Sunday, 27 January 2019

[Video Mat Sabu perli Najib naik motosikal, 'eh berlakon sikit-sikit sudahlah'] Apa pun Perdana Menteri masih Tun Dr Mahathir & PH terus laksana tugas walaupun kalah PRK Cameron Highlands.

Ahad, 27 Januari 2019
Image may contain: 1 person, text
PH terus laksana tugas walaupun kalah PRK Cameron Highlands
PH terus laksana tugas walaupun kalah PRK Cameron Highlands

Pakatan Harapan (PH) akan terus melaksanakan tugas untuk rakyat seperti biasa walaupun mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, semalam.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau secara peribadinya berpandangan strategi meletakkan calon selain parti diwakili calon itu memainkan peranan penting bagi memastikan sesuatu kemenangan.
“Apa pun Perdana Menteri masih Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya tetap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Bagaimanapun, keputusan tersebut merupakan gambaran kepada PH untuk memastikan pemilih berdaftar keluar mengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kekalahan calon PH, M. Manogaran kepada pesaing utamanya, Ramli Mohd Noor daripada Barisan Nasional (BN) pada PRK Cameron Highlands malam tadi, ketika sidang media selepas menghadiri Karnival NGO-NGO Prihatin Perak sempena Hari Tanpa Kenderaan di Jalan Raja Dihilir di sini hari ini.
Ramli meraih 12,038 undi untuk menewaskan calon PH Manogaran (8,800 undi), dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee yang memperoleh 276 undi.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai tugas Jawatankuasa Khas Penyelesaian Setinggan dan Usaha Haram Negeri Perak yang diumumkannya semalam, Ahmad Faizal berkata pihaknya akan menyelesaikan masalah itu satu per satu dengan melibatkan pelbagai agensi kerajaan.
“Ada peneroka yang berdegil sehingga menggunakan kumpulan untuk mengganggu penjawat awam menjalankan tugas jadi kita mesti bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan lain untuk jangka masa panjang.
“Dan yang lebih menarik ada juga peneroka yang menyaman kerajaan kerana merasakan apabila mereka telah menduduki tanah kerajaan dengan lama maka mereka merasakan itu hak mereka sedangkan tidak,” katanya.
Semalam, Ahmad Faizal berkata bagi menyelesaikan isu tersebut kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa berkenaan pada 22 Jan lalu yang dianggotai oleh Pegawai-pegawai Daerah, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi kerajaan berkaitan.
Dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu, kerajaan negeri telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 12 kes penerokaan haram oleh peneroka ‘korporat’ melibatkan kawasan seluas lebih 60,000 hektar.
— BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/ph-terus-laksana-tugas-walaupun-kalah-prk-cameron-highlands/

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena