Sunday, 19 August 2018

[Video 'Umno Perasuah, Hanya Orang-Orang Tertentu Yang Untung'' & Pas Ada Terima Dana 1MDB Atau Tidak?] "Semua cakap pasal LGBT, tiada sorang pun cakap pasal EQUANIMITY" & Hak milik tanah 999 tahun: DAP Perak tak beri tekanan pada MB.

Isnin, 20 Ogos 2018



Hak milik tanah 999 tahun: DAP Perak tak beri tekanan pada MB

DAP Perak tidak pernah memberi tekanan kepada Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkaitan isu hak milik kekal tanah, kata Pengerusinya Nga Kor Ming.
Beliau berkata DAP adalah sebuah parti yang penuh bertanggungjawab, mempunyai hubungan mesra, sentiasa bekerja sebagai satu pasukan serta saling hormat menghormati.
"DAP Perak akan berdiri teguh bersama Menteri Besar dan memberi sokongan padu kepada pimpinan beliau supaya Pakatan Harapan (PH) membawa kesejahteraan hidup kepada seluruh rakyat Perak serta membawa pembangunan ekonomi pesat kepada negeri kita yang tercinta," katanya dalam satu kenyataan di Teluk Intan, hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar tempatan yang memetik beliau sebagai berkata, DAP Perak mahu Kerajaan Negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal tanah kepada Kampung-kampung Baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menjelas lanjut, Nga, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Aulong, berkata beliau tidak pernah membangkitkan isu hak milik kekal tanah dalam satu sidang media di Teluk Intan, semalam.
"Sebaliknya apa yang berlaku adalah apabila saya ditanya oleh pemberita, saya hanya nyatakan PH adalah komited untuk melaksanakan semua janji yang termaktub dalam manifesto.
"Ini adalah kata-kata yang sama dengan ucapan penggulungan Menteri Besar semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini," katanya.
Nga, yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, juga mengajak orang ramai supaya tidak jatuh ke dalam perangkap politik perkauman, sebaliknya memberi sokongan kepada HARAPAN.
"Ini untuk membuat pembaharuan demi manfaat bangsa dan negara kita yang tercinta dalam era Malaysia Baru," katanya sambil menambah agar rakyat menjauhi politik perkauman yang beracun.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena