Azmin kekal di Gombak, Bukit Antarabangsa, Wan Azizah di Pandan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dun di negeri Selangor.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di kerusi P100 Pandan yang mana penyandang pada PRU13 adalah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Bagi kerusi Dun Kajang yang disandang beliau pada PRU13 lalu kini dicalonkan kepada Hee Loy Sian.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kekal di kerusi P98 Gombak dan N19 Bukit Antarabangsa .
Bekas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah calon bebas yang bertanding atas tiket PKR dicalonkan bagi kerusi P102 Petaling Jaya.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kekal di Parlimen Ampang. Ketua Wanita PKR Selangor Hanisza Talha di N20 Lembah Jaya.
PKR masih mengekalkan penyandang bagi kerusi Parlimen dan Dun yang pernah dimenangi PKR pada PRU13 lalu.
Senarai calon Parlimen dan Dun bagi kerusi yang ditandingan PKR ini telah diumumkan Wan Azizah pada Jelajah Pakatan Harapan di Stadium Tertutup Kuala Selangor malam tadi.
MD.
0 comments:
Post a Comment