Saturday, 8 July 2017

[Video PAS Perlu Buat Pilihan: BN Atau PH!] Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?

Sabtu, 8 Julai 2017

Awie dan Khairy bersama dua artis lain dalam sidang media Pemuda Umno pada 2011.

Image result for Gambar Malai Rock Station Bistro
'Malai Rock Station' Kepunyaan Awie
IdaMan - blogger
Related image
PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu ...
Pilihan Anda - blogger

Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?

Ketua Pemuda Pas Kelantan (berkopiah) tersenyum lebar di sisi Awie dalam program di Kota Bharu semalam
Kehadiran penyanyi dan pelakon, Awie menyempurnakan gimik pelancaran Kelantan International Bike Week di Kota Bharu semalam hangat diperkatakan di media sosial.
Dalam program berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dilapor menyambut ketibaan Awie bersama kumpulan penunggang motosikal Wing Motor Gang Society.
Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai Pas dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan golongan belia selain menunjukkan parti tersebut masih berpengaruh.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari turut hadir dalam program yang sebelum itu menyaksikan kematian dua penunggang motosikal selepas terlibat dalam kemalangan di Perak ketika dalam perjalanan menuju ke majlis tersebut.
Pada masa sama, gambar Awie, 49, dalam suasana kelab malam juga tersebar. Penyanyi lagu 'Sejati' dan 'Di Ambang Wati' sebelum ini pernah didakwa sebagai pengusaha sebuah kelab malam di Ipoh, Perak.
Hal tersebut diakui bekas abang iparnya, Othman Misbun, 41, ketika prosiding perbicaraan permohonan hak penjagaan (hadanah) kekal terhadap tiga anak Awie dan bekas isterinya, Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 13 Julai tahun lalu.
Menurut Othman, Awie mengusahakan pusat hiburan Malai Rock Station Bistro yang turut menyediakan arak seperti kelab malam lain sejak beberapa tahun lalu.
Turut dikongsi netizen adalah gambar Awie bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam sidang media mengumumkan pertandingan muzik BN Youth Music 2011.
Pelakon lebih 30 filem tersebut sebelum ini umum dikenali sebagai artis yang kerap berada dalam program anjuran Umno-BN.



Tahap kesucian yg cuba dipromosikan oleh pas sampaikan org islam dinasihatkan jgn membeli kuih drpd penjual yg tidak menutup aurat. Hilang pahala ibadah puasa hari tu. Suci sangatlah kononnya pas nih.
Tapi pas sebenarnya berlakon saja. Dia tak kisah pun tentang 'kesucian' dlm hal2 lain yg memberikan keuntungan kpd partinya. Tak kisahlah kalau pemilik kelab mlm & geng tegar umno pun bersekongkol dgn dia.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena