Malaysia tunggu masa je.
Apakah yang bakal berlaku sekiranya Malaysia gagal melangsaikan hutang China?
Ratusan penduduk Tanjung Malim mengadakan bantahan di hadapan bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini bagi menggesa Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mencalonkan Datuk Ong Ka Chuan sebagai calon di kawasan mereka.

Choo Chee Ming, Naib Presiden MCA cabang Bidor ketika ditemui pemberita berkata Ong sangat dikenali oleh penduduk Tanjung Malim dari semua bangsa dan mereka sangat puas hati dengan prestasinya.
"Kami mahu dia dicalonkan di kawasan kami. Jika dia tidak dicalonkan di situ, kami akan undi pembangkang," kata Choo yang mendakwa pengundi juga akan merosakkan undi mereka jika MCA terus bertegas menggugurkan Ong.
BN sebelum ini mengumumkan Pengerusi MCA Perak Mah Hang Soon akan menggantikan Ong di Tanjung Malim bagi berdepan calon PKR Chang Lih Kang dan calon PAS Mohd Tarmizi Abd Rahman.
Menurut Choo, keputusan menggugurkan Ong sebagai calon adalah tidak masuk akan dan dia menggesa Liow untuk mempertimbangkan semula keputusan itu.
Kira-kira 300 hadir bantahan itu hari ini termasuk 15 dari kalangan orang asli. Mereka mengangkat sepanduk dan melaungkan slogan "Datuk Ong Ka Chuan".
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment