Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies
www.mariafirdaus.com.my
MD dan PhD Daripada Mickey Mouse Clubhouse. Lihat gambar gambar mereka yg dikatakan memiliki ijazah beli atau palsu spt yg didakwa klik link di bawah.
Ada rungutan peserta mengenai janji palsu Dr Azizan Osman tersebar setelah membayar lebih 4 ribu duit.
Sebenarnya mana ada melayu yg sudi kongsi kisah cara kaya? Boleh potong jari!! lebih lagi orang politik dan PHD
Yg akan dikongsi ialah bagaimana dia akan kaya dgn perkongsian itu.
beautifulnely.blogspot.com
Dr Azizan Osman didakwa penipu
beautifulnely.blogspot.com
Dr Azizan Osman didakwa penipu
Posted 2013/10/04 by Ana Ghoib in Buat Duit Mudah Online
Ditulis secara Satira atau Satire: Surat Terbuka Kepada Pihak Berkuasa (Versi No. 1):
Tuan/Puan,
Saya, yang mewakili diri saya sendiri (kalau mewakili rakyat Malaysia tu terpulanglah) ingin bertanya kepada pihak tuan tentang perkara beberapa individu di negara ini yang menjaja gelaran “doktor” atau “professor” atau “emeritus professor” serta meletakkan “title” MD atau PhD di belakang nama cikai masing-masing… dan menggunakannya untuk cari makan duit haram laknat. Apa cer?
Tuan, contoh di bawah adalah beberapa individu yang menuntut dengan tekun di rumah masing-masing dengan pakai kain pelikat dan tak berbaju, dan seterusnya bayar USD850 wire-transferred – poop! dapat PhD! Pastu tu jajap nama masing-masing siap dengan Emeritus Professor la (hahaha! sekor-sekor dah tua bangka tak faham emeritus prof. tu apabenda), kira macam lanun kirana gitu. Seperti contoh yang saya telah bincangkan tempoh hari – sampai jadi millionaire taik kucing masuk TV3, promote mau jual air minuman kepada pakcik-makcik kat kampong yang senang kena kelentong di merata tempat di Malaysia ni.
Air hebat datang daripada pili air SYABAS. Air kosong 1.5L jual dengan harga RM8 – sebab mamat psycho nya ada cipta formula baru dalam bidang “quantum mechanics” yang lebih hebat daripada Albert Einstein dan Max Planck – katanya dengan megah tak bertempat macam baboon duduk dalam zoo. Makcik-pakcik kat kampung-kampung tu bukan tahu atau faham sepatah-haram kelentongan dia orang pun – apa nak kesah? Psycho dah nyanyuk orang tuanya tu beb tuan. Emeritus Prof. Dr. Sir Amir Hamzah… Sir? Ko biar betul dol? Bloody crappy shit!
Daripada kajian saya yang bersangkutan, rupa-rupanya ada lagi manusia Melayu yang tak sedar keuntung yang bersekongkong dengan orang tua nyanyuk di atas, tapi nampak gayanya 2 orang lagi ni masih muda… jadi mungkin hanya psycho sahaja, dan belum nyanyuk sepenuhnya. Masing-masing ada Dr. dan Prof., tapi takde universiti tempat mengajar pun – dapat dr. dan prof. melalui internet rupanya. Kan sume orang ada broadband maaah?
Selain daripada Prof. Dr. Mickey, Prof. Dr. Donald dan Prof. Dr. Goofy bertiga tu, banyak anak-anak murid mereka yang sama terencat akal dah ada title Dr. yang mereka masing-masing beli daripada universiti Ceylon yang sama, dan ada yang siap buka klinik lagi tu ha – Klinik Elektronik Wadehel. Apekebendanya boleh dapat lesen bukak klinik buat kerja menipu terang-terangan ni? Anyway, tentang isu “The Open University of Complementary Medicine, Colombo, Sri Lanka”, tuan boleh rujuk kepada entry blog saya sebelum ini – atau tuan boleh siasat sendiri dengan lebih terperinci. Jangan gusar, takde susah-susah. Tak kan nak percaya cakap Aidid Mu’addib ntah sapa-sapa ni bulat-bulat, tuan?
Jadi, soalan saya kepada pihak tuan:
1. Kenapa pihak kerajaan dan agensi yang bertanggung-jawab tidak memantau (atau tidak ambil kesah) tentang perkara ijazah kelentongan ini sehingga pengguna di Malaysia (yang ramai memang tak tahu menahu… contohnya makcik-pakcik di kampong tadi) terus tertipu dengan promosi yang gah tentang air keramat yang boleh membantu dan ada pulak promoter yang menjanjikan ianya boleh menyembuhkan berpuluh penyakit dengan minum air paip sebotol 8 hengget, dalam 2-3 botol setiap hari? Bila nak serbu dan sita ofis mala’un tu tuan?
2. Atau pun dengan title “Dr.” pengguna terus terpengaruh untuk merujuk dan dan mendapatkan rawatan kesihatan daripada “pretend-doctor” daripada “Mickey Mouse Club House” sebegini di klinik-klinik yang saya sendiri tak tahu nak describe klinik apekebendanya? Ada ke klinik perubatan elektronik wujud dalam dunia ni… kecuali kat Kapar dan Shah Alam dan Ceruk Tok Mamat?
3. Adakah pihak tuan akan terus membiarkan orang Melayu yang musuh dalam selimut… yang munafiq ini, terus memperlekehkan institusi perubatan di Malaysia, sekaligus menjadikan fakta bahawa setiap tahun “The Registrar of Medical Practitioners” yang meluluskan permohonan lesen “Perakuan Amalan Tahunan” untuk doktor-doktor bertauliah di Malaysia ini jadi tak bermakna satu sen pun?
Ada lebih 20,000 doktor perubatan yang dapat lesen tu setiap tahun ya? Tak payah la para doktor semua ya, susah-susah bertungkus-lumus belajar macam nak mati kat universiti, dan bertungkus-lumus saban hari kerja bagai nak rak, kat hospital dan klinik, sampai tak ingat anak-bini kat rumah. Doktor tu semua memang bangang semuanya. Ada cara nak dapat MD dan MBBS yang lagi senang, pehal sebok nak masuk UM, UKM, USM, UPM, IMU dan pegi oversea tu semua? Buang duit seehh!
4. Memperlekehkan warganegara Malaysia yang terpelajar yang ada PhD yang sebenar dalam bidang masing-masing dan diiktiraf oleh kerajaan seramai lebih daripada 14,000 orang sekarang, di mana mereka bertungkus-lumus melakukan ijazah lanjutan dengan pengorbanan yang besar dan belanja yang tinggi… dan jangan pula lupa pada yang gagal dalam peperiksaan untuk dapat PhD yang ada beribu lagi di luar sana. Apa kesah? Dia orang tu semua pun sama bangang dan bahalol sampai exam PhD pun takleh lepas. Amir Hamzah, Ibrahim Ahmad dan Norhisham Wahab tak perlu buat itu semua – dia orang kan genius maaah? Zaasss! Ane Ceylon dey… PhD satu! Ada? Yenadey!
5. Dah la… lantak tuan la nak buat apa.
Sekian, terima kasih.
Aidid Mu’addib Blog
Pakar Motivasi Dr Azizan Osman Letak Jawatan
azhanaam.blogspot.com
azhanaam.blogspot.com
Telah tersebar tentang berita perletakkan jawatan Dr Azizan Osman dalam Richworks Group of Companies. Perletakkan jawatan itu berkuat-kuasa hari ini, 1 Oktober 2013. baca lagi
Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies.
Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Yasmin menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.
Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.
Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global. sumber http://azizanosman.com
0 comments:
Post a Comment