Ribuan Himpunan Rakyat di Pagoh, JOHOR
Jangan biarkan undi anda 'dirampas', kata Marina
ktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menggesa mereka yang mendapati nama didaftar sebagai pengundi tanpa pengetahuan keluar awal untuk mengundi pada 9 Mei ini.
Beliau berkata ia bagi memastikan tiada pihak lain yang mengundi untuk mereka.
"Ada sejumlah orang yang tidak pernah mendaftar tetapi mendapati nama mereka ada dalam daftar pengundi. Jika itu berlaku, berkemungkinan ada orang lain yang akan mengundi atas nama anda.
"Jadi jalan terbaik adalah untuk pergi ke pusat mengundi seawal mungkin untuk mengundi sendiri, agar tiada pihak yang boleh berbuat demikian," katanya dalam sebuah forum semalam.
Beliau ditanya oleh seorang hadirin tentang cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi penipuan dalam pilihan raya umum.
Khamis lalu, Malaysiakini melaporkan seorang penduduk Kota Damansara mendakwa namanya didaftar sebagai pengundi tanpa pengetahuannya.
Beliau berkata ingin mendaftar sebagai pengundi selepas tamat pengajian di luar negara selama empat tahun, namun terkejut apabila mendapati namanya sudah didaftarkan ketika membuat semakan atas talian.
Penyandang Parlimen Klang Charles Santiago juga membangkitkan tentang sepuluh individu yang juga didaftarkan tanpa pengetahuan.
Sementara itu, Marina menegaskan kepentingan peratusan turun mengundi yang tinggi bagi mengatasi penipuan yang mungkin berlaku.
"Apabila perbezaan undi (antara calon) kecil, mereka cuba membawa masuk 'undi misteri'. Maka penting untuk semua yang boleh mengundi turun mengundi.
"Kita perlu cuba memujuk kawan dan jiran kita yang berada di atas pagar untuk berbuat demikian," katanya lagi.
Aktivis dan peguam Datuk Ambiga Sreenevasan juga menyatakan perkara sama.
"Kita perlukan jumlah yang besar. PRU lalu jumlah pengundi 80 peratus, kali ini kita cuba 90 peratus."
Forum bertajuk 'Bangkitklah Malaysia' itu dianjurkan gerakan Jalur Gemilang.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment