Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan surat pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tersebar hari ini dikeluarkan Kementerian Kewangan.
PH kalah di CAMERON HIGHLANDS sebab kebodohan sendiri
Menilai kekalahan PH di Cameron Highlands
Timmy Say
Timmy Say
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) di tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands semalam sudah dijangka pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
Di saat-saat akhir kempen, beliau memberikan petanda yang jelas PH akan tewas dengan berkata, hanya keajaiban sahaja yang boleh menghalang kemenangan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN di Cameron Highlands. Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilihat tidak membantu.
Berdepan “troll” Najib yang melemaskan, Kit Siang cuba memainkan semula memori “ngeri” rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) terhadap Najib sebagai perdana menteri untuk meraih undi di saat-saat akhir.
Beliau mengutarakan teori kemenangan BN di Cameron Highlands akan dijadikan batu loncatan untuk menjayakan cita-cita Najib kembali menjadi perdana menteri ke-8 pada PRU15 nanti. Teori itu digunakan Kit Siang untuk menggesa pengundi Cameron Highlands balik mengundi, meskipun cuti Tahun Baru Cina akan bermula dalam 10 hari lagi.
Bukan itu sahaja, di hari terakhir kempen, anaknya Lim Guan Eng turut serta melakukan serangan terdesak terhadap rekod hutang kerajaan Pahang yang diterajui BN melalui kenyataan rasmi Kementerian Kewangan.
Mesej tersirat serangan tersebut kepada pengundi Cameron Highlands adalah jelas, iaitu kerajaan negeri yang sarat dengan hutang tidak mampu menjaga mereka.
Ironinya, sekiranya hujah tersebut benar, bagaimana pula kerajaan persekutuan yang sarat dengan hutang RM1 trilion yang selalu dimainkan Guan Eng dapat membantu penduduk di Cameron Highlands?
Apapun, segalanya terbukti tidak menjadi. Calon BN, Ramli Mohd Nor tetap dipilih menjadi ahli Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.
PH yang sepatutnya menjadi pilihan penduduk pedalaman dan Orang Asli “by default” kerana mereka kini memegang kerajaan persekutuan tetap tewas. Malah, kekalahan ini boleh disifatkan amat memalukan.
Ini kerana, PH sebagai kerajaan persekutuan tewas di tangan BN; di saat Umno paling lemah di dalam sejarah selepas diserang fenomena katak, presidennya direhatkan dan digantikan pemangku yang masih tidak bermaya, Najib dan beberapa pimpinan tertinggi Umno diheret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menghadapi berpuluh tuduhan di mahkamah berserta MCA dan MIC yang hampir lumpuh secara keseluruhannya.
Di belakang BN hanya ada PAS yang stabil dan kemunculan Najib sebagai “Raja Troll” di tengah kempen Cameron Highlands.
Bukan itu sahaja, PH juga tewas kepada diri mereka apabila ditangkap basah melakukan kesalahan-kesalahan yang dikecamnya ketika BN berkuasa seperti memberikan duit minyak, janji pembangunan, menggunakan jentera kerajaan serta menyalahgunakan kuasa kementerian untuk mengeluarkan kenyataan berpolitik ketika kempen PRK memuncak.
PH juga gagal mempertahankan prinsip moralnya sendiri dengan memilih untuk membisu, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan tugas dan membiarkan calon mereka, M Manogaran memakai baju berlogo parti memasuki perkarangan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sinderut.
Rakyat yang mengikuti PH sekian lama tahu sekiranya kesalahan sama dilakukan calon BN, sudah pasti pimpinan PH akan berlumba mengeluarkan kenyataan untuk mengecam tindakan tersebut dan juga SPR di dalam sekelip mata.
Ia termasuklah NGO Bersih yang sudah pasti akan membuat laporan polis, sejurus dimaklumkan dan menuduh SPR gagal melaksanakan tugas.
Namun, apabila mereka memilih untuk membisu terhadap kesalahan-kesalahan pilihan raya yang nyata pada PRK Cameron Highlands, kredibiliti mereka di mata rakyat kini ditimbus sifat hipokrit mereka yang amat meluatkan. Lebih-lebih lagi, rakyat rata-rata mengenali pimpinan PH terkenal melalui perjuangan mereka menuntut pilihan raya bersih sebelum ini.
Oleh itu, PH bukan sekadar tewas PRK Cameron Highlands, mereka juga kehilangan kredibiliti dan roh serta prinsip perjuangan sendiri.
Yang dirisaukan ialah apa tinggal di dalam jiwa PH hanyalah keinginan mempertahankan kuasa yang ada dengan apa cara jua, selepas kalah di Cameron Highlands.
Pada hari pengundian, kecelaruan yang ditimbulkan Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali terhadap keputusan Kabinet terhadap projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) turut mengikis saki-baki kredibiliti yang ada pada PH.
Najib yang kini menjadi musuh “troll” paling digeruni PH turut mengambil mata politik terhadap insiden tersebut.
Dengan populariti Najib yang naik secara mendadak di media sosial, ada yang tertanya-tanya apakah kes mahkamah Najib dan isterinya akan dipercepatkan selepas ini, seperti kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diawalkan sejurus Langkah Kajang dilancarkan?
Mari kita menunggu pertarungan di PRK Semenyih pula. Ia bakal menjadi satu pertarungan yang menentukan masa depan politik negara, susulan kekalahan teruk PH di Cameron Highlands.

KDL.
0 comments:
Post a Comment