Thursday, 31 October 2013

Sg Limau - Pesta Seksa Itik Dalam Bendang Siri Kedua Bersama Artis Tua...

Jumaat, 1 November 2013
PRESIDEN PAS, MAHFUZ, SALAHUDDIN, SYED AZMAN, AMIRUDDIN 'BERKUBANG' DALAM BENDANG 'MENABUK PADI BENIH'
Anak panah - Tunas Benih Padi

Presiden PAS nampaknya tidak kekok masuk bendang. Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Dato' Amiruddin Hamzah dapat menikmati selut bendang apabila mereka bersama-sama calon PAS PRK Sungai Limau, Ustaz Azam Abdul Samat menabur benih padi di tengah bendang. Sama ada mereka pernah ke bendang atau tidak, sekurang-kurangnya apa yang dirasai oleh orang bendang kini mereka harungi.
MB Besar Kedah yang baharu tiada acara ini disediakan oleh Markas Induk PRK mereka. Barangkali, beberapa hari lagi kempen masih berbaki, Mukhriz Tun Mahathir bersama calonya, Dr Sohaimi akan masuk bendang juga untuk membuktikan mereka tidak kekok dengan bendang seperti Tuan Guru Abdul Hadi dan Mahfuz Omar.
Tidak terfikirpun oleh sesiapa, untuk menjadikan bendang medan kempen PRK Sungai Limau. Tetapi ia menjadi dan berjaya memikat pengundi apabila Markas Induk PAS PRK mencipta acara ini. Nama programnya ialah "Program Tok Guru Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi" dan telah diadakan di Kg Pulau Tembun dalam siri kempen PRK Dun Sungai Limau 30 Oktober lalu.
Ini kali pertama saya melihat Tuan Guru Abdul Hadi mengharuk bendang yang sarat dengan selut dan lendir. Foto-foto tokoh PAS ini memancing di laut memang sering dilihat dan direnung. Hobi Tuan Guru memang suka memancing dan memburu. Adegan ini juga kali pertama saya menatapi Adun Batu Buruk, Syed Azman Syed Nawawi, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Amiruddin Hamzah dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar masuk bendang. Bukan menangkap ikan atau menanam padi, tetapi menyiram benih padi secara tabur menggantikan kaedah menanam padi seperti dahulunya. Tahniah semua yang menjayakannya.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Jumaat, November 01, 2013

Pemuda dan Puteri  lebih galak lagi beraksi dalam bendang...seksa itik!
Artis ke Sungai Limau Bantu Kempen BN

[MK] Malaysiakini sempat singgah ke sebuah rumah di Batu 18 yang menjadi tempat persinggahan seniwati Norlia Ghani, pelawak Abon, penyanyi Hail Amir, serta pelakon Aznah Hamid yang turun berkempen untuk BN.

Norlia Ghani yang popular memeran watak Joyah dalam siri Opah tidak lama dahulu bertindak sebagai jurucakap artis ini menjelaskan program mereka ini dinamakan 'Ziarah Syukur'

Acara terbaru...seksa itik kedua pula..hahaha...
Aduhhhh....ingatkan dah habis dah kempen seksa itik dalam bendang_sebab pada 27 Okt lepas depa dah buat dah [ Puteri UMNO Siksa Itik Dalam Bendang]...rupanya hari ini 31 Okt depa buat lagi pesta yang sama lagi_tapi kali ini peserta dari Pemuda dan Puteri  lebih galak lagi beraksi dalam bendang untuk kejar atau seksa itik,sebab ada beberapa artis veteran Tua dipunggut datang oleh UMNO Kedah dalam misi kempen PRK N20.

Masa PAS buat gimik tabur padi dalam bendang oleh Tuan Presiden PAS TG Abdul Hadi beberapa hari lepas puak UMNO jadi sasau konon-nya acara yang memalukan... 

Nah..!!!Sekarang  Hangpa tengok...siapa yang lebih memalukan dalam bendang..???

Mana ulamak UMNO atau Ust UMNO...mai bagi tau sikit apa cerita dengan acara Puteri dan Pemuda UMNO dalam bendang ni...teringin cek nak dengak....hahaha...

Nampak sesangat UMNO Kedah dah ketandusan akai kepala otak dalam berkempen di Sungai Limau...bikin malu saja dengan itik-itik....hahaha....
Dicatat oleh Orang ni di 8:34 PG  

Read More

N20 Sg Limau : Senario terakhir semakin menyebelahi PAS...Min 500 undi

Jumaat, 1 November  2013
Depa kalut Dah!

Datuk Mukhriz Mahathir menjadikan Sungai Limau sebagai Dun angkat jika menang...
PRK N20 SUNGAI LIMAU
Bajet Kencing Manis
Min 500 undi
JERAI: PAS menjangkakan mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang dijadual 4 November ini dengan meletakkan minumum majoriti sebanyak 500 undi.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata sasaran itu mengambil rujukan keputusan yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan ketika kali pertama bertanding di Dun itu lima penggal lalu.

Ketika itu katanya, Allahyarham menang sekitar majoriti tersebut dan calon PAS kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samad juga diletakkan kayu aras yang sama.

"Kita jangka majoriti lantai tidak akan kurang daripada 500 undi seperti kali pertama Allahyarham Ustaz Azizan bertanding dulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keyakinan semasa PAS terhadap PRK kali ini pada sidang media di Markas Induk PAS di Sungai Limau hari ini.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan pengudi di sini yang akan membuat pilihan tepat pada 4 November ini.

Bagaimanapun beliau tidak mahu terlalu yakin kerana tempoh berkempen masih berbaki beberapa hari dan banyak perkara lagi yang harus dilakukan.

Beliau turut ditanya keadaan di mana jentera BN di dakwa telah berjaya masuk ke beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat PAS selama ini.

"Kita tidak terlalu gusar, kita yakin dengan pengundi.

"Kita amal demokrasi, politik damai, dan kita tidak halang pihak lawan nak masuk kempen ke mana sahaja mereka mahu," katanya.

Dun Angkat

Ditanya berhubung cadangan agar Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjadikan Sungai Limau sebagai Dun angkat jika menang, Mahfuz berkata rakyat boleh menilai perkara itu.

"Kalau Datuk Mukhriz ikhlas, tak perlu tunggu menang pilihan raya, sepatutnya dia dah ambil Dun Sungai Limau ini sebagai Dun angkat sewaktu Allahyarham Ustaz Azizan sakit lagi.

"Jadi kenapa baru sekarang, bila ada pilihan raya kecil, baru perkara ini ditimbulkan," soalnya.

Siapa bertanding

Dalam pada itu, Mahfuz turut persoal siapakah sebenarnya calon BN yang bertanding ekoran wujud beberapa kain rentang yang boleh mengelirukan.

Beliau merujuk kepada kain rentang serta poster yang meletakkan gambar Mukhriz dengan tulisan "N20 PRK Sungai Limau" iaitu seolah-olah Menteri Besar itu yang bertanding.

"Biasa kita letak gambar pemimpin lain sebelah calon ke, atau letak undilah BN ke. Ni macam dia yang kadi calon. Ini boleh mengelirukan."Saya minta SPR jelaskan adakah perkara ini dibenarkan," katanya.
 Posted by Razif Maslan
Read More

Video Breaking news!!! Flat PKNS, Jalan Kerinchi...Terbakar!

Khamis, 31 Oktober 2013
Kira-kira enam unit rumah Flat PKNS, Jalan Kerinchi musnah dalam kebakaran
ENAM buah rumah di tingkat 17 Flat PKNS, di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran jam 4.40 petang tadi. Gambar ini dirakam dari Menara Telekom di Jalan Pantai Baru. - Foto oleh pembaca BH, Alia Zulasmin

KUALA LUMPUR: Kira-kira enam unit rumah di tingkat 17, Flat PKNS, Jalan Kerinchi di sini, musnah dalam kebakaran pada kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Anggota Bomba dan Penyelamat baru tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 5.36 petang kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Setakat ini, belum dapat dipastikan jika ada mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan.
Api masih lagi marak ketika ini.
Sementara itu, kejadian kebakaran berkenaan dapat dilihat dari tingkat empat, Balai Berita, Bangsar.



Fb Jason King
Read More

Ingatkan Gula Aje! - Pemotongan Subsidi Minyak Masak Berjumlah RM505 juta! - Anwar Ibrahim

Khamis, 31 Oktober 2013
Jangan ingat gula je, subsidi minyak masak pun dipotongnya! Lagi banyak la barang akan naik harga lepas ni!
'Sektor ladang kelapa sawit terbesar... tapi minyak masak mahal jugak..... tak munasabah langsung...'

Read More

N20 Sg. Limau : BRIM setahun sekali, GST hari2...Boleh Pikiaq Ke Dak Neh?

Khamis, 31 Oktober 2013
Photo: BRIM setahun sekali, GST hari2
Fb Saya Benci Harga Barang Naik!
Hutang negara yang makin menimbun
Kesian Najib.. penat otak dia pikir bagaimana nak bayar hutang negara yang makin menimbun tau!!

Naikkan cukai dah..
Kurangkan subsidi gula dah..
Naikkan harga barang dah..
Buat pulak GST ...

Semua dah buat.. hutang negara makin menimbun jugak.
Penat pikir ni...
Fb King Jason

Photo: Kesian Najib.. penat otak dia pikir bagaimana nak bayar hutang negara yang makin menimbun tau!!

Naikkan cukai dah..
Kurangkan subsidi gula dah..
Naikkan harga barang dah..
Buat pulak GST ...

Semua dah buat.. hutang negara makin menimbun jugak.

Penat pikir ni...

Emmmm....zzzZzzzzZzzzzZzzzzZz .
Fb Saya Benci Harga Barang Naik!

Read More

Ayam mahal..orang asli sumpit beruk pula..& Gaji minimum Singapore ialah RM2500 dan tanpa miskin tegar. Malaysia?

Khamis, 31 Oktober 2013

sarkasis.blogspot.com
Bermula 28/10/2013 harga minuman kami naik sepuluh sen.
Photo: Bermula 28/10/2013 harga minuman kami naik sepuluh sen.

Nak murah bawak bekal or tadah air hujan. 

Tq

Ayam mahal..orang asli sumpit beruk pula.. 
Photo: Ayam mahal..orang asli sumpit beruk pula.. 

He he he.. sup berok satooo!!!!
Fb King Jason





Kita nak laksana GST ikut Singapore tapi tak ikut bagaimana langkah mereka laksana. Perkukuh gaji pekerja dan rakyat dulu. Gaji minimum Singapore ialah rm2500 dan tanpa miskin tegar. Malaysia?

Fb Saya Benci Harga Barang Naik!

Dapat Hadiah Tu!!!
Read More

MENJELANG PRK SG LIMAU : Macai Menyalak Lagi...."Mana MP PAS..? Mana ADUN PAS?" Buletin Utama 'TV?' malam tadi ..

Khamis, 31 Oktober 2013
MENJELANG PRK SG LIMAU.. Dalam siaran Buletin Utama TV3 malam tadi ..MPKJ roboh gerai org Melayu di Kajang.. Di highlight oleh TV 3 seseorang yg Terjerit2 ..

"Mana MP PAS..mana ADUN PAS".. Maka bersorak la para bloggers cap ayam , facebookers pemakan dedak dari suku sakat UMNO memainkan isu ini "Exco DAP arah roboh gerai Melayu!" 

SELAGI MELAYU KURANG BERILMU..SELAGI ITULAH UMNO@ BN TERUS MENIPU.. Apa yg MP dan ADUN tu boleh buat?cuma boleh berunding shj... FAKTA YG TIDAK DI BERITAHU... PBT bukan bawah kerajaan negeri. PBT dibawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan. Kerajaan negeri hanya ada wakil ahli majlis je. Kuasa Lantik YDP BUKAN ditentukan kerajaan negeri Kuasa Mutlak Lantik YDP Masih Bidang Kuasa KERAJAAN PUSAT Jika YDP..menyebelahi MB..engkar arahan Pusat..dlm masa 24 jam boleh di tukarkan... 

YDP MPKJ Dato' Hassan Nawawi bin Abd. Rahman UMNO semata-mata mahu menang di DUN Sungai Limau habis gerai peniaga melayu dirobohkan.. semata-mata utk menunjukan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat kononnya tidak membelas nasib yang melayu.. Orang Tua, Perempuan serata kanak2 dihalau dan rumah mereka di robohkan oleh DBKL di Kampung Chubadak Tambahan , Sentul s23 Oktober 2013 lalu tak ada bunyi suku sakat UMNO karat biru nie.... malah 1001 alasan di beri membenarkan tindakkan kejam itu.. Melayu tipu melayu...Melayu tindas melayu....apa pun geng otak karat biru suku sakat UMNO Cina DAP juga disalahkan Cina MCA Cina Gerakan tidak disebut sekali..

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Posted by Jeebond BLM at 11:39 am
Read More

Phuhh, Harap jangan pemandu ni pakai IC palsu jugak sudahlah...Video Lori bawak laju terbalik di SKVE!

Khamis, 31 Oktober 2013
Phuhh, Harap jangan pemandu ni pakai IC palsu jugak sudahlah..
Published on Oct 30, 2013
Kejadian berlaku petang tadi di SKVE menghala ke Hospital serdang.. sedang sahabat ini buat rakaman utk nak laporkan kepada SPAD.. Tentang pemandu lori ini yg memandu laju...sekali terbabas keseberang Jalan bertentangan...

VIDEO LORI LAJU TERBALIK DI LEBUHRAYA SKVE, BERHAMPIRAN HOSPITAL SERDANG
Wah, hebat betullah pemandu lori ni. Memang laju dan handal mencilok. Namun akhirnya beliau menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga. Berdasarkan beberapa sumber laporan, lori yang dipandu laju ala-ala sedang berlumba ini telah terbabas dan terbalik di Lebuhraya SKVE, berhampiran Hospital Serdang.

Kejadian berlaku petang tadi di SKVE menghala ke Hospital Serdang. Sedang sahabat ini buat rakaman untuk nak laporkan kepada SPAD tentang pemandu lori ini yg memandu laju. Sekali terbabas keseberang jalan bertentangan. – Petikan sumber FB.

Apa lagi, rakaman video sudah ada. Sah-sah memang pemandu lori ni bawa laju dan membahayakan pemandu serta pengguna jalan yang lain. Harap dikenakan tindakan yang setimpal. – - Status terkini kejadian masih belum dapat disahkan.

p/s: Teringat cerita filem, lori laju sebab brek bermasalah dan terpaksa himpit penghadang jalan untuk perlahankannya. Adakah ianya berkaitan. Tunggu siasatan… (jangan pemandu ni pakai IC palsu jugak sudah…)
Blog RAKAN AMMBOI

Read More

Visit Malaysia ka visit Bolliwod? Yo! Yo! Honey Singh...

Khamis, 31 oktober 2013

Hello. Cer komen ttg ni.. 'Visit Malaysia' ni kempen drpd kementerian pelancongan kan? 

Kpopp dah hilang taring kot,tu pasal ambik hindustan. haha.

Visit Malaysia ka visit Bolliwod?
Fb King Jason

Datuk ShahRukh Khan in Malaysia - Temptation Reloaded Press Conference

Published on Aug 20, 2013
Temptation Reloaded Press Conference at Menara KL as organizers divulge a little more info for the upcoming show by Datuk ShahRukh Khan and friends.

For more info visit: http://www.temptationmalaysia.com

----------- -------------- -------------- ---------------------
SUBSCRIBE TO OUR YOUTUBE CHANNEL:
http://www.youtube.com/subscription_c...

LIKE US ON FACEBOOK:
http://www.facebook.com/MalaysiaSaya

FOLLOW US ON TWITTER"
http://www.twitter.som/malaysiasaya

WEBSITE:
http://www.malaysiasaya.my

Read More

Adoi, Sakitnya Hati: Pengawal Keselamatan Bersenjata Merompak Kedai Emas yang dijaganya!...Guna IC palsu lagi!

Khamis, 31 Oktober 2013
 Suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan..
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan..
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah ~ mStar/Posted by Anak Sungai Derhaka at Thursday, October 31, 2013 

Dah agak dah.. 

Dah agak dah.. isu ni jadi macam isu tembak tembak.. hari2 dihidangkan dengan berita guard.. ic palsu..rompak..

Semua ni nak hilangkan isu gula, gst, harga minyak.. nak bagi licin kempen Sg Limau..

Tu diaaa....

Photo: Dah agak dah.. isu ni jadi macam isu tembak tembak.. hari2 dihidangkan dengan berita guard.. ic palsu..rompak..

Semua ni nak hilangkan isu gula, gst, harga minyak.. nak bagi licin kempen Sg Limau.. 

Tu diaaa....
Fb King Jason
Read More

Sg. Limau: BN/Umno ‘mati angin’ - Skim Kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’...

Khamis, 30 Oktober 2013
BN Makin Keliru: Faktor Calon Sukarkan Untuk BN Menang

BN ‘mati angin’ apabila PAS mempelopori politik damai untuk PRK Sungai Limau kali ini. BN yang sudah terbiasa dengan politik putarbelit, fitnah dan menyerang peribadi calon lawan, tiba-tiba kali ini dihadapkan dengan politik lunak PAS.

BN menyedari bahawa langkah menyerang peribadi calon PAS membahayakan diri sendiri kerana tiada isu yang boleh dieksploit. Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah tokoh muda yang terpuji sekalipun terbabit dalam politik namun tidak pernah naik ke pentas menghentam sesiapa.

Di kalangan orang yang mengenali calon PAS, Azam terkenal dengan imej baik dan bersopan santun. Sumber bilik gerakan BN sendiri mengakui bahawa calon mereka sukar untuk mengatasi  kelebihan wibawa calon PAS.
Calon BN
Azam adalah anak kelahiran Sungai Limau. Ibu dan ayahnya juga anak Sungai Limau, justeru mereka mempunyai rangkaian keluarga yang sangat besar di sini. Ke mana sahaja beliau turun berkempen, seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kelebihan ini tiada pada calon BN meskipun dia juga anak Sungai Limau.

Apapun peribadi calon tidak akan menyumbang peratus yang lebih besar dari sokongan berdasarkan parti. Realiti Sungai Limau sejak PRU 1959, PAS dan Umno wujud secara tradisi dari warisan keluarga.
Cuma akhir-akhir ini anak muda dari keluarga Umno sudah mula memecahkan tradisi itu. Sebahagian yang sudah biasa berhijrah ke tempat lain, kenal PAS atau Pakatan Rakyat, membawa balik ideologi yang berbeza dengan ibu bapa. Anak keluarga PAS biasanya menjadi PAS, tetapi anak keluarga Umno belum tentu jadi Umno.

Faktor kecenderungan politik berasaskan sentimen kepartian jauh mengatasi pengaruh isu semasa. Isu semasa semacam sekadar hanya untuk memeriahkan PRK. Namun isu semasa tetap jadi keutamaan dalam kempen dan penerangan.
Sekalipun PAS jadikan politik damai sebagai tema, namun seperti kata Dato’ Mahfuz Omar, ia tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu dengan pihak lawan diketepikan.
"Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, Negeri mahupun Pusat akan tetap diteruskan,” ujarnya.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kegagalan kerajaan negeri untuk meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.

Lagi isu ialah, kegagalan mereka meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian. Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima.
Gambar: Nilaikanlah..
Mukhriz hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji, di dalam apa yang dinamakan, Makmal Tranformasi. Namun sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji tanpa sebarang hasil.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam keghairahan mempertahankan kenaikan harga gula, menggunakan status kesihatan Ustaz Azizan semasa hayatnya sebagai contoh. Kedua kakinya dipotong kerana penyakit diabetes. Kenyataan itu mengguris hati keluarga Ustaz Azizan.

“Sesungguhnya ucapan TPM telah menyentuh sanubari kami sekeluarga yang masih bersedih  dan masih pilu dengan kehilangan insan yang paling kami sayangi di dunia ini. Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham Ayahanda dan kerinduan kami kepada Allahyarham Ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui,” ujar Muhammad Rafiiy, anak Almarhum Ustaz Azizan.
Mukhriz menyifatkan PAS kekeringan idea kerana politikkan kenyataan Muhyiddin. Biasalah Umno, jika mereka yang lakukan kesalahan, maka ‘yang jahat’ adalah pihak lain.
Sementara di pihak BN, mereka benar-benar kekeringan isu kali ini. Beberapa bekas pemimpin picisan PAS yang kini menentang PAS terpaksa digunakan untuk mengitar semula isu lapok penuh dengan fitnah. Antaranya isu LGBT, DAP, tabung Memali, kafir mengkafir serta isu berkaitan, di mana rakyat sudah muak mendengarnya.

Di atas kertas PAS akan menang mudah. Itupun jika semua pengundi PAS keluar mengundi dan tiada pengundi PAS yang berjaya dirasuah. Insya-Allah saya yakin Sungai Limau akan dipertahankan dengan  majoriti hampir serupa.

Written by ZULKIFLI YAHAYA/Blog Sedaka Sejahtera


Wednesday, October 30, 2013
CALON BN SUNGAI LIMAU BERBINI 2?
Kantoii.. Calon Be End Dun Sg.Limau ada bini muda?? Cun lagi..

Tapi kenapa nikah diam2? Takkan takut bini tua kot? Lor Penakut rupanya? Tapi camana boleh jadi calon ni?

Alahai Jamil, ku sangkakan kau berbini satu, rupanya ada dua yer????

Dah macam dialog dalam cerita P.Ramlee la pulakkan. Rasa2 hangpa dalam cerita apa yaaaa??? Pikiaq sendiri naaaa.....

Tapi inilah yang cheq nak habaq kat hangpa semua, maklumat yang diterima dari kenalan rapat calon ini memberitahu pada cheq bahawa beliau mempunyai sorang bini muda dalam diam2.

Pandai sorok yaaa. Cheq dimaklumkan bini muda calon BN ni dari segi perwatakannya memang cun melecun. Dah la muda, cun pulak....mana tak laki tengok geram ye tak.

Bini muda calon ni merupakan seorang pelajar di universiti tempatan. Malangnya dia tidak menamatkan pelajarannya hingga selesai. Disebabkan cinta pada Profesor, beliau sanggup buat apa saja.

Belajar tak habis sebab dah pandai main cinta, mereka pun buat keputusan kahwin lari. Sebabnya Dr. Sohaimi takut pada bini pertamanya, beliau buat keputusan untuk kahwin secara senyap.

Bestkan calon BN ni...ini yang aura Ust Azizan yang mereka bawa dan pukul canang sana sini. Nak tau sapa bini muda dia, meh cheq tunjuk sikit.....
sumber : http://bit.ly/1g8EYZF

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, October 30, 2013 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
Read More

Forum Ekonomi Dunia Islam : Ngantok! Najib Terlelap... & Forum Perdana : SAKARATUL MAUT...Pasti Tak Ngantok!

Khamis, 31 Oktober 2013
Najib Terlelap Dalam Forum Ekonomi Dunia Islam. Adakah Najib terlebih makan gula?? Adakah Najib ambil ubat sebagaimana Khalid Ibrahim yang terlalu kuat bekerja? 

Tapi saya masih yakin tenaga seks Najib masih utuh kerana beliau mengamalkan pengambilan kurang gula. Beliau juga dipercayai belajar minum teh tanpa gula.
Gambar: Nilaikanlah..
Jom Ubah


Gambar: pakat-pakat lapangkan masa anda pada tarikh dan masa yang tertera................
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena