Sunday 13 October 2013

Persiapan IBADAH KORBAN 2013 PAS TAMAN MERU & MERU HEIGHTS (Gambar)

Isnin, 14 Oktober 2013
PERSIAPAN TEMPAT IBADAH KORBAN DI PERKARANGAN TN HJ ASMUNI AWI MERU HEIGHTS
PADA 13 Okt 2013 (Ahad)
Persiapan tempat ibadah korban untuk 18 ekor lembu telah dioperasikan lebih awal (semalam) memandangkan keseluruhan petugas akan melaksanakan Ibadah Puasa Hari Arafah hari ini, Isnin 14 Okt/9 Zulhijjah.

Namun begitu pada petang nanti, lembu-lembu korban dijangkakan tiba lebih awal sekitar jam 3.00 petang. Petugas diminta hadir kekawasan operasi untuk membantu mengkandangkan lembu tersebut. Pada jam 5.00 petang pula penyembelihan beberapa ekor lembu khusus untuk ibadat akikah anak-anak ahli pas yang berkenaan. 

Petugas-petugas peyembelihan dan  memasak diminta hadir petang nanti mengikut jadual yang telah diedarkan.

Pengarah Operasi dan Jawatankuasa diminta membuat pemeriksaan dan pemantauan terakhir pada petang ini agar Majlis Ibadah Korban 2013 Pas Taman Meru & Meru Heights nanti berjalan lancar. Majlis Ibadah Korban 2013 akan dilaksanakan esok hari, 15 Okt/10 Zulhijjah (Selasa) mulai jam 9.30 pagi di perkarangan kediaman Tn Hj Asmuni Awi Pengerusi Lajnah Perundangan Pas Pusat (Bekas Calon N23 Manjoi)

Solat Sunah IdulAdha pula, akan bermula jam 8.30 pagi, Selasa 15 Okt/10 Zulhijjad di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Tambun. Taman Meru 1A, diimamkan Tn Hj Asmuni Awi.

Gambar-gambar sekitar kawasan operasi majlis korban
  Anggota Briged Kibaran Bendera UPU Pas Zon Meru turut membantu meskipun hujan renyai-renyai...
Tempat melapah... material pasang siap dan mudah alih...

Anak Muda Bersama PAS




Kandang mudah alih & praktikal ciptaan Tn Hj Asmuni Awi (bekas calon N23 manjoi)

Kandang yang boleh menempatkan 20 ekor lembu
Kandang lembu pasang siap dan mudah alih...pemeriksan dilakukan Cikgu Mustafa & Cikgu Azmi
Veteran PAS turut memantau dan memberi tunjuk ajar kepakaran kepada generasi muda Pas
Tn Hj Asmuni meneliti sesuatu...
 "Tu Dia!!! Ada renggang sikit" Tn Hj Asmuni Awi Arkitek Opersi melakukan pemeriksaan keselamatan tempat pelapahan lembu.

Menjamu selera sebentar...Kerabu Mempelam Muda & Ikan Merah Kukus Halia...
 Saudara Faizal Setiausaha Pas Kawasan Tambun mengetuai operasi persiapan Majlis Ibadah Korban 2013
'Komando' Briged Kibaran Bendera UPU Zon Meru
 Pengarah Majlis Ibadah Korban 2013 Hj Hamidon 
En. Anuar & En. Salleh 'orang kuat' Briged Kibaran Bendera UPU Zon Meru
Khemah tempat memotong daging



Tn Hj Abdullah memeriksa peralatan, kapak , gergaji mesin, takal berantai, bakul, dan cangkul..semua ada!
Kerja -kerja persiapan hampir selesai...memcuci tangan sebelum makan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena