Thursday, 24 January 2019

[Video PILIH BUKAN ISLAM, DULU BOLEH SEKARANG TIDAK?] Takutkan pengundi Cameron Highlands dengan DAP taktik kotor UMNO-PAS.

Khamis, 24 Januari 2019

Takutkan pengundi Cameron Highlands dengan DAP taktik kotor UMNO-PAS

Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membidas tindakan UMNO dan PAS yang mempergunakan isu kaum dan agama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Menurutnya, tindakan itu menunjukkan kedua-dua parti tersebut sanggup berbuat apa sahaja untuk berkuasa termasuk membelakangi ajaran Islam yang sebenar.
“UMNO-BN telah memerintah lebih dari 60 tahun dan (bekas perdana menteri) Najib Razak telah menjadi perdana menteri selama dua penggal tetapi isu tanah adat orang asal dan isu perumahan umum orang ramai masih banyak belum selesai.
“Soal utama hari ini kenapa isu perkauman dan agama menjadi senjata utama UMNO dan BN di PRK ini kalau mereka telah menjadi kerajaan bertanggung jawab yang menguasai negeri (Pahang) dan negara dahulu?
“PAS yang menganggap UMNO biawak hidup dahulu kini mendukung perjuangan perkauman assobiah pekat Umno yang dilarang Islam.
“PAS dan UMNO tertekan dan sanggup berbuat apa sahaja untuk berkuasa walaupun membelakangkan ajaran Islam sebenarnya dengan mencetus sentimen agama dan perkauman walaupun ini mungkin akan merosakkan negara yang telah lama kita bina bersama dengan harmoni,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor media.
Raja Kamarul Bahrin turut menyifatkan PAS sebagai bersikap berselindung dan hipokrit kerana tidak berterus terang dengan ahli biasa mereka.
“Ini tidak mungkin akan kelihatan di Terengganu di mana masyarakat lebih jauh konservatif dan ahli biasa PAS tidak boleh menerima UMNO.
Katanya, BN dan PAS mempergunakan isu kaum untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu dengan DAP dan orang Cina.
“Ini adalah politik kotor UMNO dan PAS yang akan merosakan negara dan konsep Malaysia Baru,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena