Monday, 23 April 2018

[Video Tun M! YOU ARE THE GREAD HERO OFF THE WORLD, Dr Mahathir di Danau Kota] Husam cadang beri rakyat Kelantan tanah sepetak seorang.

Isnin, 23 April 2018

Foto Kelvin Lim.

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Danau Kota

Husam cadang beri rakyat Kelantan tanah sepetak seorang

Husam Musa

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa mencadangkan agar rakyat yang tidak memiliki tanah di negeri itu akan dapat memperoleh aset tersebut jika PH memenangi pilihan raya umum kali ini.
Penyandang Adun Salor itu berpendapat tanah merupakan kelebihan negeri pantai timur itu yang harus dimanfaatkan kepada rakyat.
“Kalau kita (PH) memerintah Kelantan, kekuatan Kelantan adalah tanah, saya mencadangkan pada rakan-rakan saya, kita pecah lot tanah-tanah kerajaan.
“Kita beri kepada (rakyat Kelantan) yang tiada tanah sepetak seorang. Terpulang nak buat rumah tahun depan atau lima tahun depan.
“Sebab beri (tanah) pada tauke, boleh? Saya lawan (kepincangan Pas memerintah Kelantan) sebab nak masuk syurga bukan lawan nak masuk neraka,” katanya dalam ceramah disiar secara langsung di FB Live malam tadi.
Menurut bekas Exco kerajaan negeri Kelantan itu, pentadbiran Pas tidak banyak berpihak kepada kepentingan rakyat selain eksploitasi berlebihan terhadap sumber balak.
“Saya lawan sebab kamu berjalan (urus tadbir) tidak betul, menyusahkan rakyat Kelantan.
“Jadi, kita kalau memerintah kita pecah lot tanah, rakyat pergi buat rumah di situ, kerajaan buat jalan. Maka kerajaan boleh kutip hasil.
“Rakyat yang tiada tanah akan ada tanah. Kerja? Kita akan buat peluang pekerjaan,” tambahnya lagi.
Husam akan bertanding di Parlimen Kota Bharu sekali gus bakal bertembung dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang kekal mempertahankan P21 itu.
Belum termasuk calon BN, pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru itu menyaksikan situasi sengit Pas untuk mempertahankan penguasaan selama 28 tahun di Kelantan.
Kedudukan semasa keseluruhan 45 kerusi Parlimen di Kelantan adalah Pas (8), BN (5) dan PKR satu kerusi manakala satu kerusi BN lagi di Nenggiri kosong selepas Mat Yusoff Abd Ghani diisytihar muflis Mei tahun lalu.
Bagi 45 kerusi Dun Kelantan, 31 daripadanya dikuasai Pas, BN (11) manakala AMANAH dan PKR masing-masing satu kerusi.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena