Saturday, 19 October 2013

Harga ikan Naik 30% : Sapa tak suka harga ikan naik pergi bela ikan sendiri..Boleh pakai ke idea Umno Neh!

Ahad, 20 Oktober 2013
gambarikan.com



Ini balanya bila sokong parti rasuah 46% ingat dia peduli ke nasib rakyat bawahan.. pape pun tq BIE END!! Sapa tak suka harga ikan naik pergi bela ikan sendiri..Fb Kita Bantai Dot Info shared Pejuang keadilan's photo.


Ladang spirulina di atas bumbung

SEBUAH ladang spirulina di atas bumbung sebuah hotel di Bangkok, Thailand.

BANGKOK - Di atas bumbung sebuah hotel di sini terdapat berpuluh-puluh tong berisi cecair hijau mengandungi alga yang merupakan inovasi baharu pertanian bandar.
Dikenali sebagai spirulina, alga boleh dimakan ini mampu membantu menyediakan sumber protein yang mapan sebagai alternatif kepada daging.
Sebanyak tiga kali seminggu, seorang lelaki Patsakorn Thaveeuchukorn menuai alga itu di dalam beberapa buah tong.
"Rumpai hijau ini membesar dengan pantas. Kebiasaannya ia membesar dua kali ganda dalam tempoh 24 jam," kata Patsakorn yang bekerja untuk syarikat EnerGaia.
Syarikat tersebut menanam alga di atas bumbung beberapa buah bangunan di ibu kota Thailand di sini.
"Dengan tahap protein yang tinggi dan khasiat yang banyak, spirulina amat bermanfaat kepada kesihatan," kata Patsakorn.
"Jika dibandingkan dengan daging, makanan itu mengambil masa enam bulan untuk membesar hingga satu kilogram tetapi alga ini mengambil masa hanya seminggu," kata Patsakorn.
Posted by Tan Sri Ami Shah Maharaja Blog at 9:28 AM

Ternak lebah madu atas bumbung
CHEF Waldorf Astoria, Josh Bierman memeriksa lebah madu yang diternak di atas bumbung hotel berkenaan kelmarin. 
 JOM KREATIF
Ternak lebah madu atas bumbung hotel 
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah hotel mewah menternak lebih 20,000 ekor lebah madu di atas bumbung bangunan berkenaan di sini. Waldorf-Astoria yang merupakan hotel pilihan pemimpin AS dan luar negara, merancang untuk menghasilkan madu lebah sendiri di samping membantu mendebungakan pokok di sekitar kota metropolitan tersebut.
"Lebah ini terbang ke arah taman awam Central Park di sini," kata kakitangan Waldorf yang ditugaskan menjaga ternakan lebah tersebut, Andrew Cote.

"Serangga ini membawa pulang nektar, air dan debunga ke sarang di tingkat atas bangunan ini," tambahnya.
Menurut Cote, inisiatif tersebut dapat membantu rancangan pihak dewan bandar raya di sini untuk menanam 1 juta pokok menjelang 2022.

Bilangan lebah yang diternak di atas bumbung hotel 20 tingkat itu dijangka bertambah hingga 300,000 ekor pada musim panas tahun ini. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Boleh cuba di Kl, samada di kondominium, flat atau  rumah teres di kota atau di pinggit bandar? 
Posted by Ibnu Hasyim

Tanam Sayur Atas Bumbung Di Palestin
AFP BEBERAPA bekas yang mengandungi pelbagai jenis sayur di atas sebuah bangunan apartmen di Bandar Gaza pada 9 Oktober lalu. 

JOM KREATIF 
BANDAR GAZA, Palestin - Penduduk di sini menanam pelbagai jenis sayur dan tanaman herba di atas bumbung apartmen mereka. Banyak bumbung rumah dan bangunan apartmen di bandar ini dilengkapi sistem penanaman yang menggunakan air serta bahan kumuhan dari tangki-tangki ternakan ikan tilapia sebagai baja.

Sistem tersebut menggunakan saluran paip yang panjang dihubungkan ke tempat menanam sayur-sayuran dan tumbuhan lain. Projek tersebut dibiayai sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Ia adalah untuk membantu penduduk paling miskin di bandar ini menghasilkan makanan sendiri tanpa menggunakan racun serangga," kata timbalan pengurus projek berkenaan, Mohammed El Shatali.

Seorang penduduk berusia 51 tahun, Abu Ahmed menanam salad, brokoli dan beberapa tumbuhan herba lain di atas bumbung rumahnya dengan menggunakan sistem tersebut. Abu mampu memberikan 13 anggota keluarganya makan sayur-sayuran segar dan ikan menerusi penglibatannya dalam projek itu. - AFP 
Posted by Ibnu Hasyim

Tanah berumput di atas bumbung
Di Norway, menanam rumput di atas bumbung rumah sudah menjadi kebiasaan. Mereka lakukan begini untuk mengelakkan kesejukan dan angin yang kuat. Nampak cantik juga ya? Esok kita boleh tanam padi pula atas bumbung kita, boleh hidang lipan dan cacing buat sarapan pagi.
Mediamalaya.

Ide Sanusi yang tidak menjadi

TANAM PADI ATAS BUMBUNG
BERHENTI MENJADI MENTERI
1. Di waktu saya menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar rakan lama saya dari Taiwan bernama Vincent Siew menjadi Menteri Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana di Taiwan.

2. Pada waktu saya menziarahinya, di rumah, saya ternampak pada hampir pukul 10 malam isterinya keluar dengan dua buah timba kecil dan lampu suluh yang terikat di kepalanya. Menjawab kehairanan perhatian saya isterinya memberitahu dia hendak bubuh baja dan menyiram padinya di luar. Saya terkejut apabila diberitahu bahawa padinya ditanam di atas bumbung sebagai hobi.

3. Kerana pendedahan inilah maka apabila saya berpindah ke Kementerian Pertanian saya meminta pihak MARDI mencuba usaha menanam padi di atas bumbung. Usaha ini telah dilakukan oleh pihak MARDI di Seberang Prai. Apabila perkara ini dibocorkan kepada media massa maka saya ternampak kritikan wujud di sana-sini yang memberi gambaran saya sudah kehilangan akal dan buntu fikiran. Kerana kritikan ini maka MARDI telah berdiam seketika.

4. Allahyarham Tan Sri Mohd Yusof Hashim, Ketua Pengarah MARDI di waktu itu telah menyatakan bahawa percubaan ini telah berjaya tetapi kerana tanah terbiar masih banyak di Malaysia maka rancangan ini difikirkan belum sampai masa untuk dilaksanakan. Saya bersetuju dengan pendapat Tan Sri Mohd Yusof. Blogger SANUSI JUNID

Untuk mereka yang nak jadi kreatif dan dikenali kreatif macam Sanusi
Orang muda pasti ingat...
Orang-orang muda pasti masih ingat Tan Sri Sanusi Junid yang merupakan seorang Menteri Pertanian yang kreatif pemikirannya.

Kalau tidak ingat masa dia Menteri, pasti ingat dia sebagai Mantan President Universiti Islam Antarabangsa.

Untuk mereka yang nak jadi kreatif dan dikenali kreatif macam Sanusi, ada tiga faktor yang membuatnya kreatif.

Pertama, Sanusi kuat membaca buku. Siapa tidak tahu rumah Sanusi punya banyak buku sampai dia kena ada rumah lain untuk simpan bukunya.

Kedua, Sanusi adalah seorang bersikap optimis dan berfikir luar dari kotak. Dia melihat masaalah sebagai peluang dan serangan untuk dipulaih balik.

Ketiga, dia pandai bercerita, berceramah dan menghebah.


Siapa tidak ingat Sanusi dengan promosi kelapa muda? Itu adalah cara dia menyelesaikan masaalah harga kelapa yang terlalu rendah.

Helahnya adalah untuk mengurangkan bekalan kelapa tua dengan mempromosi produk kelapa muda. Secara tidak langsung, Sanusi memulakan hasil tanaman kelapa muda.
Jika hari ini kelihatan pelbagai ulam dan herba di jual di kedai makan, supermarket dan pasar, dia terlibat memperkenalkan ulam sebagai satu hasil keluaran kampung.

Jangan hairan helahnya adalah untuk menjadikan kampung kelihatan bersih dan kemas. Ulam-ulam banyak didapati dan bertempiaran disekitar kampung.

Ada ulam adalah dari bahan sampingan atau sisa pertanian. 
Industri ikan, kupang, dan lain-lain makanan laut dalam sangkar terhasil untuk menyelesaikan masaalah kurang tangkapan ikan.

Untuk menyelesaikan masaalah ikan yang berkurangan untuk dikail ikan di laut atau sungai, ikan itu dibela di laut dan sungai.
Tukun tiruan dari buluh, kayu dan tayar-tayar terpakai pun ide Sanusi untuk membanyakkan tempat sehabitat dan pelindung bagi ikan bertelor.

Cuma ide tanam padi atas bumbung tak menjadi sampai diejek orang. Ide bukan bodoh, cuma Sanusi tidak sempat nak hebahkan.
Di Taiwan ia sesuatu yang lazim. Ia adalah lanjutan dari ide tanaman hidroponik. Malahan yield pengeluaran padi atas bumbung adalah tinggi.

Baca kisah ini di China sini dimana bumbung bangunan sebesar 120 metre persegi dapat keluarkan 120 kilo padi.

Pendik dan Husin juga turut kata, Sanusi banyak membernaskan ide yang hebat dan berkesan. Dia dikira seorang penyelesai masaalah.

Haaa ... itu yang orang ingat. Husin lupa beritahu tadi ada faktor keempat kenapa Sanusi dilihat sebagai Menteri berfikiran kreatif. Faktor keempat ialah Sanusi tidak cerita dimana dia gagal.

Maka Husin nak cerita satu peristiwa di mana ide Sanusi hampir gagal kalau tidak diselamat tuhan.
Satu ketika dalam rangka lawatan ke luar bandar, satu ilham terlintas dihati Sanusi apabila semasa melihat pokok labu yang menjalar dan pokok buah kampung bernama pokok Keriang.

Sanusi menyedari buah labu besar dan batangnya kecik menjalar pula. Manakala, pokok keriang pula batangnya besar menegak tinggi dan buahnya kecik saja.

Dia terfikir alangkah baiknya jika buah labu itu berada di pokok keriang dan buah keriang itu berada di pokok Labu. Buah kecik di pokok kecik, buah besar di pokok besar, baru sesuai.
Dalam fikiran Sanusi, pasti lebih banyak buah labu boleh dikeluarkan oleh pesawah-pesawah Malaysia. Pokok keriang banyak dipinggir sawah. Satu industeri makanan dan asas tani boleh lahir dari buah labu.

Macam-macam cara difikir dan dicuba oleh Sanusi tapi belum ada yang mantap hasilnya. Masaalahnya masa itu, teknologi biotek dan genetik belum sehebat sekarang lagi. Kalau ada teknoloji begitu, lama dah Sanusi buat air kelapa rasa macam madu dan ikan kembung rasa macam ikan patin. 

Akhirnya Sanusi cuba satu cara dan ada hasil awal. Tapi perlu diperbaiki lagi kajian. Dia tanam pokok labu pada pokok keriang. Kalau berjaya, buah labu akan bergayut-gayut dari pokok-pokok keriang tepi bendang.

Satu hari, Sanusi balik kawasan dan tengok-tengok Jerlun. Dia terasa penat dan baring atas kerusi malas bawah pokok Keriang. Langsung tertidor ...

Tiba2 dia dikejutkan dari lena oleh tujuh biji buah keriang jatuh timpa yang mengena kepala, hidung, mulut, dan dada. Baru dia terpikiaq, nasib baik buah keriang kecil. Kalau besaq macam buah labu, mampuih!!!!

Terus tidak jadi. Itu satu ide Sanusi yang tidak boleh menjadi.

Bagi yang nak mengetahui kisah dan pengalaman Sanusi, baca blog dia sini. Tolong komen. Bila ada yang komen, bersemangat dia untuk menulis.
Sociopolitical Blogs Malaysiana

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena