji selidik Invoke mendapati Undi Melayu Barisan Nasional (BN) jatuh merudum dari 41.1% (Disember) kepada hanya 18.1% (April) dan ia membayangkan berlaku peralihan besar pengundi Melayu.
Undi Melayu dalam kalangan pengundi yang telah membuat keputusan di antara BN, Pakatan Harapan (PH) dan Pas hampir sama.
50.7% responden pula memberikan jawapan “tidak pasti” atau “undi rahsia” yang membayangkan bahawa mereka adalah pengundi atas pagar.
Demikian kata Rafizi Ramli bagi pihak Invoke dalam kenyataan medianya semalam.
Manakala Undi Cina BN katanya, jatuh merudum ke paras 9.3% dalam bulan April 2018.
“66.3% pengundi Cina menyatakan mereka “atas pagar” walaupun besar kemungkinan mereka penyokong PH.
“Pola sokongan yang sama ditunjukkan oleh pengundi Cina: tahap sokongan kepada BN jatuh merudum sebanyak 50% dalam tempoh lima bulan.” kata beliau.
Sokongan pengundi India kepada BN pula jelas Rafizi, merudum ke paras 18.7% berbanding sokongan kepada PH (32.9%).
Ini kali pertama sejak Invoke menjejaki tahap sokongan pengundi bermula Januari 2017 yang menyaksikan sokongan pengundi India kepada PH lebih tinggi berbanding sokongan kepada BN, jelasnya.
“Angka menunjukkan peralihan undi yang besar kepada PH dalam kalangan pengundi India berbanding sokongan kepada BN di saat-saat akhir, yang akan membawa kesan besar kepada banyak kerusi-kerusi marginal.
“Jumlah pengundi atas pagar meningkat mendadak dua minggu sebelum pilihan raya, membayangkan peralihan pengundi setiap kaum lari dari BN
“Pecahan pengundi atas pagar mengikut kaum: Melayu (50.7%), Cina (66.3%) dan India (46.9%), kata beliau lagi.
Menurut Rafizi, hanya 32.6% daripada pengundi Pas adalah penyokong tegar Pas. Selebihnya, sebanyak 32.1% ada potensi akan mengundi PH dalam senyap.
“Kesimpulannya, perbezaan sokongan antara BN, PH dan PAS dalam kalangan pengundi Melayu yang telah membuat keputusan adalah tidak besar iaitu sekitar 1% ke 3% sahaja.
“Undi Melayu BN telah jatuh merudum berbanding enam (6) bulan lalu dan kini berada dalam lingkungan undi Melayu PH.
“Dalam kalangan pengundi semua kaum, pilihan Perdana Menteri yang paling atas adalah Tun Mahathir/PH (29.9%) mengatasi Dato’ Seri Najib Rzak – BN (23.8%).
“Majoriti pengundi (40.5%) yakin kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, berbanding hanya 27.6% yang percaya BN akan kembali berkuasa,” kata beliau.
MD.
Read More

[Video Dr M sindir PAS - Mana lebih utama bendera atau pengundi?] DUN Rantau Dr S Streram-'Perbetulkan sebelum Rabu atau kita jumpa di mahkamah’ & MB "samseng" menang tanpa bertanding menggunakan kekerasan?

Selasa, 1 Mei 2018

Foto Pakatan Harapan.
Menteri Besar "samseng" menang tanpa bertanding menggunakan kekerasan? Saya tidak terkejut.
‘Perbetulkan sebelum Rabu atau kita jumpa di mahkamah’
Calon Pakatan Harapan DUN Rantau Dr S Streram memberi Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga jam 5 petang, Rabu ini untuk memperbetulkan kekecohan pada hari pencalonan sehingga menyaksikan beliau gagal mendaftar sebagai calon.
Katanya, jika suruhanjaya itu gagal berbuat demikian beliau akan memfailkan saman tort misfeasans dalam jawatan awam ke atas pegawai pengurus pilihan raya.
Beliau berkata demikian dalam satu surat tuntutan kepada SPR hari ini.
Selain itu, Streram juga membuat dua laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya itu dan SPR mengikut Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan kerana mengganggu proses demokrasi parlimen dengan tidak membenarkannya menjadi calon.
Peguamnya, Mohd Haniff Khatri Abdulla, berkata SPR harus memperbetulkan kesilapan yang dilakukan itu kerana undang-undang seolah-olah melarang cabaran terhadap kehilangan kelayakan untuk bertanding.
"Masalah bukan ditimbulkan oleh Streram kerana dia memenuhi semua syarat dengan membayar deposit pada Rabu sebelum hari penamaan, dan juga mengisi borang seperti yang diperlukan.
"Tidak memakai tag SPR bukan bermakna hilang kelayakan. Ia hanya satu prosedur tetapi ini tidak membatalkan kelayakan seseorang daripada bertanding," katanya.
Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Dr Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas mendakwa dihalang masuk ke pusat penamaan calon bagi bahagian pilihan raya DUN Rantau dan Parlimen Rembau.
Ini menyaksikan SPR kemudian mengisytiharkan Menteri Besar Sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hasan, sebagai pemenang kerusi DUN Rantau.
Read More

[Video Dr M 'tawan' Terengganu pula] Gambar MGR (India) boleh Tun M tak boleh plak? Pelaq betoi BN ni! Undi BN=Sokong Negara China Komunis! Adakah Calon DUN N32 Menglembu dah mengaku BN agen komunis China?

Selasa, 1 Mei 2018

Foto Pakatan Harapan.
9hb Mei 2018, tarikh yang akan menentukan masa hadapan negara, jom kita pergi mengundi.

Foto Otai BERSIH.
MGR punya gambar boleh letak di banner BN, Tun punya gambar tak boleh letak di banner Pakatan Harapan...haram jadah nya BN..!!
Foto Otai BERSIH.
Pandai betoi calon BN N32 Menglembu, Perak

(Dalam bahasa Mandarin)
Undi BN = Sokong Negara China

Dah mengaku BN agen komunis China..?
Read More

[Video Bertindak ganas...lelaki ditolak kerana buang bendera PKR] Insiden kekasaran cemari kempen di Johor.

Selasa, 1 Mei 2018


Insiden kekasaran cemari kempen di Johor


Seorang lelaki, yang berpakaian baju BN, ditolak jatuh pentas oleh seorang individu dipercayai penyokong Pakatan Harapan di Yong Peng, Johor sebentar tadi.
Kekecohan itu berlaku selepas lelaki warga emas itu Tan Hong Hi, dipercayai dalam lingkungan 70-an, membuang bendera PKR daripada tempat MCA berceramah.
Beberapa video insiden itu kini beredar di media sosial.
Insiden itu dileraikan oleh orang ramai yang berada di situ.

China Press melaporkan mangsa kekasaran itu dibawa ke klinik oleh penyokong MCA dan laporan polis berkaitannya dibuat.

Sementara itu, Pengerusi MCA Ayer Hitam Ling Tian Soon mendakwa penyokong HARAPAN memasang bendera PKR ketika MCA sedang mengadakan program hari keluarga.
“Orang tua itu dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Kami akan lapor polis,” katanya yang juga calon BN Yong Peng, seperti dilaporkan China Press.
Sementara itu, calon HARAPAN di kerusi itu Chew Peck Choo dalam kenyataan sebentar tadi berkata semua pihak boleh memasang bendera di kawasan ceramah itu kerana ia bukan tanah persendirian.
Bagaimanapun, katanya, beliau sedih dengan apa yang berlaku dan menyeru kedua-dua pihak bertenang.
“Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang siasatan dan mendesak semua pihak menjaga kelakuan masing-masing,” katanya.
Malaysiakini.
Read More

[Video Mat Sabu: 'Tak boleh diterima!' & Nurul Izzah: 'Kami ada plan B'] Mimpi panduan peribadi, kata Mufti Pulau Pinang.

Isnin, 30 April 2018


Mimpi panduan peribadi, kata Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata mimpi boleh dijadikan asas kepada panduan peribadi dan bukan untuk panduan umum, kata beliau kepada Malaysiakini hari ini.
"Apa lagi untuk menetapkan hukum syarak yang baru atau untuk menokok tambah kepada syariat Islam kerana agama Islam telah sempurna sebelum baginda Rasulullah SAW wafat lagi berdasarkan ayat 3, Surah al Maidah," katanya menjelaskan secara umum mengenai hukum menjadikan mimpi sebagai panduan hidup.
Tambah Dr Wan Salim, para ulama memberikan pelbagai pandangan mengenai isu bermimpi melihat Nabi SAW berdasarkan hadis, "Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka sesungguhnya dia telah melihatku (yang sebenar) atau dia pasti akan melihatku.
Sesungguhnya syaitan tidak mampu menyerupai rupa bentukku."
Sifat dalam kitab sirah Nabi
Katanya, ada ulama berpendapat bahawa yang dilihat dalam mimpi itu mesti berbetulan dengan sifat fizikal baginda Nabi yang sebenar sepertimana yang dijelaskan di dalam kitab-kitab sirah baginda.
"Ada pula (ulama) yang berpendapat bahawa maksud hadis itu adalah ditujukan kepada orang-orang yang hidup pada zaman baginda tetapi belum pernah melihat baginda. Jadi hadis ini memberi jaminan bahawa orang yang bermimpi itu pasti akan melihat baginda bila-bila nanti.
"Ada pula yang menyatakan ini jaminan bagi sesiapa yang bermimpi melihat baginda akan melihat baginda pada hari kiamat nanti," tambah beliau.
Sementara itu, tambah beliau, ada pula pandangan menyatakan bahawa hadis ini hanya khusus bagi orang yang hidup pada zaman baginda sahaja kerana mereka tahu sifat fizikal baginda yang sebenarnya.
Mimpi Hadi, kunjungan ke Tehran
Sejak kelmarin, tular berita mengenai Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang bermimpi melihat bekas Mursyidul Am PAS yang berjalan dalam keadaan kaki sebelah. Hal ini didedahkan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu ceramahnya baru-baru ini.
Menyusul sesudah itu, laporan mengenai Abdul Hadi yang didakwa kerap bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Hal itu didedahkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin malam tadi.
Menurut Hashim beliau pernah berbual mengenai pengalaman bermimpi bertemu Rasulullah itu dalam pertemuan empat mata bersama Abdul Hadi.
“Dia pergi ke Tehran dulu pun ada kaitan dengan arahan yang dia dapat melalui mimpi. Itu benda biasa. Bukan semua orang (boleh) mimpi bertemu Rasulullah... bukan semua orang, sedikit sahaja yang boleh mimpi bertemu Rasulullah," katanya lagi.
Isu mimpi Abdul Hadi mula menjadi perhatian ramai apabila Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan perkara itu kelmarin.
Untuk rekod, Abdul Hadi Awang adalah Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, menjawat kedudukan kedua selepas Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Beliau pernah ditegur Dr Yusuf Al-Qaradawi kerana menghadiri pertemuan dengan ulama Syiah di Tehran dalam keadaan beliau masih menjawat jawatan dalam badan ulama antarabangsa itu.
Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata beliau rela melepaskan jawatannya ekoran teguran tersebut.
Menyentuh isu mimpi bertemu nabi itu, kata Hashim, beliau tahu mengenai hal berkenaan selepas berbicara secara dekat (tertutup) dengan Abdul Hadi sebelum ini.
Bagaimanapun kata Hashim, Abdul Hadi sangat jarang menceritakan mimpi yang dialaminya kepada orang ramai dan pengalaman dalam tidur bertemu dengan Nabi Muhammad SAW itu biasanya berlaku sebelum ada sesuatu kejadian besar berlaku.
MD.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena