Wednesday, 23 January 2019

[Video 'Raja Troll' Najib: Apa kata orang ramai?] 'Raja Troll & Raja Kluk Klek'? TPM dakwa tak dibenarkan solat di PDK Kg Keledek.

Rabu, 23 Januari 2019
Raja Kluk klek?
Foto Kami Viral.

TPM dakwa tak dibenarkan solat di PDK Kg Keledek


Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa dirinya, hari ini dihalang daripada menunaikan solat di sebuah pusat dalam komuniti (PDK) di Kampung Keledek di Jelai semasa berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.
“Saya hendak beritahu, saya tidak dibenarkan solat di pusat dalam komuniti.
"Mereka kunci pintu, jadi saya solat di rumah sebelah. Saya tak pasti kenapa dan saya tak tanya kenapa (tidak dibenarkan solat).
"Kerana sudah masuk waktu (solat) dan saya diberikan alternatif, jadi saya terus menunaikan solat," katanya yang dipetik oleh portal Astro Awani.
Presiden Pakatan Harapan itu sebelum itu hadir pada program dialog bersama penduduk Kampung Keledek di Jelai.
Jentera PH sejak minggu ini ditumpukan di DUN yang dikuasai oleh Barisan Nasional, iaitu yang kini dipegang oleh Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail. Satu lagi kerusi DUN di Cameron Highlands adalah Tanah Rata yang sememangnya adalah kubu DAP.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, tiada alasan diberi oleh mereka yang menghalang beliau dan pintu PDK itu terus dikunci.
Ditanya pemberita sama ada PH berpeluang cerah untuk merampas kerusi Cameron Highlands daripada BN, timbalan perdana menteri itu mengakui sukar bagi beliau meramalkannya.
"Susah untuk kita katakan sekarang,” katanya.
PH meletakkan calon dari DAP bertanding di kerusi ini iaitu M Manogaran dengan pertembungan empat penjuru antara calon BN dan dua dari Bebas.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena