Wednesday, 20 December 2017

[Video GADAI Tanah FELDA dapat duit banyak barulah UmnoBN boleh curi & PM 1Malaysia: Rakyat Haram Jadah] Tanah Felda di KL 'lesap' di zaman Isa Samad (UmnoBN).

Khamis, 21 Disember 2017


Image result for Gambar Felda rugi besar
Najib, UMNO dan Isa terus mendabik dada disebalik kerugian yang ditanggung oleh pelabur-pelabur tempatan seperti dalam gambar. Ada yang rugi hampir mencecah ...

Related image
Dengan angkuh dan bangga Najib menyatakan kononnya IPO FGV adalah yang terbesar di Asia ketika itu, dan lebih besar dari IPO yang diterbitkan oleh Facebook.

Laporan: Tanah Felda di KL ‘lesap’ di zaman Isa Samad

Laporan: Tanah Felda di KL ‘lesap’ di zaman Isa Samad

Felda mungkin berisiko kehilangan hak ke atas tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta itu yang bertukar hak milik pada 2015 ketika Isa Samad menjadi pengerusinya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Disember, 2017.

Felda mungkin berisiko kehilangan hak ke atas tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta itu yang bertukar hak milik pada 2015 ketika Isa Samad menjadi pengerusinya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Disember, 2017.
SEBIDANG tanah strategik milik Felda dipercayai bertukar hak milik selepas satu transaksi diragui pada 2015, ketika Isa Samad memegang jawatan pengerusi.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Felda mungkin berisiko kehilangan hak ke atas tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta itu.
Transaksi pindah milik meragukan itu melibatkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda yang kini dimajukan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), lapor akhbar itu.
Semakan dilakukan akhbar itu di portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati menara ikonik Felda itu sudah diluluskan untuk dimajukan.
Pelan pembangunan itu termasuk bangunan pejabat 68 tingkat yang meliputi 59 tingkat pejabat, kawasan parkir, taman atas bumbung dan helipad.
Laporan Berita Harian yang memetik sumber menyebut, syarikat milik Felda, Felda Investment Corporation (FIC) telah melantik sebuah syarikat pada 3 Jun 2014 dan memberikan  surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Keputusan untuk melantik syarikat terbabit dibuat FIC. Bagaimanapun, Lembaga Pengarah Felda hanya dimaklumkan tiga bulan kemudian iaitu pada 2 September untuk kelulusan secara retrospektif, dakwa sumber tersebut.
Isa Samad being brought to the Putrajaya magistrate's court this morning. He is the subject of a graft probe relating to Felda Investment Corporation's hotels purchases. – The Malaysian Insight pic by Nazir Sufari, August 16, 2017.
Isa Samad being brought to the Putrajaya magistrate's court this morning. He is the subject of a graft probe relating to Felda Investment Corporation's hotels purchases. – The Malaysian Insight pic by Nazir Sufari, August 16, 2017.
"Ia agak mengelirukan dari segi urus tadbir kerana Lembaga Pengarah Felda tak tahu siapa sebenarnya buat keputusan, sama ada FIC atau Felda kerana ketika itu ada orang sama duduk dalam FIC dan dalam Felda.
"Felda keluarkan surat kuasa wakil kepada syarikat pemaju untuk bangunkan kawasan terbabit, namun tanah berkenaan kemudian didapati dipindah milik kepada syarikat itu sejak Disember 2015," kata sumber tersebut.
Setakat ini, tiada pengumuman Felda berhubung isu pindah milik tanah yang kini dimajukan oleh Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
Selain itu, satu daripada lot tanah yang menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda turut ditukar nama kepada syarikat lain yang didakwa ada kaitan dengan pemaju utama projek pada 21 Julai 2016, lapor akhbar itu lagi.
Berita harian menyebut, maklumat itu diperolehi selepas membuat semakan di Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Isa Samad merupakan pengerusi Felda sejak 2011 hingga awal Januari 2017 serta menjadi pengerusi bukan eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) pada 2013 sehingga 2017.
Beliau meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures (FGV) pada Jun lalu sebelum dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang mencetuskan bantahan ramai.
Felda terpalit dengan beberapa skandal tahun ini termasuklah konflik kepimpinan Zakaria Arshad dan skandal korupsi antaranya pembelian hotel di London dan Kuching. – 21 Disember, 2017.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena