Ada lagi ke yang cuba hendak menafikan kekalahan PH di Cameron Highlands tu dengan mengatakan dapat menurunkan majoriti BN.
Nak makan carut ke apa ni...??
Selanjutnya tulisan ini akan menyebabkan akan ada yang tertelan gigi palsu , berdarah bibir kerana di gigit marah , dan ada sekelompok yang *BERANGAN TERER AKAN MEROYAN*.
Kekalahan PRK Cameron Highlands adalah kerana beberapa faktor yang *DI BUAT OLEH PH SENDIRI*.
Sebelum nak meneruskan baca tulisan ini saya nasehatkan pada yang ada sakit tu , pergilah makan ubat dulu.
Kekalahan pertama PH di dalam PRK selepas PRU yang lepas banyak di sebabkan faktor kegagalan dan perkara bodoh yang PH sendiri cipta.
1 .Faktor calon yang *TERLAMPAU BERANGAN DAN SYOK SENDIRI* juga penyebab salah satunya.
2 .Faktor *RAJA TROLL DAN PM FACEBOOK* turun berkempen juga satu faktor yang di *PANDANG SEPI OLEH PH*.
3 . Harga barangan yang semakin meningkat serta sara hidup yang terlalu membebankan juga penyebabnya.
4 . Kemarahan peneroka Felda dengan harga sawit yang *TERUK*.
5 . *"KETUANAN MELAYU"* yang di *KACAU* oleh pemimpin yang tidak faham *KEHENDAK MELAYU* memainkan peranan seperti api di dalam sekam.
6 . *JENTERA KEMAS* yang berstatus kontrak memainkan peranan sebagai *TROJAN HORSE* kepada BN , yang ini Menterinya memang takleh di kritik oleh ahli seperti saya sebab akan ada juak² yang menyerang saya balik , kita tunggu komen bab ni.
7 . Boikot dari para perokok juga penyebabnya , PH melakukan tindakan bangang apabila berkuasa mencipta undang² yang *MENAFIKAN HAK PEROKOK* , Menteri Kesihatan itu sama ada ada otak atau cuba membuat sabotaj secara perlahan kepada PH , takkan dia tidak tahu bahawa *99%* pekerja parti adalah perokok , kalau LGBT boleh hendak di beri hak kenapa hendak mengacau *HAK PEROKOK* , lebih baiklah Menteri Kesihatan itu memikirkan bagaimana hendak *MEMASTIKAN HOSPITAL DAN KLINIK* memberi perkhidmatan yang terbaik , warung Kak Chah yang mengharapkan pemandu lori singgah makan juga telah secara drastik berkurangan , maknanya pendapatan Kak Chah telah hilang sebahagiannya , adakah itu *RAHMATAN LIL ALAMIN??????* , belum lagi di kira warung² yang lain.
8 . BSH hidup yang menurun berbanding BRIM juga menyebabkan kemarahan rakyat jelata , dulu masa jadi pembangkang hampir setiap hari *BERJANJI AKAN MENYEDIAKAN SARA HIDUP YANG LEBIH BAIK DARI BRIM* , mana perginya , *JANGAN NAK BERETORIK DENGAN KES 1MDB SAHAJA* , orang dah muak dan menyampah.
9 . Pinjaman tanpa cagaran yang di beri kepada kaum Cina sehingga RM50 ribu oleh BSN pun satu *MASALAH BESAR* , orang Melayu pula *HENDAK PINJAM MELALUI TEKUN PUN KENA CAGARKAN EMAS* , mana datang proses sebegini.
10. PH mempunyai Menteri yang *RACIST* menjadikan rakyat mula hendak menolak PH , ini kerana sikap kurang ajar pemimpin tersebut terhadap *BANGSA MELAYU* , mereka hanya tahu *MENCABAR KEDAULATAN PERLEMBAGAAN NEGARA INI*.
11 . Ada Menteri yang menggalakkan meminjam dengan AHLONG dengan menaik tarafkan perkhidmatan Ahlong berlesen di setiap PBT.
12 . Faktor PM *MENUNGGU* juga menyebabkan rakyat muak , mual , nyampah kerana rakyat menurunkan BN kerana *PERCAYA KEPADA KEBOLEHAN TUN* , rakyat hendak Tun terus meneraju negara ini sehingga stabil dan selepas itu kalau Anwar nak ambil negara ini secara anak beranak pun rakyat *TIDAK PEDULI* , saya tahu statement saya ini akan di hentam oleh otai reformasi , saya tidak kisah sebab apa yang saya katakan ini adalah *KENYATAAN RAKYAT DI BAWAH* , anda duduk di cafe² mana anda tahu masalah rakyat marhaen di bawah ini.
13 . Kes Adib yang masih tidak selesai di bantai oleh perusuh dalam kes Kuil seafield itu juga memainkan peranan kekalahan PH.
Dan *"THE ULTIMATE REASON"* rakyat terutama Melayu menolak PH kerana mereka melihat bahawa *KERAJAAN SEKARANG INI DI PERINTAH OLEH DAP* , Pemimpin DAP di lihat cuba meletakkan semua kesalahan di bahu kerajaan terdahulu , walhal semasa menjadi pembangkang dahulu , pemimpin DAP berjanji bermacam².
Kemenangan PH di dalam PRU 14 dahulu bukan kerana faktor kebodohan BN semata² , ianya faktor Tun Mahathir , bukan Anwar , bukan Lim Kit Siang , bukan Mat Sabu , kerana sejarah sudah menunjukkan rakyat menolak mereka di dalam PRU² sebelum PRU 14 , dan saya berani berkata walaupun BN bermasalah jika Tun masih bersama BN di dalam PRU14 , BN tetap menang.
Jadinya *JIKA PH INGIN MENANG DI SEMENYIH* , jangan benarkan Wythamoorthy datang , jangan bawa mana² pemimpin DAP yang masih racist dan *TIDAK TAHU BEKERJA SEBAGAI KERAJAAN* , Melayu menolak mereka² ini semua , terutama apabila UMNO telah berkahwin dengan PAS sekarang , ini semua akan menjadi bom atom kepada mereka.
*SAJA NAK BAGITAU* , sudah sampai masanya Tun *RESHUFFLE* kabinet PH sekarang , kerana ramai Menteri dan Timbalan menteri yang berada di bawah paras kebodohan biasa.
0 comments:
Post a Comment