Monday, 23 April 2018

[Video Hujah Tun M yang Najib tak boleh jawab! SOALNYA MENGAPA RAKYAT DIKENAKAN GST? Cukai keatas diri sendiri!] Mahkamah gantung keputusan ROS bubar sementara PPBM & Aziz Bari calon Melayu tunggal DAP Perak.

Selasa, 24 April 2018


Mahkamah gantung keputusan ROS bubar sementara PPBM

MAHKAMAH

KUALA LUMPUR 23 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara pendaftaran PPBM sehingga permohonan semakan kehakiman dikemukakan parti itu diputuskan.
Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan parti itu yang diwakili peguam Rosli Dahlan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan ROS yang membubarkan sementara parti itu.
Hakim berkenaan yang membuat keputusan di kamar hakim di sini dalam pada masa sama turut menolak bantahan awal yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsol Bolhassan.
PPBM yang diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh memfailkan permohonan itu kali kedua pada 13 April lalu dengan menamakan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim sebagai responden tunggal.
Parti itu memfailkan semula permohonan berkenaan selepas Mahkamah Tinggi di sini pada 11 April lalu menolak permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman atas alasan permohonan itu sudah menjadi akademik.
Dalam permohonan baharu itu, Shahruddin selaku pihak pemohon antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan pendaftar pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 apabila memutuskan bahawa PPBM tidak menghantar maklumat di bawah notis Seksyen 14(2). - UTUSAN ONLINE
utusan

Aziz Bari calon Melayu tunggal DAP Perak

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng (tengah) bersama calon DAP Perak yang akan bertanding dalam PRU-1
SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng (tengah) bersama calon DAP Perak yang akan bertanding dalam PRU-14 dalam majlis pengumuman calon di Ipoh hari ini. - UTUSAN ONLINE/ KAMAL BASIR WAHAB

IPOH 19 April - DAP mengumumkan Dr. Abdul Aziz Bari sebagai calon Melayu tunggalnya yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu akan bertanding di DUN Tebing Tinggi, kerusi yang dimenangi calon DAP, Ong Boon Piow pada PRU-13.
Disunting - Utusan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena