Wednesday, 23 July 2014

Tempat Perlindungan Gelandangan...Ni negara BUKAN ISLAM

Rabu, 23 Julai 2014

Ni negara BUKAN ISLAM, Mangsa gelandangan di beri bantuan bangku yg ada pelindung hujan.

Dinegara Islam (malaysia di jln TAR) mangsa SIHIR KAPITALIS di anggap sebagai anjing dan kucing kurap bila di tambah besi pemegang supaya elak gelandangan lepak tidoq di bangku tepi jalan.. muahahaha...


Besi halang gelandangan tidur di bangku awam

MALAYSIAKINI


Pihak berkuasa Kuala Lumpur didakwa memasang besi di bangku orang ramai sekitar ibu kota, bagi menghalang gelandangan tidur di atasnya.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, beliau melihat sendiri gambar warga miskin kota terpaksa memaksa diri masuk ke celah-celah besi itu untuk bermalam.

“Saya tidak pernah menyangka senario yang begitu menyayat hati ini akan terjadi di Kuala Lumpur,” kata wakil rakyat DAP itu.

“Perbuatan memasang besi-besi ini langsung tidak berhati perut, malah menampakkan betapa zalimnya pihak berkuasa di Kuala Lumpur yang tidak menyantuni golongan yang tidak bernasib baik dan hidup di jalanan.”

Dalam kenyataannya hari ini, Lim menyifatkan tindakan itu berhati batu dan tidak berperikemanusiaan, tambahan lagi pada bulan Ramadan.

“Saya menggesa pihak DBKL menanggalkan besi-besi tersebut serta merta, dan berhenti menzalimi warga miskin kota.

“Sewajarnya mereka mencontohi bagaimana Kanada melayani warga gelandangannya, tanpa melayan mereka seperti sampah,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena